Majlis Ahli Teknologi Dan Pakar Industri Negara.

Untitled

Majlis Ahli Teknologi Dan Pakar Industri Negara atau National Industrial Experts And Technologists Council – NIETEC adalah sebuah pertubuhan berdaftar kebangsaan yang ditubuhkan pada 24 September 2012. Majlis ini ditubuhkan atas tujuan-tujuan berikut:

  • Memimpin dan membentuk kumpulan ahli pakar industri negara dan ahli teknologi yang berintegriti, berdisiplin dan bertanggungjawab.
  • Memelihara status dan kepentingan pakar industri Negara dan profesyen ahli teknologi supaya kekal diiktiraf dan menjadi penyumbang kepada ekonomi Negara.
  • Membangunkan professionalisma ahli supaya ilmu, kepakaran dan amalan ahli terus relevan dan berkesan dalam menyokong pembangunan diri ahli, industri, masyarakat dan negara.
  • Menyalurkan maklumat-maklumat berhubungkait dengan pakar industri Negara dan profesyen ahli teknologi kepada semua ahli.
  • Menyediakan pentas untuk ahli-ahli bertukar pendapat, menyelesaikan masalah bersama serta bersuara secara kolektif dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.
  • Menyumbang dan menyokong usaha pembangunan kemahiran pekerjaan dan kepakaran Negara.
  • Berusaha mengelakkan kelenyapan ilmu kepakaran yang sedia dimiliki oleh ahli-ahli melalui penganjuran dan penglibatan ahli dalam aktiviti-aktiviti penulisan, latihan & bimbingan, pendidikan, pengajaran, penterjemahan, penyelidikan dan aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan untuk faedah ahli dan keluarga.

Golongan Yang Wajar Memohon Menjadi Ahli NIETEC.

Pekerja pakar (Bermula dari tukang kanan, juruteknik dsb. ) membawa ke jawatan separa professional ( Penyelia, pembantu teknik, pegawai tadbir, pembantu akauntan dsb.) hinggalah ke ahli professional ( Akitek, jurutera, akauntan, ahli kimia, pensyarah, ) dan ahli pengurusan (Ketua Seksyen, Pengurus Jabatan, Pengurus Besar, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Pegawai Eksekutif dsb) dari semua bidang termasuk kejuruteraan, pendidikan, pembinaan, pengeluaran, teknologi maklumat, pertanian, perubatan, perlombongan, hartanah, petroleum & gas, maritime, pengurusan korporat, perakaunan, hospitaliti, pelancongan, otomobil, pengangkutan & logistic, penerbangan, textile, seramik, kecantikan, dan sebagainya sesuai memohon keahlian NIETEC. Keahlian NIETEC terbahagi kepada 6 jenis:

  • Ahli Felo Kehormat
  • Ahli Kehormat
  • Ahli Felo
  • Ahli Biasa
  • Ahli Bersekutu
  • Ahli Gabungan

Syarat terperinci untuk setiap keahlian ini boleh layari LAMAN WEB NIETEC.

Perbezaan NIETEC & DPIN.

Berikut beberapa perbezaan yang saya faham antara 2 personel pengiktirafan ini. Berkaitan DPIN anda boleh rujuk catatan lama saya untuk lebih terperinci.

perbezaan nietec & dpin

Cara memohon: Lengkapkan borang permohonan ini dan hantar ke alamat seperti dalam borang berserta salinan sijil -sijil berkaitan. Kemudian buat bayaran wang proses sebanyak RM25 ke akaun MAYBANK : 5622 6350 4030. Pihak NIETEC akan memproses permohonan dan menentukan keahlian yang bersesuaian dengan kelayakan. Seterusnya pembayaran yuran keahlian selepas disahkan oleh pihak NIETEC.

Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa kerana saya juga baru sahaja menghantar borang permohonan.

Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) – PIND & PAJAR

Direktori ini merupakan satu kumpulan data yang terdiri daripada Pakar Industri dan Pakar Pengajar. Ia bertujuan mendaftar dan memperakukan individu (personel) yang berpengalaman luas dan berkemahiran dalam sektor industri mengikut kriteria tertentu. Pakar Industri Negara terbahagi kepada 2 iaitu Pakar Industri atau PIND yang bermaksud pekerja industri yang mahir, berpengalaman dan pengamal (practioner) dalam industri berkaitan. Pakar Pengajar (PAJAR) pula adalah pengajar mahir yang berpengalaman dalam sesuatu program kemahiran. Kriteria umum kedua – dua pakar ini ialah Warganegara Malaysia / PR Malaysia dan pengalaman kerja/mengajar minima 10 tahun.

Direktori Pakar Industri Negara

Bagi kategori PAJAR kriteria / syarat tambahan adalah seperti rajah berikut.

Untuk lebih memahami Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) ini pembaca boleh download slide powerpoint di laman web CIAST. Saya ada menghantar borang permohonan sebagai PAJAR kira – kira 2 minggu lepas. Maklumat awal yang saya perolehi berkaitan keputusan permohonan ini adalah dalam tempoh sebulan dan makluman secara bertulis akan diberi samaada berjaya atau tidak.

Contoh Borang Permohonan PAJAR

Langkah – langkah permohonan:

  • Download borang permohonan. manual_form_dpinv3
  • Lengkapkan semua maklumat beserta salinan sijil berkaitan yang disahkan.
  • Hantar borang permohonan ke:

Unit Pentauliahan Personel & Pakar (UPPP)

Program Kelayakan Kekompetenan (PKK)

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Peti Surat 7012 ,

Jalan Petani 19/1, Seksyen 19,

40900, Shah Alam,Selangor .

Tel : 03-5543 8200

Permohonan saya telah pun berjaya dan menerima Surat Perakuan Pakar Pengajar (PAJAR) seperti di bawah.

daftar PAJAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...