Pengenalan

Penggunaan penyaman udara masa kini semakin meluas dan semakin bertambah setiap hari. Pengguna menggunakan penyaman udara untuk mendapat lebih keselesaan kesan dari pemanasan global dan suhu bumi yang semakin meningkat. Hari ini penyaman udara bukan sahaja dipasang dirumah kediaman tetapi di pejabat, premis perniagaan, pusat membeli belah, sekolah, kenderaan persendirian dan kenderaan perdagangan.

Bergantung kepada geografi dan cuaca sesebuah negara, penyaman udara mungkin akan berfungsi untuk menstabilkan suhu dalam sebuah bilik agar tidak terlalu panas ataupun tidak terlalu sejuk. Di negara kita, tujuannya tentulah untuk memindahkan haba dari dalam bilik keluar supaya pengguna dalam bilik tersebut berasa selesa. Di negara luar yang mempunyai musim sejuk, penggunaan penyaman udara adalah untuk menaikkan suhu bilik supaya bilik tersebut tidak terlalu sejuk. Dalam hal ini konsep heating digunakan.

Penyaman udara adalah alat yang terdiri daripada komponen-komponen mekanikal yang berfungsi untuk menyerap haba dari dari satu ruang tertutup dan memindahkan haba tersebut ke luar. Rekabentuk penyaman udara yang baik hendaklah dapat memenuhi kriteria berikut:

a)      mengawal dan melaras suhu bilik agar selesa.

b)      mengawal dan melaras kelembapan nisbi.

c)      mengawal peredaran udara dalam bilik.

d)      menapis dan membersihkan udara dalam bilik.

Untuk lebih memahami prinsip dan aplikasi penyaman udara, pemahaman berkaitan termodinamik dan kitar penyejukan asas adalah penting. Kitar penyejukan yang lengkap melibatkan pemindahan tenaga dari satu medium ke medium yang lain. 4 komponen utama terlibat semasa pemindahan tenaga ini iaitu pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat.

4 comments on “Pengenalan
  1. mohd shafik says:

    Terima kasih byk2 cikgu..saya masih belajar ttg aircond ni..semoga Allah memberkati rezeki dan hidup cikgu 🙂

  2. wani says:

    assalamualaikom….
    terime kasih banyak banyak cikgu sbb cikgu membantu saya serbe sdikit tentang aircond… saya pelaja dari kolej vokasional nak ucapkan ribuan terima kaseh sekali lagi atas jage baik cikgu ….

    assalamualaikom ..

  3. Fauzi Ghani says:

    mohon kebenaran copy nota cikgu..terima kasih atas perkongsian ilmu cikgu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*