Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Persijilan ini menawarkan 5 tahap iaitu :

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh diperolehi melalui 3 kaedah seperti berikut :

  • Melalui latihan di institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran mengikut bidang dan kemahiran yang ditauliahkan.
  • Melalui latihan berorientasikan industri iaitu Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di institusi latihan kemahiran.
  • Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). Kaedah ini adalah melalui pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan NOSS dan akan disahkan oleh Pegawai Pengesah Luaran.

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

  • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Carta Profil Pekerjaan (Occupational Profile Chart) bagi personel dalam bidang Heating Ventilation Air Conditioning (HVAC) & Refrigeration.

Carta Profil Pekerjaan HVAC
Occupational Profile Chart Personel HVAC

Occupational Area Analysis bagi personel dalam bidang Heating Ventilation Air Conditioning (HVAC) & Refrigeration.

Occupational Area Analysis
Occupational Area Analysis Personel HVAC
Print Friendly, PDF & Email

51 thoughts on “Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

  1. Assalamualaikum… Syarikat kami Jana Tanmia Resources Sdn Bhd sedang mencari Technician dalam bidang Air-conditioner untuk site di sekitar Shah Alam dan Tanjung Malim, Berpengalaman atau tidak. Gaji boleh dirundingkan. Pelajar dalam bidang berkaitan juga dialu-alukan untuk urusan praktikal (ada elaun praktikal). Sila hubungi atau whatsapp Cik Hidaya (HR) – 016 2010 609. Email resume ke recruitment@janatanmia.com.my

  2. Assalamualaikum cikgu nas saya berkerja di unit aircond jkr Mekanikal Kelantan ,macam mana saya nak ambik Skm Tahap 1,2,3 melalui kaedah PPT.Sekarang ni berkerja standby unit istana dan pembaikian aircond dipejabat jkr kelantan dan pejabat kerajaan dan negeri

  3. salam cikgu saya berkerja dalam bidang mekanikal aircond dijkr ..macm man untuk dapat sijil skm tahap 1,2,3 boleh ke dengaan kaedah ppt

  4. Assalam. Bagaimana untuk mencari pekerja lepasan SKM dalam bidang penghawa dingin kenderaan? Bolehkah berurusan dengan pihak mana-mana? Salah satu bidang yang agak sukar mendapat pekerja.

  5. Assalamualaikum cikgu.. Saya da ada tahap 3.saya nk sambung blaja sambil bekerja. Dekat mna je ada tempat untuk saya sambung?

    1. Boleh sambung di pusat bertauliah yang menawarkan kursus tersebut atau secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

    2. Berminat dalam bidang Automotive Engineering?

      Kami di Top Speed College menawarkan Kursus untuk pengambilan Apr 2018:-

      2)AUTOMOTIF -SERVIS SELEPAS JUALAN (TAHAP 2 & 3)

      3) Diploma in Light Vehicle Maintenance & Repair Principles

      Sijil bagi level 2 & 3 akan dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) & Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

      Syarat Kemasukan:-

      1) Berumur 16-40 Tahun

      2) Lelaki & Perempuan

      3) Lepasan Sekolah/Tidak Tamat Sekolah Menengah

      Pinjaman Latihan Kemahiran Disediakan Untuk Generasi Belia Melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di bawah kementerian Sumber Manusia.

      Untuk mendaftar atau sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian whatapps/call

      018-909 2811 ( Ms Lim)

  6. SALAM CIKGU,SAYA HENDAK BERTANYA..SAYA SUDAH ADA SIJIL SKM 2 DAN 3 SERTA SIJIL VTO,TAPI SAYA HENDAK MENGAMBIL DIPLOMA PULA..TAPI SAYA HENDAK BEKERJA SAMBIL BELAJAR.BOLEH CIKGU BARI CARA ATAU TEMPAT YANG MEMBOLEHKAN SAYA UNTUK SAYA BEKERJA SAMBIL BELAJAR??????..

  7. NAMA SAYA RAIHAN.SAYA SUDAH BEKERJA SELAMA 4 TAHUN DALAM BIDANG AUTOMOTIVE COMPANY.SAYA MEMPUNYAI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 DALAM BIDANG ELEKTRONIK TETAPI BEKERJA SEBAGAI JURUTERA MEKANIKAL.SAYA BERHASRAT INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN SEPARUH MASA KE TAHAP SETERUSNYA TETAPI BOLEHKAH SAYA MENUKAR BIDANG SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA SAYA?

    1. Boleh tiada masalah. Begitulah hasrat kerajaan untuk melahirkan pekerja multiskill.

      update 24/3/2018.
      Bidang yg lain kena mula dari SKM tahap 1 atau 2.

  8. Assalam cikgu saya berminat untuk menjadi tenaga pengajar dlm bidang aircond, saya sedang berkhidmat di politeknik sebagai juruteknik hampir 10 tahun menyelia, membaiki kerja2 aircond disini, bagaimana caranya untuk mendapatkan skm, dengan pengalaman ini, tahap mana skm yang boleh saya perolehi dan bagaimana nak mula..tk

    1. Salam tn. Tuan blh mendapat SKM secara ppt iaitu pengiktirafan pencapaian terdahulu. Tn juga blh mendaftar dalam DPIN berdasarkan pengalaman tersebut. Maklumat lanjut blh rujuk di cawangan JPK terdekat.

      Catatan lepas saya berkaitan perkara ini.

      i) Permohonan SKM.
      ii) DPIN.

  9. Asalamualaikum.cikgu saya bekas TLDM berhidmat selama 10 tahun 5 bulan dan diserap masuk ke Agensi penguatkuasaan maritim malaysi sehingga sekarang saya dan berhidmat selama 11 tahun. Saya berhasrat nak mengambil skm tahap 4 terus dalam pertahanan dan pengurusan operasi sekuriti. Boleh tak cikgu berdasarkan pengalaman terdalulu saya nak daftar skm tahap 4.

    1. Salam tn. Boleh buat tahap 4 secara ppt jika ada tahap 3 + pengalaman kerja. Kena cari PP-PPT bidang berkaitan. Tn boleh hubungi pejabat JPK terdekat. Mereka juga ada buat taklimat SKM secara PPT ni setiap bulan. Harap membantu tuan.

  10. Assalamua’laikum cikgu..sy nak minta pendapat..adik sy ditawarkn sijil kemahiran tahap 3 selama 8bln di inpens tp kosnye mahal..adik sy nak cuba mohon giat..boleh cikgu bagi nasihat x?

    1. Waalaikumussalam. Mana2 pusat bertauliah boleh. Ikut kemampuan dan umur. SKM guna NOSS dari JPK, jadi mana2 pusat bertauliah akan ajar benda yang sama dan pengiktirafan yang sama dari JPK. Selain Giat Mara, boleh juga dengan IKBN/ILP/Pusat kemahiran di bawah yayasan negeri. Jika dengan swasta tentu kosnya lebih tinggi.

      1. Assalamualaikum tuan.. Sy bekas PP dan PPD a/c tahap 2 dan 3..Ada x kekosongan utk pengajar a/c? Sekarang sy mencari tempat mengajar area Bangi. 011-23226676 Syafizi

  11. Assalam cgu,sy sgt berminat utk jd tnga pngajar di mna2 kolej kemahiran..bagaimna cara atau saluran yg boleh saya folow?pglman hmpir 5tahun engineer di kilang freezer,sy ada master edu teknik&vokasional.mohon pendapat cikgu.t.kasih.

    1. Salam tn. Jika pusat kemahiran swasta perlu ada sijil VTO sebagai lesen mengajar. Boleh rujuk di mana2 pusat bertauliah yg menawarkan kursus VTO atau di CIAST Shah Alam. Jika sektor kerajaan boleh rujuk bahagian sumber manusia yang berkenaan. Contohnya untuk KPM rujuk BPTV.

