Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,727 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

    • Masalah blower indoor tidak hidup. Periksa bekalan kuasa, fius pada pcb, motor blower dan kapasitor.

  1. salam. .saya nak bertanya kenapa blower fan indoor x fungsi & bagaimana cara nak membaiki nya? adakah perlu tukar sensor? ataupun tukar fius indoor yg baru?

  2. Salam Cikgu . aircond saya sejuk memang sejuk tapi blower tak laju walaupun fan speed dah set max . ape masalah ehh ?

    • As salam faizul.. cuba lihat fin blower anda d indoor guna torch light.. jika tedrapat habuk yg tebal tulah puncanya.. jika bersih motor fan blower mungkin ada masalah.. harap mmbantu

  3. Salam Cikgu , nak tanye ape masalah dengan indoor unit saya . blower tak pusing dengan laju walaupun dah set 3 fan speed . harap Cikgu dapat Bantu .

  4. Salam tuan,

    Saye nak tanye, aircon gree sya tunjok F2.. lepas tu x blh on. Mohon tunjuk ajar mcm mne saya nak selesailan masalah ini.

    Sekian, teri a kasih tuan

  5. Salam.. sya nk tnya Amp bagi ac daikin inverter brp yea?..untuk 1hp dgn 1.5hp..dekat outdoor tulis max 12A..sya test pkai meter Amp bacaan bwah dari tu..mntak kongsi ckit..

  6. Cikgu, saya nak tanya kenapa aircon LG saya tidak berfungsi langsung. bila tekan butang suis utama dia menyala tapi tekan di remote masih aircon tdk berfungsi. Sekian terima kasih.

    • Cuba keluarkan bateri dari remote dan masukkan semula. Jika masih bermasalah kemungkinan remote rosak atau receiver sensor di panel hadapan unit rosak. Alternatif lain, puan boleh ON unit dari manual button.

  7. Assalamualaikum cikgu nas, nak tanya sikit, penyaman jenama koolman dan non inverter.

    Bila on keluar error code f4. Apa maksudnya? Dah cuba tgk error code koolman dlm manual tp tak paham dan tak nampak pun f4… mohon bantuan…

    • Salam. Saya juga tidak pasti. Jika tn dapat berikan kesan daripada error f4 tersebut, mungkin saya dapat bantu.

  8. Assalamualaikum…. cikgu nk tanye sikit…. kalau Air cond 1.5HP split unit…. Condenser fan ngan compressor sekejap running (5minit gitu), sekejap stop…pastu runing balik….

    • Salam. Cuba set suhu lebih rendah dan pilih mode cool. Periksa juga tekanan gas, pastikan ia cukup.

  9. Assalamualaikum…cikgu nak tanya macammana saya nak auto on aircond saya..Aircond jenis Pensonic..remote ok lagi tapi tak boleh nak on..katanya technician masalah pada indoor yang tak dapat detect remote saya..ada cara tak? Kalau tak berapa kos nak repair ya cikgu..terima kasih

    • Salam. Dari penerangan tuan masalah ialah receiver/display PCB rosak. Anggaran harga dalam RM70 bergantung pada jenama. Rujuk EBOOK ALAT GANTI PENYAMAN UDARA untuk maklumat lanjut. Sebagai alternatif, tn boleh ON aircond menggunakan manual button pada unit tersebut.

  10. Salam tuan saya ada masalah dgn room sensor dan motor blower,dimana saya bleh dpt alat ganti..aircond jenama samsung inverter 1.0hp agak sukar utk mencari sparepart..

    • Salam tn. Saya juga tiada maklumat. Boleh rujuk di kedai elektrik berdekatan atau pengedar sah Samsung.

  11. aircond jenis general jenis multi wall mounted 4 in 1 .. problem bila on sejuk seketika lama2 hanya udara panas yg keluar d unit indoor.. berlaku pada 4 unit indoor yg link d outdoor yg sama.. Jenis inverter yg guna gas r22.. mohon pencerahan cikgunas

  12. selamat hari raya aidil fitri utk semua warga group cikgunas.. moga kita semua mendapat ilmu yg berguna dlm blog ini dan dmurahkan rezeki selalu

  13. Salam cikgu
    Masaalah aircone panasonic 2.5hp
    On aircone ok
    Bila compressor on terus trip
    Apa masaalah agaknya

    • Salam. Antara kemungkinan masalah pendawaian indoor ke outdoor dan masalah pada outdoor. Cuba cabut pendawaian pada terminal outdoor dan hidupkan outdoor terus dari soket menggunakan wayar 3core yang lain. Jika trip juga bermakna masalah pada outdoor dan pendawaian asal indoor ke outdoor elok.

      Untuk mengesan kerosakan pada outdoor, tn boleh cabut pendawaian pada kapasitor motor kipas dan hidupkan outdoor secara terus dari soket. Jika masih trip bermaksud masalah pada kapasitor compressor atau compressor itu sendiri.

  14. Salam cikgu.. indoor media 1hp.. display kt LCD EC EEPROM
    lampu timer on
    Pa masalahnya cikgu
    Harap cikgu bole tunjuk ajar tq

  15. Cikgu kenape ekon LG sy x boleh onn dh padam suis on balik suiz utama pun x boleh on jugak. Mase on suiz dlm ade bunyi ” tit ” tpi bile sy tekan on , dye tetap x on . Remote sume okey dh tukar bateri remote pun still menyala lagy. Kenape ye cikgu??

  16. Salam.. nak tanya.. aircond rumah tiba tiba dengar bunyi meletup.. elektrik rumah terus trip.. ada bau terbakar dari unit aircond.. dan sekarang ni kipas luar tidak berpusing. Air cond tidak sejuk.. minta tolong.. apa masalah air cond?

    • Salam. Tn perlu SEGERA memanggil juruteknik untuk pemeriksaan lanjut. Ia mungkin berlaku di sebabkan litar pintas, pendawaian longgar dan pemampat terlampau panas (arus tinggi).

      • Oooo.. kalau panggil orang yg selalu service aircond.. orang tu akan tau tak apa masalah.. dan boleh baiki tak? Kalau baiki.. harga kos murah atau lebih baik beli aircond baru? Tq

        • Ya. Juruteknik yang servis juga boleh baiki. Kos baikpulih bergantung pada apa yang rosak dan sukar untuk saya tentukan kos mana lebih tinggi (baikpulih atau beli baru). Ia bergantung pada apa yang rosak. Anggaran harga alat ganti tn boleh rujuk ebook saya disini.

  17. Cikgu, aicond saya jenis Mitsubishi. Baru ni berlaku OVERVOLTAGE dan merosakkan PCB aircond. Ada 2 perkara saya musykil (1) PCB sukar didapati dan (2) technician kata jika mahu ambil masa 2 bulan dan harga tidak tahu…
    Boleh ke Cikgu bantu dari sudut tempat boleh diperolehi dan anggaran kos..? Terima kasih.

    • Harga PCB bergantung pada jenama, Horse Power dan model. Anggaran harga alat ganti ini ada dalam ebook saya. Tn boleh download secara percuma di SINI.

  18. Assalam, saya nak tanya kenapa aircond dirumah saya kalau on je terus keluar F8. Aircond langsung tak berfungsi.tq

  19. Masalah aircond sy remote ok tapi bila tekan on aircond tak hidup, bab sebelum ni kami guna on off terus dari suiz waktu bateri remote habis adalah dlm 2 minggu. Bila dah beli bateri tak blh hidup sdh bila on.

    • Cuba lap/bersihkan bahagian receiver indoor. Jika masih masalah kemungkinan receiver telah rosak atau remote tersebut juga bermasalah. Selalunya masalah remote ialah terminal bateri telah karat apabila bateri lama dibiarkan.

  20. assalamualaikum . jika selepas aircnd di on , selepas lebih kurang 3 jam , compressor tidak berfungsi tetapi indoor dan kipas outdoor masih berfungsi adakah berpunca drp sensor coil indoor ? krn sy telah gantikan kapasitor compressor tp masih berlaku masalah yg sama .

    • Salam. Kapasitor tiada masalah. Jika kapasitor rosak, compressor tidak akan berfungsi dari awal. Dalam kes ini, compressor cut off disebabkan panas yang melampau. Tn boleh periksa pada pemampat. Antara sebab compressor boleh menjadi panas ialah gas kurang, minyak pemampat kurang, tebatan motor pemampat telah lemah, overload rosak dan pemeluwap kotor.

      Tn boleh periksa tekanan gas dan tambah gas jika kurang, tukar overload( jika berada diatas pemampat) dan cuci pemeluwap. Jika masih berlaku masalah yg sama, ada kemungkinan pemampat dah nak rosak. Harap membantu tn..:)

  21. Salam,
    Saya baru servis aircond Panasonic saya. Selepas servis dan install, unit tidak dapat dihidupkan menggunakan remote. Technician yang servis tu kata remote rosak dan perlu beli baru. Saya tidak yakin dgn jawapan dia. Baru-baru ni saya minta jiran yang mempunyai aircond yg sama untuk test remote saya dan mendapati remote itu masih OK. So, saya suspect receiver pada unit yang rosak. Bagaimana nak repair tu? Terima kasih.

    • Salam. Kemungkinan tersebut ada. Receiver boleh ganti dan mudah saja. Tn boleh cek harga dalam ebook saya di mainpage blog ini. Alternatif lain tn boleh ON aircond secara manual melalui button sebelah penapis udara(kanan). Harap membantu tn.

  22. semalam saya cuci aircond bilik ,selepas cuci semua jadi beku luar dan daalam apa masalahnya?boleh tolong saya tak?

    • Adakah beku pada bahagian piping?. Periksa tekanan gas dan blower indoor pusing atau tidak. 2 sebab ini boleh menyebabkan ais pada piping. Harap dapat membantu..:)

  23. Salam Cikgunas. Nak tanya. Aircond Samsung 1.5hp. Dh pakai 5 tahun dan dah penah servis, isi gas, tukar kapasitor (tp dh lama sekitar 2011). Semalam pakai ok. Pagi ni lampu hijau berkelip2 pada aircond dan bunyi lagu ON dh lain sikit. Bila tekan ON pada remote, aircond tak nak buka. Lampu hijau kelip2. Terima kasih.

    • Salam. Jika aircond tersebut jenis inverter kemungkinan wayar signal putus. Sebab lain samaada inverter atau noninveter ialah receiver/ic board rosak. Kena periksa pada indoor.

  24. Salam cikgu ..kenapa lampu warna oren berkelip -kelip di unit dalam apabila air cond di on kan

    • Salam. Mungkin timer on / mungkin signal penapis udara perlu dibersihkan. Bergantung kepada model/jenama.

  25. aircon saya tidak berfungsi langsung..bila on cuma nyala lampu on off dan sleep berkelip sahaja. kenapa ye

  26. Salam cikgu..selamat menyambut bulan yg mulia n selamat berpuasa..
    Cikgu nk mintk penjelasan sikit je.. selalunya air yg keluar dri indoor ni bepunca drp mana cikgu dan mcm mana nk selesaikn masalah tu..
    Harap cikgu dpt memberi tip2 yg berguna….tq cikgu..terbaikk..

    • haziq.. biasanya air keluar melalui hose atau paip saluran air dr takungan indoor.. sbb air melimpah saluran sumbat dan unit kotor.. perlu d servis

  27. Salam cikgu nas.,nk tny…nape slpas pumpdown gas boleh hilang?biasenye dimana tmpat bocor yg boleh mmbuatkn gas tu keluar..
    soalan kedua mcm mane kita nk tau brp hp sesuatu ekon tu jika spec diberi tiada btu dan ampere..selain ekon york..
    soalan akhir..ada tk kaedah lain utk kite tkar valve tanpa membuat brazing..

  28. Assalamualaikum cikgunas,
    Saya ingin bertanyakan soalan berkenaan aircond rumah saya. Jenis samsung, genap 1tahun terus rosak. Bila saya tekan on dia berfungsi, tp tak sampai beberapa saat dia terus off sendiri. Mohon cikgunas terangkan apa puncanya. Terima kasih.

  29. Salam cikgu nas… saya ada satu soalan.. sy menggunakan aircond jenama york 1.5hp.. baru2 ni sy perasan indoor saya mengeluarkan asap kabus berwarna putih..adakah ia di sebabkan oleh kekurangan gas?…

    • kabus asap berlaku akibat pertembungan elemen udara panas dan sejuk .. bagaimanapun utk memastikan unit kurang gas cara yg mdah periksa piping outdoor .. jika ada icing confirm kurang gas .. cara lain guna manifold gauge.. harap membantu

  30. salam cikgu n otai2… tumpang tanya… saya ada outdoor 1.0 hp sharp..indoor saya rosak… kalau saya nak beli 2nd indoor tp lain hp.. 1.5.. buleh kawin ke?… atau ada problem.. tq

    • Salam. Ikut pengetahuan saya boleh kawin. Masalah saya tak pasti sebab tak pernah buat.

  31. Assalamualaikum Cikgu. Sy ade soalan.

    Bila sy switch on indoor unit sy selama 10 min, lps tu outdoor unit akan bhenti terus, bkn cut of . Sy kena switch off n on kan semul . Apa mslh sbnr pd unit sy?

    Hrp dpt mbant . ThQ

    • Salam tn. Ada 2 situasi, semasa outdoor berhenti operasi adakah kipas turut berhenti? atau kipas masih pusing dan compressor tidak berfungsi. Jika keseluruhan outdoor (kipas dan compressor berhenti)…kemungkinan gas kurang, pressure sensor masalah dan ic board rosak.

      Jika compressor sahaja berhenti operasi tapi kipas masih pusing, kemungkinan gas kurang, compressor panas, overload masalah dan juga compressor itu sendiri dah nak rosak.

      • Sy ada buat try n error ke atas board indoor. Wayar live outdoor sy bypass kan dan sy dapati Aircond bjlan spt biasa. Tp spt sedia maklum, tiada auto cut off blaku kan? Jadi, adakah mslh ni disebabkan board atau mslh lain?

  32. timer air cond panasonic sy rosak, bila on dlm masa 15 minit tutup sendiri, dah cuba adjust timer tp tetap sama… Macam mana ye?

    • Jika cikpuan telah pasti TIMER OFF tapi masalah masih berulang kemungkinan masalah lain. Antaranya jika unit OFF dan berlaku trip masalah pada komponen outdoor. Jika tidak trip mungkin gas kurang. Kena periksa dan tambah gas.

  33. Salam cokgu.. nk tanya cikgu ni 2.5hp york.. mula2 guna dulu x kuat eletrik.. skrang kuat eletrik cikgu.. pa punca dia cikgu.. mcm mana nk repair benda tu cikgu.. harap cingu dpt membantu..tq

    • Salam. Jika ia berpunca daripada penyaman udara, tn boleh rujuk catatan Rahsia Jimat Elektrik ini. Sedikit sebanyak boleh membantu tuan. Saya turut mengalamai peningkatan bil elektrik dalam 2 bulan ini walaupun penggunaan biasa dan seperti bulan yang lepas. Ermmm…tak taulah…:)

  34. sadridin.. berlaku pepeluhan pada paip kuperum anda.. perkara ini memang biasa selagi ac anda masi sejuk abaikan saja.. jln penyelesaian balut paip ada dgn isolation ( getah hitam ) .. selotep dgn ketat agar tiada ruang dlmnya.. harap membantu

  35. assalamualaikum,sy nk tnya tntng gas yg sumbat dlm cuper,nk tau knapa jadi mcmtu dan macam mana cara nk buat,ap yg sy tau kna buat flushing tp blh beritau sy cara flushing yg betul.terima kasih

    • norazman.. banyak penyebab kenapa gas dlm paip kuprum sumbat.. antaranya terdpt benda asing dlm aliran .. paip x d vaccum dgn betul.. dan saluran ada udara .. cara betul kena flushing dgn gas hydrogen dr semua arah.. indoor paip dan outdoor.. vaccum cara betul dan pastikan semua sambungan ketat semasa kerja mengecas dlakukan.. harap membantu

    • Salam. Untuk flushing indoor:
      a) Sambung hos servis ke tangki nitrogen
      b) Sambung hos tekanan rendah ke saluran nyahcas indoor.
      c) Buka injap tangki nitrogen dan kotoran akan keluar dari saluran sedutan indoor.

  36. Assalam….
    Macam mana nak hilangkan air menitis di bhgian outdoor unit..
    air mnitis byk dtg dri paip cpper…
    perlu ke paip copper di tutup sepenuhnya dgn casing untuk elak air menitis sbb paip copper yg skrg ni dlm 10 cm tak di tutup oleh casing.mohon pencerahan…

  37. Ac sya ada msalah LA..kurang sejuk..Ac dah service gas OK Amp pon OK..indoor pon day reset Dan sensor coil pon dh tukar bru..APA masalah yea..tindakan yg prlu dilakukan?.trma ksih

    • Awang.. berapa keluasan ruang bilik dan berapa hp ac anda?adakah service general dbuat atau hanya normal service saja?berapa bacaan pd manifold gauge anda?

  38. Salam Cikgu dan pakar-pakar aircond sekelian sya cadangkan di wujudkan group whatsapp bgi bertukar-tukar pendapat

    • cadangan yg baik dan berkesan.. boleh dkongsikan d blog cikgunas utk mendapat input dan sumber terkini.. 013 8895668 dr kota kinabalu,sabah. pengalaman setahun jagung jer didalam bidang dceburi..

  39. salam tuan..nak tanye,indoor unit bile on ade bunyi BEEP sekali,kemudian swing blade terbuka n tutup semula dan pada masa yang sama lampu hijau pd OPERATION menyala berkelip2 dan lampu kuning pada TIMER menyala.dan indoor unit tersebut xde respon dgn remote.model CARRIER 42KCE009718 .terima kasih tuan.

    • Anon.. kemungkinan receiver rosak x terima signal dr remote.. hidupkan cara manual d indoor unit terdpt button on/off.. harap membantu

  40. Salam cikgu…saya baru pasang air cond york 1.5hp yg baru…tp kenapa bilik saya tak sejuk yer??kipas outdoor berfungsi ok… angin aircond terasa tp tak rasa sejuk….

    • kunci rumah… sila rujuk dgn technician yg memasang ac tn jika unit masi baru dan dlm masih dlm
      jaminan kerosakan.. Masalah kemungkinan unit kurang gas atau kapasitor comp rosak.. periksa semua sambungan mekanikal paip kuprum ketat dan x leaking..

  41. Salam cikgu,
    Kenapa saya suis on aircond dapati Unit indoor hanya keluar angin sahaja. Bila saya tengok unit outdoor dapati compressor tak berfungsi…

    • wakjai… periksa kapasitor outdoor.. kemungkinan kapasitor compressor rosak.. jika x rosak periksa terminal comp 3 pin.. periksa wayar terminalmya.. harap membantu

  42. Salam cikgu.. mitsubisi havey duty 1hp.. masalahnya bila on sejuk x lama pas2 panas.. bila off n on blik bru sejuk blik.. adakah masalah sensor cikgu.. harap cikgu dpt membantu.. tq cikgu..

  43. Salam cikgu.. mistubisi havey duty 1hp, masalahnya air cond sejuk x lama.. bila off pas2 on blik bru sejuk blik.. adaka masal sensor cikgu? Harap cikgu dpt membantu.. tq cikgu..

  44. Salam cikgu.. mistubisi havey duty 1hp, masalahnya air sejuk x lama.. bila off pas2 on blik bru sejuk blik.. adaka masal sensor cikgu? Harap cikgu dpt membantu.. tq cikgu..

  45. salam cikgu, sya nk tanya, kaedah masukkan gas yang sering digunakan adalah kaedah arus dan tekanan. Dalam kedua-dua kaedah ini yang mana satu lebih tepat.

    • shahidan… sukar utk mengesahkan mana yg baik atau tudak bergantung kepada unit itu sendiri.. kadang bacaan x tepat jika jarum tolok pancarongga rosak begitu jg dgn clamp meter jika bateri d gunakan sdah low.. ada lg 1 kaedah pengukuran iaitu timbang .. tp jarang dgunakan .. kaedah terbaik guna manifold dan clamp dlmasa yg sama ..

  46. assalam cikgu,saya ada masalah acond 12hp FCU unit paip suction iceing,high pressure 220 psi low pressure 44 psi sahaja,

    • rahman.. dr bacaan pun suda tahu unit kekurangan gas.. cuba cas semula gas hingga tahap yg dkehendaki seperti terpampang pd unit tersebut.. icing berlaku sbb kekurangan gas atau terdpt saluran tersebut .. periksa piping anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *