Susunatur & Penggunaan Ruang Bengkel PAV

Selesai menghadiri mesyuarat berkaitan Brif Binaan Baru & Ubahsuai Bengkel PAV. Brif ini akan digunakan untuk pembinaan bengkel baru PAV yang bersesuaian dengan keperluan SKM Tahap 1 dan NOSS kursus yang berkaitan. Dan bagi sekolah yang telah melaksanakan PAV brif ini digunakan untuk tujuan ubahsuai atau binaan baru mengikut kos yang lebih rendah.

Berikut adalah cadangan awal yang telah dibentangkan. Sebelum cadangan ini dibuat ruang untuk tandas dan bilik teori digugurkan untuk menjimatkan ruang dan keperluan yang tidak mendesak. Kelas teori pelajar PAV sebenarnya adalah di bilik darjah masing – masing. Tiada peruntukan ruang untuk bilik teori di Bengkel PAV.

Cadangan awal :

Plan Lantai & Dimensi.

Lukisan 1

Plan Elektrikal.

Lukisan 2

Plan Susunatur Perabot & Peralatan.

Lukisan 3

Download pdf file

Selepas pembentangan terdapat banyak susunatur yang perlu ditukar kerana panel berpendapat ruang kerja tidak tersusun dan sesak. Selain itu Bilik Eviden dan Makmal Pengujian Elektrik juga digugurkan kerana dijangka tidak akan diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). Plan baru yang akan ditambahbaik mengikut pandangan panel akan dibentangkan lagi untuk kelulusan peruntukan kewangan. Plan ini juga akan mengambil kira pandangan jurutera dan arkitek yang berkenaan.

Saya menjangkakan lebih banyak perubahan akan dibuat mengikut spesifikasi mereka. Selain menyediakan plan yang berkaitan, mesyuarat ini juga mencadangkan SOA (schedule of accommodation). Ia agak merumitkan juga, sebagai contoh perincian ruang Bilik Persediaan Guru perlulah dijelaskan seperti berikut:

  • Bilangan meja guru, jenis dan saiz
  • Bilangan kerusi guru, jenis dan saiz
  • Peralatan elektrik seperti kuantiti kipas, lampu termasuk Watt, & Penyaman Udara
  • Kabinet, jenis almari, jenis rak termasuk saiz
  • Flour finishing
  • Bilangan soket 13A & 15A
  • Jenis dinding dan pintu
  • Meja komputer/printer dan saiz
  • Aspek keselamatan & pengudaraan

Semua keperluan di atas perlu diterjemahkan ke dalam Plan yang berkaitan. Begitulah untuk ruang – ruang yang lain. Kesimpulan dari mesyuarat ini saya dapat merancang susunatur penggunaan ruang di bengkel sendiri nanti. Mesyuarat ini juga telah mendedahkan saya kepada penggunaan Microsoft Visio untuk melukis plan bengkel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in NOSS, Pengurusan Bengkel, SKM Tagged with: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*