Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,732 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. as’kum…sy nak tya,sy ada buat pemasangan air cond fujitsu inverter.Sebelum pemasangan unit air cond gas tiada.setelah siap pasang.sy on suis lampu diunit menyala sekejap dan pastu off.unit langsung tidak berfungsi.Boleh sy tau ape sbb jd mcm tu..

  2. Aslmualkm… saya pakai LG, 2 hri lepas, bila saya on, kipas luar bpusing spt biasa, tapi sya prhatikan blower tak bfungsi.. kmudian, lampu bekelip2 dan compressor luar pun brhenti bpusing..

  3. Salam…ada sedikit pertanyaan buat cikgu….bagaimana untuk buat flushing aircond…mohon tunjuk ajar cikgu…terima kasih

    • Salam. Untuk flushing, hos tekanan rendah sambung ke indoor (paip kecil) dan hos servis sambung ke silinder nitrogen. Kotoran akan keluar melalui paip besar indoor.

    • Nak tanya..apa masalah kalau aircond pandai off sendiri selama 2 minit lebih & akan on blk semula dlm masa 3 minit lebih & berulang on & off ????? Dah servis..tukang baiki pun tak tau dah nak buat apa ?

  4. Salam cikgu.nk tnyer aircond umah saya ni tiba2 ade mengeluarkan bau hangit dh beberapa kali dlm masa 1 mggu.tp klu off dan onkan semula ok ..tiada bau ape2..kadang terjadi..tq cikgu

    • Salam. Elok tn buat pemeriksaan segera untuk mengenalpasti punca bau tersebut dan mengelak kerosakan yg lebih parah. Jika ia melibatkan pendawaian sangat berbahaya.

  5. Assalam cikgu..
    saya baru mengalih pasang acond dibilik tengah rumah saya,bilik ni tinggi dan tiada tingkap jadi terpaksa buat pemasangan cooper ke outdoor unit lebih kurang 20kaki..hari pertama pasang sejuk,tapi hari seterusnya dah tak sejuk..apa masalahnya yea?ada bocor ke atay rosak mana2 bahagian..dan dengan jarak cooper yg jauh tu adakah menyebabkan bil letrik saya semakin tinggi?terima kasih cikgu harap dapat bantu bagi pendapat dan cadangan

    • Salam. Tn perlu buat ujilari selepas pemasangan. Dan jika berlaku masalah seperti ini cek tekanan gas dan arus. Jika kurang mungkin ada bocor.

      Bil elektrik tiada kaitan dgn jarak indoor ke outdoor. Bergantung kepada cara penggunaan dan berapa lama unit beroperasi.

  6. ASLKM cikgu,
    air cond bilik saya bahagian indoor mengeluarkan air. dah panggil pomen, bila dia check di dapati satu kapasitor hitam 4 segi tu bacaan tak sampai 1 mf. Gas kurang tinggal 40 psi.. Saya kena cas 100 utk chemical services, 40 utk kos baiki kerosakan (ganti kapasitor) 60 utk top up gas. Berbaloikah kos itu? rasa2 lepas ni kena belajar aircond pula nampak gayanya…
    Soalan saya, bagaimana gas boleh hilang? tak kan disebabkan oleh kapasitor? x mungkin. pendapat cikgu? sekian terima kasih

    • Salam tn. Harga saya tak mau komen. Jika nak anggaran harga rujuk ebook alat ganti di muka depan blog ini. Gas boleh kurang bila berlaku kebocoran.

      Untuk belajar lbh banyak rujuk blog ini.

  7. As salam saya mahu tya kalau isi gas ikut ampere…contoh data cooling capacity tulis 3.4 amp….isi gas pun kna ikut meter sampai 3.4 jgk ke?

    • Salam. Bacaan tekanan dan gas saling berkait. Jika guna kaedah ampere, cek juga tekanan gas.

  8. Salam

    Ac sya daikin inverter.. Bila on sejuk dlm 10minit ja.
    Bahagian outdoor kipas jlan dan dengar bunyi pelik dkat compesor..compesor xhidup dan kipas bhenti slepas tu.

    pcb board indoor dh tukar baru dgn coil sensor..teknan gas ok.

    Apa masalah dan cara baiki?
    hrap dpt mmbntu

    pcb board indoor dh tukar baru 1set sekali dgn coil sensor..

      • cek current pada IPM terminal, current mesti balance, cek e-capasitor, cek bridge diod. Semua perkara yang berkait untuk menghidup dan mengawal pemampat perlu diperiksa.

        • Assalamualaikum, Cikgu.
          Service bulan Feb 20 sebab paip dekat kompresor berais, akibatnya tak sejuk & pada set Aircond warna Jadi oren. Pertengahan Mei berulang lagi.

          Apa perlu di buat?

  9. Salam. Aircond saya jenis Daikin, 1.5hp. Certain times air cond akan bunyi ter sekat sekat. Boleh mintak penjelasan?

    Terima Kasih

    • Salam. Tersekat2 dibahagian indoor atau outdoor?. Jika bunyi dari indoor di awal unit beroperasi, itu biasa. Bunyi dari indoor compartment bahagian plastik yg mengalami perbezaan suhu.

      Apa2pun kena buat pemeriksaan dahulu dari mana bunyi itu dan jika ia berterusan maka ia bukanlah normal.

      • Salam..saya guna air cond bran panasonic..stat 2016..pd 2018 ade mslh pd coil pd compressor..so sy tukar bru..dan skg jd balik..lepas sy on aircond xsmpai 5minit kipas stop n jd panas..apakah mslh aircond n punca berlaku kerosakan yg alami skg..

        • Salam. Saya tak faham masalah pada coil tu masalah apa. Dan adakah aircond tn model inverter atau non inverter. Jadi kipas stop ni kena cek compressor stop juga atau tidak. Mana2 salah satu stop atau kedua2nya stop pasti bilik tak akan sejuk.

          Kena periksa outdoor ni, nak tau punca masalah.

    • Daikin inverter r32 jalan 20 saat berhenti 2 minit jalan balik 20 saat cut off Dan begitu la seterus nya.. Kenapa ye made in thailand

    • Salam.Bila bocor gas akan keluar. Lama kelamaan akan berkurangan. Jika pemampat terus beroperasi ia akan menjadi panas atau dalam erti kata lain beroperasi dlm high amp dan blh rosak.

  10. Salam, Cikgu nas, saya mengalami gas kosong pada compressor, Bahagian sambungan paip tiada kebocoran, tapi Bahagian compressor terdapat kesan minyak Dan mungkin berlaku kebocoran, bagaimana untuk repair jika berlaku kebocoran pada valve Atau sambungan pada compressor, perlu di souldering Atau Ada sealer yg boleh digunakan

  11. Aslam cikgunas sy nk tnya knp unit dlm kurang sejuk sedangkan gas dah ckup 70psi 1hp.mohon pcerahan cikgunas

  12. Assalamualaikum cikgu nas.. Saya ingin bertanya.. Kenapa ye bile sya on aircond then box yg kat luar bunyi bsing.. Bile on lama sikit nanti macam2 bunyi keluar..

    • Salam. Bunyi tersebut mungkin dari compressor, unit tidak seimbang, kipas menyentuh perumah dan lain2. Lebih baik cikpuan OFF unit dan buat pemeriksaan/servis.

  13. Hai..Nak Tanya knpa indoor unit saya tiba² Ada air menitis apa bila saya letak suhu 25c.? Kalau 26c takda pulak air menitik..

    • Lakukan servis berkala yang sepatutnya. Tutup pintu semasa menggunakan aircond. Perbezaan suhu yang ketara boleh menyebabkan proses kondensasi yg berlebihan.

  14. salam..sy nak bertanye normal ke aircond bilik sy sekejap sejuk sekejap xsejuk. .compressor sekejap jalan. .sekejap xjalan. .hidupkan after beberapa minit ia nya stop and hiduo balik. .air cond brand samsung. .sy baru pakai xsampai setahun. .

  15. Assalammualaikum…knp aorcond xsejuk lansung setelah sebulan sy bisrkan on auto…sebelum ni sebulan sy on direct mode cool ok jer adakah kehabisan gas?kipas pusing angin keluar kekadang bunyi seperti comprsor tu berfungsi tp dalam 10sec jer lepas tu senyap angin jer keluar

  16. Salam Cikgu Nas.

    Apakah mgkin klau trlrbih charge akan merosakn kompresor?

    Mcmna cara nk charge dgn kaedah subcooling? utk R22 & R410a.

    Terima Kasih

    • Salam. Ya, terlebih cas memberi beban kepada pemampat dan pemampat akan menjadi panas. Valve dalam pemampat juga akan rosak.

      Berkaitan kaedah charging yang tuan nyatakan boleh rujuk blog ini.

  17. salam…outdoor sy tu kipas pusing kejap2 tp aircond x sejuk..xde bunyi dengung kompressor..yg masalah kapasitor ke masalah lain??

    • Salam. Perlu periksa kapasitor kipas, kapasitor pemampat, motor kipas, tekanan gas dan pemampat tu sendiri. Ini masalah pada outdoor.

  18. assalam…apa maksud 1min time out comm…error code pd samsung inverter…dimana masalah yg sebenarnya…

  19. Salam, tuan. Saya mengalami masalah pada aircond di rumah saya. Sebelum ni ok sebab baru diservis tapi setelah seminggu diguna. Aircond saya tak sejuk, compressor luar langsung tidak berfungsi lagi. Saya ada panggil technician utk cek dan dia telah cuba tukarkan kapasitor pd outdoor tapi masih sama lagi. Kemudiannya dia maklumkan pada saya yang outdoor saya telahpun dibypass dan relay outdoor yg rosak. Adakah betul masalah tersebut? Sebab dia bagitahu wayar neutral saya ada current. Boleh tuan pastikan? Dan kalau perlu untuk saya tukar relay bolehkah mudab didapati? Berapa juga kosnya? Harap tuan dapat membantu.

    • Salam. Masalah wayar neutral ada current maksud ada leaking. Mungkin sambungan pada terminal tak ketat, wayar luka atau sambungan longgar(jika guna connentor). Lbh baik ganti terus dengan wayar baru.

  20. Salam cikgu Nas,
    Sy ada Aircond Samsung di mana ada paparan digital suhu pada aircon tersebut.
    Masalahnya adalah:
    1. Paparan suhu selalu berubah secara auto dgn dari 25-33 Celcius
    2. Selalunya dia akan pergi ke suhu 32 atau 33
    3. walaupon sudah set suhu pada remote pada 17 atau apa2 no pon, die still akan kembali pada suhu rawak tersebut dalam masa 3 saat.

    * seolah2 aircon ini mengikut suhu luaran semasa dan tidak bertindakbalas pada tetapan remote.

    terima kasih

    • Salam. Paparan tersebut menunjukkan suhu bilik. Sepatutnya akan turun ke suhu yang kita set pada remote.

  21. Assalamualaikum Cikgunas, biasanya apa yg selalu rosak arh terminal indoor atau terminal outdoor kalau diswitch on aircond, power trip?

    adakah yang perlu diganti FUSE, RELAY ataupun COMPRESSOR itu sendiri?

    Tolong beri penjelasan, Terimakasih Cikgunas

    • Salam. Mulakan troubleshoot dengan menghidupkan indoor dan outdoor secara berasingan. Dari situ kita akan tau punca trip samaada dari indoor atau outdoor. Jika outdoor mungkin di sebabkan pemampat, wiring atau overload. Rujuk catatan lepas saya untuk mengesahkan perkara ini.

  22. assalammualaikun cikgunas… sye ad masalh ckit dgan AC york 1hp.. bila on ac dlm tempoh 3 minit lampu hijau dan merah akan berkelip dan blower x berfungsi knp ye cikgu? sye da buat by pass ke outdoor dan kompressor masih beroperasi dan coil indoor sejuk cuma blower x berfungsi.. harap cikgu dapat membantu sye..

    • Salam. Masalah utama yang saya nampak ialah blower tak berfungsi. Jadi periksa kapasitor blower dan motor blower terlebih dahulu. Kemungkinan besar salah satu komponen ini yang rosak.

  23. Salam Sifu…

    Saya ade dua aircond. Satu pakai remote ok and satu lg x boleh. So yg x boleh pakai remote ni saya pakai manual on/off button. tapi aritu main switch board ade trip then bila saya nak on aircond yg x boleh pakai remote dah x boleh.sampai skrg. boleh sifu bagi nasihat serba sedikit
    ?Jenama aircond saya acson.

    terima kasih

    • Salam. Cuba tn periksa fius pada indoor. Mungkin telah terbakar selepas trip tersebut. Jika elok mungkin masalah pada Indoor IC Board pula.

  24. Salam cikgu.
    Aircond sy semakin kurg sejuk…bila tgk kt outdoor unit salah satu paip tu beku…sblm da jd benda yg sama…technician kata bocor kt penyambung kt hujung copper (bentuk kembang)…dia da wat baru…tp masuk bulan kedua jd balik…boleh cikgu bg advise nk trouble shoot? FYI…tech tu charge rm300 utk buat blk sambungan tu siap isi gas…

    • Salam. Pipe mana yang berais?. Jika pipe kecil (high side) bermakna kurang gas. Cari tempat berlaku kebocoran dan selesaikan. Jika tidak masalah akan berulang.

      Jika pipe besar (low side) berais bermakna indoor coil unit kotor atau filter kotor atau blower tak berpusing.

  25. As Salam Cikgu, saya ada masalah air cond Brand samsung 1.0 HP. tidak sejuk. Bila on, blower,kipas jln. Tapi masih tidak sejuk juga. Technician sudah datang buat service dan tambah gas sehingga 70 psi siap cuci dengan bahan kimia lg. tp sayang masih tidak sejuk jg….

    • Salam. Selepas servis juruteknik perlu buat testing and commmisioning. Biasanya perkara yg perlu diuji ialah tekanan gas, arus larian, perbezaan suhu masuk dan keluar di indoor, ujian kebocoran, aliran air kondensasi dan pemerhatian fizikal pada unit.

      Jika semua perkara dah OK tetapi tuan masih berasa kurang sejuk, sy berpendapat kapasiti pendinginan tidak sesuai untuk bilik tersebut dengan unit 1HP. Dalam ertikata lain beli unit lain dgn kapasiti yg lebih tinggi.

  26. Salam tuan..air cond bila on..tidak lama dlm 2 minit off sendiri..keluar error code E5..apa masalah yet tuan

  27. Salam cikgu…
    Saya ada pertanyaan sikit… boleh kah penyaman udara inverter di kahwin kan… maksud saya… indoor lain brand outdoor lain brand… adakah indoor boleh communicate dengan outdoor? Sebab telah diketahui umum bahawa air cond inverter byk menggunakan eletronic untuk control sistem…. mohon pencerahan.. tq

  28. Salam..sy guna aircond york lbih kurang 6 tahun..masalahnya mlm td tiba2 aircond itu tidak berfungsi..tp lampunya menyala..bl sy on off 3,4 kali..br la indoor n outdoor berfungsi kmbali.msalah ni br ptama kali terjadi..mohon pencerahan apa punca terjadi begitu

    • Salam. Masalah terlalu umum, susah nak bg tau punca. Indoor sahaja tak berfungsi atau indoor dan outdor?. Unit pernah diservis atau tidak?

      • terima kasih cikgu. ada satu je lg masalah saya,berkenaan kerosakan yg saya lalui..outdoor x berfungsi..tetapi selepas saya off plug aircond beberapa ketika dan saya on balik plug,outdoor berfungsi semula.lepas 5 minit outdoor mati semula.itu saja pertanyaan saya,terima kasih sekali lagi cikgu,info yg cikgu beri saya amat hargai.sekian

        • sama2. adakah tn telah periksa semua perkara dalam reply saya sebelum ini?..seperti dalam catatan lepas saya. Kemudian baru kita boleh cerita langkah troubleshoot seterusnya.

  29. Salam Cikgu.saya Ade masalah dgn aircond saya.York 1.5hp..Bru lpas service..masalahnye kipas outdoor kejap pusing,DLM beberapa minit mati..saya check arus Lektrik DRI ic board ke outdoor x de api..moon pencerahan

    • Salam tn. Masalah ini dimana tiada arus di outdoor bermaksud pemampat juga tidak beroperasi. Tn perlu periksa semua perkara dalam huraian saya di catatan ini. Selain itu mungkin juga Indoor IC Board bermasalah.

      • saya bru bkk ic board, ada cicak mati,saya juga baru tukar kapasitor kipas sbb kipas slow,boleh ke sy tukar kapasitor yg asal 2uf dan yg sekarang 2.5uf?mohon pencerahan

  30. Boleh kah cikgu bagitahu nilai capacitor compressor untuk air cond di bawah…

    1 HP
    1.5 HP
    2 HP
    2.5 HP
    3 HP
    5 HP

    • 1HP: 25uF/30uF
      1.5HP: 35uF
      2HP: 40uF/45uF
      2.5HP: 50uF

      **rujuk nilai asal kapasitor tersebut.

  31. Salam..ingin bertanya,aircond saya sejuk sgt sgt..tapi sedih nya bila on,kejap idup,kejap mati..remote pon dh tk berfungsi,disebabkan kejap idup dn mati..so ape masalah nya?????

    • Salam. Masalahnya banyak. Maklumat yg diberi kurang utk sy specify punca masalah. Jadi elok tukar baru saja aircond tu. Hati pun senang.

  32. Salam Cikgunas. Saya menggunakan aircond sharp 1HP. Aircond langsung tak sejuk. Dah beberapa kali cuci indoor & outdoor, boleh rasa angin yg kuat selepas cuci, tapi tak sejuk. Unit outdoor, ada 2 copper hose kan? 1 kecil, 1 besar sikit. Yang kecil tu membeku selepas 2-3 minit ON aircond, dan makin lama ais makin besar. Kenapa ye? Kurang gas ke?
    Harap dapat membantu. Terima Kasih.

    • Salam. Selepas servis ada buat ujilari sistem. Cek tekanan gas dan arus larian. Paip kecil yg beku tanda kurang gas. Jadi cek semula tekanan gas. Jika kurang bermakna ada kebocoran dalam sistem.

  33. salam cikgunas.. saya ada aircond lg.. 1.0hp.. saya on indor jalan.. Qutdoor pun jalan.. tpi compresor tak jalan.. dah chek kapasitor.. kapasitor ok je.. kipas je jalan.. ape mslah ye..

  34. Salam..Cgunas sy hanya ingin bertanya.kebanyakan aircond baru yg dibuka Dari kotak,semuanya menggunakan plag 13a.setahu sy aircond perlu menggunakan plag 15a.kalau kita terus guna plag standard kilang tu boleh ke?

    • Salam tn. Pendapat saya utk 1HP tiada masalah guna plug yg disediakan pengilang tersebut.

  35. Ok sy ada 1 masalah dan ingn btnye…knpe pressure gas rendah tp amp tinggi…sdgkn cooper pipe tlh sjuk,udara fan outdoor pn sudah panas pressure 30 tp amp dh 4..compressor jd panas…stlh pns keadaan terlalu lama compressor akn stop…
    Tindakan.yg telah ambik…
    #Compressor baru claim daikin…
    #minyak dah tukar
    #pipe cooper dh blushing…

    0145397052

    • Compressor dan tukar atau belum. Kalau belum tukar mungkin masalah compressor panas/high amp. Tukar compressor vacum keseluruhan sistem bukan flushing copper pipe saja. Lagi satu blower indoor berfungsi/tidak?

  36. salam..pada 18hb july 2016 saya br servis aircond topup gas,tuko piping baru and check leak semua dh ok. remote battery pon dh tuko baru. masalah sekarang timer blinking dan aircond akan off setiap 15- 20 minit. bole bgtau kenapa jadi macam tu

    • Salam. Cek tekanan gas. Jika kurang bermakna ada kebocoran pada sistem. Jadi perlu selesaikan masalah kebocoran ini dahulu. Satu lagi kemungkinan ialah Indoor PCB rosak.

  37. Salam..sy nak tanya aorcond sy jenis york2.0..mslh skrg bila sy on main suis dia menyala mcm biasa tapi still tak boleh on & kompressor luar pun xde bunyi..boleh sy tau ni kira major problem ke?

    • Salam. Boleh gunakan manual button untuk ON aircond tersebut. Mungkin masalah pada remote.

  38. Assalam cikgu..saya ada aircon panasonic 1hp..masalah sekarang..bila on aircond, blower dekat indoor pusing. Kipas dekat outdoor pun pusing tapi compressor tak on. Selalu boleh dengar compressor on.yg peliknya..bila saya siram air dekat aluminium fin dekat indoor, aircond saya boleh sejuk pulak.tapi lepas off dan on balik terus jadi tak sejuk…apa pendapat cikgu.

    • Salam. Cek samaada compressor tak jalan dr mula ON unit atau jalan kemudian berhenti. Biasa masalah yang berkait dengan compressor ialah tekanan gas dan kapasitor compressor.

  39. Assalamualaikom..blh saya tahu berapa tekanan psi yg patut kita isi dalam aircond jenis inverter? Klau non inverter
    1hp=60-70 psi
    2hp=70-80 psi
    3hp=80-90psi
    5hp=90-100psi
    Blh saya utk inverter?

    • Salam. Tekanan adalah tetap bukan mengikut HP. Dari mana tn dapat data diatas?. Yang berubah adalah arus larian, rujuk pada name plate outdoor.

      Untuk inverter tekanan rendah (suction) adalah 120psig-150psig.

  40. Salam cikgu..
    saya ada aircond jenama panasonic 1HP..
    bila ON kan je lampu timer akan berklip-klip 2 kali sepanjang masa.kemudian dlam 30 – 40 minit aircond akan mati sendiri.
    apa masalah aircond saya cikgu…aircond memang sejuk takde masalah..
    cuma yang tu je akan mati sendiri selepas 30 – 45 minit.
    aircond pun tak boleh nak ON guna mode cool.. perlu set ke mode lain baru boleh hidup..

    • Salam. Jika model non inverter masaalah lampu berkelip-kelip ni menunjukkan gas kurang. Cek tekanan gas dahulu. Masaalah ini ada kaitan juga dengan compressor panas. Sebab tu akan off selepas tempoh tertentu. Rujuk catatan lepas saya berkait perkara ini.

  41. assalam cikgu..saya ingin bertanya..apa agaknya masalah aircond saya ya kerana menurut tukang service aircond tu gas kurang dan ada kebocoran yang menyebabakan unit tidak sejuk.. tapi sudah 2 kali service dalam masa dua bulan..dan masalah unit tidak sejuk kembali lagi..terima kasih cikgu.. 🙂

    • Salam cikpuan. Masalah ini memang jelas ada kebocoran pada sistem. Jadi juruteknik perlu cari tempat berlaku kebocoran dan lakukan baikpulih. Jika tidak tak akan selesai.

  42. Saya ada masalah aircond x sejuk.kipas indoor n outdoor pusing. Filter dh service tp tak boleh juga. Klu biar comp on n walaupun tidak sejuk kompresor akan off dengan sendiri dlm masa 1 atau 2 jam.

  43. Asalamualaikum cikgu nas,saya ada masalah dimana aircond sya selalu mati.seblm mati unit luar akan berbunyi seperti low batteri lepas tu unit luar akan mati.kalau on balik dia akan hidup semula.adakah ini di sebabkan daripada kekurangan arus elektrik?sekiranya kekuarangan arus elektrik bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini.Mohon pencerahan daripada yg pro.selamat hari raya.

  44. Assalamualaikum Cikgu,

    SAya ada masalah dgn unit outdoor. Ada yg kata comp dan kong. Sedangkan saya baru guna setahun saja model mitshubisi tsb. Apabila berpindah dr Shah Alam ke Ipoh, aircond tsb saya biarkan selama setahun juga tak berpasang.
    Kemudian bila saya buat pemasangan, sy dapati comp bergerak perlahan dan tidak berjalan seiring dgn kipas. Tak lama dlm 10 minit running comp terus down dan berfungsi lagi. Slps OFF/ON, perkara sama berlaku. Dan skg comp terus tidak berfungsi. Saya cuba memeriksa kapasitor dan menukar yg lama ke kapasitor baru. Apabila semua kapasitor telah dipasang, kipas berjalan baik tetapi comp tetap tidak berjalan. Selepas 5 minit running, Main suiz akan jatuh.

    Adakah ini terdapat berlakunya kerosakan pada kompresor ( IM )? Sehingga trip main suiz.

    TQ

    • Salam. Tn boleh mulakan troubleshoot dengan menghidupkan indoor dan outdoor secara berasingan. Jika masalah trip di sebabkan outdoor, ada kemungkinan ia dari compressor.Tn boleh rujuk catatan lepas saya, ada huraian berkait masalah ini.

      • Salam cikgu aircond saya yg portuble 1.0hp apa masalah bila on saja dalam 2 hinga 3 minit compressor off?kipas belakang dan depan hidup dan berapa minit ada logo E5?dan bole ke 25uf saya ganti dengan 30uf untuk compressor?

  45. Salam cikgu..

    Nak tanya..kenapa aircond saya tiba tiba mati..tapi lepas off dan on balik suis, aircond hidup, tapi dalam masa beberapa saat mati balik.

  46. Salam cikgu, nak tanya kenapa indoor unit sebelah sahaja sejuk/berangin yg sebelah lg tak rase ape ape walhal bila tgk kipas/blower dlm unit tu berpusing je.

Leave a Reply to suid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *