Air Purifier Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher

Air Purifier Sharp 3 in 1 Mosquito CatcherSHARP memperkenalkan teknologi baru dalam segmen Air Purifier atau Penapis Udara dengan menambah fungsi mosquito catcher pada model terkini FP-FM40E-B. Teknologi yang dibangunkan dengan ujian makmal bersama Institut Penyelidikan Perubatan, Malaysia ini menunjukkan Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher Air Purifier dapat mengurangkan populasi 200 nyamuk betina dalam persekitaran rumah simulasi sehingga 91 peratus bagi Culex (isi rumah nyamuk).

3 in 1 Air Purifier

Sharp 3 in 1

Air Purifier ini mempunyai 3 fungsi utama iaitu:

  • Plasmacluster – Teknologi plasmacluster diguna pada penapis udara yang dapat menghasilkan ion hidrogen positif dan ion hidrogen negatif. Ion – ion ini dapat menyahaktifkan alergan, habuk dan bakteria dalam udara. Dengan cara ini pertumbuhan kulat dapat dielakkan dan udara dalam sebuah bilik menjadi lebih bersih.

a-plasmacluster

  • Air Purifying – Menggunakan penapis HEPA yang mampu memerangkap zarah mikroskopik.penapis HEPA

b-air purifying

  • Mosquito catcher – Ciri utama model terkini Air Purifier ini yang boleh memerangkap nyamuk dengan 5 langkah mudah tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Sinaran UV berwarna biru dan warna luaran hitam mampu menarik nyamuk untuk melekat pada helaian gam yang kuat.

c-mosquito catcher

Dengan ketiga – tiga fungsi ini, ia amat sesuai digunakan oleh rakyat Malaysia, lebih – lebih lagi pada musim jerebu dan kes pembiakan nyamuk aedes yang semakin meningkat.

Perlu diingat Air Purifier berbeza dengan penyaman udara. Walaupun teknologi plasmacluster ada dalam Air Purifier tetapi tidak sama dengan penyaman udara. Ini kerana Air Purifier tidak dapat mendinginkan sesuatu ruang atau bilik seperti penyaman udara. Untuk mendinginkan sesuatu ruang atau bilik ia perlu kepada 4 komponen asas seperti dalam penyaman udara.

Harga Air Purifier juga lebih mahal berbanding penyaman udara kerana teknologi yang ditawarkan dan juga bilangan syarikat yang mengeluarkan Air Purifier tidak banyak seperti syarikat pengeluar penyaman udara.

Ikuti pengalaman blogger CIK EPAL menggunakan Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher Air Purifier ini dan review dari beliau yang mungkin boleh membantu pembaca blog cikgunas. Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher Air Purifier ditawarkan pada harga RM1049 dengan 3 tahun jaminan.

Muaturun brochure untuk paparan gambar lebih jelas:

https://www.sharp-world.com/pci/my/movie-camp/#air_purifiers

https://sharp.com.my/docs/ProductPageRedirection.jsp

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...