Blog Penyejukan & Penyamanan Udara SPM

Dari Guru Untuk Guru & Pelajar

Teknik Mudah Servis Penyaman Udara

Unit penyaman udara mestilah diselenggara mengikut jadual oleh juruteknik mahir. Walaupun unit masih berfungsi dengan baik, penyenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan ketahanan unit dan kebolehupayaan unit memberi kesejukan mengikut kapasiti awal. Ia juga untuk memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara itu sendiri.

Terdapat dua penyenggaran berjadual yang perlu dilakukan iaitu:

  1. Penyenggaran harian atau mingguan – dilakukan sendiri oleh pengguna.
  2. Penyenggaraan tetap – dilakukan oleh juruteknik mahir.

Dalam bahagian ini saya akan menunjukkan penyenggaraan harian atau mingguan yang boleh dilakukan sendiri oleh pengguna. Ia sangat mudah tetapi memberi kesan besar kepada operasi unit penyaman udara. Penyenggaran harian atau mingguan yang boleh dilakukan oleh pengguna ialah membersih penapis udara dan mengelap badan unit dalam dengan kain lembap. Langkah keselamatan sebelum anda melakukan penyenggaran ini ialah OFF kan unit penyaman udara dan cabut plug 3 pin dari soket.

  • Membuka penutup hadapan.
  • Mengeluarkan penapis udara.
  • Membersihkan penapis udara dengan air.
  • Mengeringkan penapis udara.
  • Memasukkan semula penapis udara ke dalam slot.
  • Menutup semula penutup hadapan.
  • Mengelap bahagian badan unit dengan kain lembap.

 

Membuka penutup hadapan & Mengeluarkan penapis udara

 

Membersihkan penapis udara dengan air & mengeringkannya

 

Memasukkan semula  penapis udara ke dalam slot & Mengelap bahagian badan unit dengan kain

Penyenggaraan tetap pula meliputi kerja – kerja seperti memeriksa kuantiti gas, mencuci penyejat dan pemeluwap dengan bahan kimia, memeriksa salur air, memeriksa saluran pemaipan kuprum untuk mengesan kebocoran dan memeriksa sambungan wayar antara komponen.

Adalah agak sukar untuk diterangkan di sini kerana ia melibat kerja – kerja praktikal dan memerlukan peralatan spesifik. Oleh itu pengguna disarankan mengambil juruteknik mahir untuk melakukan kerja penyenggaraan sekurang – kurangnya setahun sekali. Namun jika ada masalah pada unit, penyenggaraan perlulah dibuat segera.

Maklumbalas: info@cikgunas.net

9 thoughts on “Teknik Mudah Servis Penyaman Udara

  • suhaimi bin mohd khalid says:

    ingin tahu

  • Norlia Bt Mohamad says:

    salam cikgu.sy berminat tgk blog cikgu ni.sy nk ty,cikgu ade ilmu lanjut x ttg preventive maintenance.modul equipment modification.sy perlukn nota2 b,kaitan dgnnya.sy hrp sgt ptlgn dr ssma kt ni coz nk buat persediaan u ngajar budak kolej vokasional ni u sem6,7 n 8 nt.klu blh tlg,cikgu bgtaula ye.mg Allah mrhmati mu sntiasa.aamiin…

    • cikgunas says:

      Wassalam cikpuan. Agak tinggi level tajuk yang cikpuan nak itu. Apa yang saya ada semua telah saya upload dalam blog. Mungkin cikpuan boleh dapatkan dari link HVAC yang saya kongsikan di blog (sidebar). Terima kasih..:)

  • salleh says:

    cikgu saya nk tanya kalau kita buka paip gas ac,ada kah gas dlm tabungnya semua hilang..?

    • cikgunas says:

      Ya jika tanpa prosedur yang betul sistem akan kehilangan gas. Jika untuk tujuan baikpulih/servis tuan perlu buat pump down dahulu untuk mengelakkan kehilangan gas.

      • salleh says:

        boleh cikgu bagi penerangan pump down tu sikit,ada kah ia sejenis alat..?
        saya nk pindah rumah dan saya nk buka ac sendiri mcmna saya x nk bagi gas dlm tabung ac hilang banyak..?

        • cikgunas says:

          Pump Down adalah satu prosedur mengumpulkan gas kedalam pemampat menggunakan tolok pancarongga. Apabila semua gas telah masuk ke dalam pemampat, maka unit boleh dicabut dengan selamat tanpa membuang gas. Saya ada huraikan penerangan ini dalam Nota Prosedur PPU yang berharga RM10. Sekian

  • salleh says:

    cikgu mcm na nk bagi gas dlm tabung ac x keluar,jika kita buka sendiri untuk nk pindah rumah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>