Teknologi Penyaman Udara

Perkembangan teknologi penyaman udara tidaklah sehebat perkembangan dunia komputer, telefon mudahalih, gadget IT ataupun peralatan elektrik dan elektronik. Semenjak pemasangan pertama untuk kediaman oleh Willis  Carier pada 1927 di Mineapolis, Minnesota prinsip asas dan operasi penyaman udara tetap mengunakan 4 komponen utama iaitu pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat.

Dari aspek rekabentuk fizikal, perubahan dapat dilihat dengan bentuk yang lebih menarik, mudah diselenggara dan saiz unit yang lebih kecil bagi mengurangkan penggunaan ruang (space) untuk pemasangan. Dan pada hari ini hampir semua unit penyaman udara dilengkapi dengan alat kawalan jauh(remote control) yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi.

Antara rekabentuk unit dalam (indoor):

 

Pada 2009, teknologi inverter mula dipasang pada unit penyaman udara untuk menjimatkan tenaga elektrik. Teknologi ini dipasang pada unit luar di mana ia dapat mengawal kelajuan motor pemampat, kelajuan motor kipas dan kawalan suhu. Dengan cara ini, arus maksima atau arus permulaan dapat di kurangkan.

Teknologi plasmakluster juga diguna pada penapis udara yang dapat menghasilkan ion hidrogen positif dan ion hidrogen negatif. Ion – ion ini dapat menyahaktifkan alergan, habuk dan bakteria dalam udara. Dengan cara ini udara dalam sebuah bilik menjadi lebih bersih.

 

Pada 2012, Teknologi Inovasi Solar Sdn Bhd mula memperkenalkan teknologi hybrid pada unit penyaman udara pisah berkuasa 1.5HP, 2.0HP dan 2.5HP. Teknologi ini menggunakan cahaya matahari dalam proses kitaran dan operasi penyaman udara. Dengan penggunaan tenaga dari cahaya matahari ini, kecekapan tenaga unit boleh ditingkatkan sehingga 40%.

Teknologi Jet Cool diperkenalkan untuk memberi udara sejuk lebih pantas. Oleh itu kesan penyejukan dapat dirasai dengan lebih cepat.

 

Teknologi Auto Cleaning membantu mengeringkan penukar haba (penyejat) secara automatik. Ini dapat mencegah pembiakan bakteria dan mengurangkan bau yang kurang menyenangkan.

Teknologi Gold Fin adalah satu lapisan anti karat yang dipasang pada permukaan pemeluwap. Ini untuk memastikan permukaan lebih tahan pada kakisan, meningkatkan ketahanan dan kelihatan baru untuk tempoh yang lebih lama.

Teknologi i – see sensor dipasang pada pada unit dalam untuk model Mitsubishi. Teknologi ini dapat mengesan suhu lantai dari sisi ke sisi pada sudut sehingga 150° ,berbanding unit konvensional yang lain yang hanya mengesan suhu udara pada bahagian atas bilik. Dengan cara ini, sistem dapat beroperasi pada tahap yang lebih optimum untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

 
236 comments on “Teknologi Penyaman Udara
  1. Bong Yek Lung says:

    Boleh saya tanya apakah fungsi “room sensor” di dalam unit penyaman udara jenis pisah, sekian terima kasih.

    • cikgunas says:

      Fungsinya adalah untuk mengesan perubahan suhu bilik. Terima kasih.

      • Airiyanto says:

        Asalamualaikum sy ingin bertanya blehkah indor york 2.5 hp dkahwinkan dengan 2hp outdoor panasonic .. Adakah efek pada akon tersebut .. Harap sifu2 dpat memberi tunjuk ajar Terima kasih

        • cikgunas says:

          Salam. Boleh buat cuma perkara ini tidak dikaji dan diuji. Tiada jaminan keselamatan jika berlaku apa2.

          • Airiyanto says:

            Terima kasih.. Alhamdulilah sejuk juga acond tersebut dengan jayanya setelah dimodifide bahagian piping tp x sesejuk 2 1/2 hp?

  2. hairi says:

    bole saya bertanya.. kenapa aircond rumah saya unit luar jalan sekejap pastu berenti.. jalan sekejap dan berhenti… rasa xsejuk walaupun dh set kat remote 16C.. mengharap pertolongan..sekian terima kasih..

    • cikgunas says:

      Unit luar merujuk kepada kipas unit luar akan berhenti apabila mencapai suhu yang kita ‘set’kan. Ini perkara biasa sebagai langkah penjimatan tenaga elektrik. Namun jika di lihat pada masalah tuan, ia telah menjadi satu masalah kerana bilik tidak sejuk. Antara kemungkinan yang saya jangka ialah masalah pada kapasitor kipas,kapasitor pemampat, beban lampau (overload) atau pemampat itu sendiri. Semua komponen ini perlu di periksa.

      Tindakan seterusnya ialah servis unit itu sendiri termasuk menambah bahan pendingin. Ini kerana unit akan berhenti beroperasi jika gas kurang untuk mengelakkan kerosakan pada pemampat.

      • shida says:

        assalamualaikum.. saya pelajar mekanikal penyejukbekuan dan penyamanan udara. saya di tugaskan untuk mencari maklumat tentang alat kawalan automatik. jika tidak keberatan. boleh bantu saya?

  3. hafiz says:

    bagaimana cara melakukan bypass jika control card rosak ??

    • cikgunas says:

      control card yang mana tuan?

      • jamel says:

        salam cikgu…sy jamel dari perak,sy da masalah aircond national 1hp buzzle bunyi,sy dah cuba macam2 tetap sama..sy nk tahu mcmana sy settle kan mslh ni….kalau boleh cikgu wsp 0195470184

  4. hairi says:

    aircond jenis samsung bila on pakai remote or manual die mati sendiri dan blinking warna merah.. samsung model AS09XLN.. bole ke buat bypass tanpa mengunakan ic board.. thanks

  5. sh suharmey says:

    Salam dan Selamat pagi,
    Saya ada masalah aircond inverter brand fujiaire 1 hp, kalau onkan sistem unit tidak hidup hanya menampakan F6 pada indoor unit… tq

    • cikgunas says:

      Wassalam tuan. Saya kurang pasti kod F6 tersebut. Tuan boleh rujuk pada manual (selalu dibahagian belakang) aircond tersebut untuk mengenalpasti punca masalah dan saya boleh cadangkan cara mengatasinya.

  6. fairoz says:

    salam tuan.

    Saya ingin bertanya, apakah jenis motor yang biasa digunakan pada unit penmyaman udara di rumah?

    terima kasih

  7. zul says:

    rmh sy pakai 2 ekon smsung..tp keduanya x blh nk on..mgkin kerana sy tidak slalu brada dirumah..mulanya hidup lps tu off balik.skrg ni dh x leh on lg..apa msalahnya tuan..

    • cikgunas says:

      Tuan periksa bekalan elektrik ke aircond tersebut. Mungkin fius utama di papan suis tendang (OFF). Jika semuanya OK, ON aircond menggunakan remote.

  8. azwan says:

    bos. ape sbb lampu timer hidup je. dan ape sbb blinking?? dan mcm mn nk taw sensor suhu yg hitam tu rosak?

    • cikgunas says:

      Kalau hidup saja tuan OFF TIMER. Blinking sebab outdoor belum jalan.
      Ada prosedur mengesan sensor suhu menggunakan meter pelbagai. Saya telah masukkan dalam CD Interaktif di bawah tajuk Sistem Kawalan.

  9. dayah says:

    Assalam..nak tanya sensor yang digunakan untuk mengawal suhu di dalam penghawa dingin.tq

  10. nor aliff bin mohd yusop says:

    Bole tuan terangkan ape itu OFF TIMER ngn ON TIMER…mcmane nk guna dlm remote..tak bape fhmla

    • cikgunas says:

      Terima kasih. ON TIMER bermaksud tuan ingin unit penyaman udara tersebut beroperasi dalam tempoh tertentu. Contohnya 7 jam, jadi tuan ON Timer dan set masa selama 7 jam. Selepas 7 jam, unit penyaman udara tersebut akan OFF secara automatik.

      OFF Timer bermaksud unit penyaman udara beroperasi seperti biasa. Unit akan OFF bila tn OFF unit dengan remote.

  11. mohd haziq says:

    Bole tuan terangkan aircond saya 1.5 hp panasonic keluar air kat depan. saya tekan mode dry (kering) guna remote tapi tetap jg keluar air. remote rosak ka tue tuan.

    • cikgunas says:

      Saya berpendapat unit tersebut perlu diservis dan diperiksa saluran air, bukan masalah remote.

  12. faris says:

    kenape aircond saye skejap hidup sekejap mati dengan sendirinya tanpa menekan ape2 butang control?

  13. hana says:

    salam tuan..boleh sy tw teknik baru dan lama(servis) pada sistem water chiller dan cooling tower utk menjimatkan elektrik

    • cikgunas says:

      salam cikpuan. saya tiada maklumat berkaitan teknik tersebut kerana tidak terlibat dengan sistem water chiller.

  14. syed says:

    Salam tuan. Apa sebab aircon x sejuk. Indoor blow angin jer. Compressor on. Dah try tukar capacitor. Gas bocor ke?

    • cikgunas says:

      Salam. Banyak sebab aircond tak sejuk. Antaranya penapis udara kotor, cooling coil kotor, blower kotor, condensor kotor, ataupun gas kurang. Semua sebab ini dapat diatasi jika tuan melakukan servis berkala yang sepatutnya.

  15. arekino says:

    Assalam….bagaimana cara nak bypass bg aircond jenis converter kerana control card outdoor rosak?

    • cikgunas says:

      Salam. Tn boleh rujuk KAEDAH BYPASS yang saya sediakan ini. Untuk aircond inverter ada 2 pcb di outdoor iaitu untuk motor kipas dan compressor. Untuk compressor yang menggunakan AC sahaja boleh bypass.

  16. Muhammad Fiq says:

    Saya ingin bertanya, kenapa penghawa dingin saya akan off secara automatik dalam masa 10 saat bila saya ON Penghawa dingin saya (tanpa saya set off) . Kemudian lampu timer akan menyala berkelip-kelip. saya cuba menggunakan remote control tetapi ia tidak berfungsi. apakah penyebabnya? Adakah ia masalah dari penghawa dingin atau elektrik yang tidak mengcukupi? Mohon penjelasan…

    • cikgunas says:

      Salam. Pertama tn perlu pastikan sama ada indoor/outdoor/pendawaian indoor ke outdoor yg menyebabkan trip. Besar kemungkinan pada outdoor. Tn perlu periksa komponen seperti kapasitor kipas dan kapasitor pemampat, pemampat, motor kipas dan pendawaian pd outdoor.

  17. Rahim says:

    As Salam tuan, saya menggunakan aircond inverter york 1hp. Kenapa airvond akan auto off selepas 2 jam digunaka. Saya perlu switch off aircond selepas itu guna remote untuk on, barulh aicond boleh digunakan semula

  18. zuriatk says:

    Kenapa aircond saya tiba2 off…bila nk on x boleh..dah switch off n on x boleh juga..tekan guna remote pun x boleh

    • cikgunas says:

      Periksa punca bekalan kuasa dari MCB ke soket, ke indoor dan dari indoor ke outdoor. Termasuk juga suis dan plug. Jika semua ok, mungkin masalah IC Board.

  19. Fadzli says:

    Salam,

    Aircond York inverter akan off sendiri selepas beberapa ketika ON.
    Masa tak tentu OFF, kekadang selepas 10 minit ada selepas 1 sejam.
    Lampu kat aircond akan berkelip2

  20. shukri says:

    As salam…sy mgunakan model york 1hp…masalah sy ialah air cond akan off sendiri dan on balik dlm 3 minit pastu off…ada xcara untuk sy default semula semua setting yg telah saya set kan?terima kasih tuan….

  21. lutefi says:

    Sy nk tye aircond mitsubishi outdor hdup 30saat pas tu indor kelip lampu hjau..apakah kerosakan?

  22. iruzar bin tawab says:

    Saya ada aircond samsung 1.5 bila saya on dia padam lampu hijau klik di smart.apakah msalahnya motor indor ke atau sensor

  23. Pojie says:

    Salam tuan..harga utk kipas econ mitsubishi mr slim berapa ya anggarannye..

  24. Norashikin says:

    Aircond Fujiaire 1hp, x boleh on keluar F2, boleh selesai sendiri or nk kena panggil orang servis..

    • cikgunas says:

      Boleh rujuk dalam manual kod error untuk F2, mungkin saya dapat bantu. Jika sukar panggil saja juruteknik bertauliah.

    • wan says:

      saya pun hadapi masalah sama. pn ashikin dah selesaikan masalah tu ke? boleh kongsi? saya check error code. indoor heat sensor,..

  25. jai says:

    di mna nak cri maklumat tentang cooling coil?..tolong dlu..huu

  26. Anazus says:

    Sy ingin memasang aircond 2.0 hp non inverter pada ruang livingvroom yang bersaiz 22 x 36 kaki persegi adakah ia cukup dan sesuai utk hp 2.0? Benakah hp yg tinggi penggunaan elektrik semakin kurang? Sy gemar memasang aircond dan juga kipas serentak.adakah ini membuatkan aircond sy berkerja lebih keras dan menggunakan letrik dgn lebih bnyk? T. Kasih.

  27. linda says:

    kalau ruang tamu 25×16 kaki berapa horse power digunakan.

  28. zaki says:

    Salam. Pencerahan ttg aircond + solar + kos.

  29. azie says:

    Aircond jenis Mitsubishi slim…..bila on on DLM 2 jam aircon akan off serta suis utama akan mati, bila on blik DLM 10min Akan off blik suis utama, dah servis Kotor guna chemical Tp masih mcm tu juga…apa masalah Aircond sy?

    • cikgunas says:

      Punca masalah ini ialah Ampere tinggi selepas beberapa tempoh masa unit beroperasi. Antara sebab Ampere meningkat ialah:
      i) unit terlebih cas (overcharged)
      ii) pemeluwap kotor
      iii) tiub rerambut tersumbat
      iv) pemampat panas.

      Bagi kes pemampat panas, punca – puncanya ada saya terangkan di atas. Masalah yang kerap ditanya dalam ruangan ini.

  30. Zaimi Today says:

    Sekiranya aircond d indoor unit..tidak ada sensor..adakah punca aircond rmah sy x berfungsi..

    • cikgunas says:

      Mungkin ya mungkin tidak. Ada sesetengah aircond YORK IC Board menggunakan perintang pada terminal sensor.

  31. Iman says:

    Salam tuan, nak minta tolong sikit. Saya baru je pasang aircond 2ndhand york 1hp. Mula2 takde mslh tapi tiba2 air keluar ikut depan menitik2 . Sy matikan terus sbb panik. Bila on balik, kipas x berfungsi langsung. Compressor blkg hidup mcm biasa dan screen pun hidup cuma angin lgsung x keluar. Susah hati skrg ni tuan… Mohon bantuan penjelasan. Terima kasih

    • cikgunas says:

      Salam tn. Berkaitan air menitis boleh rujuk komen saya dalam masalah sahabat kita di atas. Manakala kes kipas tidak berpusing antara kemungkinan:
      i) gas kurang-bila gas kurang..fros terbentuk..memblock blower daripada berpusing
      ii ) motor kipas rosak
      iii) kapasitor kipas rosak

      Harap dapat membantu tn..:)

  32. zaidi ismail says:

    Assalam..saya ada masalah aircond 1hp.Masalah bila saya on aircond hanya tahan 30 minit saja.lepas tu outdoor kepas dan compressor berhenti.indoor hanya angin saja.lampu pada indoor berkelip-kelip.Saya dah cuci semua outdoor dan indoor .Boleh tak bantu saya .Saya ou dah tukar sensor indoor.masih sama juga.Sekian terima kasih.

    • cikgunas says:

      Salam. Antara kemungkinan gas kurang, ada kebocoran pada piping dan timer ON. Jika semua kemungkinan ini di atasi dan masalah masih berulang, pcb indoor rosak. Saya tidak pasti tuan tukar sensor sahaja atau keseluruhan pcb indoor.

      Jika pcb indoor juga telah ditukar dan masih bermasalah, saya berpendapat compressor dah nak rosak.

    • Leh says:

      Salam ,nak tnye kenapa outdoor sya bila masuk api/letrik jee terus trip .sy sudh semak komponen nya dlm keadaan baik tpi kompreses terlaupau panas ,ad penjelasn tak kenapa trip dngn tiba2 ?

  33. Shahril says:

    Salam tn, sy ada masalah dgn aircond york 1hp. Buat masa skrg ada dua lampu hijau dan kuning dan selepas lebih kurang 20 minit lampu hijau akan hilang cuma tinggal lampu kuning akan berkelip2 dan aircond cuma mengeluarkan angin yg tidak sejuk.. Sy dah off timer dan sebainya tetapi masalh yg sama akan kembali. Sekiranya ini berlaku sy kene on off power suis utama dan on kan semula baru lampu hijau tu akan kelihatan dan aircond sejuk semula. Harap tn dapat memberi pencerahan kpd sy.. Terima kasih

    • cikgunas says:

      Salam. Semasa lampu kuning berkelip2 adakah kipas luar/outdoor berfungsi. Saya rasa compressor dah stop masa lampu berkelip2 tersebut. Kes ini banyak diutarakan dalam komen bahagian ini. Cek tekanan gas dan pressure sensor.

  34. shahril says:

    Terima kasih atas penjelasan tuan diatas penjalasan seperti diatas. Betul kipas x jalan.. sy akan panggil technition utk cek kuantiti gas semula.

  35. Faris says:

    Assallamualaikum tuan… nak minta tuan ajarkan saya sikit mcm mana saya nak buat bila switch on switch kat dinding aircond terus on, tanpa menggunakan remote . Tuan kedai ni dia nak switch on terus aircond jalan. Diharap tuan dpt menolong dan membantu saya yg kurang ilmu ini. Tmkasih tuan .. assalamualaikum.

  36. Fellerean says:

    Salam tn…sya nak tanya,kenapa penghawa dingin sya bila on tdak sampai 5saat indoor off sendiri dan lampu hijau pun off sekali..tetapi outdoor tetap on…model samsung as09RLN..mohon penjelasan..tq tn

    • cikgunas says:

      Salam. Aircond ini mungkin menerima power supply ke outdoor dahulu dan masuk ke indoor. Oleh kerana masalah pada indoor kemungkinan masalah pada Indoor PCB.

  37. qhais says:

    Salam tuan..sy dlm proses nk beli 3 biji aircond..mnta tlg tuan cadangkan model yg tahan lama dan jimat letrik..sy tgk kt komen ni byk jenama york mcm problems.harap tuan dpt membantu..

    • cikgunas says:

      Salam. Minta maaf lambat reply. Bagi saya jenama ni nasib saja. Yg terkenal pun blh rosak. Berbalik kepada kapasiti pendinginan yg sesuai dengan ruang, cara penggunaan dan bagaimana ia diselenggara. Ini 3 faktor yg lebih penting bagi saya.

  38. saharudin says:

    salam tuan, ada x info harga utk pcb board outdoor aircond jenis panasonic inverter?

    • cikgunas says:

      Salam tn. Setakat ini tiada lagi untuk inverter. Untuk alat ganti yg lain tuan boleh rujuk ebook di muka depan blog ini.

  39. Wan says:

    Slm. Sy nk tnye..sy baru servis aircond 2 bulan lepas. Tp skrg aircond lgsg tidak sejuk walau pd suhu 16.. apa prob nye? Sy cuti sebulan, balik semula dah tak sejuk lg. Hrp dpt bantu

    • cikgunas says:

      Salam. Kes ini pertama sekali kena cek tekanan gas. Kemungkinan berlaku kebocoran kecil yg menyebabkan gas keluar secara perlahan dan akhirnya kurang atau langsung habis.

  40. haslinda says:

    Salam sy nk Tanya smlm sy cuci aircond Dan bukak penghadang SBB byk habuk sy cuci dgn air kmudian Padang semula tp x boleh on SBB lampu berkelip2 button on/off sleep timer mcmana nk Buat yer

  41. Khairul anuar ahmad says:

    Salam..tuan..saya ada masalah aircond selalu trip..selepas 5 minit on kan main fius dia akan trip kembali…jadi apakah masalah nye tuam..tq…aircond model midea 1hp

  42. Jenal says:

    Salam.saya cuma nak tahu fungsi fungsi lambang dekat remort control.cthnya macam bunga,air menitik,kipas dan macam macam lagi.apa maksud dan fungsinya.main tekan je.

    • cikgunas says:

      Salam. Tn boleh rujuk dalam manual. Sukar untuk dihuraikan disini. Jika ada kesempatan nanti saya cuba buat penerangan bergambar dalam post catatan terkini.

  43. Anas says:

    Salam tuan nak tanya macm mana nak set kan a/c terus hidup selepas on suis tanpa on remote?

  44. Ajak Chengkau says:

    apa pandangan tuan tentang aircond jenama ELECTROLUX?barang baru tp utk permulaan sejuk sgt hingga selepas 3-4 bulan ia x sejuk lg.mgkinkah icon “I FEEL” di remote perlu switch on baru dpt sejuk?

  45. Wan says:

    Salam tuan, bertany ttg panasonic inverter, on utk mula2 akan sejuk, selepas hanya angin sahaja, kedengaran kompressor spt perlahan sekejap laju sekejap..

    Aircond york 1 hp.. Kurang sejuk, selepas beberapa minit pemampat off, dan lmpu yg lmbg timer warna oren berkelip.. Apa mslhnya tuan..

  46. azmi says:

    assalamualaikum sya nk tahu sama ada jika outdoor 1.5hp dalam 2 hp boleh ataw tidak function nya berfungsi dn apa resiko akan dtg jika boleh?

  47. Zurina says:

    Salam tuan. Nak tanya pengunaan tenaga letrik jalan tak kalo pemasangan pendawaian letrik trus ke fius utama. Aircond tu takda plugin or suiz untk on off. Org yg pasang tu wat penyambungan terus ke fius utama. So guna remote ja kalo nak off on

  48. Einesya says:

    Salam tuan..sy nk tny knp acond sy asyik on timer je..salu jgk jd..kdang sy kne ttup suis n biarkn slma 7 8 jam..n on blik bru ok..kdang dh biar 7 8 jam pn still tk ok lg..tp skrg ni dh 2 ari ble on suis ttp jgk on timer..sy tk thu nk buat mcm mna..sbb sy bli acond ni second so remote yg asl tkde..skrg gne remote yg jual kt psaraya..dn tkde button utk nk set timer..sy gne acnd rmh brand fujitsu..hrp tuan dpt mbntu

  49. hana zuki says:

    Assalam tuan.saya nak bertanya. Aircond say brand acon 1.0hp. Pasang pada bulan nov 2015..masalah yg saya alami sekarang, bila saya on aircond, lame selepas itu, lampu timer akan blinking…walaupon dah off kan timer pada control. Minta bantuan dari piha tuan..terima kasih..

    • cikgunas says:

      Salam. Timer blinking bermaksud ada error pada sistem. Mungkin ada kebocoran pada sistem menyebabkan gas kurang.

  50. ahmad says:

    apakah fungsi button clean dan ACL dlm remote aircond

  51. inna says:

    salam. saya ada masalah dengan aircond 1hp. aircond saya reinstalled dr ruang tamu ke bilik saya. and dah service dah. saya jarang2 pakai aircond.tp kenapa aircond saya sekejap2 sejuk and sekejap2 angin sahaja. saya perasan compressor berpusing and berhenti then sambung berpusing balik. apa masalah aircond saya? apa saya perlu buat. tq.

    • cikgunas says:

      Salam. Kes seperti ini biasanya saya akan periksa tekanan gas dahulu dan periksa jika ada kebocoran pada sistem. Bila gas kurang pressure sensor akan hantar signal ke outdoor utk cut off compressor. Harap dapat membantu pn.

  52. angah says:

    salam , nak tnya skitt, sya pkai akon jnama smsung .. mslah dlu , asal on jer tdak smpai lima mnit mati sndri .. n biarkhan sejam hdupkn smula n mati lagi sndri skrng tdak mau hdup lagi ..

  53. ali says:

    Salam tuan..
    Sy nak tanya
    Sy guna aorcond 1hp jenis national(brand lama)
    Nak minta pencerahan dari tuan..kipas outdoor sentiasa berfungsi..
    Tiada auto off n on
    1 lg..mcm mana nk guna remote utk guna off timer n on timer
    Sy dah cuba tekan sleep juga tapi mcm tiada fungsi
    Masaalah sy skarang outdoor ac sy kipasnya sentiasa berpusing
    Sy pun jd runsing

    • cikgunas says:

      Salam. Usah runsing tuan, asalkan bilik tersebut sejuk. Ia mungkin bilik tersebut belum mencapai suhu yang tuan setkan atau pun pintu bilik kerap dibuka. Dan jika tn rasa telah mengambil tindakan sewajarnya, kemungkinan room sensor telah rosak.

      Berkaitan remote, button timer dan mode sleep adalah berbeza.

  54. emy says:

    salam tuan,
    saya nak tanya..knp aircond saya apabila sejuk n di pasang lbh krg 1-2 jam, ada bunyi meletup² di dlm indoor?…tq

    • cikgunas says:

      Salam. Agak jarang masalah seperti ini. Elok tn/pn lakukan pemeriksaan atau servis oleh juruteknik bertauliah.

  55. Yin says:

    Saya nak tny..aircond media brand ok ke?

  56. mirul says:

    Saya nk tanya saya guna aircond samsung ..anak saya main remonte.. selepas tu aircond saya jdi tak berfungsi..keluar 3 lampu berkelip.. nk tekan ape smua tak boleh.. da on off pn same jugak.. tlg saye..

  57. hanif says:

    boleh x indoor pakai 1.5 hp dan outdoor 1.0 hp…apa akan berlaku dan apa kesan jangka panjang..

    • cikgunas says:

      Sesuatu yang tidak diuji oleh pengeluar pasti ada risiko. Pandangan saya jangan cari masalah.

  58. hasri says:

    Assalammualaikum.. saya mempunyai aircond 1hp Electrolux.. blower tak mahu jalan kena kita pusingkan baru dia jalan.. saya rasa kapasitor blower masalah.. di manakah kedudukan kapasitor untuk blower tu.Adakah mudah untuk menukarnya?

  59. Badrul says:

    Salam. Untuk air cond inverter 1hp/1.5hp/2hp/2.5hp &3hp, berapakah tekanan gas r410a yang sesuai dalam bacaan psi.

  60. shaiful says:

    dekat alat kawalan saya set 23°c ada rasa sejuk….bila saya turunkan pada 16°c kurang rasa sejuk….1.5 hp …kenapa apa masaalah

  61. huang tuat lee says:

    hi…sy ada aircond brand panasonic yg b’inverter…malam td aircond tiba-tiba sj off dan kuar signal timer…pastu sy nak on blk aircond,tapi gagal…apa masalah dgn aircond sy?tq..

    • cikgunas says:

      Hi, Untuk inverter pertama sekali jika ada masalah perlu cek error code. Itu adalah langkah pertama trobleshooting. Rujuk rajah ini untuk mendapakan error code.

  62. emma says:

    Salam, knpa aircond sy berfungsi skjap2 je. Byk kali sy psang byk kali gak dia pdam. Lampu dia plak bkelip2 apabila dia pdam. Mohon penjelasan.

    • cikgunas says:

      Salam. Saya perlu tahu samaada model inverter atau non inverter supaya boleh jawab dengan tepat.

  63. shahizzul izwan says:

    salam..sy nk mntk pnjlasan,,sy bru je servis aircond sndri..tpi aircond just than 30mnit n lmpu brklip2 dn trpdam..bacaan meter gas pown tdk mnjukkan bacaan yg btoi..sy dh tuka compressor luar..tpi ttp jdi.

  64. rey says:

    Hi.. kenapa aircond saya bila on kuar signal timer berkelip- kelip. Bila off aircond, signal timer masih lagi berkelip-kelip.. mohon pencerahan.. terima kasih..

  65. din says:

    boleh tak out door unit terus by pass tanpa sambung ke indoor unit.

  66. Zana says:

    Askm..
    Aircond sy ada prob.
    On dlm 10saat ja..pastu terpadam seolah2 kita ttup plug…bila off plug on blk sma juga..knp ye.
    Samsung inverter…

    • cikgunas says:

      Salam. Besar kemungkinan ada masalah pada indoor. Utk menghalang kerosakan, signal telah dihantar utk off sistem. Untuk inverter langkah pertama cikpuan perlu cek error code. Kemudian baru boleh buat troubleshoot.

  67. aril says:

    salam tuan nak tanya macam mana nak set semula remote aircond casset unit jenama york..sy rasa remote setting sudah lari

  68. Amir says:

    Salam cikgu mohon pencerahan sy ada satu unit aircond York kenapa lepas 1 jam out door berhenti dan lampu indor warna oren berkelip2 dan tidak sejuk.

  69. Hafiz says:

    Salam tuan, saya baru pasang aircond 1HP. Technician guna wayar 1.0mm dan MCB 20 dan wayar jadi panas.lepas itu dia tukar MCB 32 dan wayar tidak menjadi panas. Ok ke tuan guna wayar 1.0mm?

    • cikgunas says:

      Salam. Wayar saiz tak betul. Litar lampu pun dah guna 1.5mm2 dan litar kuasa sekurang-kurangnya 2.5mm2 ke atas. Jika kurang wayar tak mampu untuk menanggung arus yang dibawa dan menjadi panas. Sepatutnya untuk penyaman udara mesti menggunakan MCB 16A/20A dengan satu soket alir keluar 15A. Saiz wayar ialah 4mm2.

      Bukan sahaja saiz wayar, cara penyambungan dan ketulenan wayar juga perlu diberi perhatian. Rujuk catatan lepas saya bertajuk Panduan Pendawaian Elektrik Rumah. Ia sangat bahaya jika tidak mengikut spesifikasi.

  70. Hj. Abd Aziz bin Hj Ibrahim says:

    Salam. Aircon saya jenama Panasonic 1.5hp. Aircon akan off selepas 1/2 jam digunakan dan lampu timer berbelip2. Pcb indoor unit baru ditukar tapi masaalahnya tetap sama. Tekanan gas pula ok. Apa masaalah yang sebenar tuan.

    • cikgunas says:

      Salam. Adakah PCB indoor ditukar sekali dengan indoor sensor. Harap ia ditukar bersama. Selain itu pastikan juga pusingan kipas outdoor dan indoor normal, tiada halangan dan pemeluwap/penyejat bersih. Semua perkara ini jika tidak normal boleh membawa kepada masaalah diatas.

  71. Sham says:

    Betul ke penggunaan mod dry lebih menjimatkan eletrik berbanding mod cool.kalu mod dry berapa celcius nak tekan?

    • cikgunas says:

      Secara teknikal dry mode dapat memberi penjimatan kerana pemampat akan cut off. Namun tidak praktikal digunakan pada musim panas ini kerana fungsi dry mode ialah menyerap lembapan/wap air dalam udara. Dengan serapan ini suhu bilik dapat diturunkan tetapi tidak sama dengan cool mode. Boleh rujuk catatan di page saya untuk rujukan.

  72. wan says:

    kalau pakai daikin inventer ,setting mode pe ea yg terbaik untuk pnjimatan..tq

  73. Ida says:

    Assalamualaikum tuan,

    Saya baru pasang air cond jenama hisense 1.0 hp. Masalah saya, bila saya on suhu pada remote 18°c tak sampai 5 minit suhu tu turun sendiri ke 30°c. Dan bila saya set 31°c suhu tu akan naik sendiri secara peringkat2. Apa yang perlu saya buat?

    • cikgunas says:

      Salam. Banyak model dan jenama di pasaran sekarang. Biasa jika kes baru pasang ini, rujuk semula pada juruteknik tersebut. Nyatakan masalah dan hak sebagai pengguna kerana ia dalam tempoh jaminan.

  74. FaizYusof says:

    As salam tuan,sy baru beli air cond dan setelah instalation oleh pihak kedai sy dapati terdapat sedikit wayar terbuka di unit outdoor.wayar ya g disarungkan sarung hitam.bahaya kah?sy takut bahaya apabila hujan.

    • cikgunas says:

      Salam. Tidak bahaya. Wayar 3-core biasanya dah berpenebat. Tetapi tiada masalah jika tn tutup/balut dengan wiring tape.

  75. zubair abd hai says:

    Salam tuan..sy tgh semak kepala..mula2 aircond leaking keluar air yg indoor..lepas tu kami matikan la aircond tu..sebab tak pndai nak servos sendiri, panggil la cina aircond servis..abis dia togelkan unit indoor tu..cuci2 dan buang habuk..lepas tu yg ourdoor tu dia tembak2 air je..xde turunkan sebab berat kot..sbb sy punya 2hp..so selepas abis babak2 servis ni..pasang la aircond tu mmg dh xda leaking…tukang servis tu dh balik..dan perasan aircond dh kurang sejuk dan rs mcm angin je.hadoiii…org lain lepas servis, aircond jadi lagi sejuk..sy punya terbalik..sebelum ni mmg sejuk kaw tp hnya sebab leaking, terpaksa servis dan last2 jadi tak sejuk..

    Ape sebenarnya masalah yg terjadi ye..sbb org servis tu ckp pakai dulu 2 hari tgk mcmna..dh tak sejuk, takkan nak tggu 2 hari baru nak sejuk..takkan sebab dia dh bogelkan aircond tu dh rosak sensor..entah la..apa yg tak function..gas kurang ke..

    harap dapat bantuan kat sini

    • cikgunas says:

      Salam. Saya faham masalah tuan. Kita telah membayar upah untuk mendapat keselesaan tetapi sebaliknya pula berlaku. Jadi memang rasa sakit hati ditambah pula dengan musim panas begini..:)

      Pertama sekali bertenang. Semua masalah boleh selesai. Dalam kes ini saya yakin unit telah di bawa turun dan dibuat chemical/overhaul service. Antara kemungkinan ialah:

      i) Berlaku kebocoron kecil hingga gas kurang.
      ii) Situasi diatas boleh menyebabkan compressor cut off.
      iii) Periksa kipas luar pusing atau tidak. Jika tidak pusing tukar kapasitor kipas.

      • zubair abd hai says:

        Terima kasih kerana memberi pandangan..tadi org servos aircond tu dtg balik utk tgk masala yg sperti sy nyatakan..dia tambah gas lagi sbb dia cakap kapasiti gas tak sama utk setiap jenama..sy punya aircond brand elektrolux..brand yg pada org aircond tu cap ayam..sakit hati jgk dgr..sblm ni xda plak masalah aircond tu..bila time tak sejuk, senang je dia ayam ayamkan aircond sy..

        So..sejuk la sikit aircond ni dr semalam..tp masih tak sama mcam sblm diservis ni..takpe lah..dugaan Allah nak beri..tp dia ada mention kalau masih lagi kurang sejik, maybe circuit board kat indoor unit tu problem..tp yg sy perasan aircond ni, kipas compresor luar brentinya lama dari berpusing..so mcm haba dalam tak dapat ditarik keluar..kompresor cut off tu terlalu cepat.apa selalunya kerosakan yg dapat relate dgn masalah cut off nieh..

        • cikgunas says:

          Antara sebab compressor cut off:
          i) bilik telah mencapai suhu yang di ‘set’kan.
          ii) gas kurang atau terlebih.
          iii) pressure sensor rosak.
          iv) overload protector (OLP) terlalu sensitif.
          v) kipas outdoor pusing perlahan (haba tidak dibebaskan dengan sempurna).
          vi) compressor tu sendiri dah hilang tebatan/nak rosak.

          • zulfiqar says:

            As salam, apa mslh bila off a/c tp outdoor unit masih run dan kena matikan dgn tutup suis utama, kemudian bila on suis tanpa on remote, outdoor run dan pipe smbung ke compressor jd ais, boleh terangkan tak?

          • cikgunas says:

            Salam. Inilah tanda-tanda aircond tersebut telah di bypass. Biasanya masalah pd IC Board dan penyelesaian mudah ialah dengan membuat bypass.

  76. RAMLAN BIN RAHMAT says:

    Assalam tuan,nak tanya kenapa outdoor unit sya sentiasa hidup walaupun indoor unit dah di matikan.Nak offkan outdoor unit kena off suis plug.Aircond sejuk dan xde masalah lain,cume masalah outdoor sje yg sentiasa hidup.Aircond jenama MIDEA.

  77. Surtima yusof says:

    Assalamualaikum..
    Mcm mana ye,remote aircond sy hilang.puas cari dah..saya pakai hitachi….suhu last 25c….skang ni sy on aircod manual,masalahnya tak tahu nak ubah suhu dr 25c tu ke suhu lain.sebab ada on of sahaja..yg lain2 xde…ada solution tak.dah giveup da cari remote time pns2 ni ehehehehe..terima kasih.

    • cikgunas says:

      Salam pn. Nampak gayanya itulah pilihan yang ada bila remote hilang. Sebagai alternatif blh guna remote universal yang jual di kedai atau lebih baik hubungi pusat service hitachi.

      • Shah says:

        Assalamualaikum…blh tanye tuan.saya baru beli ac jenama mitsubishi slim 1.5hp.masalahnye kurang sejuk suhu dtukar kpd 16c pun tetap sama mcam 25c…dah panggil mitsubishi tech yg datang rumah..dia cakap memang standard mcm tu…saya duduk apartment n aircon install dlm bilik master..technician dia ckap x cukup hp…mohon pencerahan..pasal aircon ni lambat sejuk n sejuknye macam biasa2 je…trima kasih tuan..

        • cikgunas says:

          Salam. Tn perlukan pastikan unit telah diservis dengan sempurna dengan melakukan chemical service secara berkala. Selepas servicing unit perlu dibuat testing and commissioning. Rujuk ebook ini untuk mendapatkan gambaran apa yang perlu di cek selepas unit diservis.

          Jika semua langkah telah diambil dan tuan rasa masih tidak cukup sejuk jadi elok pasang lagi satu atau tukar unit dengan BTU yang lebih tinggi:)

  78. amirah says:

    salam..saya guna aircond jenama daikin..baru pasang lbh kurg 4 bln..masalah nye sekarang..bila sy off aircond lampu timer akn mnyala..bile off suis bru dy padam..knp ye?.
    tq..

  79. Shah says:

    Saya guna aircond samsung 1.5hp.. dah switch off guna remote.. aircond masih keluar aircond/angin/sejuk walaupun blower tutup rapat… last sekali offkan di dinding suiz, baru off semua.. masalah apa ek?

  80. Zila says:

    Saya ada beli remote baru untuk aircond,tapi tak boleh guna. Adakah remote baru perlu di seting apa yg patut. Kalau camne nak setting ye

    • cikgunas says:

      Kalau remote universal cikpuan perlu setting signal dulu. Ikut arahan pada pembalut remote atau manual.

  81. din penang says:

    assalamualaikum cikgu..sy mempunyai aircond jenis inverter keluar mmc (mr slim)..masalah sekarang selepas melakukan service saya dapati unit luar kipasnya sentiasa berpusing…walahal sebelum ni berhenti2…tetapi bila saya set suhu 31c baru kipas berhenti…..apakah kerosakan dia ye

    • cikgunas says:

      Salam. Cek samaada lampu timer blinking(berkelip-kelip) atau tak. Jika blinking bermaksud ada masalah dan cek error code.

  82. ammar says:

    salam,adakah penggunaan mode dry sebagai inisiatif less bill menyebabkan penghawa dingin rosak?agak sejuk juga mode dry….

    • cikgunas says:

      Salam. Musim panas tidak sesuai untuk dry mode. Dry mode tidak menghembuskan udara sejuk sepertimana Cool Mode, ia merendahkan suhu bilik dengan menurunkan lembapan dalam bilik (dehumidifier). Pemampat akan cut off sekitar 25?C walaupun kita set suhu lebih rendah.

  83. Mohd Rashid bin Mohd Noor says:

    Saya guna aircond Daikin 1.0hp. Baru sebulan pasang. Saya nak tanya kenapa bila on dalam sejam, aircond hanya keluar angin saja. Compressor outdoor tak berfungsi. Keadaan ini biasanya berlaku ketika suhu aircond disetkan kepada 30 darjah celcius. Apabila disetkan semula kepada 29 darjah, baru lah compressor berfungsi semula. Saya tidak guna on timer. Hrp tuan dpt beri sedikit penjelasan. Terima kasih.

    • cikgunas says:

      Compressor atau kipas outdoor akan off bila dah sampai suhu yang kita set dan kembali berfungsi apabila suhu bilik naik dari suhu yang kita setkan.

  84. halim says:

    salam, adakah penggunaan mode dry sebagai inisiatif less bill menyebabkan penghawa dingin outdoor dan indoor akan rosak? agak sejuk juga mode dry…

  85. DENI says:

    hi.. saya nak tanya, perbezaan air conditioning system lama( split unit) dengan system split unit baru dimana saya difahamkan semuanya menggunakan dua refrigerant line tetapi pada system lama, satu line tidak dipasangkan insulation sedangkan pada system baru kedua-duanya perlukan insulation. Apakah system lama menyalurkan udara panas pada satu refrigerant tube? terima kasih.

  86. Mujibur says:

    Assalam, berapa harga bagi indoor sensor dan IC board VRF(York)?
    Thanks

  87. jamel says:

    cikgu wsp sy0195470184

  88. Lim Ah Ner says:

    Hi…says pakai aircond Samsung..masalahnya…bila on letrik..dia on…tapi dlm 5saat off balik..automatic Tanpa tutup letrik..pastu bila nak on balik tak boleh..hanya bunyi beep..Dan tida response…saya Cuba lagi dlm setengah jam…boleh on tapi dlm 5minit off balik

  89. fiqry hamzah says:

    Assalamulaikum cikgu..
    saya nak bertanya pasal unit LG 3HP indor dia bila on blingking light dalam 10sec lepas tu mati..indor dan outdor sy baru service,PCB saya baru repair sebab diode meletup.outdor pula tukar relay..punca blingking dan indor mati dari pada mana.saya kerja sebagai maintenance puas saya fikir.terima kasih cikgu

  90. yat says:

    hi.. tumpang tanya sy ade aircond mitsubishi 2.5hp inverter.. i on aircond, first lampu aircond ok, after 2 minit, lampu blingking, outdoor xjalan.. try tukar sensor still blingking, sebab ape ye??

    • cikgunas says:

      Hi, sebelum tukar sensor dah cek error code apa yang dapat? Untuk inverter troubleshoot bermula dari code error dan rujuk pada manual.

      • yat says:

        dh try dh.. code pc board indoor dan pc board outdoor perlu check.. tpi bile troubleshoot indoor pc board ngan outdoor pc board,l semua oo tapi still xjalan juga.. dan dah try panggil specialist dorng pun xboleh buat..

  91. Gee says:

    Salam…saya pakai daikin eco king 1.0hp…kenape lepas saya on xsampai sejam..tetiba mati,dan lampu kelip2 macam mood standby je…kluar angin je..adussshhhhh…baru pasang 2bulan..

    • cikgunas says:

      Salam. Kalau tak silap ini model inverter…jadi langkah pertama ialah cek error code dan mulakan troubleshoot.

  92. zulfiqar says:

    York j.control 1hp r410
    msa off remote indoor stop tp compressor msih run dan kna tutup suis utama untuk matikan, bila on smula suis utama tanpa on remote outdoor unit run dan pipe jd ais..apa sebabnya?

  93. bob says:

    Salam… Saya pasang air cond 2.5 hp tapi pendawaian guna wayar 2.5mm.. Akan ada masalah ke nnti?

  94. ita says:

    salam. saya baru mengunakan aircond midea 1.0hp. kadang2 dlm sejam berfungsi, aircond off sendiri dgn lampu berkelip ada menunjukkan lampu EC. apa masalah sebenarnya? kena off suis baru boleh guna semula

    • cikgunas says:

      Salam cikpuan. Masalah seperti ini banyak diutarakan kepada saya. Saya ada huraikan sebab – sebabnya dalam catatan lepas saya. Biasanya adalah berkait dengan kebocoran (leaking) atau masalah sensor. Jadi perlu periksa tekanan gas dahulu dan tukar pressure sensor jika masih masalah.

  95. azman says:

    Salam.saya nak tanya kalau IC aircon saya rosak berapakah harga untuk tukar..?aircon saya jenis samsung AS09RLN.kalau tuan ada.jual mintak bgtau harga.

    Terima kasih

    • cikgunas says:

      Salam. Saya tidak jual komponen tersebut. Jika tn perlukan anggaran harga boleh download ebook alat ganti di laman utama blog ini.

  96. Amir says:

    Salam sy nak tanya saya servis aircond brend media sy dah setkan tekanan pada 70 psi bila sy of kan aircon dn on semula tekanan jadi 80/90 mohon pencerahan sikit. Terima kasih.

  97. Amir says:

    Salam cikgu nas, kalau aircon Yg menggunakan gas R22 di tukar pada gas R410a boleh ke. Mohon pencerahan terima kasih.

    • cikgunas says:

      Salam. Tn kena ada pencerahan apa beza gas R22 dengan R410a. Fahamkan sifat kedua-dua gas ini dan komponen yang terlibat untuk gas ini beroperasi, baru boleh cerita apa faedah tukar gas.

  98. nik says:

    SLM , boleh sy tnye , aircond KT rumah sy slalu mati sndri pstu menyala lampu timer ,, sedangkn sy dh off timer ,, boleh tuan beri pndapat

  99. Murni says:

    salam cikgu, saya berhajat untuk memasang aircond inverter 2hp di ruang tamu. Sekarang saya mempunyai satu aircond york biasa 1hp di master bedroom.adakah elektrik rumah saya mencukupi sekiranya ia hanya single-phase?boleh beri pendapat atau apa2 aircond yg sesuai.

  100. isma says:

    salam…saya punya penghawa dingin rumah terlalu cepat cutt off.kenapa?

    • cikgunas says:

      Salam. Mungkin tn set suhu tinggi atau compressor panas. Set suhu lbh rendah, mode cool dan pilih fan manual. Masalah compressor panas blh rujuk catatan ini.

  101. Irwan says:

    salam tuan,

    sy br sja psg acond jenama sharp 1.0..mslhya unit outdoor dia kdg2 bhnti lepas itu hdp balik dan bgtulah sterusnya..sy branggapan ianya slh 1 cara utk pnjimatan elektrik bl blik dh sejuk..tp sy xberapa pasti dn rsnya baik mnta penjelasan dr yg pakar..mohon penjelasan dr pihak tuan..terima kasih..

    • cikgunas says:

      Salam. Compressor akan cut off (berhenti) apabila bilik telah mencapai suhu yang di ‘set’kan. Ia adalah normal. Apabila suhu bilik naik, compressor akan beroperasi semula.

  102. halima says:

    as salam cikgu..aicond sy baru diservis td..sjuk hanya 15 minit sj lpas tu hanya angin yg keluar..mula2 sj sejuk setiap kali d on slpas itu hanya angin sj yg keluar..

    • cikgunas says:

      Salam. Tak sejuk kerana compressor tak jalan. Jika baru di servis, hubungi semula juruteknik berkenaan. Ada byk kemungkinan masalah ini. Sepatutnya selepas servis juruteknik buat test run pada unit supaya ia mengikut spesifikasi asal dan anda pun berpuashati.

      • halima says:

        sda ok..tukang servis tu cakap sensor indoor rosak..kalau lampu oren menyala simbol bintang tu apa maksudnya ya cikgu

        • cikgunas says:

          tu bermaksud mode sleep aktif. tekan simbol bintang sekali lagi pada remote/tekan SLEEP utk nyahaktif.

  103. Saiful says:

    Salam cikgu. Nak tanya, apa kesannya kalau pasang aircond tapi takde suis. On/off hanya guna remote. Sekarang ni wiring aircond direct ke MCB tanpa guna suis.

    • cikgunas says:

      Salam. Kesannya pc board sentiasa energise. Kalau pegang transformer akan rasa panas. Kesan kepada aircond dan bil elektrik.

  104. azura says:

    salam..saya nak tanya..aircond bilik saya sekjap on..sekejap off…automatik..saya dah cancel timer tapi tetap jugak mcm tu..ada masalah ke

    • cikgunas says:

      Salam. Jika bilik sejuk takda masalah. Bermaksud bilik telah mencapai suhu yang dikehendaki. Lebih baik buat pemeriksaan atau servis, jd masalah awal dpt dikenalpasti.

      ***tambahan: pastikan setting remote betul. pilih mode COOL dan kelajuan kipas pilih manual.

  105. hani says:

    Assalamualaikum tuan, sy pakai aircond topaire eco-friendly 1hp, sebelum ni..pakailah mode auto atau cool sekalipun, bila dah on, selepas beberapa tempoh tertentu..dia akan auto off dan beberapa ketika kemudian akan on semula..tokey kedai kata itu sensor dapat detect bilik da sejuk ke tak tu yg dia auto off…tapi..selepas diservis dan tambah gas r22, aircond on sahajaaaaa..takde dah auto off tu..saya mcm risau la sebab sy takut kipas n compressor bekerja tanpa henti..nanti aircond cepat rosak pulak..macam mana nak fix masalah ni tuan?

    • cikgunas says:

      Salam. Apa maksud tn auto off?. Jika compressor berhenti selepas mencapai suhu yg di ‘set’kan ia adalah normal dan kembali beroperasi apabila suhu bilik naik. Pemampat akan terus beroperasi sehingga mencapai suhu yang diingini.

      Begitulah kitaran operasi pemampat bg model non inverter. Jika ia terus beroperasi bermaksud suhu yg kita ‘set’kan belum dicapai.

  106. Mohd Helmi says:

    Boleh saya tahu kenapa kita perlu membersihkan filter dalam indoor unit ? Tq

    • cikgunas says:

      Filter berfungsi menapis udara. Udara kita penuh dengan debu dan kotoran. Tak percaya tn tengok filter tersebut selepas sebulan. Atau nak lebih cantik tengok lepas 3/4 bulan. Agak2 apa yang patut buat dengan keadaan filter tersebut??

  107. Reo says:

    tumpang tanya..adakah pengunaan mode dry pada setting AC lebih kurang penggunaan elektrik(dapat menjimatkan elektrik) berbanding menggunakan mode cool pada setting AC?

  108. ariffkamil says:

    nak tnya apa funtion ada -1 smpai -10 kt remote aircond

    • cikgunas says:

      Saya tidak pasti dengan nilai negatif tersebut. Setahu saya tiada nilai negatif pada penyaman udara.

  109. anas says:

    as’kum tuan boleh saya tahu sekiranya saya tukar compressor yang menggunakan r410. tapi indoor unit masih menggunakan indoor r22, boleh ke tuan?

    • cikgunas says:

      Salam tn. Pandangan saya, condensor dan penyejat perlu buat flushing. Perlu ingat tekanan gas untuk R410a lebih tinggi dari R22. Terpulanglah pada tuan, saya tiada pengalaman dalam hal ini.

  110. faidhi zakwan says:

    salam tuan. mcm mana nk bypass tanpa guna remote utk on sbb board pcb remote rosak kena on manually.ada x cara yg on ja suis dinding air cond trus pasang.

    • cikgunas says:

      Salam. Selepas ON aircond guna manual button dan masa nak OFF aircond, guna suis utk OFF. Maksud saya OFF aircond guna suis. Nanti blh ON aircond pada suis sahaja tanpa perlu tekan manual button lg.

  111. saiful nizam aziz says:

    Asalamualaikum Cikgu,

    Saya menggunakan aircond Hisense 1.0HP selama 6 bulan tanpa sebarang masalah. sekarang masalah yang saya hadapi bila setting temp kepada 26c tapi suhu bilik menurun kepada 23c. Compressor sentiasa on tanpa berhenti2 seperti sebelumnya dan meningkatkan Bill elektrik. apa yang perlu saya lakukan.

    • cikgunas says:

      Salam tn,
      Saya tidak pasti masalah ini. Compressor akan cut off apabila mencapai suhu yang di setkan. Jika ia terus beroperasi bermakna belum mencapai suhu yang dikehendaki.

  112. lia says:

    salam,
    sy ingin btya sblm ni sy guna aircond mode cool 28c je tp nk try cuba mode dry 25c utk jimat bil mcm yg tersebar kat fb tu… soalan sy: betul ke dpt jimat sbb suhu diturunkn 28c ke 25c?bkn makin kecik suhu makin mahal ke?
    tqvm jika sudi jawab?

  113. runsing says:

    assalammualaikum tuan,
    saya ingin bertanya…aircond dirumah saye jenama daikin, akan sentiasa padam kdg2 5 minit,….kdg2 1/2 jam….jd x sejuk..lampu oren akan menyala….on/off balik akn keluar lampu hijau (sejuk) n then lepas 1/2 jam @ 1-2 jam akan jd balik…boleh bantu x…tq

  114. Radi says:

    AsSalam, minta nasihat tuan mengenai suis power aircond yg berlampu merah didinding, tak dapat ON walau ditekan On. Jadi aircond tak dpt ON juga. Mungkin short. Apa yg patut atau boleh saya lakukan sendiri tanpa meminta bantuan wireman aircond ? T. Kasih

  115. mohammad says:

    Assalam,aircond sy 1hp panasonic inverter,aircond akan off selepas 2jam(air cond sejuk),pastu timer blinking,sy da reset timer,check tekanan gas 160kpa,mula2 suspect gas berlebihan…da kurangkan gas kepada 140kpa,try ON semula…still OFF selepas 2jam (aircond xsejuk),boleh mohon penjelasan…aircond baru 2tahun…

  116. Fatihah says:

    Aslm..tuan..nk tye aircond sy jenama York 1hp..sy set mode dry suhu 24..bile da lamaa sejuk…die mcm.berhenti sekejap motor die…lame tu die sejukkan balik bilik..mmg mcm tu ke cara die bekerja utk penjimatan elektrik???mohon pencerahan

  117. Syaukk says:

    Salam…
    Sy bcadang nk bli ac Panasonic sky series 1hp inverter. Soalan sy..klau compressor Ac dpasang pd didalam bilik air back to back ok tak…didalam bilik air tu ada udara masuk ikut tingkap atas dan kipas blower exzos fan.

    • cikgunas says:

      Salam. Walaupun back to back jarak indoor ke outdoor sekurang2nya 10kaki. Tujuannya untuk mengelakkan gegaran pada outdoor dan return gas yang sempurna. Outdoor mesti dipasang dimana udara panas dapat dibebaskan keluar dengan baik. Jika ada gangguan pada udara panas tersebut, outdoor akan jadi overheat.

  118. Leh says:

    Salam ,kli pertma sy onkn outdorr hidup dngn baik, dn sy on kli kedua terus trip dngn tiba2 . sy dah semak pendaiwayaan serta komponen2 outdoor masih baik cuma kompreser terlanpau panas msa sy on kli pertma dngn masa 5/10minit.ad penjelasn tak

  119. rosli kadir says:

    Deikin 2.0
    Mula2 dulu ok, sekarang lampu tengah (ada simbol jam ) pandai tiba2 berwarna oren berkelip dan waktu tu, udara menjadi tidak sejuk

    selepas off dan on, akan pulih seketika dan masalah akan berulang lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*