Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,732 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. As slm.sy ada pasang aircond…
    Masalahnya bila on.dlm 30 minit outdoor set.stop…gas cukup air keluar elok.dlm sejuk…bila out door stop…dlm blik hanya keluar angin…apa perlu sy buat…

    • Saya ingin bertanya adakah boleh menggunakan kipas siling semasa menggunakan aircond dalam satu masa..

    • Slm,nak tanya sy guna aircond jenama elektroluc,skrg ni die pandei off sendiri lps pandai on sendiri,apa masalah ni,bole beri tunjuk ajar

  2. askm cikgu,sy baru sahaja pasang aircond jenis acson 1`0hp split mountan.masaalahnya selepas seminggu terjadinya lampu merah menyala dan hijau menyala .compressor pun x mahu hidup,boleh tahu apa punya masaalah aircond tersebut .tq cikgu

    • Salam. Masalah compressor tak jalan. Cek kapasitor pemampat dan overload jika ada. Cek arus di outdoor ada atau tidak. Jika tiada cek dari IC indoor. Mungkin fius telah rosak.

      Masalah ini juga berkait dengan kuatiti gas. Jika kurang compressor tak akan jalan. Jika confirm kurang cek kemungkinan ada bocor dimana-mana sambungan.

      • setuju dgn pendapat cikgnas 🙂 .. kadang penyambungan paip kuprum x sempurna akibat flaring yg x betul mengakibatkan kebocoran pada gas.. periksa sambungan paip dgn buih sabun utk cek kebocoran..

  3. salam cikgu..nk tny blh x indoor n outdoor aircond xsama brand..
    cth:indoor york..outdoor iThink.

  4. Assalamualaikum cikgu.

    Saya ada guna aircond mitsubishi 1hp. Dh 2 thn sy pakai. Masalah ekon saya ialah, lampu timer menyala terus dan lampu run berkelip 3x, diam sekejap, berkelip balik 3x. Harap cikgu boleh tunjuk ajar. Thanks in advance

    • Salam. Sy tak pasti dengan masalah ini. Jika unit belum diservis, tn blh panggil juruteknik utk chemical servicing.

  5. Kenapa aircond terberhenti sendiri setiap Kali selama 1 minit bila di Pasang Akan Mati sendiri apa kh masalah Nya.

    • Jika unit OFF selepas 1 minit dan berlaku trip, masalah pada outdoor iaitu semasa outdoor start running. Periksa semua komponen outdoor. Jika tidak trip dan unit OFF sahaja, TIMER ON.

      Biasa masalah trip ini, saya akan ON unit secara berasingan. Hidupkan indoor dahulu dengan mencabut penyambungan wayar ke outdoor. Kemudian test pula outdoor dengan menghidupkannya secara direct dari soket. Dari sini saya dapat tahu masalah pada indoor atau outdoor.

      • Nak tanya…apa punca on ikon dalam 10 minit akan mati dan trip.on blik…dalm 10 minit off blik.nape yea vikgu

        • Trip di fius utama atau aircond sahaja yang OFF? Cek timer ON/OFF. Cek tekanan gas, sensor tekanan dan IC Board Indoor. Huraian ada dalam komen saya di atas. Masalah yang banyak ditanya dalam ruangan ini..:)

  6. Salam..

    Just nak buat pertanyaan. saya ada memasang aircong york iplasma 2 hp di ruang tamu saya pada Jun tahun lepas. Lebih kurang sebulan yg lalu, aircond tersebut mula tidak sejuk dan lampu timer akan menyala dan blinking selepas stgh jam aircond dibuka. Telah call pada dealer aircond yg pasang, dia kata aircond tersebut perlu diservis dan ditambah gas. Dan die mahu caj sebanyak lebih kurang RM300 untuk servis dan tambah gas, di mana saya rasa sangat ridiculous dan x munasabah. Ni cuma pandangan marhaen saya yang tak tahu apa2 ttg teknikal aircond lah. Cuma adakah caj ini harga standard?

    Saya google kan masalah dan berjumpa blog ini, dan setelah membaca artikel ini sy merasakan sy hampir ditipu. Mohon padangan tuan blogger dan sekiranya ada di kalangan yg tahu mana2 techinician air cond yang boleh memberi harga munasabah? Saya tinggal di shah alam

    • Salam. Berkaitan harga, saya sedang menyiapkan ebook utk rujukan pembaca. Banyak yang bertanyakan pasal harga alat ganti dan perkhidmatan berkaitan aircond. Oleh itu anggaran harga ini saya bukukan utk pembaca download.

      • Alhamdulillah cikgu .. besar sungguh jasa dan pengorbanan cigu .. hanya Allah daja dpt membalasnya.. 🙂 x sabar utk mendapatkan edisi baru cigu.. pm saya d whatsapp 013 889 5668

    • shahrilomar… kebiasaannya juruteknik aircon akan mengenakan charge berdasarkan pada jenis servis.. keadaan lokasi servis.. rumah atau bangunan, jenis aircond , gas aircond dan troubleshooting.. dr pengalaman saya dsabah biasanya servis aircond utk 2hp wall general utk aircon guna gas r22 dlm 150-180 termasuk topup gas 🙂 tetapi kalu jenis inverter yg guna gas r410a harganya bole mencapai 350 ????????.. harap membantu

  7. hadi yahya.. kemungkinan coil sensor d bahagian evaprator indoor ada masalah .. cuba ganti.. harap membantu

  8. Assalammualaikum,sy punya Aircond Panasonic jenis inverter, baru2 ni sy service n cuci indoor,bila dah siap cuci sgalanya n pasang smula bila on kenapa tk sejuk he sedangkan gas smua dh TopUp.. Smpai dah buang gas n TopUp smula pun tetap sama ia tk sejuk….

    • naz… sebelum tu berapa bacaan psi yg tertera pada pancarongga (manifold gauge).. gas jenis apa d gunakan.. adakah unit outdoor hidup semasa sistem dhidupkan?

      • askum..masalh sya same mcm naz.ac xsejuk,panasonic 1.5,r22.indoor n outdoor dh service.bacaan psi 70..yg hairan air byk pd paip cooper brbnding ac lain..

        • indoor n outdoor hidup..haba yg kuardr kipas outdoor panas bhgian bwh n atas kepanasn xmcm bwh

  9. ?????????? ?????????? ?????????? ????? ?????????????
    Cikgu,

    Kipas outdoor x jalan.
    Capasitor ok.
    Indoor ok.
    Mohon bantuan.

    Terima kasih.

  10. Salam Cikgu,

    Kipas outdoor x jalan. Dh cek kapasitor n takde masalah.
    Letrik masuk. Indoor ok. Boleh bantu x?
    Terima kasih.

    • sekadar perkongsian.. utk soalan azizan.. dr pengalaman saya yg cetek ni belum pernah saya jumpa compressor terbakar.. apakah jenis compressor yg tuan maksudkan? adakah aircond rumah kenderaan ataupun petisejuk .. yg hanya terbakar selalunya wayar yg melekat kat simbol pada terminal pin C S R …banyak kemungkinan boleh berlaku antaranya pemampat terlalu panas dan kekurangan bahan cecair penyejuk.. harap membantu.. betulkan saya cikgunas 🙂

  11. Salam cikgu…. Masalah saya aircond jenis york tak boleh on..guna Cara on Kat board aircond pun tak bole ..reset aircond pun sudah….tolong saya Cikgu aircond….

    • hai captain barge… sudah cek ada power supply tAk d terminal? kalu ada cek wayar neutral kat terminal tu.. kalu ada supply bermaksud ada wayar putus pada wayar neutral .. perbaiki dan on kembali .. harap membantu tuan

  12. Sekadar perkongsian.. Utk soalan farizz.. Kebiasaan utk permasalahan di atas dr pengalaman cuba periksa sensor cooling coilnya.. Ganti dgn baru.. Harap membantu.

  13. Cikgu.. geram le saya bli ekon double snsor smsung virus doctor…mode cool 16 pon suhu shown kat unit indoor msih 28 slowly trun 27-26-25 sllu last yg pling sjuk….x sjuk mcm kita nak kat rmote cntol…under wrnty..tp bila dorg dtg tgok ckp biase je…xde mslh…suhu kat unit indoir tu dtect suhu bilik……ok…so? Klo suhu blik baek x ya guna ekon kan…sori cikgu lpas grm cni plak..hihi

  14. salam cikgunas.. nak tanya.. pemampat penyaman udara berfungsi sekejap saja tak smpai 1 minit.apabila sistem di on kan..aircond 3phase..apa punca nya..

  15. Salam cikgu..adakah semua sambungan aircond perlu guna soket 15A?ataupun terus kepada MCB?

  16. As salam fan selamat pg Cikgunas… Problem petisejuk sharp 1 pintu.. Compressor berbunyi kuat dr biasa.. Paip x sejuk .. Bacaan pada clamp meter ikut spesifikasi .. Suspek tiub rerambut sumbat ..minta pencerahan Cikgunas

    • Salam. Ada kemungkinan seperti yang dinyatakan. Cuba buat vacuming pada sistem selama 30 minit. Kemudian isi gas semula dan ON sistem. Jika masalah berulang kena tukar capillay assembly tersebut.

  17. Tepat sekali apa yg dkongsi Cikgunas… Ada sedikit penambah utk dkongsi bersama.. kadang problem d atas berpunca dr pcbnya.. Pastikan punca bekalan melalui relay d pcb board d indoor.. Kalu tiada cuba uji unit outdoor kalu hidup dan kipas pusing pastinya problem dr indoor .. Betulkan saya jika silap 🙂

  18. Salam cikgu…masalah aircond xnk on…lektrik ada…acson 2hp siling…indoor xhidup…mohon pncerahan ckgu

    • Salam. Cek bekalan kuasa ke indoor. Jika ada tekan remote dan pastikan ada bunyi ‘beep’. Jika tiada bunyi cek receiver board di sebelah tepi. Bersihkan ,lap dengan kain lembut dan ketatkan sambungan. Jika masih bermasalah, receiver tersebut perlu ditukar.

  19. cikgu , minta penjelasan , air cond saya trip apabila suiz di hidupkan , says dah minta kawan tolong periksa katanya kompressor dah sentuh body , APA boleh saya buat utk di baik pulih ..

    • Saya kurang jelas maksud compressor sentuh body. Jika compressor yang menyebabkan trip, maka compressor tersebut perlu ditukar baru ataupun dapatkan outdoor second hand.

  20. As’salam cikgu…ekon sy bila compressor jln dia sejuk bila compressor cut off angin jd x sejuk…ada masalah ke pd unit compressor sy tu?

    • Salam. Jika compressor tidak jalan memang bilik tidak akan sejuk. Biasa compressor akan cut off bila telah mencapai suhu yang ditetapkan. Jadikan pastikan tuan set suhu lebih rendah dan bilik ditutup. Jika masih berlaku, kemungkinan gas kurang. Ini kerana bila gas kurang pressor sensor akan bagi signal untuk cut off compressor. Ini untuk mengelakkan compressor dari rosak. Jika gas cukup, kemungkinan pula pressor sensor itu yang rosak.

      • terima kasih atas penerangan cikgu…lg satu masalah ekon sy ni lps setengah jam on dia akan shut down sendiri walhal sy x set pon timer…

        • Masalah ini banyak diutarakan dalam komen post ini. Saya ringkaskan ia ada masalah pada indoor IC Board. Tetapi sebelum itu pastikan gas cukup, running ampere ok dan unit telah diservis.

  21. salam cikgu, sya pakai air cond jenis mitsubishi model MS-FG10VC. masalah ada blinking kat signal ‘power’bila saya hidupkan air cond..semua suiz utk air con telah dihidupkan..udara air cond pon tidak dirasai..compressor outdoor langsung tidak berfungsi dan beroperasi..bantu sya cikgu..terima kasih

    • Salam. Saya berpendapat ada masalah pada punca bekalan kuasa, tetapi saya tak berani nak huraikan lebih jelas. Setiap jenama dan model juga berbeza masalah dan jalan penyelesaian. Harap pembaca lain dapat bantu tuan.

      Kemaskini:
      Periksa horizontal vane (plastik melintang) yang disambung ke swing motor.Kemungkinan salah pasang ke swing motor atau salah susun horizontal vane tersebut. Situasi ini boleh menyebabkan indoor tak hidup.

  22. Saya nak pasang aircond. Tukang pasang cakap tak payah pakai starter pun takpe. Ape fungsi starter tu? Kalau x pasang suis yg ada kale hijau dan merah tu ada masalah tak?

    • Direct On Line Starter (DOL Starter) bertindak sebagai suis mekanikal yang bekerja atas prinsip elektromagnet. Ia dipasang untuk mengelak peralatan elektrik seperti aircond terpasang secara automatik selepas trip/terputus bekalan. Pemasangan DOL Starter ini terpulang kepada pengguna. Ia tidak memberi apa2 kesan kepada unit penyaman udara dan aircond masa kini juga sudah ada built in DOL. Cuma tuan perlukan pastikan aircond itu menggunakan soket 15A.

  23. Utk soalan azremy, cuba lihat pada kaki pemampat.. Getah nyahgetaran koyak atau longgar.. Periksa dan ketatkan nut tersebut..biasanya bunyi getaran pada pemampat menunjukkan pmampat sedang berfungsi.. Jika masi berterusan kena tanya Cikgunas 🙂 betulkan saya jika salah

    • Betul apa yang dikongsi. Boleh cek punca gegar tersebut. Kemungkinan juga getah penyerap getaran atau insulfex gam (hitam) di bhg piping outdoor telah keras/rosak. Periksa juga keseimbangan outdoor secara keseluruhan, mungkin senget. Gas kurang juga boleh cek dengan tolok krn ia juga boleh menyebabkan bunyi lbh kuat. Harap dapat membantu.

  24. Sekadar perkongsian… Soalan daripada en ramli,utk makluman inverter biasanya menggunakan gas r410a dan non inverter pulak menggunakan gas r22.. Terkini non inverter guna gas r410a..Tekanan yg melalui paip kuprum lebih tinggi jika menggunakan gas r410a ber banding r22.. Oleh itu utk mengelak kan paip pecah paip kuprum bersaiz 0.61mm tebal dgunakan utk gas tersebut.. Manakala gas r22 hanya menggunakan paip kuprum bersaiz 0.51-0.56mm .. Kos gas r410 dan paip kuprum 0.61 lebih mahal ber banding gas r22 paip 0.51-0.56mm .. Betulkan saya jika silap Cikgunas 🙂

    • Terima kasih. Perkongsian yg tepat. Begitulah antara perbezaannya. Jika ada pembaca lain bolehlah berkongsi juga, saya pasti akan approve comment tersebut. Sy sedang bukukan semua masalah ini supaya lebih mudah dibaca dan peneranan lebih panjang. Insyaallah..:)

  25. Salam cikgu… terima kasih kerana cikgu byk membantu.. disini saya ingat bertanyakan satu soalan.. Apakah perbezaan dalam pemasangan sistem penyaman inverter dengan bukan inverter? Setahu saya kos pemasangan inverter adalah lebih mahal dan sistem bukan inverter… boleh cikgu jelaskan? Sekian terima kasih

  26. Salam cikgu Nas,
    Saya nak tanya aircond.. saya kesan bau terbakar…bila buka..kapasitor terbakar…saya dah tukar kapasitor tersebut…bila ‘on’ kembali masih sama tiada respon…power untuk incoming ada..aircond acson 2hp..harap dapat membantu saya..tq

    • Salam. Tn cuba cek supply di overload dan terminal C (common) pemampat dahulu. Jika tiada mungkin salah satu rosak.

    • Assalam cikgu..bila saya on air cond..blower indoor running..lepas tu kipas outdoor running sekejap selepas tu stop..blower still running..lepas tu stop naik blinking oren kt timer indicator..apa masalahnya

      • Salam. Jika aircond inverter sila cek error code, jika non inverter cek tekanan gas dan indoor sensor.

  27. As salam Cikgunas… Unit siling kaset jenama Panasonic 3hp lampu pada bahagian indoor berklip2 d simbol timer.. Power ada supply tapi unit tidak Hidup..Selepas buang gas dan isi semula simbol filter pulak yang berklip tapi masih jg tidak Hidup.. Mohon bantuan tuan..

    • Salam. Kemungkinan water pump rosak dan air penuh ditakung. Bila situasi ini, unit tak akan jalan kerana rekabentuk unit casette adalah seperti itu. Harap dapat membantu tn.

  28. As salam cikgu, nak tanya aircond kt rumah saya ni angin ok sejuk tapi keluar kat sebelak hujung kanan dan kiri saja bahagian sirip x ad angin.. Kenapa ye..
    T.k

    • Salam. Keadaan ini disebabkan blower dan penyejat yg kotor di kawasan tersebut. Lakukan servis dengan bahan kimia, pasti selesai masalah tersebut.

  29. salam cikgu…

    acond york inverter 1 hp..on ok…selepas 5 second mati..lampu power supply blinking…unit still mati….outdoor ader supply…signal x der api….

    • Salam. Kemungkinan wayar signal putus/tiada contact. Periksa wayar signal dahulu. Walaupun supply ada tetapi wayar signal putus akan ada error.

  30. salam. cikgu…penghawa dingin sy blower di dalam pusing dan kipas di luar pun pusing tp knp aircond sy x sejuk jgk..kdg2 sejuk kdg x sejuk…rsa ada angin.sja..lps tu naik lampu oren..adakah sencer rosak? gas ada ckup..

    • Salam. Pastikan gas cukup dan tiada kebocoran. Pastikan unit diservis dengan baik(pemeluwap, penyejat dan blower dicuci). Cek juga running ampere untuk compressor.

  31. Salam cikgu..boleh tak klu indoor dan outdoor lain jenama digabung,misalnya jenama outdoor panasonic indoor york..dan boleh tak kalau berlainan hp,misalnya outdoor 1.5hp indoor 1.0 hp…trima kasih..

    • Salam. Boleh digabung jika berlainan jenama. Sambung pendawaian dan perpaipan copper seperti biasa. Jika berlainan HP, tn perlu lakukan sedikit modifikasi (kapit) untuk penyambungan copper. Kesan bilik mungkin akan terlebih sejuk/kurang sejuk.

  32. As salam Cikgunas.. Problem aircon jenis Panasonic 1hp .. On unit indoor jalan tapi x sejuk.. Paip low pressure sejuk kipas pusing..bacaan clamp meter 3.6A ikut spek.. Unit x remote .. On dr suis saja. Receiver board tiada signal lampu langsung..mohon bantuan tuan.. Tq

    • Salam. Tn perlu guna remote untuk adjust suhu. Receiver board tiada signal walaupun sudah menggunakan remote, berkemungkinan receiver board rosak.

  33. Salam cikgu… bagaimana cara cara nak top up minyak compressor split unit… dan macamana kita nak tahu compressor kekurangan minyak.. harap cikgu dpt membantu..terima kasih

    • Salam. Untuk tambah minyak compressor. Buang semua gas, tutup injap tekanan rendah dengan allen key, sambung hos kuning ke pam vakum dan hos biru ke injap tekanan tinggi. Lakukan proses vakum, buka hos kuning dan celup dalam bekas berisi minyak. Buka tolok tekanan hos biru dan minyak disedut. Akhir sekali tutup injap tekanan tinggi dengan allen key.

  34. salam..cikgu sy nk tanya.aircond umah sy kejap sejuk bila lama sdikit xsejuk plk lps tu sjuk blk…msalh ni slalu terjadi??..kdg ok kdg x ok…aircond bru ja servis..sy servis sndiri….

    • Salam. Masalah ini agak terbuka. Tn periksa dahulu semasa unit tidak sejuk adakah kipas luar berpusing? Masalah ini juga mungkin disebabkan gas kurang, mungkin suhu di set tinggi dan mungkin juga blower tidak dicuci menyebabkan ia perlahan dan cut off.

  35. Saya ada msalah aircond.sy guna jenama york 1.5.kipas outdoor slalu berhenti dah naik lampu kelip2 wrna oren.hnya angin yg keluar dan aircond jd x sjuk.perlu off dan on balik bru berfungsi.kerap terjadi.kenapa ek?

    • Salam cikpuan. Periksa dahulu tekanan gas dan pastikan tiada kebocoran dimana-mana. Jika masih masalah bermakna sensor tekanan/sensor suhu rosak. Cadangan penyelesaian tukar IC Board. Jika nak jimat guna kaedah bypass.

  36. Assalammualaikum.cikgu NAS,sy Ada mslh aircond,kebocoran sy dah check,so far xde.mslhnye sekarang nie,bile sy on,indoor n outdoor run seperti biase,Dan apabila 20 mnt sy dapati compressor outdoor tidal berfungsi Dan sy dapati signal PD indoor lampu Oren menyala blinking.masalh nie trus berlaku,boleh BG pencerahan?

    • Salam. Blinking bermaksud ada error dlm sistem. Dalam kes ini tiada masalah kebocoran. Jadi kemungkinan error pada sensor suhu dan sensor tekanan(pipe sensor). Cadangan tukar IC Board. Jika nak jimat guna kaedah bypass.

  37. assalamualaikum.. nak tanye sikit..on aircond sejuk sampai je satu jam lebih kurang.. kemudian aircond tu blinking lampu oren.. kenape ye?

  38. Salam cikgu… setahun lepas saya ada pasang satu unit air cond 1.5hp jenama york… pemasangan dilakukan menggunakan copper pipe yang sedia ada yang telah ditanam dalam dinding oleh pihak pemaju. Saiz paip asal 1/4 high.. 3/8 low.
    Saya menggunakan sedia ada dan menyambung kepada 1/4 untuk paip tekanan rendah.. adakah ini akan memberi impact kepada compressor kerana menggunakan copper pipe 1hp untuk air cond yang berkapasiti 1.5hp.. terima kasih…

    • Salam. Copper yg digunakan lebih kecil dari yang sepatutnya. Ini bermakna aliran gas kurang dr rekabentuk asal. Menyebabkan compressor akan bekerja lebih untuk menyerap haba bg mencapai suhu yang ditetapkan. Umumnya ia akan memendekkan jangka hayat compressor dan menanggung peningkatan bil yang tak sepatutnya.

  39. assalam
    Nak tanya, aircond saya jenama carrier, baru lepas servis & isi gas tetapi setelah seminggu aircond saya apabila di on terasa angin sahaja dan selepas 5min tertutup sendiri, dan muncul lampu kelip2 tanda timer, padahal saya tak pakai timer, saya call yg servis aircond saya sebelum ni dia cakap pipe sensor rosak, betul ke dia ckp tu?dan dia ckp kos utk memperbaiki mahal sehingga rm120, sebenarnya berap harga pipe sensor?

    • Salam. Pipe sensor atau pressure sensor harga RM15 sahaja. Namun dicadangkan untuk tukar sekali dengan IC Board yang dijual sekali dengan pipe sensor dan room sensor. Ini lebih baik utk mengelak masalah yang sama berulang. Kos IC Board ini ialah RM150 – RM200 mengikut model. Jika tuan/puan buat bypass masalah di atas juga dpt diatasi dgn kos sangat minima. Boleh buat sendiri, rujuk komen sblm ini.

    • Salam. Cuba tukar kapasitor pemampat. Jika elok periksa tekanan gas supaya cukup. Jika masih tak jalan tukar overload. Sesetengah compressor overload berada didalam compressor(built in) maka tak dapat tukar kecuali tukar compressor.

  40. Assalam, cikgu sy nk tanya. Sy dah tukar koil sensor sbb blinking kt indoor n aircond tidak berfungsi. Tp sy tukar koil tu dgn bypass senser je yg kecil tu. Tp sy prasan bunyi kompressor outdoor sgt bising. Ape fungsi koil senser cikgu?

    • Salam. Blinking pada indoor tersebut menunjukkan ada error. Tn cek terlebih dahulu tekanan gas dalam sistem. Mungkin ada bocor pada sambungan dan baiki seterusnya tambah gas sehingga cukup. Sensor pada indoor ada 2. Satu untuk mengesan suhu dan satu lagi untuk mengesan tekanan. Kedua – dua sensor ini memberi signal ke ic board untuk menghantar current ke outdoor. Pada pendapat saya compressor dipaksa bekerja dalam situasi gas kurang. Itu yang menyebabkan bunyi bising. Harap dapat membantu tuan.

  41. salam cikgu,

    nak tumpang tanya saya punya aircond sanyo model sap-k97gs5b, masalah saya ialah saya tidak dapat menggunakan remote control terpaksa mengguna cara manual untuk on dan off.Remote yang saya gunakan bukan remote asal tapi universal,saya telah gantikan dengan 2 remote tapi masalah tetap sama.Apabila ditekan apa2 funtion dengan menggunakan remote,tiada apa2 bunyi dan reaksi,adakah controller bord pada indor rosak? sekiranya rosak adakah kos baik pulih agak mahal?untuk pengetahuan cikgu,lampu timer berwarna merah ada menyala pada indoor unit selain lampu power berwarna hijau.Harap cikgu dapat membantu bagi menyelesaikan masalah saya TQ.

    • Salam. Itu mmg masalah remote universal. Bukan semua dapat detect indoor board. Kena try and error remote universal yang ada dipasaran atau cari model asal remote.

  42. Salam cikgu..nak tanya.. hari ini tiba2 air cond saya menitik air d unit dalam..udara mmg sejuk mcm biasa cuma menitik air d sebelah kanan.. bgaimana hendak membaiki nya sementara menunggu tecnician datang sebab lokasi sekolah kuartes kediaman yg jauh di pedalaman menyukarkan saya mendapat khidmat tecnician …harap dapat membantu..terima kasih.

    • Salam. Ini menunjukkan unit tersebut perlu diservis. Kemungkinan salur air tersumbat dan banyak lumut yg menghalang pengaliran air kondensasi. Tiada penyelesaian segera kecuali servis.

  43. Salam cikgu,

    Saya ada Aircond York 2.0,

    masalah

    1. Aircond boleh “ON” tapi compressor mati selepas 5 saat – 15 saat
    2. Kipas kompressor “OK”
    3. Unit outdoor lama buat chemical service

    apa sebab compressor mati?

    terima kasih.

  44. Askum cikgu saya nk tanya sikit ttg aircond saya yg kadang sejuk kadang2 rasa angin jer.. bila saya tgk kat luar paip sampai beku tp yang indoor punya x sejuk.. bleh cikgu terangkn x per yg patut saya bt..dan punca berlaku nya paip beku.. bila on jer aircond x sampai 5minit paip terus beku..

    • Salam. Selepas ON suis aircond, tekan ON pada remote pula. Jika masalah masih sama kemungkinam saluran tersumbat/ kurang gas. Periksa tekanan gas dahulu dan tambah sehingga 70psig. Disamping itu cek lokasi kemungkinan kebocoran seperti di sambungan flaring dan sambungan tiub kuprum ke indoor.

  45. Aircond bilik saya bila on keluar percikkan air dekat getah paip hitam ada air macam peluh

    • Mungkin saluran paip air tidak dipasang kemas/bocor dibahagian penyambungan/terputus. Perlu diperiksa.

Leave a Reply to cikgunas Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *