Proses & Dokumen Permohonan VTO Secara Fast Track Single – Tier

Catatan ini adalah berkaitan permohonan saya untuk mendapatkan pentauliahan Perakuan Kelayakan Mengajar dalam bidang kemahiran atau lebih dikenali sebagai Vocational Training Officer (VTO). Permohonan adalah secara fast track dan single-tier melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).  Program secara Fast Track ini bermaksud program yang dilaksanakan secara pakej dengan mengambilkira kelayakan dan pengalaman sedia ada bagi penganugerahan suatu sijil manakala Single-Tier adalah kaedah persijilan yang melibatkan pendaftaran kombinasi program VTO, VTE atau VTM secara serentak.

Carta Alir Permohonan:

carta alir vtoem 1

carta alir vtoem 2

Kriteria permohonan:

Syarat untuk permohonan VTO ini ialah dengan memenuhi salah satu syarat di bawah:

  • Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Diploma dengan pengalaman mengajar program latihan kemahiran sekurang-kurangnya dua (2) tahun; atau
  • Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SKM 2 dengan pengalaman mengajar program latihan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; atau
  • Terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran program latihan kemahiran dengan pengalaman sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun tahun.

Permohonan untuk VTO/VTE/VTM dilakukan serentak dengan sekali bayaran sahaja. Walaubagaimanapun setiap calon perlu membangunkan portfolio bagi setiap program secara berasingan. Pembaca boleh rujuk syarat permohonan untuk VTE/VTM dalam sofycopy yang saya sediakan di bawah.

Kursus Pembangunan Portfolio Vocational Training Officer (VTO)

Kursus ini bertujuan untuk mendapat pendedahan berkaitan pembangunan NOSS, Competency Base Training (CBT) dan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM). Dalam kursus ini juga saya telah mendapat pendedahan untuk membangunkan satu dokumen Course Of Study  (COS). Dokumen ini adalah satu bukti penting yang perlu dimasukkan dalam fail portfolio VTO.

Bahan kursus dan catatan lengkap saya berkaitan kursus ini boleh rujuk DI SINI.

Penilaian Analisa Jurang Kompetensi

analisa jurang
Surat Untuk Penilaian Analisa Jurang

Saya telah menghadiri penilaian ini yang bertujuan untuk mengenal pasti jurang kompetensi yang terdapat di antara bukti yang dimiliki oleh calon dengan NOSS. Sebelum menghadiri penilaian ini saya telah menyiapkan fail portfolio VTO berserta senarai bukti – bukti ketrampilan dan jadual perbandingan NOSS dengan bukti-bukti ketrampilan VTO/VTE/VTM. Jika dilihat pada tarikh penilaian ini, ia adalah setahun selepas Kursus Pembangunan Portfolio VTO di atas. Oleh itu masa yang mencukupi untuk membangunkan portfolio tersebut.

fail portfolio vto
Portfolio Calon
dokumen COS
Dokumen Course Of Study (COS).

Semasa penilaian, pegawai penilai akan menyemak fail dan membimbing personel untuk mendapatkan bukti-bukti yang diperlukan. Rujuk borang JPK/PPT/1002A VTOEM untuk senarai bukti yang telah saya sertakan dan bagaimana bukti-bukti ini dimasukkan dalam borang perbandingan NOSS iaitu JPK/PPT/1002B VTO. Pegawai penilai juga telah menasihatkan saya untuk menyediakan antara 5 – 8 bukti untuk setiap task bagi setiap duty.

Sesi Temuduga 

temuduga vtoem
Surat Panggilan Untuk Proses Temuduga.

 

sijil VTO
Menerima Sijil VTO pada 18/1/2016.

Muaturun:

  • Senarai softcopy fail VTO (senarai softcopy file vto)senarai softcopy file vto
  • Contoh surat pengesahan tugas, surat pengesahan majikan, surat pengesahan pengalaman kerja dan carta organisasi – RUJUK DISINI

Rujukan

  • https://www.ciast.gov.my/v3/index.php/kursus/vtoem-fast-track
  • https://yusjam.blogspot.my/2015/01/panduan-gap-analysis-vte.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...