Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,732 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. Assalam. Dh servis n tmbh gas bbrape bln lpas. Tibe2 bru2 ni rse xsjuk. Pgl org cek kata ade bocor bhg luar.. di mne biasa kbocorn blku n bpe cas utk baiki. Tme kasih.

    • Cikgu.cable live dr indoor ke outdoor slalu meletup n putus pd sambungan di panel indoor pada waktu sy onn kan aircond.bile saya sambungkan semula dia ok.tp selang beberapa minggu dia jadi lg.running amp compressor sy dh cek dan pressure gas pun ok

  2. salam cea boleh pinjam elmu..aircond ni ok tpi compresor pndai cat..dan sa tau ni kes kapasitor tapi sa DA tkar kapasiror masi lagi..apa2 sebap lagi y berkemungkinan boleh menyebabkan pekara ni?

  3. Salam Cikgu.

    Kenapa ye aircon cassette selalu keluar blinking merah lebih-lebih lagi time hujan lebat.

    ThQ Cikgu

  4. Apabila saya lakukan pintasan utk membuang cas pada capasitor ia telah menghasilkan bunyi ‘pop’..adakah itu perkara biasa?

  5. aircond ini apabila di on.breaker treep..tadi sa ada cba bka earth cble dari blower ke outdoor…dan cba on unit dan unit luar dn dqlqm hidup..tapi dua minit lepas on..moto compresor mati..hidup…mqti hidup…apa masalah to q..atau pn mmg moto DA nak rosak ka apa?

  6. salam, cikgunas…masalah sy bila on ac fan & compressor trus jln lpas tu dlm 3-4 minit trus cut-off ( fan & comp.tp blower masih jln)lpas tu dlm 3-4 minit jln semula..pegang kt evaporator sejuk kt bhgian atas jee bwh x sejuk (bila outdoor jln)…sy dh tukar indoor sensor complete,outdoor capasitor 2 (fan&comp.),check amp 3.2..nk check error code xde plak button check kt remote tu…indoor xde plak blinking…ac non-inverter model panasonic econavi (patrol/e-ion)…..maaf byk bertanya….mohon tunjuk ajar cikgu..wassallam.

    • Salam. Cadangan cek piping mungkin ada kemek dan baiki, buat flushing dan top up gas. Jika masih masalah mungkin tiub kapilari tersumbat dan perlu tukar.

  7. salam

    Sekarang sy pakai 1hp. Klau sy upgrade compressor 1.5hp boleh x klau sy welding je piping 1hp ke 1.5hp. Ada effect x performance

  8. Salam cikgu. Compressor 1hp acson sy ade masalah. Memula run ok. Dlm 5 minit compressor xworking tp kipas jalan. Dh tuka capasitor. Masih sama kipas je jalan tp compressor akn off dlm 5-10min. Kadang2 initial start kipas je jalan compressor xjalan jgk. Trick flushing gas pn dh tp masih sama. Di indoor unit xde kuar blinking error

  9. Saya hendak menukar capasitor yg rosak…Bagaimana cara selamat Dan mudah menyahcas arus elektrik yang ada pada capasitor..

    • Untuk membuang cas, lakukan pintasan dengan menyentuhkan kedua-dua punca pemuat dengan kabel bersalut atau pemutar skrew berhulu plastik untuk tujuan nyahcas.

  10. Salam..cikgunas sy nk tanya sikit..kalau kipas outdoor tak berpusing Dan Aircond kurang sejuk adakah sy perlu tukar capasitor?

    • Salam. Bila kipas luar tidak berpusing bermakna haba tidak dapat dibebaskan keluar dan kesan penyejukan akan kurang. Perlu periksa kenapa kipas luar tidak berpusing dan salah satu masalah yang biasa ialah kapasitor kipas rosak. Jadi tuan perlu tukar kapasitor tersebut.

  11. Salam nak tanya sikit cikgu,apa masalah jika tekanan gas pandai meningkat contoh bacaan ketika compressor On 40psi setelah beberapa minit telah meningkat ke 49psi..mohon bantuan dari cikgu..

    • Salam. Itu menunjukkan sistem belum stabil. Jika bacaan telah stabil (jarum tolok statik) tambah lagi gas dengan perlahan-lahan sehingga 70psig.

  12. Cilgu nk tnya. Indoor york 1.5 kipas pusing slow dan vibrate. Ape yg rosak tu. Rsanya dh bersih. Yg lg 1 panasonic 1hp bila compressor run trus trip. Dh check tgk ada kesan terbakar di wayar compressor ke capasitor. Kapasitor dh tukar dan wayar dh tukar. Tp masih trip bila compressor run

    • Untuk york : kapasitor kipas atau motor kipas nak rosak/dah lemah. Untuk panasonic samaada overload rosak atau compressor tu sendiri yang dah rosak.

  13. salam cikgu…nak tnya ckit..bila on aircond,bhgn outdoor saluran paip yg kcik ada lapisan putih(ais)..ni masalah berkaitan apa ya cikgu?

    • Salam. Ini di sebabkan gas kurang, so perlu cek kemungkinan ada bahagian yg bocor/nat tidak diikat kemas dan top up gas sehingga 70psig. Harap membantu tn..:)

    • Salam. Cuba tukar kapasitor kipas dengan nilai yang sama atau lebih sedikit. Jika masih slow, kemungkinan motor kipas nak rosak.

  14. Maaf,bukan coper kecil tapi coper besar tidak berpeluh/atau berair..unit sejuk juga cuma tidak power sejuk nya cikgu..boleh cikgu bagi pendapat atau cara untuk mengatasi masalah ni..

  15. Salam…saya ade kemusykilan sikit c’gu.kalau pasang air-cond pastu terus isi gas tanpa perlu vacum dulu boleh ke?sebab saya tengok orang yang pasang aircond kat rumah saya tak buat benda tu.untuk pengetahuan c’gunas satu saya pasang baru dan Dan satu lagi saya pasang yang 2nd.

    • Salam tn. Selepas unit aircond dipasang samaada unit baru atau pemasangan semula (relocatian), saluran unit (sedutan dan nyahcas) perlu di vakum atau dibuat proses purging. Ini untuk mengelakkan udara dan lembapan dalam tiub tersebut bercampur dengan gas yang akan memberi kesan pada prestasi unit untuk jangka masa panjang.

  16. salam tuan…saya punya aircond tak terima isyarat remote..(remote baru+bateri baru) kadang-kadang dia terima isyarat..kadang-kadang tak terima…apa masalahnya tu..bila tukang repair aircond datang dia ok je..lepas tukang repair balik…tak boleh balik…musykil ni…# aircond brand toshiba 2005

    • Salam. Tn top gas sehingga 70 psi. Periksa keadaan unit sejuk/tidak. Jika tidak sejuk, buat pump down dahulu dan lakukan proses flushing/vacuming. Jika masih bermasalah kemungkinan tiub kapilari tersumbat.

  17. Salam cikgu..
    Saya ada masalah bila start aircond.. Bunyi mcm kipas dekat belah dalam. Mcm mana tu.?

    • Salam. Kemungkinan blower menyentuh bahagian unit dalam, getah penyerap getaran telah keras, ada nat yang longgar dan mungkin juga dari motor blower tersebut. Tn buat pemeriksaan fizikal dahulu pada unit tersebut.

    • Antara kemungkinam kerana unit luar tidak berfungsi, unit kotor, penapis udara kotor dan unit kurang gas. Cadangan buat servis berkala pada unit.

  18. Assalamualaikum cikgu
    Saya nak tanya sikit aircond samsung saya ada keluarkan lampu merah berkelip2 dekat dengan suis manual bila saya guna kan remote pun tak boleh berfungsi seperti selalu compreser pun tak berfungsi
    Apa masalahnya cikgu berdasarkan pengalaman cikgu?terima kasih.

    • Salam. Masalah compressor tidak berfungsi..mungkin gas kurang, mungkin pressure sensor rosak dan mungkin kapasitor pemampat rosak. Kena check compressor mmg tak berfungsi dari awal atau berhenti selepas beberapa waktu.

  19. assalaualaikum…sya ade masalah sdkit dgan air cong model celing cesset..masalah sya “apabila compressor running,pressure trus trun 0bar..klu air cond dlam kdaan standby,pressure okay” sudah bnyak cara sya buat tpi keputusan hampa…

    yg sudah dibuat
    -tukar compressor baru
    -flasing indoor & outdoor
    -filter dryer sudah tukar
    -capillary tube refrigeration sudh tukar
    -vacum unit

    • Salam. Saya tidak pasti masalah ini. Banyak baikpulih yg tn telah buat. Apa yang pasti kejatuhan tekanan berkait dengan bocor, tersumbat atau ada bahagian copper yg kemek.

  20. #Promosi Chemical Aircond Unit & Repair Unit..kawasan kl dan selangor..coll/wssp 011-23216879

      • assalam… Saya ada masalah aircond brand york yang bila on suis hijau tp suis remote masih belum on dan masih dlm mode standby tetapi air telah meluap pada casing dan menitik pada indoor…apa puncanya ?

        • Salam. Mungkin air telah terperangkap dalam drain pan dan saluran air tersumbat. Jadi bila louver terbuka air lama telah menitik. Jadi kena buka dan bersihkan saluran air dan drain pan.

  21. Salam cikgu…

    Sy ada masalah dan ingin meminta pendpt atau cara2 nk selesaikn masalah air d rumah sy…
    York 2hp.. indoor jln elok.. compressor x jln.. lampu dlm indoor bekelip2.. bukan lampu timer, tp lampu biasa bila on air cond lampu tu akn on mcm biasa.. tp kali ni lampu tu bekelip2 dan compressor x jln..
    Harap cikgu dpt membantu or tunjuk ajar cara2 menyelesaikn problem ni.. tq

      • Salam cikgu.. bole ke kta nk periksa tekanan gas jika compressor x hidup?
        Bila sy check wayer compressor, karen x supply kt compressor.. indoor pun on jln tp lampu bekelip2..
        Pa masalahnya cikgu..pa patut sy buat?

        • Salam. Current takda so compressor tak jalan. Kita tak boleh cek tekanan gas jika compressor tak jalan. Mungkin kapasitor pemampat rosak.

  22. Air cond saya tidak sejuk ia megeluarkan angin panas sahaja padahal saya set mod sejuk dan suhu 16

    • Periksa kipas luar dan pemampat berfungsi atau tidak. Jika tidak berfungsi sememangnya terasa panas kerana haba tidak dapat dipindahkan keluar. Jika berfungsi cek pula tekanan gas dan arus larian unit supaya unit dapat beroperasi sempurna.

    • Salam. Tn buat pemeriksaan fizikal dahulu. Periksa dari mana bunyi tersebut. Mungkin kedudukan outdoor tidak seimbang, mungkin badan pemampat menyentuh cover outdoor dan mungkin getah pada tapak pemampat telah keras menyebabkan ia tidak dapat menyerap gegaran. Berkaitan gas tn perlu tambah sehingga 70psig.

  23. Sy nk tnya…slpas mbersihkan aircond buang habuk2,.bila on aircond tiba2 berhenti dn kluar ec..Apa mslh nya..?

    • ec tu ada error pada unit. Cikpuan cek semula apa yang telah cikpuan buat semasa membersihkan unit tersebut. Saya tidak dapat menghuraikan lanjut kerana masalah ini terlalu umum.

  24. salam cikgu… ac bila on dia akan sejuk bila compresor tu jalan.. tp sya tgk kipas luar tak jalan plak.. tak lama lepas tu unit luar bergegar kuat (terasa sebab bilik papan dan ada tingkap) dan lepas tu terus diam (mati terus).. unit dalam kluar angin je.. ape ye masalahnye.. kapasitor komprsor dah di tukar.. napa kipas tak jalan..
    saya dahulukan dengan terima kasih..

    • Salam. Masalah ini jika kipas luar tak pusing dari awal, tn perlu tukar kapasitor kipas. Jika pusing dan kemudian berhenti, kena periksa samaada kelajuan pusingan normal/perlahan. Jika perlahan ia boleh menyebabkan pembebasan haba tidak sempurna. Situasi ini boleh membawa kepada arus tinggi dan compressor akan ‘cut off’. Selain itu tn juga perlu periksa tekanan gas. Jika kurang perlu tambah kerana compressor akan cut off juga jika gas kurang. Harap membantu tuan..:)

  25. salam, air cond sy bila on blower tak pusing, lpas tu lampu kuning kelip2.air cond jnis topaire.supply ada tp tak berfungsi

    • Salam. Lampu berkelip2 menunjukkan ada error/masalah pada aircond tersebut. Dalam kes ini masalah blower tak pusing. Punca mungkin motor blower jammed atau kapasitor motor blower rosak.

  26. saya nk tny masalah aircond saya..
    aircond jenis daikin 1hp..

    aircond baru servis chemical,

    outdoor kipas dgn kompressor dlm 2,3 saat mati bila di “on” kan..

    indoor berfungsi mcm biasa..ok je.

    kapasitor dgn magnetic contactor baru di tukar..apa mslh aircond saya ni…mohon penjelasan..

  27. saya nak tanya..kalau relay comp rosak..anggaran berapa caj untuk membaiki kerosakan tersebut?

    • Anggaran harga komponen boleh rujuk ebook Alat Ganti Penyaman Udara di muka depan blog ini. Kos baikpulih saya tidak pasti.

  28. tuan..aircond saya x boleh berfungsi..bila on,keluar lampu merah pada logo bintang…outdoor run xsampai seminit,trs senyap…knp ek..

  29. Assalam cikgu
    Masalah saya pulak penghawa dingin saya tetiba jadi tidak sejuk. Sudah servis dan tukar capacitor tetapi tetap sama. Apakan punca masalah ini.cuma keluar angin sejuk pada permulaan sahaja dan selang beberapa minit terus berubah menjadi angin.

    • Salam. Periksa kipas luar pusing atau tidak selepas beberapa minit tu. Periksa juga compressor berfungsi/tidak. Kemungkinan gas kurang dan outdoor cut off.

      • Kipas luar berfungsi dengan baik. Gas berkurang tidak pasti sebab baru topup. Macam mana nak kesan kerosakan compressor itu dan Kalau compressor ditukar ganti sendiri tanpa paggil juruteknik boleh?

        • Cek gas dahulu. Jika kurang walaupun baru top up pasti ada kebocoran. Compressor boleh buat pemerhatian fizikal berfungsi/tidak. Jika senyap bermakna tak berfungsi dan jika berfungsi ada tak bunyi bising atau luarbiasa dari compressor.

          Compressor juga boleh diuji dengan meter pelbagai untuk ujian rintangan dan meter tebatan untuk ujian tebatan. Rujuk Nota Prosedur PPU.Dari sini kita boleh sahkan compressor elok atau rosak. Cara lain tuan boleh gunakan tolok, jika bacaan adalah maksima pada meter tekanan rendah bermakna compressor tidak berfungsi.

          • Ok.. terima kasih cikgu. Berkemungkinan compressor rosak kot. Sebab pada permulaan sahaja compressor ade bunyi bising kemudian akan menjadi senyap. Bagaimana utk saya dpt kan nota2 tersebut.

  30. As slm cikgunas.,sy nak tanya,,rumah sy aircond panasonic 1.5hp inventer..timer dkt aircond menyala colur oren..n diremote xdpt berfungsi bila sy nk off..pas tu aircond jd xsejuk..sy dah resect sendiri tp timer tu ttp muncul..n invanter xdpt nk on juga…apa agaknya masalhnya cikgunas,,angaran nak repair berapa kos ya agk2 t.ksh

  31. Salam Cikgu,

    Saya baru pasang aircond dirumah, air cond baru tapi yg dah lama di simpan di kedai sebab beli display unit, masalah saya disini aircond saya tu ade mengeluarkan bunyi yg pelik, bunyi srooot.. srooot.. macam bunyi menyedut air yg hampir habis didalam cawan.

    • Salam,
      Jika diperingkat awal unit dihidupkan ia biasa. Ia adalah bunyi aliran gas (desiran). Jika berterusan elok dikenalpasti lokasi bunyi tersebut. Mungkin ada bahagian paip kuprum yang kemek, bengkok yang tidak sesuai atau mungkin juga unit kekurangan gas.

  32. Salam…cikgunas.. nak tanya pasal aorcond sya. Blower ok macam biasa tapi tak sejuk langsung.. compressor kat luar pulak macam senyap jer..tak berfungsi macam selalu bising..

    • Salam. Tak sejuk sebab compressor tak berfungsi. Haba tak dapat dipindahkan keluar. Jika bising dan langsung tidak berfungsi dari awal aircond di “ON” kan, ada kemungkinan compressor dah rosak.

  33. Salam tuan ..saya baru pasang aircon acson 1hp nk mintak pendapat cikgu mana elok atau jimat time pakai aircon guna mode auto atau low speed 25? terima kasih

    • Salam. Setting saya biasanya blower high speed, suhu 24°C- 25°C oklah untuk unit baru dan guna mode manual untuk mendapatkan keselesaan maksima. Sebabnya itulah tujuan pasang aircond. Bagi tujuan untuk menjimatkan elektrik, bagi saya banyak faktor lain yang akan memberi kesan kepada bil. Tn boleh rujuk ebook dan catatan saya di ruangan ini.

  34. Salam cikgu,nak tnya apa msalah kompresor aircnd amp current ngan pressure gas pndai naik..mla2 amp dlm 8.9A trus naik smpi10.2A..trus kompressor xjlan..pressure gas pn naik smpi 80psi..selang bberapa jam bru compressor jlan blik..dlm 10mnit ja kompressor mati..

    • Salam. Tn periksa samaada kipas outdoor laju/tidak, pemeluwap kotor/bersih, gas mungkin lebih, tiub rerambut (capillary tiub) mungkin sumbat. Pastikan semuanya OK dahulu. Kemungkinan terakhir ialah pemampat sudah hilang tebatan.

  35. Salam cg..she asde mslh ac..bila on suis senyap,tingkap ac tbuka tp senyap..lps tu klua simbol F4..knp yea?hrp dpt mbantu..

    • Salam. Error F4 menunjukkan blower tak pusing. Kemungkinan motor blower jammed/ bearing tersangkut/ kapasitor motor rosak.

  36. Salam cikgu..sy guna york 1 hp..bila on suiz dan on remote je aircond tak bfungsi langsung tp compressor luar umah bfungsi kipasnya..knp ye

    • Salam. Tuan perlu periksa motor blower dan kapasitor pada indoor. 2 komponen ini boleh menyebabkan blower indoor tidak berfungsi.

  37. Salam tuan…indoor sharp 1.0hp membeku jadi ais..apa puncanya ya?bila on air merejis keluar.bila sy buka indoor da jadi ais

    • salam..bagaimanakah untuk mendapatkan setting terbaik bagi a/c jenis inverter r 410??dari segi running amp & bacaan tekanan normal utk 1hp.ada tips tambahan utk servis a/c jenis inverter???ada kawan bgtau jenis ni susah skit utk dptkn setting terbaik.kena dptkn bacaan ampere & pressure dalam 5 minit pertama shj.betul ke bohong??

      • Salam. Kaedah terbaik mengecas adalah kaedah berat. Buang semua gas dan tambah ikut berat refrigerant yg tertera pada name plate. Bacaan tekanan dan arus mmg berubah utk inverter.

  38. assalamualaikum,nk tya sket,sy pengguna aircond jenama york 1hp,bru jer servis n tukar pbc indoor dan kapasitor,masalahnye skrg,ms on mmg kompressor running elok n sejuk,slepas cut off lampu hijau akn btukar ke oren…..trus kompressor off n kipas pun bhenti….trus xsejuk,apa masalahnye lg yer…

Leave a Reply to Alias Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *