Kolej Vokasional

Kolej Vokasional memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana yang berminat kepada pembelajaran bercorak vokasional. Kandungan bidang Kolej Vokasional mempunyai 30% teori dan 70% praktikal. Matlamat aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS dan institut latihan kemahiran awam dan swasta atau terus ke alam pekerjaan.

Objektif

  • Menghasilkan pelajar berkompetensi pekerjaan aras tinggi dan menepati kehendak industri.
  • Memupuk watak profesional.
  • Menghasilkan pelajar berkompetensi usahawan dalam bidang vokasional pilihannya.
  • Membekalkan ilmu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
  • Memupuk kecintaan kepada pembelajaran sepanjang hayat. 

Pakej yang ditawarkan:

  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  • Pemesinan Industri
  • Teknologi Kimpalan
  • Teknologi Pembinaan
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Fesyen & Pembuat Pakaian
  • Seni Kulinari
  • Kosmetologi
  • Hortikultur Hiasan
  • Landskap
  • Mekanisasi Agro
  • Agroindustri Tanaman
  • Agroindustri Ternakan Ruminan
  • Agroindustri Ternakan Poltri

Jenis Program

 

Perbezaan SMV & Kolej Vokasional

Kurikulum & Pentaksiran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*