Panduan Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) Dan Penilaian.

Panduan Pengajaran Bertulis (WIM)Panduan ini bertujuan memberi penerangan mengenai tatacara pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional Materials – WIM) berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS). Panduan in diterbitkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST). Objektif panduan ini adalah untuk:

  • Memandu arah personel pusat bertauliah dalam membangunkan WIM.
  • Memastikan WIM yang dibangunkan memenuhi keperluan NOSS.

Bahan Pengajaran Bertulis (WIM)

WIM ialah dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pengajar dan pelatih bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan WIM adalah untuk:

  • Menjadi bahan pembelajaran utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Memastikan learning outcome di dalam unit kompetensi (competency unit – CU) yang ditetapkan tercapai.
  • Membantu pengajar membina keyakinan diri dan bersedia untuk melaksanakan sesi pengajaran.

Penilaian Melalui Kaedah Sistem Pentauliahan.

Penilaian adalah satu proses menilai tahap kekompetenan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan sikap seseorang pelatih semasa melaksanakan tugasan yang ditetapkan. Penilaian perlu dilaksanakan untuk menentukan seorang pelatih telah mencapai tahap keterampilan yang ditetapkan dalam NOSS bagi tujuan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia/Penyata Pencapaian. Terdapat lima (5) kaedah penilaian yang dilaksanakan, iaitu:

  • Kerja Kursus.
  • Penilaian Akhir.
  • Core Abilities.
  • Latihan Industri – Bagi program Tahap 4 & 5 sahaja.
  • Projek Akhir – Bagi program Tahap 4 & 5 sahaja.

Untuk muaturun panduan ini KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email

14 comments on “Panduan Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) Dan Penilaian.

  1. Saya nak bahan pembelajaran Dan pengajaran hair dressing Dan barber tahap 2 Dan 3 dalam soft copy boleh tolong saya (WIM)

  2. salam.. ada wim untuk elektrik tak level tiga, kalau ada saya nak beli.. boleh call atau wassap 0127574100

Leave a Reply to cikgunas Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *