Unit penyaman udara perlu diservis secara berkala oleh juruteknik bertauliah bagi memastikan ia dapat berfungsi secara optimum dan selamat. 7 sebab kenapa unit penyaman udara perlu diservis.

7 sebab penyaman udara perlu diservis

1) Memanjangkan jangka hayat

Servis berkala dapat memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara kerana unit beroperasi tanpa beban yang tinggi. Jika unit tidak diservis, kecekapan unit beroperasi seperti asal berkurangan di sebabkan kekotoran pada penyejat dan pemeluwap.

2) Udara bersih

Untuk mendapatkan udara bersih, unit penyaman udara hendaklah diservis mengikut jadual yang ditetapkan. Ini kerana semasa servis, penapis udara telah dibersihkan bagi menjamin kualiti udara lebih baik.

3) Mengelak kebocoran

Unit yang tidak diservis mengikut jadual boleh menyebabkan saluran air tersumbat disebabkan lumut dan habuk. Ini menyebabkan air menitis ke lantai rumah anda.

4) Menjimatkan elektrik

Unit penyaman udara yang diservis mengikut jadual dapat memastikan unit beroperasi dengan cekap. Ini bermaksud unit beroperasi tanpa tenaga tambahan. Tenaga tambahan/beban tambahan inilah yang boleh meningkatkan bil elektrik anda. Rujuk bahagian rahsia jimat elektrik untuk tips seterusnya.

5) Kesan masalah kerosakan lebih awal

Semasa servis, unit dapat diperiksa oleh juruteknik dan sebarang masalah dapat dikesan lebih awal. Ini dapat mengelakkan kerosakan yang lebih teruk dan seterusnya mengelakkan anda berbelanja lebih besar untuk penyelenggaraan.

6) Nasihat pakar

Semasa servis, anda boleh mendapatkan nasihat daripada juruteknik berkaitan apa saja. Anda boleh tanya secara direct berkaitan unit penyaman udara anda dan ini dapat menambahkan pengetahuan anda dalam bidang ini.

7) Keselamatan

Inilah sebab UTAMA kenapa unit penyaman udara anda perlu di servis. Ia menjamin keselamatan unit dari segi pendawaian elektrik dan juga punca bekalan kuasa.

Print Friendly, PDF & Email

6 comments on “7 Sebab Mengapa Penyaman Udara Perlu Di Servis

  1. Assalamualaikum.sy nk tanya,sy ada aircond panasonic inverter..dia boleh on sjuk jugak tp lps 30 minit dia off sndiri.sy cek dia tulis error f95 overheating outdoor coil.jd servis pe yg pwrlu sy buat?just general servis utk bersihkan outdoor unit?

    • Salam. Kena periksa bagaimana haba dibebaskan di outdoor. Mungkin ada halangan menyebabkan haba tidak dibebaskan sempurna. Kemungkinan lain ialah coil kotor, motor kipas slow dan outdoor pipe sensor rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *