Sebelum anda membeli penyaman udara, anda haruslah mempunyai pengetahuan asas berkaitan penyaman udara supaya anda tidak ditipu dan mengalami kerugian untuk jangka masa panjang. Tanpa pengetahuan asas anda mungkin akan membeli berdasarkan ‘ayat manis’ penjual, jenama yang biasa anda dengar di televisyen atau radio, maklumat dari rakan-rakan dan juga berdasarkan budget yang anda ada.

Ya sememangnya budget memainkan faktor utama kerana anda tentunya ingin memiliki penyaman udara yang mampu milik, tahan lama dan memberi keselesaan maksimum kepada anda. Namun penggunaan penyaman udara berkait rapat dengan bil elektrik anda. Oleh itu anda haruslah mempertimbangkan faktor ini kerana penyaman udara yang tidak sesuai tentunya akan meningkatkan bil elektrik anda!! Dan ini tentunya tidak berbaloi walaupun anda membeli penyaman udara tersebut pada harga yang murah.

Oleh itu, perbincangan di bawah haruslah anda fahami dan dapat dijadikan panduan sebelum membeli penyaman udara.

a) Saiz Bilik

Saiz bilik atau ruang dimana anda ingin pasang penyaman udara adalah faktor yang sangat penting. Keupayaan penyaman udara untuk ruang tamu tentunya tidak sama dengan ruang tidur kerana saiz yang berbeza. Oleh itu secara logiknya penyaman udara yang mempunyai kapasiti pendinginan yang lebih tinggi diperlukan untuk ruang atau saiz bilik yang lebih besar.

b) Bilangan Pengguna

Setiap orang mengeluarkan haba pada kadar 500 BTU/jam untuk aktiviti biasa. Lebih ramai orang bermakna lebih banyak haba yang dikeluarkan. Oleh itu pemilihan penyaman udara dengan kapasiti pendinginan yang sesuai haruslah dititikberatkan supaya haba dapat dipindahkan keluar dengan sebaik mungkin dan setiap pengguna dapat merasa selesa.

Saya berikan satu contoh dimana sebuah rumah dipasang unit penyaman udara berkuasa 1.5HP di ruang tamu. Untuk kegunaan harian, semua pengguna dalam rumah tersebut merasa selesa semasa menggunakan penyaman udara tersebut. Keadaan sebaliknya berlaku semasa hari perayaan atau kenduri apabila ahli keluarga terdekat, jiran dan rakan hadir kerumah tersebut. Pengguna telah bertambah dan kedaan menjadi kurang selesa kerana wujud pertambahan haba.  Satu tempoh yang agak lama diperlukan untuk mencapai suhu yang ditetapkan. Oleh itu, anda haruslah faham dalam kes ini faktor bilangan pengguna menyebabkan ketidakselesaan. Ianya bukanlah disebabkan penyaman udara berkapasiti 1.5HP tersebut.

c) Jenama

Saya berpendapat jenama juga akan mempengaruhi anda sebelum membeli sesebuah unit penyaman udara. Memang tidak dinafikan jenama yang telah kukuh dan establish dipasaran akan menjadi pilihan utama kepada anda. Apabila anda membeli unit penyaman udara dari jenama yang kukuh, anda akan berasa lebih yakin dan beranggapan ia tidak mudah rosak serta tahan lama.

Saya ingin menjelaskan disini faktor tahan lama dan tidak mudah rosak bukan bergantung kepada jenama semata-mata. Bagi saya ia banyak bergantung kepada cara anda menggunakan penyaman udara tersebut dan servis berkala yang perlu anda lakukan.

Walau apapun jenama, penyaman udara tetap dapat berfungsi memberi keselesaan kepada anda!!

d) Jaminan

Sebelum membeli penyaman udara anda mestilah mendapat penjelasan dan maklumat berkaitan jaminan (warranty). Ia penting kerana jika kerosakan berlaku dalam tempoh jaminan anda bolehlah menuntut gantirugi sewajarnya. Biasanya jaminan untuk pemampat adalah sehingga 5 tahun dan komponen – komponen lain adalah selama setahun.

e) Teknik Pemasaran Syarikat

Masa kini pelbagai teknik telah digunakan oleh syarikat pengeluar penyaman udara untuk mempengaruhi pembeli. Dengan kecanggihan teknologi multimedia masa kini, syarikat mampu membuat anda ‘terpesona’ dengan jenama penyaman udara mereka. Sekali lagi saya ingin menjelaskan walau apapun jenama, penyaman udara tetap dapat berfungsi memberi keselesaan kepada anda!!

Print Friendly, PDF & Email

24 comments on “Panduan Sebelum Membeli Penyaman Udara

  1. Salam… baru2 ni sy Ada beli 1.5 hp aircond unit..tp yg sy tdk tau betul kah itu 1.5 hp atau 1.0hp yg tukang pasang sbb tiada tulis 1.5hp di aircond unit atau d kotak Dan jga di manual book. Takut tertipu …min tolong dlu min..

  2. Assalam tuan,
    3 split air conditioner 2.0hp dengan setiap bilik(3 bilik) setiap satu bilik 1hp air conditioner.yang mana lebih jimat penggunaan electric.

    • Salam. Kalau banding setiap bilik pasang 2HP dengan 1HP dah tentu yg guna 1HP kos elektrik lebih rendah berbanding dengan 2HP.

  3. salam tuan nak tanya ade masalah ke kalau saya berniat nk pakai house blower ventilator sedangkn rumah saya sudah mempunyai aircond? maksud saya ruang yang sepatutnya tertutup telah terbuka..terima kasih

        • boleh pasang utk sedut keluar udara panas. tapi bukan dalam ruang tertutup yang telah dipasang aircond. jika ruang telah mempunyai aircond cukup guna ventilation fan. ini pandangan saya sahaja.

  4. Tuan. Saya ingin membuka kedai barber yang bersaiz 800sqft. Berapa kah kapasiti BTU dan HP yg paling sesuai? Terima kasih tuan.

  5. Nak pindah aircond tapi xnak buang ges
    Paip mana yg perlu tutup dulu untuk simpan gas dalam compresor

    • Tn perlu buat proses pump down. Tutup injap saluran nyahcas (discharge) dahulu dan apabila jarum tolok menunjukkan bacaan sifar tutup saluran sedutan (suction).

  6. AsSalam Cikgu Nas,

    Bagaimana dengan pendapat yang mengatakan bahawa ACond jenis Inverter akan menjimatkan penggunaan tenaga elektik sekiranya digunakan berterusan selama > 8 jam.

    Adakah penggunaan di bawah tempoh itu tidak menjimatkan?

    Contoh : waktu siang 3 jam dan waktu malam pula 6 jam.

    Atau adakah dikira jumlah penggunaan dalam sehari?

    mohon penjelasan.

    • Salam. Apa yang tuan katakan adalah pendapat dari penjual atau sesiapa sahaja yang ada kepentingan masing – masing. Jika tuan search blog pasal inverter 99% begitulah maklumat yang di sampaikan. Jika perlu 8 jam atau 3 jam siang dan 6 jam malam pula seperti contoh yang tuan berikan, bukankah ia satu yang merumitkan semata-mata untuk mendapatkan penjimatan elekrik??

      Fahamkan konsep inverter dan akan tau bagaimana ia menjimatkan elekrik.

      • aircond inverter mmg jimat tenaga electrik…kerana sistem inveter tidak sama dgn sistem aircond biasa.motor pemampat tidak bekerja maksimum spt sistem aircond biasa…amp sistem inverter adalah stabil kerana starting amp berlaku hanya sekali sehaja ketika on sistem dan compressor berfungsi….ketika suhu bilik telah mencapai seperti yg dikehendaki ( spt yg telah di seting pd remote control) compressor tetap berfungsi tetapi pada tahap yg minima…suhu bilik kekal sejuk pada yg dikehendaki. manakala sistem aircond biasa…apabila suhu bilik telah meencapai spt yg di laraskan / setting pd remote control, compressor akan cut off…beberapa minit sehinggalah mencapai beza suhu cut-in / cut-off…compressor akan cut-in semula..semasa cut-in berlaku starting amp adalah tinggi.compressor akan bekerja maksimum utuk mencapai suhu yg telah dilaraskan…bayangkan berapa x compressor anda cut-in & cut-Off? cadangan pelarasan suhu pada remote control utk stabilkn amp current/ elektrik anda adalah : permulaan on aircond setkan suhu 16c setelah suhu bilik sejuk tukarkan suhu pd remote kpd 21c. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *