Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,732 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. assalamulaikum cikgu nas..
    saya gunakan air cond jenis mitshubishi 1 hp.unit baru guna dalam 5 bulan.sekarang dah jadi kurang sejuk pada siang hari.malam baru terasa sejuk.blower ,indoor dan out door saya dah cuci.gas cukup.tak de frost kat cooper.apa yang perlu saya periksa lagi??

    • Salam. Periksa tekanan gas, running ampere dan suhu penyejat(udara keluar). Tekanan gas 70psig, running ampere cek pada label indoor/outdoor dan suhu penyejat bawah 10°C. Cek juga penyejat dan blower. Jika kotor blh menyebabkan kesan penyejukan kurang.

      Jika semua ok tp masih tak sejuk, mungkin faktor luaran seperti tingkap/pintu yang terbuka dan sememangnya udara luar yang panas. Kena bantuan kipas utk lebih terasa sejuk.

      • topup gas bergantung pada cuaca jika cuaca panas bermakna bacaan psi dan input current adalah betul dan jika keadaan mendung atau selepas hujan atau malam bacaan psi dan curren input akan berubah betul x tuan?

        • Saya pernah dengar tapi tak dapat jelaskan logiknya. Mungkin pembaca lain dapat komen.

  2. assalam
    saya nak tanya sikit ni
    saya ada membuat pemasangan a/c compresor 7.5Hp
    baru dua bulan digunakan dia rosak kembali ,
    bila on a/c
    fan jalan
    compresoor running sekejap je dalam 5 minit pastu off
    mcb c trip
    dah buat flushing and vacum
    cek gas ada
    waktu dia running filter driyer x panas
    apa perlu saya buat
    terima kasih
    ni no saya 0146365748
    atau pun saya boleh dapat kan no cikgu
    terima kasih

  3. Assalam nk tyer aircon sy sejuk untuk 15 minit saje…lps tu tkde angin keluar…kipas luar dgn blower indoor jln..knp ye..

    • Salam. Cuba tn periksa compressor berfungsi atau tidak selepas 15 minit tu. Jika tidak berfungsi cek overload protector (OLP) pada compressor. Jika rosak perlu tukar. Cek juga tekanan gas. Mungkin compressor cut off sebab gas kurang.

    • Salam,
      Kemungkinan saluran tersumbat di kawasan tertentu dalam penyejat/berlaku kekurangan gas dalam sistem.

  4. Salam..sy dah tukar baru ac rumah sy yg baru jenama hisense 1hp tp mula2 pasang dulu sejuk tp lepas 4 hari hanya angin je keluar.outdoor berfungsi APA masalahnye ye cgunas?

    • Salam. Tn perlu periksa tekanan gas. Jika kurang bermakna ada kebocoran dalam sistem. Periksa pada sambungan pemaipan/flaring indoor dan outdoor dan juga sepanjang paip line terutama pada kawasan lengkok.

  5. salam ckgu..saya nk tya mslh ac sy jnis daikin 1.0hp.bila sya on ac agak2 dalam setgah jam or sejam timer bernyla lmpu oren..sy dah cb off timer setting lain tpi ttp jdi balik..mcmna yer nk bt.

    • Klu ade manual book, bole refer brp kali led Oren tu blinking. Dkt manual book ade nyatakan mslhnya

  6. As salam cikgu,
    Sy ada aircon jenis york 1hp.. Masalah aircon sy, dia x sejuk, air menitis dan kdng2 ada bunyi mcm benda yg pecah berlaga2..mcm batu melantun dlm air con..ada satu hari, tbe2 aircon dh sejuk, tp mcm ada bau wayar trbakar.. Sy off.. Lps tu, on balik tp dh x sejuk dan bau wayar trbakar pn xde.. Boleh cikgu bgtahu mslh aircon sy? Agak2 mahal x kos baik pulihny.. Terima kasih..

    • Salam. Cikpuan perlu panggil juruteknik untuk buat pemeriksaan. Banyak kemungkinan yang berlaku dan sebagai langkah keselamatan, cikpuan perlu off aircond dan tidak menggunakannya sebelum diperiksa. Kos baikpulih bergantung pada jenis kerosakan dan komponen yang diganti.

  7. As salam cikgu nas..
    sy mggunakan a/c york 1hp.
    Masalah yg sy hdapi skrang compressor tidak broperasi dgn betul..compressor cuma broperasi lbih kurang 1min dan seterusnya tidak beroperasi..dan selang 3min compressor akan broperasi semula..dan begitulah seterusnya..air dari unit indoor tidak keluar langsung..adakah ini kerana gas kurang?
    jika bukan apakah sebabnya cikgu nas..minta pencerahan dri cikgu nas..
    trima kasih

    • Salam. Berkaitan tiada pengaliran air kondensasi itu adalah kerana kitar penyejukan terganggu. Tekanan gas mungkin punca compressor on off. Tn perlu periksa, top up gas dan pastikan tiada kebocoran pada sambungan pemaipan.

      • Trima kasih cikgunas..
        Sy dh chek tkanan gas,alhamdulillah ok..ttp masih jadi masalah yg sama..
        Mgkin kah dsbb kan kapasitor?
        sbb sy ada guna kapasitor lama yg rosak..keadaannye serupa dgn yg asal..
        minta pncerahan cikgu nas

  8. Salam cikgu. Sy tinggal di rumah teres.Sy ada pertanyaan. Air cond rumah saya rosak, bila pasang sekejap dia trip. Tapi yang peliknya rumah jiran saya pun trip jugk. Setiap kali rumah saya trip rumah dia pun trip jugak. Kenapa rumah dia boleh trip sedangkan meter lain2. Terima kasih.

  9. Salam.. Saya nak tanya air-con sy jenama panasonic.. Selepas servis masukan gas,setiap 3-4 minit tak sejuk tapi keluarkan angin .outdoor hidup, kipas bepusing klu air con sejuk je.. Saya guna remote universal remote asal da rosak.. Terima kasih

    • Boleh untuk tujuan menghidupkan compressor sahaja jika compressor ada masalah sangkut. Bukan untuk tempoh yang lama/kekal kerana ia boleh menyebabkan coil compressor terbakar.

  10. Salam cikgu nas.. mohon bertanya, kenapa sblum ni lampu on colour kuning tp skrg colour merah.. ap masaalah ny ea? Kalau cikgu ad ws bole cikgu ws sy? 0173069880

  11. Salam cikgu..
    Saya bertanya sikit..saya mempunyai aicond jenama hitachi 1.5hp inverter…masalah saya skrg pcb indoor unit rosak…boleh x indoor unit tersebut ditukar kepada indoor unit non inverter…kerana kos tukar pcb sangat mahal..sekian

  12. salam tuan..sy baru pasang aircon fujiaire 1.0hp. selang 4 hari air menitis dekat unit indoor. apa kemungkinan masalah dia tuan? sy dah cuba adjust suhu tetap air menitis.

    • Salam. Antara beberapa perkara tn perlu periksa:

      i) pastikan plat pendakap dan indoor dalam keadaan seimbang
      ii) salur air disambung kemas pada indoor dan tiada lekukan pada pada salur air. Ini kerana ia boleh menyebabkan air patah balik dan menitis di indoor.

      Tn juga blh uji dahulu saluran air sebelum ON unit. Tuangkan segelas air dan cek pengaliran air tersebut hingga ke hujung paip.

  13. Salam tuan, masalah pada aircond saya ialah apabila saya on aircond, elektrik rumah akan trip. saya check outdoor unit. saya tengok capasitor sudah kembang dan sedikit merekah pada bahagian bawah. adakah ini berpunca dari masalah capasitor? kerana ade yang memberitahu saya capasitor tidak membuatkan elektrik rumah trip. hanya aircond tidak sejuk. terima kasih.

    • Salam. Melihat kepada keadaan kapasitor tersebut ia wajib ditukar. Jika masih berlaku trip, cek pendawaian pada indoor dan outdoor.

  14. As salam, aircond tiba2 tak sejuk, bila check compressor ada angin sejuk keluar. kat dalam indoor unit keluar angin suam. filter dalam indoor dah cuci, kat kompressor tak ada apa2 yg menhalang angin keluar masuk. dah cuba dehumidifying mode dan recycling mode pun sama hanya angin panas keluar. try OFFkan power supply, DB, ELCB tapi bila ON still sama gak keluar angin suam. minta pencerahan. tq

    • Salam. Saya berpendapat compressor aircond tuan tak berfungsi. Cuba tukar kapasitor pemampat.

      • Cikgu, senang tak nak tukar kapasitor tu? lokasi kapasitor kat mana? atau ada link/video yang boleh saya tengok.

        tq

        • Ya, senang sahaja. Rujuk ebook alat ganti penyaman udara saya di muka depan blog ini untuk mendapatkan gambar sebenar. Ia berada di outdoor.

          • ok cikgu dah settle, aircond dah sejuk
            moga allah murahkan rezeki cikgu

            tqvm

  15. As salam, airrcond saya tiba2 tak sejuk. Bila check kompressor rasa angin sejuk keluar dari situ. Kat dalam indoor unit keluar angin suam. Macam terbalik plak. Aircond jenis hitachi 2.5hp. Semua penapis dalam indoor dah cuci. Dan dah try mode dehumidifying dan mode circulate sama je aircond tetap tak sejuk. Harap dapat pencerahan. Tq

  16. As Salam Cikgunas,

    Sy ad masalah dgn aircond Samsung 1.5hp yg br sy pasang slps pindah rumah. indoor sy x boleh nk on guna remote & manual button di indoor unit. remote dlm keadaan baik & power masuk indoor juga cukup 240v. bolehkah masalah sy diselesaikan.. trima kasih..

    • Salam,
      Saya berpendapat masalah pada indoor. Dan dalam kes ini kemungkinan masalah pada Indoor PCB. Cuba cek fius pada papan Indoor PCB, uji dengan pena ujian. Jika tiada current boleh tukar. Jika ada, saya berpendapat Indoor PCB yang rosak dan perlu tukar baru.

  17. Salam,

    Ingin bertanya, saya sudah setahun tidak menghidupkan aircond rumah, apabila saya mula menggunakan air cond seperti biasa, bil elektrik menjadi 3x lebih byk. Adakah ia berpunca dari aircond saya?

    • Salam,
      Antara peralatan elektrik yang memberi kesan kepada bil ialah water heater, pemanas air, peti sejuk, seterika, periuk nasi (sentiasa keep warm) dan juga penyaman udara. Cara penggunaan yang bijak peralatan tersebut dapat mengurangkan bil elektrik tuan. Tulisan saya DIRUANGAN INI dapat membantu tuan.

  18. Assalamualaikom cikgu nas.aircond rumah sy berais.pada permulaan ianya sejuk, selang bberapa minit ia seakan tersekat sekat kemudian ia berais.musykil saya.t.kasih

    • Salam. Jika masalah berais ini pada pemaipan indoor ke outdoor, tn perlu periksa tekanan gas. Masalah berais juga boleh berlaku jika blower tidak berpusing. Periksa juga keadaan penyejat dan blower, mungkin telah terlalu kotor. Oleh itu elok di servis unit tersbut.

  19. Assalam Cikgu, ada 1 ketika air cond saya tidak sejuk dan juruteknik telah memeriksa dn mengesahkan gas telah tiada dn telah menggantikan kapasitor. Selepas 3 bln, air cond kembali tidak sejuk dn juruteknik memberitahu dia perlu membuat seperti berikut:1)pipe copper jln baru 2)outdoor tukar tempat 3)gas masuk balik dgn sejumlah harga. Adakah apa yg dicadangkan ada kna mengena dgn air cond saya yg tidak sejuk?

    Seperkara lg, selalunya apabila air cond telah mencapai suhu bilik, compressor akan berhenti seketika seblm berkerja semula, tetapi kebelakangan ini, saya tidak mendengar ianya berhenti seketika seperti biasa. Blh cikgu terangkan apakah kemungkinan ia terjadi begitu?

    • Salam.
      Untuk masalah yang pertama kemungkinan pemaipan asal indoor ke outdoor telah bocor dan ia sukar dibaiki, contohnya berada dalam simen dinding. Oleh itu pemaipan baru perlu dibuat dan kedudukan outdoor berubah. Bagi kes ini memang sejumlah gas perlu ditambah kerana telah hilang akibat bocor pada paip asal.

      Untuk kes compressor tidak berhenti beroperasi, saya beranggapan tuan set suhu bawah 20ºC. Dengan faktor suhu luaran dan pintu bilik kerap dibuka akan menyebabkan compressor terus beroperasi untuk mencapai suhu tersebut. Selain itu keupayaan penyejukan aircond baru dan lama juga tidak sama. Aircond baru memang tiada masalah untuk cepat mencapai suhu yang kita set dan compressor akan cut off berbanding aircond lama.

      Kemungkinan lain juga ialah unit telah dibuat bypass.

  20. Salam cikgu..
    Sy gna aircon electrolux..nk tya knp aircon sy mengeluarkan bau busuk bla running?

    • Salam. Kemungkinan ada cicak/binatang lain mati dan berada dalam unit dalam. Bau dari bangkai tersebut keluar semasa blower berpusing.

  21. salam cikgu.
    sy guna aircond acson bru msuk stahun.mshnya aircond sy lgsung xberfungsi.sy on remote lngsung xdk lmpu.bnyi beep pn xde.sy on scara mnual pd aircond pn xblh.knapa yer….

    • Salam. Apa yang boleh cikpuan lakukan periksa dahulu arus di soket/DOL dan arus masuk ke indoor. Pastikan ada arus elektrik di indoor dahulu.

  22. Salam,cgunas sy nak bertanya sikit.saya ada dapat aircond jenama lg 1hp diberikan kawan.masalahnya copper pipe tak ada.ada jual tak?Dan berapa harganya.lagi satu bila saya test unit outdoor satu rumah trip.ape masalah unit outdoor tu ye.saya buat direct suis kat unit outdoor tu nak test.boleh ke?

    • Salam. Copper pipe ada dijual di pasaran. Harga untuk 1 gulung (panjang 15m) bergantung pada saiz copper. Untuk 1HP menggunakan saiz 1/4″ dan 3/8″. Test yang tuan nyatakan boleh dibuat untuk uji outdoor. Kalau ikut pengalaman saya jika trip sebegitu masalah pada pemampat atau ertikata lain pemampat telah rosak.

  23. As’salam cikgu, maaf saya nak cuma nak pendapat dan idea … selepas service semua dan bersih semua air cond masih juga kurang sejuk dan selepas 1 jam running lampu blinking dan compressor cut off … semua saya dah check gas 70, semua bersih, sensor dan pcb saya dah tukar tapi masih sama … saya rasa mungkin compressor kerja non stop walaupun setting temp 30 degree c … so apa pula yg perlu saya buat tuk sejukkan atau tuk air cond running normal balik …. terima kasih cikgu

    • Salam. Jika prestasi sistem (tekanan & arus) ok, komponen juga telah ditukar baru dan juga telah diservis dengan baik tetapi masih ada masalah seperti yang tuan nyatakan, saya berpendapat ia berpunca dari pemampat. Pemampat panas dan berlaku cut off. Pemampat dah nak hilang tebatan.

  24. Salam.cikgu sy nk ty.knpa cooper paip aircond kt sambungan outdoor luor kluar frozz.putih beku.dh flering tp tetap beku ais..
    Tlong bg pencerahan

  25. Cikgu aircond sy York 1.5 hp..compreser xjln..fan compreser pn xjln.. Kapasitor sume OK..apa msalah eh cikgu?

    • Jika semua dah OK periksa 3 perkara ini:
      i) bekalan masuk (arus elektrik) ada atau tidak.
      ii) geganti beban lampau elok/rosak.
      iii) pemampat itu sendiri.

  26. salam cikgu,
    aircond rumah sy jd on 1 jam kompreser mati,keluar angin shj indoor unit & blink2 lampu tengah…ms on 1 jam tu,sejuk

    • Salam. Kemungkinan geganti beban lampau/pemampat itu sendiri nak rosak. Kemungkinan lain gas kurang dan juga masalah pada PCB Indoor.

  27. Slm sejahtera cikgu…mohon bantuan penerangan dr cikgu.aircond saya jenama panasonic 1.5hp.masalah yg sya hadapi cikgu, bila on aircond, tak ada angin lansung.compresor tak berfungsi.selepas 5 minit mcm tu aircond off dgn sendiri dan hanya lampu timer yg menyala terus.bila on lg selepas 5 minit mesti berulang.apa mslhnya cikgu

    • Salam Sejahtera. Jika tiada angin langsung dari indoor kemungkinan motor blower jammed. Satu lagi sebab kemungkinan PCB Indoor rosak.

  28. assalam cigu nas.
    sy nk tanya,sy guna aircond jenama samsung 1hp, masalahnye sekarg bila sy on sja, acond akn hidup hanya kurg 3 mnt..tu pun selepas outdoor berfungsi..ia akn mati sendiri..xada trik letrik pun..lepas sy tekan remote x boleh on..kene tunggu 10mnt baru on..pastu indoor akn jln dlm semint je…pastu seterusnya mcmtu..
    sy nak tanya ape masalahnya..dn berapa kos untuk perbaikinya…

    • Salam. Unit ini mungkin ada built in Direct Online (DOL) yang akan memutuskan arus apabila aircond ada masalah. Mungkin ada komponen yang panas dan DOL akan cut off keseluruhan sistem. Juga kemungkinan arus elektrik tidak stabil. Elok dilakukan pemeriksaan oleh juruteknik bertauliah dan kos baikpulih bergantung kepada jenis kerosakan dan alat ganti.

  29. Salam tuan,bagaimana hendak mngetahui kerosakan pada kompresor,outdoor unit saya fan blower berfungsi dan tekanan gas mencukupi,indoor blower juga berfungsi tetapi tidak sejuk

    • Salam. Tn boleh tukar kapasitor pemampat dahulu. Jika pemampat masih tak berfungsi boleh mulakan prosedur untuk mengesan kerosakan pemampat. Mulakan menguji rintangan terminal pemampat (C, S, R) dengan meter pelbagai dan uji tebatan pemampat dengan Magger Meter. Keputusan dari ujian ini akan menentukan samada pemampat elok atau rosak.

  30. asalam… nk tanye. ape puncah jika wayer ert ada tenaga dan nutral tiada .. dan bila di on blower hidup dan compresor tk hidup . ty

    • Salam. Wayar Earth (E) ada current. Bermaksud ada komponen yang tidak ditebat dengan baik dan berlaku current leakage. Kes ini besar kemungkinan dari pemampat. Cek tebatan pemampat menggunakan Magger Meter. Pada setting 500v, jika bacaan kurang dari 1MegaOhm bermaksud pemampat tiada tebatan/tidak ditebat dengan baik dan ini punca kepada masalah di atas.

  31. Salam,saya dari Sabah Bah..
    Saya nak tanya cikgu,
    Saya baru pasang a/cond second hand jenama Acson.
    Apabila acond di on, semua system akan beroperasi seperti biasa.
    Dan apabila mencapai suhu yang di-setkan, Seperti bisa Kompressor akan berhenti.Tetapi masalanya ialah, Kompressor tersebut tak nak start semula apabila suhu bilik sudah panas.
    terpaksalah semua power supply aircon di off kan dan di on semula.
    masalah ini akan berulang lagi.

    sekian, terima kasih.

    • Salam. Masalah ini di sebabkan compressor panas dan berlaku cut off di overload. Penyelesaian pertama cuba tukar overload dahulu. Jika masih bermasalah bermaksud pemampat yang mengalami panas lampau (overheat). Punca masalah ini ada dalam komen saya di atas. Antara sebabnya ialah gas kurang, pemeluwa kotor, tiub rerambut tersumbat, motor kipas lemah dan tebatan pemampat kurang. Harap dapat membantu tn..:)

  32. Salam cikgu nas.sy nk tnya knpa A/c indoor jln tp outdoor x jln?suply dri indoor nk ke comp pon xdk..board sy dh ganti baru tp stay xdk suply jgk knpe yer?mntk cikgu terang kn bleh?

    Terima kasih sbb m’bantu..

    • Salam. Sepatutnya tiada masalah kerana PC Board baru. Cuba tuan periksa semula cara pemasangan PC Board tersebut dan connection wayar indoor ke outdoor.

  33. Assalam cikgu. Aircond sy york 2hp btahun2 guna elok je. Last week sy uninstall dari bilik pastu install kt ruang tamu. Lps install, dia sejuk mcm biasa, xde bunyi2 pelik, cuma angin blower jadi slow..mohon pencerahan cikgu. t.kasih

    • Salam. Kemungkinan kapasitor motor kipas lemah/motor kipas lemah/penyejat kotor. Semua ini boleh menyebabkan aliran udara menjadi kurang.

      • Salam sy nk tnya kenapa aircond sy model topaire 1hp jd E24 yer ada yg x kena ke dgn aircond sy 2?

      • Salam. Saya guna air cond mitsubishi 2.0 h/p. Bila on, outdoor unit tak berfungsi langsung. Kipas pun tak berfungsi. Apa masalahnya ya?

        • Salam. Banyak yang perlu diperiksa. Semua komponen outdoor perlu diperiksa, tekanan gas, pendawaian outdoor, pendawaian indoor ke outdoor dan juga PCB Indoor.

  34. salam cikgu,ada cust srh repair model inveter.problm ac die on ac dan out door tak jalan.saya buka outdoor tgok bord dan current suply masuk ada.tapi compresor dan fan tak jalan.ade lampu LED kaler merah menyala lama.masaalah kerosakan ke ni cikgu.

  35. salam cikgu..aircond saya sejuk tetapi kompresor terlalu cepat ‘cut off’..apa yg sy perlu lakukan?

    • Salam. Antara sebab compressor cepat cut off ialah setting suhu terlalu tinggi, gas kurang, pemeluwap kotor, motor kipas lemah/rosak, beban lampau terlalu sensitif (nak rosak) dan compressor panas. Cek kemungkinan yang tuan rasa dan baikpulih segera.

  36. Mengapa lampu kuning berkelip2 slps lebih kurang 15minit on aircond? Bagaimana hendak mengatasinye….

  37. Salam cikgu..maaf sy nk tanya skit..aircond york saya bila on ada lampu oren berkelip2..hanya rasa angin je..x sejuk langsung..risak ape ye..mohon bantuan cikgu..tqtq

    • Salam. Saya berpendapat outdoor cut off. Kes ini tuan perlu periksa tekanan gas dan pastikan tiada kebocoran pada sistem.

  38. Cikgu Nas,
    Air-Cond saya 2.0hp York..
    Masalah air cond saya nie bila saya on indoor dan outdoor berfungsi tapi dalam 3-4 minit outdoor luar kipas mati sendiri la,
    Sedangkan indoor belum lagi sejuk…bedasarkan pengalaman cikgu apakah part yg mungkin spoiled di aircond saya ini ?
    Terima kasih Cikgu Nas..

  39. Cikgu
    Sya ada aircond York 1.5 baru lg..tukar tempat..bila parang tempat baru indoor blinked Dan xsejuk… Bleh tlg x..

    • Test unit dan periksa tekanan gas atau arus. Cek kebocoran pada piping. Tambah gas sehingga 70psig.

    • Salam. Pendapat saya semua jenama sama. Bergantung pada nasib, cara penggunaan dan penyelenggaraan dan bagaimana tn menentukan kapasiti pendinginan untuk bilik tersebut. Rujuk nota dalam ebook saya..:)

  40. Salam, cikgu nas..saya nak tau hukum aircond rumah dengan kereta adakah sama? Sebab saya ada satu persoalan kot2 cikgu boleh bantu..ini berkenaan dengan masalah aircond kereta saya yang sebelum ni kalau kereta berhenti lama je contohnya trafic light compressor terhenti dan aircond jadi tidak sejuk..tidak lama kemudian ada bunyi ki’ok yang kuat apabila saya on aircond..terus saya x boleh on terus dah aircond oleh kerana bila on ada bunyi ki’ok yang kuat seolah sesuatu jammed..trimas..

    • Salam. Aircond rumah dan kereta menggunakan bahan pendingin yang berbeza. Daripada tanda – tanda kerosakan yang diberi saya berpendapat motor kipas rosak, tali sawat yang menggerakkan pemampat rosak/putus dan kemungkinan juga pemampat telah rosak/jammed. Oleh itu di sarankan pn lakukan major service dan biasanya mereka akan tukar komponen yang saya nyatakan, tukar minyak pemampat dan juga menukar penapis pengering yang baru.

  41. salam.kenapa blower indoor sekejap laju sekejap perlahan.Dah tukar kepada manual setting pun tetap sama.

    • Salam. Kelajuan blower berubah secara auto jika setting pada mode auto. Jika berlaku pada mode manual saya tidak pasti.

  42. salam cikgu.saya dah service ac 1 hp model york.bila 30 minit kemudian indoor blingking 3 bip kaler oren.dah 3 kali ac mengalami sama macam ni.dah tukar kesemua capacitor and pc bord yang baru tapi masih blingking dan out door tak jalan.
    adakah cooling coil tersumbat atau pipe tersumbat dan atau factory defect.

  43. salam. a/c saya 2.5hp ceiling type masalah pada outdoor unit dekat cooper pipe menjadi ais.boleh terangkan secara detail proses sehingga ia kembali normal.maaf la tuan bagi detail ya.trima ksih tuan

    • Salam. Jika saluran nyahcas (discharge) berais, antara kemungkinan ialah bahan pendingin kurang, terdapat kebocoran pada sistem dan tiub kapilari/penapis pengering hampir tersumbat.

      Jika saluran sedutan (suction) berais, antara kemungkinan ialah penapis udara kotor, penyejat kotor dan pusingan blower lemah/ langsung tidak berpusing.

  44. Assalamualaikum..terima kasih cikgu Nas atas semua perkongsian ilmu pasal aircond…bnyak ilmu baru yg dapat dipelajari…dan sy sudah mula lakukan kerja-kerja servis aircond sebagai kerja part time saya.terima kasih cikgu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *