Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,732 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. Assalamualaikum.w.b.t.
    Mohon kejrsama cikgu :
    **set 1hp second & soalannye :
    1. Diy test plugin berasingan.
    a)outdoor fan&comp ok.
    b)indoor system ok TAPI Blower tidak hidup. Apekah perlu tukar capasitornya @ checking lain2 ?
    2. Outdoor unit in&out valve terdedah/tidak dikunci. Apakah servis perlu dilakukn.? Ade sumber mngatakn jika tersebut comp dilabel sebagai ‘sudahrosak’ benarkah ?

    Terima kasih cikgu…

    • kemungkinan capasitor pd blower rosak.. periksa dgn multimeter jika tidak rosak periksa pd motor blower .. masalah ke 2 .. kemungkinan valve lupa d tutup jika unit masih dlm keadaan elok.. valve cap perlu d tutup bagi mengelakkan benda asing masuk ke dlm semasa kerja2 mengecas ..unit rosak apabila sistem tidak berfungsi dengan baik

  2. Salam tuan.
    Unit luar menitis air. Air tu mcm terkondensasi daripada cable yg dibalut hitam sebelum sampai ke kompressor..adakah ini normal?

      • safari.. ya betul piping luar melalui proses kondensasi dmana pepeluhan pd paip terjadi akibat suhu pada sekitaran .. x masalah jika unit masih sejuk.. penyelesaian sarungkan insolation pd paip kuprum dan saluti dgn selotep wayar agar tiada ruang kosong ddlm pipe.. harap membantu..

  3. SALAM ,KENAPA SUPPLY TAK SAMPAI DEKAT OUTDOOR ?
    DEKAT INDDOOR ADA SUPPLY TAPI SUPPLY TAK PERGI KELUAR ?
    CONNECTER INDOOR PROBLEM ATAU MASALAH LAIN ?
    URGENT

  4. kenapa supply tak sampai dekat outdoor ? atau ada kemungkinan connecter indoor problem atau masalah yang lain ? urgent

  5. Salam,sy nak tnye knpe kompreser luar tdak cut…ia berfgsi spnjang suiz indoor dpasang…skrg prlu set dremote ke @ cek di kompreser..mohon penjelasan

    • don.. biasanya ia berlaku setelah unit d midifikasi bypass.. unit perlu dmatikan trus dr suis dan bukannya remote.. jika nak unit kembali seperti asal , kena beli pcb baru bg menyelesaikan masalh d atas..

  6. assalamualaikum cikgunas..sy ada masalah dgn aircond York plasma 1hp..lps petir kuat elcb rumah trip..sebelum petir, aircond dlm keadaan digunakan dan berfungsi dgn baik sebelum elcb trip..mslh sy bila sy on semula aircond lampu timer Dan sleep mode blinking..Dan aircond x berfungsi..outdoor unit pun sama..technician check ckp board rosak..Dan estimate cost dlm rm4++ all in..so betul ke kerosakan tu..terima kasih cikgu

    • Unit aircond saya tidak ada cutoff berterusan berjalan tanpa henti yang menjadi peliknya ke tiga2 unit aircond saya seperti itu dan aircond juga agak lambat sejuk adakah kurangnya gas menjadi punca?

  7. Assalamualaikum menyediakan perhidmatan servis acond di kawasan sungai petani kedah.Call 019-4780071 Razali

    • razali.. boleh guna ruangan ini utk berkongsi permasalahan dan penyelesaian tentang tppu.. jika ada inovasi terkini boleh kongsi dan mendapat manafaat bersma ??..

    • zainal.. terdapat beberapa punca compresso rosak.. antaranya gaskurang.. akibat kebocoran.. arus letrik yg x stabil dlll..

  8. Salam cikgu.. nk tanya cikgu.. knp paip air cond yg besar beku cikgu.. kalau paip kecil beku kurang gas kn cikgu.. kalau paip besar beku? Pa masalahnya cikgu..

    • Haziq… betul .salah satu sbbnya adalah gas kurang.. kadang punca icing berlaku kerna valve kat saluran sedutan sumbat atau tertutup ..

    • nizam… rujukan pada jumlah arus amp ada pada unit outdoor tersebut jika anda guna clamp meter. utk bacaan psi kebiasaannya dr 70-80psi utk refrigerant r22 manakala bg r410a inverter boleh mencapai 120-140psi.. harap membantu

  9. aircond saya jenis window jenama lg…gas lama dh buang dan ganti dgn gas baru..servis pun sudah..tetapi blower tetap berais…

  10. Assalammualaikum cikgu.. saya nak bertanya.. air cond rumah saya jenis york 1hp.. saya telah melakukan service biasa.. membersihkan indoor dan outdoor.. setelah saya service sendiri.. apabila di pasang dan di on kan.. penyaman udara saya sejuk seperti biasa.. tapi dalam masa 30min outdoor cut off.. kipas sama kompressor berhenti terus tak berfungsi. Sedangkan indoor masih lagi berfungsi dan tiada blink.. lampu on pon tiada.. hanya angin sahaja yang keluar… saya telah gantikan kapasitor kompressor dan kipas out door…. tetapi keadaan yang sama juga berlaku.. dalam masa 30min outdoor cut off…. dan saya gantikan dengan kompressor yang baru… tetap keadaan yang sama juga berlaku… apakah punca masalahnya ya cikgu… saya mohon bantuan.. 01123837577. Ni no hp saya.. boleh whatsapp.. minta bantuan ya cikgu..

    • amin… dr pengalaman dan pendapat peribadi saya compressor x bermasalah..anda hanya perlu mengantikan coil sensor yg melekat kat pemeluwap indoor. adalah d nasihatkan sensor bacaan suhu dganti kerna kosnya adalah lebih murah. all in dlm rm30 semuanya masuk gst :).. harap membantu

    • Salam. Masalah ini besar kemungkinan pada pemaipan tiub kuprum. Mungkin ada bahagian yang kemek/bengkok yang menyebabkan pressure naik terlalu tinggi. Satu lagi kemungkinan ialah tiub rerambut tersumbat.

    • kebiasaanya apabila compressor d ganti tiub capillary jg perlu ganti.. seperti dmaklumkan cikgunas priksa sistem piping jika terdpt kemek ataupun terlipat semasa pemasangan dan penyambungan mekanikal

  11. salam cikgu…blower aircon saya memang ada masalah berais…slepas saya isi gas dan servis baru..blower saya masih ada ais..apakh masalah nya cikgu?

    • hairi.. biasanya icing ada pemeluwap berlaku dsebabkan oleh kekurangan gas dan unit kotor.. bagaimana servis buat dan berapa bacaan pada manifold gauge? aircon jenis apa?inverter atau r22?permasalahan kurang jelas..

  12. salam cikgu…nak tanya..aircond saya baru lepas servis dan isi gas…tetapi lepas on ada ais pada blower..mohon bantuan..

  13. saya ada ac bila on ac berfungsi sperti biasa..compresor jln dalam 8 mnit lepas tu outdoor bnhnti…saya dah check smua ok gas pon ok..unit dalam suka on off sendri..dah reset..tapi still sma..

  14. Salam cikgu.. nk mintak bantuan cikgu ni.. knp bila sy topup gas air cond, compressor behenti secara tiba2.. bila compressor brhenti bacaan psi melebihi 120psi..
    Harap cikgu dpt membantu tq

    • haziq… apabila comp berhenti bacaan pada manifold gauge 120psi ke atas..pastikan unit hidup baru topup gas

  15. Salam..
    nak tanya kalau terdapat kebocoran minyak pada kompressor boleh x saya ON air con? Apa masalahnya? Adakah kompressor rosak?

    • syed… apabila comp bocor.. gas refrigerant akan keluar.. ini menyebabkan gas akan berkurangan dan habis.. akibat dr kebocoran ini unit x sejuk.. dan comp akan rosak.. solution gas comp baru..

  16. salam cikgu. jika ada air menitis dari dinding adakah sebab hos aircond bocor atau proses kondensasi aircond?

    • muzahar.. kalu unit keluar air dr dinding .. periksa hose air keluar dr unit sama ada longgar atau tidak.. jika longgar ketatkan.. jika ketat.. kemungkinan unit perlu dservis kerana kotor

      • kat aircond tu tulis power aircond dlm unit kw..btul ke itu power aircond sebab bila convert rase mcm besar sgt nilai hp die…

  17. Salam Cikgu, Aircond electrolux 1.5hp inverter saya sudah rosak board outdoor,jadi bolehkah saya guna outdoor aircond yg lain tetapi masih sama hpnya.Outdoor yg lain tu guna gas r22.

    • isa… pada pandangan peribadi saya unit perlu dganti dgn spek yg sama iaitu inverter.. terdpt 4 wayar pd unit termasuk 1 signal wire.. sistem inverter ini adalah gabungan pcb ac dgn elektronik dc .. lebih komplikasi dr ac r22 .. jika ada sesiapa yg ingin berkongsi pendapat mengenai perkara ini amatla d alu2kan.. cikgunas mohon pencerahan jika ada jalan alternatif utk permasalahan ni.. 🙂

  18. Salam cikgu,
    Sy mempunyai aircond jenis panasonic inverter 1hp..hampir 8 bulan sy x guna..baru2 ni bila sy on..aircond lansung x sejuk..perlukah sy ganti gas baru?

    • hafeezan… periksa jika ada sebarang error code pd remote control.. x perlu isi gas jika x kebocoran.. sebaik2 jalan panggil juruteknik yg biasa servis inverter type.. gas r410a

  19. salam cikgu,
    saya nk tukar ekon lama yg rosak. ekon lama gas jenis R22 dan saya akan tukar ekon jenis inverter gas R410. adakah saya perlu kekal paip sedia ada atau perlu tukar??
    apa implikasi kalau saya x tukar paip.apa nasihat cikgu..segala bantuan cikgu d ucapkan terima kasih.

    • yazid… r22 dan r410a adalah 2 gas refrigerant berbeza.. tekanan gas r410a adalah lebih tinggi dr r22.. so paip kuprum hendaklah ditukar dr 0.51ke 0.61 ketebalan utk mengelakkam paip kuprum pecah .. harap membantu

  20. Salam cikgu…knp nk refiel gas air cond x masuk cikgu.. 1hp modal media.. harap cikgu dpt bg tips yg d perlukn

    • haziq iqbal… mungkin sambungan hose manifold gauge pada valve servis ( cacing ) x kena .. cara lain buang gas dan vacum .. selepas vacum isi semua gas..

    • salam.. zainal.. setiap speksifikasi unit ada tertera pada body unit.. contoh :-1hp 9k btu atau model yck10xxx gtu bermaksud 1hp .. cth lain model yck2501wm gtu bermaksud 2.5hp..

  21. Salam.cikgu,agak2 brape kos untk atur portable aircond 1.5 kalau gas bocor dan kipas rosak?

    • azi.. sila rujuk dengan pembekal atau kedai yg menjual alat tersebut.. jika masih bawah jaminan pulangkan pada mereka semula utk dbaiki.. jika x suruh periksa dan dptkan harga seblm dperbaiki.. jika mahal dptkan yg baru 🙂

  22. assalammualaikum…fujitsu 4.5hp, inveter. Dekat indoor bagi signel 2 kali lampu led hijau mnyala..sy dah check n dkt outdoor unit ada mnyatakan 2kali lampu disebabkan “Discharge pipe temperature sensor”..sy sudah tukar..unit mash keadaan same juga. tgk pd gas r410 cukup.. ape lagi yg harus sy check.

    • zam… kurang ilmu pasal
      inverter tp boleh cuba.. biasa terdpt sensor pada indoor dan outdoor .. ganti semuanya utk lebih terjamin.. kalu tak dapat jg trus berhubung dgn agen fujitsu minta penerangan lanjut dgn juruteknik mereka.. harap mbantu

  23. Salam cikgu.. nk tanya cikgu , saya pindahkn kedudukkn air cond rumah sy.. lepas tu bila da pasang siap.. apabila on.. paip copper yg kecil beku dri outdor sampai indoor.. sy tambahkn gas.. lepas tu terlebih plak ke 120. Dan air pun jd x sejuk.. pa masalahnya cikgu..
    2. Sebijik lg air rumah sy bila on bau gas.. dlm indoor.. adakah belaku kebocoran kt indoor atau sebilik nya.. air cond ni back to back ja..
    Harap cikgu dpt membantu tq

    • salam .. haziq.. gas berlebihan salah satu punca ac x sejuk ..lihat diagram dan ikut spek yg dtetapkan.. cth 1hp .. 4.3amp.. guna bacaan clamp meter utk dptkan bacaan tepat.. cek bacaan manifold r22 biasa dlm 70-75psi sahaja. periksa sambungan paip kuprum dan ketatkan jika ada kebocoran.. dgn guna buih air sabun..masalah ke 2 .. ya kemungkin besar terdapat kebocoran gas.. periksa bacaan manifold.. jika jarum turun .. bermakna ada kebocoran.. periksan setiap inci sambungan.. harap membantu 🙂

  24. Syg ad mslh ac udra kt bilik x sejuk.. kmperasor luar x benti pusing.
    paip kt kmprasor luar jd fros.. pe mslh ac sy..ac sya bru kai 1thn stngh

    • ereyzn .. icing pada paip berlaku kerana unit kekurangan gas .. cek bacaan pada manifold dan isi gas jika kurang.. periksa sambungan pada setiap piping .. jika longgar ketatkan ..

  25. Salam….ada masalah air cond kawasan penang dan kedah boleh kontek kawan saya…0169407204

  26. salam cikgu..masalah saya ialah kipas outdoor saya ‘ON’ dan selps 3 minit ia ‘OFF’ semula…tapi masalahnya ia ‘OFF’ selama 9 minit menyebabkan bilik kurang sejuk.Saya dah tukar 2 sensor utk indoor tp tak menjadi.Aircond jenis Acson 1 hp..Kandungan gas cukup ..Harap cikgu dpt membantu..tkasih..

    • Salam. Tn cek remote, pastikan setting pada mode cool dan bukan auto. Set suhu lebih rendah contoh pada 20ºC.Bagi sensor yang tuan telah tukar saya cadangkan tukar satu set sekali dengan IC Board. Ini lebih baik dan terjamin. Kaedah lain yang lebih jimat ialah BYPASS.

  27. Betulkah kalau kite baru pasang aircond baru xboleh bukak suhu yang tinggi untuk penjagaan aircond untuk jangka panjang.tolong jelaskan

    • Tidak betul. Jangka hayat penyaman udara banyak bergantung kepada bagaimana ia diselenggara dan bagaimana ia digunakan. Unit perlu diselenggara/diservis secara berkala dengan betul. Boleh set suhu yang ideal pada 24ºC (tiada masalah jika lebih rendah). Semasa di gunakan pastikan pintu dan tingkap ditutup dan tiada pertambahan haba yang disengajakan dalam bilik seperti merokok atau membuka pintu dengan kerap. Selain itu pastikan pemilihan unit penyaman udara bersesuaian dengan saiz bilik. Jika kapasiti pendinginan yang diperlukan oleh bilik tidak dapat ditampung oleh penyaman udara menyebabkan unit akan sentiasa bekerja untuk mencapai suhu yang ditetapkan.

      Nota saya berkaitan 7 Sebab Mengapa Penyaman Udara Perlu Di Servis dapat membantu cikpuan memahami penerangan saya di atas.

  28. Macam mane nk bagi normal balik..supaya aircond rmah sy jdi sejuk…adakah ada masalah lain…minta tlg cikgu…tunjuk ajar

  29. Aircond jenis sharp.jenis inverter tapi xsejuk..masalah yang sy dapati..timer xdpt stop..

  30. Salam cikgu, saya nak tnya kenapa bila sy on aircond akan on tapi tak smpai 2 minit off sendiri..lampu timer tiba2 menyala walaupun di remote saya tak onkan timer. Sy terpaksa on & off banyak kali br aircond betul2 on tapi tak sampai 15 minit akan off sendiri. Aircond jnma singer. Mohon penjelasan. Terima kasih

    • Salam. Kena periksa blower dan kipas outdoor pusing atau tidak. Kemudian periksa tekanan gas. Saya juga tidak pasti samaada berlaku trip/tidak. Cikpuan boleh baca semua masalah yang telah dinyatakan dalam page ini dan cadangan penyelesaian. Harap dapat membantu.

  31. Salam. Cikgu. Sy ade aircond 2.5hp. Masalahnya aircond sy ini bila dah on dlm 2-3 jam, dia trip pd fuis DB. pemampat n kapasitor kelihatan ok. Motor kipas ada sedikit panas. Agak2 apa puncanya?. Tq cikgu

  32. Salam tuan. Unit 2.5hp york saya bermasalah. Bila on semua ok tetapi lepas 2-3, dia trip pada fuis DB. Apa kemungkinan kerosakannya?.dah cek compressure,kapasitor, nmpk ok. Pd motor kipas agak panas. Mungkinkah ini puncanya. Tolong ye. Tq

  33. Salam. Sy nak btanya, sy cuci penapis aircond buat pertama kali. Dan memasangnya kembali. Bila sy ‘on’keadaan aircond sy trs mjd tidak sejuk. Sdgkn sebelum sy mcuci penapis ini aircond sy sejuk dan tiada mslh. Apakah mslhnya? Trma ksh

  34. meon.. cuba reset remote controlnya dgn membuka baterinya cuba set suhu yg paling sejuk.. biasa bacaan 16c cool .. jika piping panjang memang ambik masa utk dpt bacaan yg stabil.. dapatkan bacaan 30min selepas unit hidup.. harap membantu

  35. sharul.. cuba cek gasnya dgn manifold gauge dan bacaan amp semula.. kebiasaan terjadi gas kurang dlm sistem.. jika ya terdpt kebocoran.. sila periksa sambungan.. jika cukup abaikan .. cuba periksa coil sensor d indoor unit .. harap membantu..

  36. Saya nk tnya..sya dah tmbah gas dgn bacaan amp dgn betul..air cond dh service..smua berfungsi dgn baik..TApi masalahnya AC masih x berapa sejuk..knpa yea?..compesor ada mslah ke?

  37. Salam cikgunas sy agak comfius..indoor keluar angin sahaja x sejuk outdoor kipas berpusing..pemampat x kedengaran mcm x jln sudah menukar capasitor baru sama jgk..ape yg perlu saya teliti

  38. shahrul.. sekadar perkongsian, baisanya wap yg d maksudkan adalah berpunca dari penyejat indoor yg berais ekoran dr kekurangan gas .. wap tersebut dtiup keluar oleh kipas blower d indoor tersebut.. penyelesaiannya cek jika ada kebocoran d sambungan paip.. selenggara unit jika kotor dan isi gas jika kurang .. harap mbantu

  39. salam, nak tanya. semalam pasang aircond. ada wap keluar. saya tutup. ingatkan asap yg keluar. selepas tu buka semula, outdoor langsung x jalan. sebelum ini pun ada msalah outdoor lambat untuk berjalan. tapi semalam lansung x jalan. apa kah masalahnya ye. terima kasih

  40. as salam dan selamat pg cikgunas.. kebelakangan ni saya selalu jumpa masalah indoor unit yg mana penyejatnya ( evaprator) selepas servis bahagian atas sejuk manakala bawahnya panas.. boleh saya tahu apa puncanya? adakah unit perlu d flushing? mohon pencerahan cikgu.. saya suspek ada angin dan minyak kotor dlm sistem walaupun sudah d vakum..

    • Salam. Mungkin gas kurang/ada tersumbat. Flushing kaedah yang baik untuk ‘clear’kan aliran gas. Cadangan guna nitrogen untuk flushing kerana tekanan tinggi.

  41. assalamualaikum cikgu..
    penghawa dingin 1 hp sy blower indor befungsi dlm 10 saat dan keluar error e6.compresor x berfungsi..sya check power supply masuk ke pcb tetapi tidak ada power supply keluar ke unit outdornya.adakah ion generatornya rosak atau pcb yg rosak.harap cikgu dpt membantu

  42. Cikgu nas,
    Sy baru pasang aircond rumah jenama acson model ECGS02-i, aircond tak sejuk. Slps on lambat nak rasa sejuk.Bila tghari terasa angin shj tak rs sejuk pun.Bila installers dtg check bgtau gas lbh msk. Slps tu msh sama. Model ni x bagus @ apa ye?

    • Model tiada masalah asalkan unit yang dipasang bersesuaian dengan kapasiti pendinginan yg diperlukan bilik. Jika masih baru elok contact semula installer tersebut.

  43. Assalamualaikum ….nak tanya aircond rumah saya panasonic inverter…bila on kipas compresor x hidup. ..apa puncanya

  44. Salam Cikgu. Kenapa ac sy boleh on tp tidak berfungsi. Tempat yg selalu ada simbol tu ada keluar tulisan ‘f3’. Ac jenama fujiaire 1.5 inverter. T.kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *