Kaedah Mengira Kapasiti Pendinginan.

Kaedah yang diberikan dalam catatan ini saya perolehi semasa menghadiri Product Training By Panasonic (M) Sdn Bhd yang lepas. Ini antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengira kapasiti pendinginan yang diperlukan bagi sebuah bilik atau ruang.

Saya ada membuat anggaran kapasiti pendinginan Bilik Guru SMK Bera dalam catatan yang lepas. Rujuk catatan Anggaran Kapasiti Pendinginan. Apakah yang dimaksudkan dengan Kapasiti Pendinginan?.

Terma ini merujuk kepada haba dalam bilik yang harus dikeluarkan sehingga bilik tersebut mencapai suhu dan kelembapan tertentu. Rekabentu piawai untuk keadaan ini ialah pada suhu 24°C dan kelembapan relatif 55%. Kajian menunjukkan kombinasi suhu dan kelembapan relatif ini adalah paling kondusif untuk tubuh manusia. Dalam ertikata lain anda akan berasa selesa berada dalam bilik tersebut.

Pengiraan:

  • Unit dalam kaki.
  • Faktor 1 & Faktor 2 : rujuk rajah dibawah.
  • Rumus = (L x W x H x Faktor 1) + (Bilangan orang x Faktor 2)

kapasiti pendinginan

Contoh:
Sebuah bilik tidur berukuran panjang 15 kaki, lebar 12 kaki dan tinggi 10 kaki. Ia didiami oleh 2 orang dewasa dan 1 orang kanak – kanak.Berapakah kapasiti pendinginan yang diperlukan untuk bilik tersebut?

= (15 x 12 x 10 x 5) + (2 x 600 + 1 x 300)
= 9000 + 1500
= 10500 BTU

Kaedah lain yang boleh digunakan untuk mengira kapasiti pendinginan boleh rujuk dalam Siri Nota Penyaman Udara. Pembaca juga boleh membuat kiraan melalui perisian online yang di sediakan di bahagian ini.

BTUCalculation

Mengira Kapasiti Pendinginan Bilik Guru SMK Bera.

Tugasan ini adalah untuk memberi cadangan bilangan unit penyaman udara yang diperlukan dan kuasa unit penyaman udara tersebut berdasarkan anggaran beban haba yang telah dibuat. Dengan cadangan ini, bilangan unit penyaman udara dengan kuasa yang sesuai dapat dipasang dan memberi keselesaan kepada guru – guru untuk bekerja.

Anggaran Beban Haba

  • Panjang X Lebar X Tinggi = 30m (100ft) X 7.2m (24ft)  X 3m (10ft)
  • Bilangan lampu = 20 (40 Watt/unit)
  • Bilangan kipas = 10 (175Watt/unit)
  • Bilangan orang = 50 orang.

Pengiraan Horse Power (HP)

Saya telah menggunakan perisian di laman web yang dinyatakan berikut untuk membuat pengiraan Horse Power (HP):

Rujukan: https://papamy.panasonic.com.my/support/Horse_Power_Simple.asp

Horse Power yang diperlukan = 19.64HP

1HP = 9000 BTU/jam

19.64HP = 176760 BTU/jam = 180000 BTU/jam (nilai terhampir)

Oleh itu kapasiti pendinginan yang diperlukan ialah 180000 BTU/jam

plan lantai bilik guru
Pelan Lantai Bilik Guru SMK Bera.

Cadangan alat penyaman udara berdasarkan kapasiti pendinginan (jenis/bilangan/kuasa)

Cadangan 1

Jenama : Samsung/Acson/York.

Jenis : Siling (ceiling mounted).

Bilangan: 8 unit.

Kuasa: 24 000 BTU/jam setiap unit atau  2.5HP setiap unit.

V/Ph/Hz: 220V – 240V/single phase/50Hz.

Cadangan 2

Jenama : Samsung/Acson/York.

Jenis : Siling (ceiling mounted).

Bilangan: 5 unit.

Kuasa: 35 000 BTU/jam setiap unit atau  3.5HP setiap unit.

V/Ph/Hz: 220V – 240V/single phase/50Hz.

***cadangan ini tidak termasuk 4 bilik Ketua Bidang. Bagi bilik Ketua Bidang cadangan berikut diberi:

Jenama : Samsung/Acson/York.

Jenis : Lekapan dinding (wall mounted).

Bilangan: 4 unit.

Kuasa: 9000 BTU/jam setiap unit atau  1HP setiap unit.

V/Ph/Hz: 220V – 240V/single phase/50Hz.

acsn ceiling mounted
ACSON Ceiling Mounted
BTU

Lampiran

  • Lampiran A : Plan Lantai Bilik Guru SMK Bera.
  • Lampiran B : Lokasi Pemasangan Unit Penyaman Udara (Cadangan 1)
  • Lampiran C : Lokasi Pemasangan Unit Penyaman Udara (Cadangan 2)
  • ACSON Ceiling Mounted

Rujuk ruangan Muaturun untuk mendapatkan plan pemasangan unit penyaman  udara yang lebih jelas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...