Penilaian Kendiri

Penilaian kendiri bermaksud aktiviti penilaian awal yang dilakukan secara kendiri sebelum menghantar borang permohonan. Dalam penilaian kendiri ini, calon membuat perbandingan di antara kerja yang dilaksanakan atau pengalaman yang dimiliki dengan senarai Competency Unit (CU) & Work Activities (WA) bagi program berkenaan. Ini untuk mendapatkan % kompetensi atau jurang yang berlaku antara kemahiran atau pengalaman yang dimiliki dengan keperluan NOSS bidang yang dimohon.

Ada 3 situasi yang wujud selepas anda membuat penilaian kendiri:

  • Jika % kompetensi adalah 100% bermaksud tiada jurang kompetensi , maka anda layak mengemukakan borang permohonan.
  • Jika peratusan kompetensi 70% – 99% (iaitu jurang kompetensi kurang dari 30%) anda perlulah memastikan jurang kompetensi tersebut dipenuhi dengan mengikuti kursus atau mendapatkan pengalaman kerja dalam kompetensi berkenaan.
  • Manakala peratusan kompetensi kurang dari 70% (iaitu jurang kompetensi lebih daripada 30%) – Anda tidak layak mengemukakan permohonan.

Jadi inilah tujuan penilaian kendiri supaya anda tahu terlebih dahulu % kompetensi anda sebelum mengemukakan permohonan. Oleh itu, anda boleh bertindak lebih awal samaada layak mengemukakan borang permohonan atau sebaliknya. Jika telah menghantar borang permohonan dan ada masalah dengan % kompetensi tersebut maka bayaran tidak dikembalikan lagi.

Tindakan pemohon selepas penilaian kendiri.

Di bawah ini adalah contoh borang penilaian kendiri bagi program:

  • ME – 020 – 2 :2012 : Peralatan Penyamanan Udara HVAC – Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan) – Tahap 2
  • ME – 020 – 3 :2012 : Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaran HVAC – Tahap 3

Contoh penilaian kendiri hvac level 2.

Dalam borang tersebut anda perlu tanda TICK pada ruangan terampil bagi setiap Work Activities yang berkaitan dengan kerja atau pengalaman lepas anda. Jika ia tidak berkaitan maka anda perlu tanda X. Peratus kompetensi adalah mengikut tanda TICK yang telah anda buat. Jika anda tidak pasti mana – mana Work Activities bolehlah hubungi saya atau berhubung dengan mana – mana pengajar Pusat Bertauliah. Jika ada kesempatan saya akan huraikan satu – persatu Work Activities tersebut dan bukti ketrampilan yang berkaitan dengan Work Activities  tersebut.

Muaturun borang penilaian kendiri:

Jika terdapat kekeliruan, rujuk semula versi BI.

Borang penilaian kendiri ini tidak perlu dihantar. Ia adalah satu proses pra permohonan sahaja untuk mengetahui % kompetensi anda. Jika LAYAK, maka anda bolehlah mengemukakan permohonan ke JPK. Selepas mengemukakan permohonan, tunggu surat penugasan dari JPK. Anda juga boleh mula lebih awal membangunkan portfolio berkenaan. Saya akan terangkan di ruangan Pembangunan Portfolio HVAC Tahap 2&3.

Print Friendly, PDF & Email