  12. Assalammualaikum cikgu..saya baru menghabiskan latihan di giatmara dlm kursus teknologi penyejukbekuan & penyaman udara utk skm tahap 1 & 2..jd saya berminat nak jd tenaga pengajar utk bidang tersebut..jd dimana saya boleh lanjutkan latihan utk skm tahap 3 serta ambil vto di Sarawak? Bolehkah cikgu bagi langkah2 yg perlu saya buat terlebih dahulu sebelum jd tenaga pengajar..?

    1. Salam tuan. Tahniah atas pencapaian tuan dan berminat untuk menjadi tenaga pengajar kemahiran. Memang VTO adalah syarat/lesen untuk mengajar dimana institusi kemahiran. Untuk latihan secara formal tuan boleh rujuk ILP Miri atau ADTECH Bintulu.

  13. As,salam..saya nak tanya, bagaimana saya boleh dapatkan sijil tertentu? Contohnya,sijil dlm aircond ke? Saya xde pengalaman atau ilmu dlm bidang ni tetapi berminat nak ke kursus ini dan dptkan sijil atau pengiktirafan. Saya sekarang sedang bekerja dan ingin mencari kursus pada hari sabtu atau jumaat

    1. Salam. Kursus sepenuh masa atau separuh masa boleh rujuk dengan mana2 pusat bertauliah. Jika tn perlukan sijil secara ppt, perlu ada pengalaman dalam bidang berkaitan, sekurang2nya setahun.

  14. Assalamualaikum cikgunas
    Saya baru lepas skm tahap3 jadi saya nak sambung tahap 4 ni kolej mana yg ada kos penyejuk bekuan dan penyamanan udara

      1. Salam cikgu… Saya bekas pegawai penilai penyaman udara level 2/3 berhenti sebab tamat kontrak… Ade tak peluang kosong kolej2 yg memerlukan pp air cond

  15. Assalamualaikum… Syarikat kami sedang mencari Technician dalam bidang Air-conditioner di sekitar Lembah Klang. Keutamaan untuk yang tinggal di sekitar kajang, bangi dan yang berhampiran. Berpengalaman atau tidak. Gaji boleh dirundingkan. Sila hubungi 03-33920961 (Pejabat) atau 012-3813404 (En. Mohamad) atau 017-3314540 (Pn. Rozie). Pelajar dlm bidang berkaitan juga dialu-alukan untuk urusan praktikal (ada elaun praktikal).

  16. Salam.. Tuan.. Saya aiman bekas pelajar giatmara bidang aircond .pegang sijil tahap 2. Macam mana cara untuk saya lanjutkan ke diploma ya

  17. Assalam… saya sedang mencari Aircond Technician utk bekerja di sebuah syarikat di Shah Alam. Mestilah mmpunyai 3-4 thn pengalaman bekerja handling industrial air cond system. Jika ada kenalan, harap boleh email ke saya.

  18. Salam cikgu.saya nak Tanya berkenaan Ppt..sy lihat blog cikgu ada ambil SKM 2&3 melalui kaedah ppt..saya bekerja di sebuah syarikat swasta Aircond. Bukti2 yang perlu sy cari?

  19. Assalamualaikum , cikgunas tumpang tanye , bagaimana saya hendak sambung skm tahap 2 penyejukan dan penyaman udara ye ? Mana kolej saya boleh masuk ?

    1. Salam. Boleh rujuk di Institut Latihan Perindustrian /IKBN/Kolej Vokasional yang berdekatan atau pusat bertauliah swasta yang berhampiran.

      1. cikgu…kalau yang mahu mengambil skm3 bagi penyejuk bekuan macam mana cara agar kita dapat melanjutkan skm3…

  20. salam cikgu,sye nk tanye skit..begini anak sedara sye baru habis belajar penyejukkan dan penyaman udara tahap 3 di sekolah vokay.dia baru berusia 18thn,memandang kan dia ade masalah buah pinggang tinggal satu,jadi sukar untuk mendapatkan pekerjaan…pada cikgu perlu ke dia lanjutkan pelajaran dlm bidang nie ke tahap 4 atau dia tukar khusus lain..

    1. Salam. Berkait dengan kesihatan ini elok rujuk pada doktor. Kerja apa yang boleh atau tidak boleh buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *