Pengenalan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Pada 24 & 25 Mac yang lalu saya telah menghadiri kursus induksi berkaitan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu atau lebih dikenali sebagai PPT. Kursus anjuran I Smart Educare ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan sistem pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT. Daripada kursus ini saya telah di dedahkan dengan:

  • Konsep pelaksanaan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia melalui PPT,
  • Peranan dan tanggungjawab personel dalam pelaksanaan PPT,
  • Kriteria & Syarat Permohonan, Penilaian & Pensijilan PPT dan
  • Pembangunan portfolio melalui kaedah PPT.

Sesi penerangan dan perbincangan kumpulan selama 2 hari ini berjalan santai bersama 2 orang penceramah iaitu En Helmi Bin Hj Haron dari CIAST dan En Hafizatul dari JPK.

Hari pertama bersama En Helmi Bin Hj Haron.

Hari kedua bersama En Hafizatul.

Pengenalan

Apa Itu PPT ?

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki. Dalam kaedah ini individu tersebut tidak perlu mengikuti pembelajaran secara formal di pusat bertauliah  secara sepenuh masa yang mana ia boleh mengganggu tugas seharian sebaliknya dengan membina dan membangunkan satu portfolio yang dapat membuktikan ketrampilan yang dimiliki.

Pengalaman kerja (berdasarkan tempoh tertentu) perlu memenuhi SKPK/NOSS.

Secara umum, calon akan melalui proses – proses berikut untuk mendapat Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu.

Syarat – syarat permohonan:

  • Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun bagi permohonan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3,
  • Berumur sekurang-kurangnya 20 tahun untuk permohonan DKM dan DLKM,
  • Memenuhi pra-syarat yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK),
  • Telah melaksanakan penilaian kendiri,
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang kemahiran pada tahap yang dipohon seperti dibawah:

Syarat Tempoh Minimum Pengalaman Kerja Mengikut Tahap.

Syarat Tempoh Minimum Pengalaman Kerja Secara Gabungan Tahap (Single Tier).

Faedah Yang Boleh Diperolehi ?

Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu memberi peluang kepada individu atau calon mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri. Individu yang bekerja tentunya sukar untuk mengikuti kelas secara formal. Dengan kaedah ini, ia dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya dan kenaikan gaji. Bagi majikan pula ia dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat, menjimatkan kos bagi tujuan latihan serta persijilan pekerja.

Rujukan berkaitan:

 

Print Friendly, PDF & Email