Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,528 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. Maaf cikgu.adakah ini bermakna saya perlu buke kesemua unit indoor saya?dan bersihkan satu2 unit..

  2. Selamat pg cikgu.saya nk minta pendapat..a/c saya brand electrolux.dh pakai hampir 4 tahun..tiada masalah..selepas saya pindahkan a/c saya..saya dapati ada air yg keluar..saya sudah bersihkan semuanya termasuk longkang air keluar..bile saya perhati air yg menitik keluar dri bahagian belakang indoor..suhu saya setkan pada 22° sahaja..jika saya set pada 16° saya dapati air dri kondeser memg bnyk terhasil adakah ini normal..dan blower pada tahap 2..kalau 3 boleh lencun lantai bilik saya..

    • Selamat pagi. Tn telah kenalpasti air tersebut dari belakang, berkemungkinan dari bahagian penyejat sebelah belakang. Unit tersebut perlu dibersihkan kerana banyak kotoran terperangkap. Ini adalah salah satu sebab. Selain itu periksa juga salur air dari hujung ke hujung sebelah hose air supaya laluan lancar dan air tidak menitis ke bawah, begitu juga pada sambungan hose air, pastikan tiada blockage.

      • Assalam.
        Ac mitsubishi slim yg saya sevice on seminit, lps tu cut off. Lampu pun blinking. Puas cari punca, tp x dpt. Blh tuan bantu?

        • Wassalam. Hidupkan indoor dan outdoor secara berasingan. Nak tau punca dari indoor atau indoor. Kemudian mulakan troubleshoot.

  3. Salam cikgu ..semasa kita tukar compressor boleh kan jika kita tertukar wire compressor…contoh nya wire C kita masuk R ,wire R kita masuk S.maksudnya tertukar tanpa sengaja

  4. Salam untuk semua. Bagi kes sebelum ini dimana ada masalah outdoor bising. Jika berpunca dari compressor, maka outdoor perlu diubah mengikut jarak yang dicadangkan oleh pengeluar. Dinasihatkan pada jarak 3m bagi membolehkan return gas sempurna dan kitar penyejukan berjalan dengan berkesan.

    Pemasangan yang terlalu dekat (back to back) yang kurang dari 3m juga boleh menyebabkan bunyi bising dari compressor. Begitulah serba sedikit perkongsian dari Seminar Teknikal Oleh Panasonic tempohari.

  5. Salam cikgu,

    Sy ada sebuah portable aircond, masalah yg sedang sy hadapi adalah fuse socket kerap terbakar. Kadang2 ok, Kadang2 burst.. fuse burst masa compressor nak hidup.. apakah kemungkinan kerosakkan pada unit portable aircond sy ni? Sy suspect Capasitor compressor sbb sy cabut capasitor dan on aircond, x de masalah.tapi confirm x sejuk sbb compressor x jalan.. hehe.. tapi boleh jadi compressor yg problem kan?

    • Salam. Boleh jadi masalah ini dari compressor yang bekerja dalam ‘high amp’. Jika awal2 guna tiada masalah bermakna tiada masalah pada soket atau plug. Compressor high amp banyak sebab, boleh rujuk komen saya di atas. Dalam kes tuan saya rasa compressor sendiri yang nak rosak. Boleh cek tebatan compressor dengan Magger Meter untuk confirm. Jika bacaaan bawah 1Megaohm bermakna compressor tak elok.

      • terima kasih cikgu..

        masalah sy dah selesai.. sy tukar capasitor dan alhamdulillah semua berjalan seperti biasa.. capasitor lama ada leaking kekuningan macam minyak.

  6. AsSalam CikguNas,

    ACond Panasonic split unit 1hp R22. dah 2 minggu bermasalah. Indoor ada power dan blower cuma keluar angin sahaja.
    Saya perhati selama 15 minit, apabila on, kipas outdoor berpusing tetapi tiada bunyi compressor berfungsi. saya cuba check gas, tapi jarum meter (biru) terus pusing ke max. (mungkin sebab compressor tak jalan.)

    Apa langkah saya seterusnya? macamana saya nak check comp guna multimeter atau nak check kapasitor?

    Tq

    • Salam. Compressor boleh cek rintangan guna multimeter dan tebatan dengan Magger Meter. Kapasitor boleh uji dengan capacitor tester. Nak terang langkah pengujian agak panjang. Boleh rujuk Nota Prosedur PPU saya.
      Tn juga boleh tukar sendiri kapasitor pemampat. Selalu macam nilah…kalau tak jalan juga maksudnya compressor tu dah rosak.

  7. Assalamualaikum Cikgu

    Saya Mengunakan Mitsubishi Aircond Heavy Duty Industries Srk12cj.

    Masalah Ialah:
    Indoor Unit Tidak sejuk hanya keluarkan angin sahaja dan terdapat Error 2 Time Flash Timer..

    Saya telah teliti manual Code Error Dan Menyatakan Berpunca dari Room Tempreature Sensor Error…

    Keadaan Compressor Diluar Berfungsi Dan Kipas Compressor Berjalan Tetapi Kipas Mengeluarkan Udara Sejuk Bukan Udara Panas..

    Manakala, Cooper Coil Gas Berair dan Sejuk..

    Harap Cikgu dapat membantu apa perlu saya tukar..

    Terima Kasih

  8. Salam cikgu.
    Minta penerangan Cikgu tentang masalah air cond York 1 HP. Ketika on semua berfungsi dgn baik. Bila dah on 5 minit compressor terus off tapi yang indoor masih hidup. Klu tutup air cond compressor hidup semula dan 5 minit mati lagi.Tak rasa sejuk. Kenapa kompresor mati. Adakah IC box rosak

  9. Salam cikgu,tumpang tanya,terminal cable compressor boleh rosak tak..terminal tu terletak kat mn ya…jika boleh rosak,adakah boleh repair…mhl tak part dia..ekon 2hp…sbb kwn ckp terminal compressor rosak…sy ekon xpandai.wiring sy tahu la..tolong bg penjelasan..tk

    • Salam. Terminal cable boleh ganti dan ada dijual. Kalau terminal compressor yang rosak/patah/karat kena beli compressor baru.

    • Tupan tanya aircond saya stelah ttup ianya masih hidup lagi indoor. Out dor mati. Apa yg rosak ?( terpaksa ttup plug)
      Harap dpat pncerahaan tk

  10. As salam cikgunas..

    apa masalah kalau outdoor unit aircond york 1.5hp berhenti selang 15minit. indoor unit tetap beroperasi spt biasa.Capasitor dh tukar.gas dh cantik 65psi.

    • Salam. Tambah gas hingga 70psi. Cek arus larian berapa ampere. Tukar pressure sensor jika masih bermasalah.

  11. Salam cikgu… saya gunakan mitsubishi 1 hp… mslah aircond saya bila on paling lama pon 30 minit sahaja mula2 kipas x bejalan, indoor just blower shj, slps tuka kapasitor kompraser , baru kipas berjalan ttp sgt perlahan dan kemudiannya keluarkn bunyik yg agak kuat dan akhirnya cut off sndri…padahal baru lps sminggu servis… nk tunggu dia on balik berjam jugak la….. adakah kompraser sye bermasaalah?

    • Salam. Cut off tu berpunca dari compressor. Sebab motor outdoor yang bermasalah. Sebab tu pusingan kipas perlahan. Bila situasi ini berlaku compressor running dalam beban yang tinggi (high amp) akhirnya cut off.

  12. Salam cikgu.. kenapa aircond saya pada waktu siang terutama ketika waktu panas kompressor berhenti tapi kipas outdoor dan indoor masih berjalan.. kemudian selepas sejam baru boleh on blk kompressor jalan semula kemudian lebih kurang 20 minit jadi lagi benda yang sama dan tetpaksa tunggu lebih kurang sejam untuk on balik..peliknya Pada waktu malam aircond jalan normal tiada masalah.

    • Salam. Situasi ini menunjukkan compressor cut off bila panas. Panas mungkin disebabkan gas kurang, overload sensitif, condensor kotor, kipas luar pusing perlahan dan kerap berlaku perubahan suhu dalam bilik.

  13. Screen morgan aircon blinking warna hijau..tertera perkataan FL ..tidak berfungsi…apa masalah ni

  14. Salam Cikgu nak Tanya kenapa pipe size besar sejuk dan berair tapi pipe size kecik panas sangat sangat

    • Salam. Jika tiada masalah pada unit(bilik sejuk) abaikan. High pressure(kecil) panas dan low pressure(besar) sejuk.

  15. Salam cikgu, nak tanya la. Aircond rumah sy bila dipasang ok sejuk. Tiba2 dalam beberapa jam kemudian kurang sejuk dan kemudia off dgn sendirinya. Lampu oren berkelip2. Bila nak on semuala tak boleh. Kena reset semula br blh on.
    Blh cikgu bantu masalah sy ni.. Terima kasih

    • Salam. Banyak berlaku masalah ini. Saya ada huraikan diatas. Biasa masalah pada pressure sensor atau kurang gas.

  16. SALAM…cgu.aircond sy outdoor dia berbunyi kuatla.TAKUT NAK PASANG.BERGEGAR.sampai tak boleh tidur dibuatnye.jiran2 pun tegur juga.ape ye masalahnye cgu?

    • Salam. Tn perlu periksa punca bunyi tersebut. Buat pemerhatian fizikal atau buka penutup luar.Mungkin dari brake ‘L’ yang tidak diikat kemas, unit tidak seimbang, getah tapak pemampat telah keras ataupun bilah kipas menyentuh penutup luar. Kemungkinan juga dari pemampat sendiri yang bising kerana kurang gas/minyak.

  17. Salam.cg,aircond umah sy-york jd terhenti sendiri kipas luar,dan lampu warna oren berkelip.udara dlm keluar,tp xsejuk sprtmana bila kompressor luar berpusing…mcm kipas je la jdnye… dah pgl rmai org utk baiki,skali ngan dealer sndri dtg,tp diorg pun xtau ape mslh… kapsitor yg mcm tin susu dah tukar,ade wayar hitam yg pndek tu pun dah tukar…tp still mslh berulang. Sy cube emailkn kpd pihak york @ daikin,tp xdak response

  18. assalam cikgu. aircond saya tak sejuk. bila on, blower dlm hidup.. kipas outdoor berpusing, kompressor jalan. tp tak sampai 5 minit, kompressor berhenti, kipas luar dan blower dlm masih function. agak lama kemudian kompressor hidup balik tp sekejap je. bilik tak sempat sejuk. mohon bantuan khidmat nasihat cikgu.

  19. akum..mslh ac panasonic 1.5,(r22) sya kurang sejuk..indoor n outdoor dh service..pci 70,outdoor n indoor hidup.yg hairan air byk pd cooperoutdoor,brbnding yg lain..kepanasn fan outdoor xskata rase ngn tngn..blow mcm xpower walpn high speed.

  20. Salam cikgu sy guna daikin inverter 1.5hp kat ruang tamu lebih 8jam sehari.Kipas outdoor tak pernah berhenti dalam masa 8jam to cuma ada ketika slow ada ketika kuat.Mmg normal ke cikgu?

    • Salam. Ia adalah normal. Dalam model inverter kipas tersebut akan bergerak perlahan dalam masa tertentu mengikut keadaan.

  21. salam. cikgunas boleh tak kita kacuk guna compressor jenis yg lain drp asal. contoh asal guna jenama samsung digital inverter disebbkan compressor rosak kita ganti dgn compressor jenama lain atau jenama samsung juga tapi bukan jenis digital inverter.
    t/kasih

  22. assalam. saya nak tanya sikit, mengapa kipas aircond saya tidak berpusing dan lampu bintang berkelip-kelip di blower? ty

    • Salam. Biasa masalah ini berpunca dari pressure sensor short/loose. Periksa dan perlu tukar jika masih bermasalah.

  23. Salam cikgu nas…sya nak tanya sikit,..awat paip tekanan tinggi sya x sejuk ehh..aircond jenis haier..1 hp..adakah sebab sensor pada indoor harus ditukar…atau masalah lain

  24. Salam cikgu..ptg td compressor tiba2 meletup.semua letrik mati.sya off suis aircond dan on balik Db.sya belum call lagi technician sbb dh hmpir malam.boleh saya tahu kenpa ade bunyi letupan kt conpressor

    • Salam. Untuk pengesahan perlu buat pemeriksaan fizikal. Buka outdoor dan pasti ada kesan. Biasanya disebabkan short circuit.

  25. salam..saya guna Panasonic invtr…baru shj lepas service..tp masalah bila ON,unit dalam jalan tp kipas compresor tak pusing…
    unit dalam kejap OFF sendiri..kadang2 lampu power berkelip2..ada Tn/Pn ble bantu..

  26. Salam cikgu..Apa problem klu kipas blower ac tdk kuat spin..da adjust paling kuat pun sama saja slow..

  27. Salam cikgu..
    Air cond media 1hp.. bila on dlm 2 ke 5 mint trip.. bila compressor on je trip.. pa masalah nya cikgu.. mcm mana nk selesai masalah ni cikgu..apa yg perlu sy buat.. harap cikgu dpt membantu terima kasi.

  28. salam…nak tanya kenapa lampu pada aircond jadi warna merah..normal ke mcm tu??sbb rasanya sblum ni wrna hijau

  29. salam cikgu, electronic board A/C DAIKIN ade jual ke, kat kedai, saya cuba tukar fius di board, fius blow balik.

    terima kasih, cikgu xde buat kelas partime ker?

  30. masalah pada outdoor saya kipas compressor jalan tapi compressor x running.. selalunya ,asalah capasitor.. tp bila da tukar sama juga tiada function.. klu masalah compressor mungkin berlaku trip,.. tp tak pon berlaku trip.. bole bg pencerahan x cikguu..

    • Cuba tukar overload protector. Tn juga boleh uji compressor dengan multimeter/meter tebatan untuk tentukan elok atau rosak.

  31. masalah pada outdoor kipas compressor jalan tp compressor tak running. bila tukar capacitor pon x jalan jugak,, bole bg pencerahan x..

  32. Mohon bantuan..
    sa ada 2 masalah a.cond ni..
    Kereta kancil je..
    Baru2 ni sa repair a.cond 1set smua skli ganti…
    1)Wayer supply karen untuk compreser x hidup,bila cek wayer suppy dekat atas botol2 tu ada juga karen…Pomen tu cakap,box hitam yg dekat bawa d.board tu rosak..Bila da ganti pn still sama juga,lepas tu pomen tu bagi direct wayer dri atas botol tu terus ke compreser…
    Xda apa masalah kh bagi direct mcm tu? dan
    D mna sebenarnya masalah karen xda tu?
    2)Bila enjin parking On aircon,enjin pndai mati..Bila kereta bejalan Ok juga x mati,cuma ada terasa mcm sangkut2 masa begerak tu..
    D mna masalahnya tu?
    Belting ari tu pkai saiz 2280 masa pasang ketat,2,3 da longar belting tu..
    mohon sangat2 bantuan yg berpengalaman..tq..

  33. assalam cikgu..kali pertama air cond saya tidak sejuk…technician telah tukar kapasitor dn isi semula gas sbb gas dh xde…kurang dari 6 bulan lepas tu…air cond mula xsejuk lg…saya gunakan technician yg lain pulak…dia cuma isi semula gas sbb gas dh xde….dn skrg…selepas 6 bulan…air cond saya dh mula xsejuk semula..sekiranya gas tiada…adakah kemungkinan terdapat kebocoran pd air cond tersebut dan di bahagian manakah kemungkinan kebocoran selalunya berlaku…tkasih..

  34. salam cikgu,aircond rmah saya air menitis dkat indoor bila buka lama dia jdi tidak sejuk dan menjadi ais apabila tutup lama buka kembali ais jatuh dan air menitis walaupun sudah servis tk smpai seminggu ia jadi kembali boleh tahu apa pncanya

  35. Salam cikgu

    Sy refill gas R410A pd unit York inverter 1hp mgikut bacaan amp iaitu 4.17a. Mslhnya outdoor jln hnya bbrp minit dan slps tu ia akn bhenti (spt cut off, tp sblm berhenti, keluarkan bunyi yg agk kasar dr tabung comp) dan tak bfgsi smula.

    Mohon penjelasan. ThQ cikgu

    • Salam. Bagaimana tn refill gas R410A tersebut. Bacaan tekanan kena tepat dan teknik kena betul. Jika tidak compressor akan meragam.

  36. salam cikgu..knapa indor bunyi bising..bunyi sperti bergeser,tp dh cek xde plk brgeser..ok je bila pusing kipas dgn tgn xde plk bunyi brgeser.adakah motor blower indor rosak cikgu?apa msalah?tlg..

  37. Salam. Ac rumah sy jenama sanyo berpeluh dn air menitik dari dalam Lepas 2 3 hari guna dgn keadaan mcm tu. Ac off sndiri dan tak boleh nk on semula dkt remote dn tk berfungsi langsung lepas sy on kn di ac.

  38. sy de soalan berkenaan aircond sy.masalah nye bile on aircond hanya blower jer berpusing outdoor lngsung x brfungsi.slepas 2 3 minit blower akn off sndiri.model mitsubishi slim.bole bntu sy 0125752185

  39. aslm ckgu nas..
    sy nak btnya..
    boleh ke pkai outdoor unit dan indoor unit berbeza hp?
    indoor 1.5hp inverter dan outdoor 1 hp inverter.
    sbab sy da dengar banyak versi dr installer aircond, dan techncian a/c..
    ada yang kata indoor besar h/p dari outdoor baru ok..
    ada pula yang kata outdoor besar h/p dari indoor baru ok..
    saya konfius mana satu..
    kalau salah satu (outdoor / indoor) pkai non inverter boleh ke?

  40. salam cikgu nas..
    aircond rumah sy masa mula2 pasang berjalan lancar..
    tp sekarang bila aircond dah on set suhu 16c compressor jln tak lama.. selang beberapa minit compressor off.. tp unit dlm blower masih hidup.. compressor akan on balik setelah beberapa minit..
    sebelum ni klu sy set suhu 16c compressor on agak lama sampai ruang sejuk.. skang ni ruang tak sejuk lg compressor dah off..

    apa masalah mcm tu ye?

  41. Salam… cikgu…
    Boleh tak terangkan tugas pressure sensor (macam mana dia berkerja). itu saja T.kaseh

  42. aircond tak sejuk tp bacaan amp 6.6 gas70 indoor tak berair ngan sejuk…sebab pe cikgu bantuan penjelasan

  43. Salam cikgu..aircond York 1hp…on lebih kurang 30 minit lepas tu timer blinking…compresor dah xjalan… Apa msalah ya? Tq

    • Salam. Cek tekanan gas. Pastikan cukup dan tiada kebocoran gas. Jika masih masalah tukar pressure sensor.

  44. salam tuan…saya memiliki air cond 1 hp secondhand jenis daikin masalah tiada supply sampai ke kompressor dan kipas condensor.adakah masalah ini berpunca dr litar indoor.kalau benar macammana nak kesan komponen rosak disitu. gas mencukupi dan tiada kebocoran ..kebetulan nya tiada remote kontrol dari owner lama..terima kasih sudi membantu

    • Salam. Macam mana tau gas cukup kalau outdoor tak berfungsi? Indoor berfungsi atau tidak? Cek pendawaian indoor ke outdoor.

  45. Assalamualaikum tuan. apa masalah jika bila on aircond semua suiz tertendang..sebelum ni ok je..tp sejak ia kurang sejuk dan bunyi dari kipas luar terus jadi macamtu..tq tuan

  46. Assalamualaikum tuan,mahu bertanya…apa masalah jika penghawa dingin mengeluarkan simbol E3…jenis penghawa dingin Khind…model x ingat…

  47. Salam Cikgu.

    Kenapa ye aircon cassette selalu keluar blinking merah lebih-lebih lagi time hujan lebat.

    ThQ cikgu

Leave a Reply to Mohd Asrezal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *