Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,732 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. Salam tuan. Lampu Aircond saya berkelip2 lepas ON dalam 1/2 jam. Dah service, tukar kapasitor compressor, power board pun dah tukar. Masih sama.
    Model : York 2.0HP YWM20G-AMLBE

    Ada apa2 cadangan x tuan.?

    • Salam tn. Cuba cek masa running 1/2 jam tu berapa bacaan tekanan gas dan ampere. Cuba pegang pemampat adakah ia panas yg luarbiasa.

      Rujuk catatan ini untuk cari kemungkinan yg lain. Tn juga boleh cuba buang semua gas, vakum dan top up semula.

      Jika masih bermasalah cuba uji rintangan dan tebatan pemampat. Ada kemungkinan jika semua perkara diatas telah diperiksa tetapi masih bermasalah, pemampat dah nak rosak.

      • Terima kasih diatas bimbingan tuan. Nnt saya kemaskinikan perkembangan sekiranya ada bagi rujukan saudara2 yg lain.

        • salam tuan…econ sy bahagian tngah saje yg sejuk…kiri knan tidak sejuk dh tidak ada angin yg keluar…

          • Wassalam tn. Perlu buat chemical service. Bahagian tersebut kotor. Coil dan blower perlu di cuci. Cuba tengok hasil selepas chemical service.

          • Salam.. Nk tnya knp swing yg kiri kanan xbole grak? Adalah motor problem.? Aircond panasonic..

    • Salam. Jika bunyi semasa mula ON aircond tu adalah hasil perbezaan suhu antara coil dan bahagian plastik unit dalam. Boleh di abaikan. Jika berterusan dalam tempoh yang lama kena buat pemeriksaan lah utk kenalpasti punca bunyi tu.

      • Maaf encik… Sekarang aircond bilik saya dah tak sejuk dan kipas bhgian luar x berjalan… Kipas dalam shja berjalan..

        • Kena cek kapasitor kipas, motor kipas, kapasitor pemampat, pemampat dan komponen lain di outdoor. Kena cek juga tekanan gas. Banyak kemungkinan pada masalah cik ni.

  2. Salam cikgu..aircond saya jenis mitsubishi inverter.masalah aircond tak sejuk,hanya ade angin je.baru buat servis chemical.kadang2 ade lampu blinking dkt timer aircond.saya tanye orang yang servis,mereka ckp kena on aircond lama baru compressor jalan

    • Salam. Inverter ni compressor dan kipas sentiasa jalan dan akan slow bila dah capai suhu yg ditetapkan. Blinking ni kena tgk manual. Brp kali blinking dan dapatkan error code baru boleh mula troubleshoot.

  3. Assalamualaikom tuan…pertayaan penghawa dingin langsung tidak berfungsi.pemeriksaan wayer tiada masalah.bateri alat kontrol sudah tukar..suiz utama dah cuba berkali2 tutup buka.masih tidak boleh on..cara manual pon sudah..berlaku dgn cara tiba2 terpadam dgn sendri terus tidak boleh di ‘on’..adakah masalah kapasitor..tiada sebarang letupan lintar pintas..t.kasih tuan

    • Salam tn. Cek supply pada suis atau soket ada current tak? Cek di terminal indoor ada current tak? Cek fius pada pada IC Board elok atau rosak?

      Cek semua perkara diatas dulu ya tn.

  4. sya baru tambah gas ac,lepas da tmbah bla on ja, kompresor off sdri selepas lbh krg 7mnit dia bfungsi.smasa on tu pn..bilik tdak sejuk. apa ya masalahnya

    • Buat pemeriksaan visual pada pemampat dulu, wire terminal pada pemampat, wire cable dari indoor dan rasa pemampat tu adakah ia panas yg luar biasa? dan bunyi yg abnormal.

      Kemudian buat ujian rintangan dan ujian tebatan pada pemampat.

  5. Salam.nak tanya knapa sya pnya aircond xbole on?bateri remote dah tukar. Remote hidup lg. Tp bila tekan on remote mati pulak.remote rosak ke??

    • Salam. Cuba ON aircond secara manual. Guna button manual pada indoor. Jika unit beroperasi elok, jadi remote tuan yg rosak.

      • Salam tuan. Nk tnya knp blower ac sebelah kiri angin kuat tp sblh kanan angin x kuat. Ac dh service n arah angin adjust ke kanan pun masih rasa angin sebelah kiri yg kuat.

          • Salam tuan. Semua itu dh dibuat oleh technician a/c yg bertauliah. Tapi masih juga angin bertiup lebih kuat pada sblh kiri. Adakah ini disebabkan oleh design a/c tersebut? Bila cek temp kiri kanan sama cuma angin blower rasa xkuat sblh kanan.

          • Salam. Semasa ujilari sistem kita akan set pada mode cool dan akan dapatkan perbezaan suhu intake air dan discharge air. Jika lebih 8°C bermaksud unit beroperasi dengan baik. Dan jika telah diservis seperti yang diberitahu sebelum ini, maka tiada apa2 lagi yang boleh dibuat. Itulah saja kemampuan aircond tersebut dengan model dan jenamanya. Yang penting bilik tersebut mencapai suhu yang kita set kan. Kita bukan nak duduk betul2 bawah blower tersebut..betul? Dan amalan biasa jika memasang kipas untuk membantu peredaran udara sejuk dalam bilik.

  6. aslam tuan.nak tanya sy baru beli air cond jenama panasonic inverter iconavi.sy tgk compressor outdoor ni lama sgt pusing setting dah 28 tp lambat sgt nak stop.mcm tak rehat

    • Salam. Kipas dan compressor memang tak berhenti. Ia pusing perlahan saja dengan arus elektrik yang sangat minima.

  7. salam cikgu nas,saya nak tahu..kenapa aircond saya dia hanya mengeluarkan angin pada kiri dan kanan sahaja..bahagian tgh kosong xde angin..air cond jd kurang sejuk.blower aircond saya dah cuci.boleh cikgu beri pendapat?

    • Salam. Adakah penyejat juga telah di cuci? Jika sudah, cuba buat flushing pada indoor sahaja. Kemudian vakum piping indoor dan outdoor. Seterusnya buat T & C sekali lagi.

  8. Slmt mlm..sy nk tanya sy guna icon samsung baru saja servis dan isi gas x sampai 4 hari dh x sejuk lg saya tengok ada beku ais kt tmpt tepi dawai kt belakang sy nk tanya sama ada bocor atau rosak ya..

    • Jika saluran kecil yg berais bermaksud gas kurang. Jadi besar kemungkinan ada tempat bocor yg tak dibaiki atau tak dikenalpasti. Lbh baik jangan ON aircond tersebut kerana akan menjadi beban kepada compressor. Atasi masalah kebocoron tersebut dahulu.

  9. Salam.. sy nak tnya.. sy baru servis econ the tukar unit luar.. jiname asson unit dlam pensonic.. tapi masalam nye sehari je sejuk lepas tu x kipas kejab pusing kejab x pastu unit dlam x show no.. show F2. Tolong sy.. tq

    • Salam. Kena buat pemeriksaan pada outdoor, tekanan gas dan running ampere. Kipas tak jalan mungkin kapasitor dan mungkin juga motor kipas. Sepatutnya ada jaminan walaupun unit second hand. Jadi rujuk semula pada juruteknik berkenaan.

  10. Salam bos saya guna air cond jenama york inveter problem saya bila suis utama on air cond saya ada lampu tetapi sekali air cond berpusing dan kembali off dgn sendiri .mohon sifu beri tahu apa yg rosak dan jumlahnya.terima kasih tunjuk ajar sifu saya hargai 01125461917 azizi

    • Salam tn. Kita kena cari error code terlebih dahulu. Itulah kaedahnya untuk troubleshoot. Jika tidak apa yang ditukar mungkin salah dan punca sebenar tak diatasi.

  11. Salam cikgu nas klu compressor aircon berbunyi bising apakah compressor tersebut telah rosak atau perlukah minyak dlm compressor di tukar baru. Tp aircon sejuk cuma compressor mengeluarkan bunyi yg bising.

    • Salam. Cuba buat pemerhatian visual dari mana punca bunyi tersebut. Banyak kemungkinannya. Buka unit luar tersebut dan carilah punca bunyi tersebut. Jika dari dalam compressor ada kemungkinan minyak kurang. Untuk tentukan compressor tersebut elok atau tak ujian rintangan dan ujian tebatan perlu di buat. Tn blh rujuk catatan lepas saya berkaitan perkara ini.

  12. Salam cikgu nas, minta pencerahan berapa sukatan untuk minyak compressor 1hp, 1.5hp dan 2hp dan semasa isi minyak tu gas yg sedia ada kena buang ke.

  13. cgu sy dh servis dn tkr kapisitor..slps bbrpa mnit on lmpu timer brnyala dan outomatik suhu mnjadi panas pada mulanya sejuk..

    • Apa masalah asal saya tak tau. Bila siap baikpulih, buatlah testing & commissioning pada unit. Kalau semua perkara dah buat dan masih bermasalah, tukarlah IC Board ya.

    • Salam tuan. Masalah ini kena buat pemeriksaan. Cuba gerakkan blower secara manual, utk tau apa yang menghalang pergerakan dan ketat. Mungkin getah sebelah kiri telah keras/keluar dari slot, mungkin juga shaft pada motor berkarat.

      Perkara lain cek kapasitor blower, cek motor blower tu sendiri dan kemungkinan akhir ialah pc board rosak.

  14. Assalamualaikum cikgu…cikgu,sy nak tnyela…sy pakai aircond jenama sharp j tech inverter….bru sminggu pki,sy dapati cooper diluar berais..ape pnyebab jd mcm tu ye?

    • Salam tn. Ada 2 saluran pada outdoor. Jika saluran yg kecil berais puncanya kurang gas. Jika saluran yg besar puncanya motor blower tak pusing. Aircond baru pasang..elok rujuk segera dengan tukang pasang.

  15. Salam Cikgunas..aircond saya sejuk cuma masalahnya bunyi angin kuat, kejap perlahan kejap kuat. Saya set blower pada level low dan tidak mengunakan mode auto. Apa masalahnya cikgunas?

    • Tuan, dah dapat ke jawapan kenapa jadi macam tu? Aircond sy pun sama. Mungkin tuan bleh kongsikan..

  16. Salam Cikgu, masalah aircond saya, bila on tak smpai 5 saat padam. Bila kipas luar nak bkerja padam. Buatlah mcm mana pun tak boleh on. Apa masalahnya?

  17. salam cikgu aircond saya jenis pensonic bila set suhu 16-29 celcius sama jer rasa sejuknya apa masalahnya yea?

  18. Salam. Knp sirip kipas indoor unit (air swing right & left) x bergerak lngsung. Tiba2 je statik di bhgn kiri sekali. Dh cuba on off aircond & tukar mode & bateri. X jalan jgk. Rasa aircond di sebelah kiri je la ni.

    • Salam tn. Bergerak kiri kanan tu adjust secara manual dan tidak automatik. Kalau turun atas bawah blh laras pada remote guna MODE Air SWING dan pilih auto. Kalau tak bergerak atas dan bawah mungkin louver tu tercabut dari slot atau step motor (di tepi louver tu rosak).

    • Selamat pagi. Antara punca trip ialah di sebabkan aircond tu sendiri atau pendawaian atau MCB.

      Jika dari aircond kita kena cek komponen2 pada aircond. Tentukan kerosakan samaada dari indoor atau outdoor. Kita hidupkan indoor dan outdoor secara berasingan jadi tak perlu lah cek semua komponen. Jika pada outdoor ia mungkin berpunca dari compressor, kapasitor compressor, kapasitor kipas, motor kipas ataupun kabel pada compressor.

      Pendawaian juga periksa, mungkin wayar luka, putus, terbakar, longgar dan macam2 lagi kemungkinannya. Jadi periksa semua pendawaian pada indoor dan outdoor serta dari indoor ke outdoor.

      MCB pun sama. Boleh rosak atau terlampau sensitif. Jadi tukar lah dengan kadaran yang sesuai untuk aircond.

      Rujuk CATATAN LEPAS saya untuk bacaan tambahan.

  19. assalammualaikum cikgu..
    pertanyaan.. aircond trip balkout di DB…bila ON. Puncanya selepas petir yang kuat.. adakah board saya rosak… dan berapa cost tukar board jenis Panasonic.

    • Salam tuan. Kemungkinan ic board rosak tu ada. Cuba buat pemeriksaan dahulu pada board. Anggaran harga boleh cek dalam EBOOK alat ganti ini.

  20. assalamualaikum cikgu..sy nk tnya skit..aircond sy jenama midea..mula2 aircond sy dlm keadaan baik..sy nk tukar suhu dari 16c ke 24c..bila smpai ke 24c terus aircond sy stop dan x berfungsi langsung..sy dah try tekan buton auto di indoor tp x da apa2 fungsi jgak..klu ic board sy rosak boleh x cikgu bgtaw komponen mna yg rosak dan perlu sy tukar

    • Salam. Compressor akan stop bila capai suhu yg di set kan. Setting remote pilih mode cool dan high fan.

    • Salam cikgu.. aircond sy model samsung.. nk on td tiba2 bunyi meletup pelahan dan terus xberfungsi.. dah on suis pun masih xberfungsi.. tiada lampu hijau mcm biasa bila nk on aircond.. boleh x tahu penyebab punca jd bgitu dan macam mana cara nk atasinya?

      • Waalaikumussalam. Ini besar kemungkinan sebab wire short dan MCB tendang. Kena cek pendawaian dari plug/soket ke indoor.

  21. Salam…saya nak tanya cikgu, aircone saya baru sahaja di service dan ditambah gas.. apa yang menjadi kemuskilan setelah diservice itu , mendapati yg mana salah satu seluran luar copper tersebut dikumpuli ice..saya membuat complain kepada mereka..akan tetapi mereka menjawap yang mana pekara ini adalah biasa, dimana minyak aircone akan dipush naik..dan ice itu akan beransur hilang dan akan pulih seperti biasa..untuk pengetahuan cikgu..udara aircone didalam bilik tetap sejuk..hanya copper diluar saja yang masih ada ice. Saya harap cikgu , dapat memberikan jawapannya. Tq

    • Salam. Gunakan tolok utk cek tekanan gas. Jika tekanan ok jadi tiada masalah. Juga arus larian kena cek. Mesti sama atau lebih kurang pada name plate. Semua perkara ini sepatutnya dibuat selepas servis. Inilah namanya testing & commissioning.

      Jika unit tak sejuk, elok buat pemeriksaan segera.

  22. Saya baru servis aircond bulan Jun skali top up gas. Skang aircond jd tak sejuk. Pastu after some time mati sendiri with blinking kt Timer. Saya suspect tukang servis buat something utk repeat call dia. Ada kemungkinan tak dia tukar kapasitor ke, tukar apa apa masa servis dulu?

    • Masa tak sejuk tu kena cek kipas outdoor jalan atau tak, compressor jalan atau tak baru blh mulakan baikpulih. Kalau kipas dan compressor jalan cek pula tekanan gas dan ampere unit.

  23. SALAM..Saya pakai aircond panasonic inverter 1hp di rumah dah setahun pakai.tapi saya jarang on dalam seminggu 1 @ 2 kali je saya on ,tu pun kadang2 tak sampai 2 jam on..dalam minggu lepas saya on aircond tapi bilik tak sejuk hanya angin je rasa..kipas diluar berpusing,dh setting di remote pun masih tak sejuk….adakah habis gas(tapi baru setahun guna) ataupun sebab jarang on adalah penyebab masalah ini???help me 🙁

    • Salam tuan. Dalam kaedah troubleshoot untuk aircond inverter, langkah pertama ialah dapatkan error code. Kemudian barulah boleh bertindak. Jadi saya pun tak dapat nak bantu. Tn boleh rujuk NOTA INI untuk dapatkan error code by model panasonic.

      Pemeriksaan gas adalah prosedur biasa bila buat troubleshoot. Jika kurang, gas perlu ditambah. Tiada kaitan jika tuan kerap/jarang guna aircond tersebut dengan kehilangan gas.

  24. Salam cikgu nas, aircond saya masalah tidak sejuk.hanya angin je. Dah service gas,cek block semua.apa masalah. Mohon bantuan.

  25. Salam cikgu nas, aircond saya tak mau sejuk.baru 2 tahun pakai.jenama singer. Gas masih ok. Dah suruh juruteknik service tak ada block.kenapa begitu? Terima kasih

  26. Assalamualaikum cikgu,
    15 amp socket outlet aircord asyik rosak jerrr…ada bunyi “zzz..zzz” and suis on/off akan melekat…..setahun 3-4 kena beli baru….kenapa boleh jadi begitu…
    tolong cikgu

  27. salam cikgu, saya skrg pakai indoor unit panasonic 1.0hp dan nak pasang akan dtg outdoor compressor york 1.5hp, bleh match ke kalo brbeza kapasiti? ada implikasi ke

    • Salam. Boleh nak pasang, cuma benda yang tak diuji di kilang tuan tanggunglah risikonya.

  28. salam cikgu…masalah terbaru sy,comp xjalan dan fan pun sama.bila sy dah tukar kapasitor comp dan fan,keduanya berfungsi.bila dah hidup ac jd lambat sejuk.utk pengetahuan cikgu sy dah servis dgn chemical outdoor dan indoor.gas pun dah topup,sejuk pun ala kadar je.ape ye masalahnyer?

    • Salam. Cek juga running ampere. Pastikan lebih kurang dengan yang tertera pada name plate. Lihat juga tanda2 faulty yang lain dengan membuat pemeriksaan fizikal seperti keadaan discharge & suction, kelajuan kipas luar dan dalam, setting remote (pilih cool dan high fan) dan sumber haba seperti tingkap dan pintu.

      Jika semua perkara telah dibaiki dan tuan masih berasa kurang sejuk, saya beranggapan kapasiti pendinginan unit tersebut tidak sesuai dengan bilik tuan.

  29. salam cikgu,saya da masalah dgn ac brand york. bila on hanya akan sejuk selama 10 minit. suhu saya set 16. kompressor pun berhenti. hanya blower yang on. tunggu sampai 1jam pun. kompressor tak on. kene off dan on balik br dia sejuk. tp hanya utk 10 minit je. timer kat remote saya dh reset,plug sya dh cabut. tp masih sama juga. mohon pendapat cikgu. tq.

  30. As salam..saya nk tanya compressor aircond rumah ada minyak ke? Dan apa symptoms2 compressor tu minyak habis?

  31. salam, saya guna aircond york 1.5 yg biasa…..nampak cam ada kebocoran di cooling coil bahagian kiri n kanan…gas telah ditukar utk kali ke2 dlm tempoh sebulan….cam mana nak fix masalah cooling coil n berapa cost untuk tukarknnya, sekian terima kasih

    • Salam. Kebocoran tu perlu dibaiki jika tidak masalah kurang gas akan tetap berlaku. Bergantung pada lokasi kebocoran, mungkin boleh di silfos atau ditampal guna gam khas atau menggunakan heat seal stick. Rujuk semula dengan juruteknik bertauliah.

    • Salam. Banyak puncanya. Dah tau punca baru boleh tau apa nak di repair. Nak tau punca kena lah buat pemeriksaan pada outdoor tu.

  32. salam cikgu ,,,kenapa aircond tak seju, air tak keluar dan angin kipas outdoor tak panas….walaupun sudah on dan servis

  33. Salam.. tuan sy nk tanya aircond penasonit 2.0hp r22. Indor unit satu
    cool-al tak sejuk. Apa puncanya

  34. salam sejahtera. Saya baru sahaja buat servis pada aircond sy menggunakan perkhidmatan servis aircond.ketika topup gas mereka telah topup hingga 85psi kerana mereka kata perlu center dengan bacaan arus ulang alik iaitu pada bacaan 4.0A~4.4A.Namun bacaan bagi aircond sy hny mencapai 3.9A shj utk 85psi gas.Persoalan sy yg pertama, Adakah 85psi gas yg dimasukkan terlalu melebihi dari sepatutnya? Persoalan ke dua, Apakah kesan kepada aircond sy jika bacaan Amp hanya mencapai 3.9A sahaja tidak melepasi bacaan seperti direkodkan pada outdoor aircond sy iaitu 4.0 ~4.4A? dan persoalan terakhir, menerusi permasalan pertama dan kedua, Adakah kompressor aircond sy sudah tidak lama lagi jangka hayatnya?..Terima kasih.

    • Salam. Jika ampere 3.9 dan name plate menunjukkan 4.0 takda masalah. Nak dapat tepat dlm julat yg diberikan mungkin tak dapat atas faktor usia aircond tu sendiri.

      Tn kena pantau aircond tu sendiri. Contoh selepas setengah jam adakah compressor akan cut off dan panas melampau. Jika ya ia adalah di sebabkan gas lebih. Jika tiada apa2 masalah teruskan guna seperti biasa.

      RUJUKAN

  35. as salam cikgu…aircond saya samsung1.5hp bru tukar universal ic board tp masalahnya bila setting kt remote 16°c – 18°c indoor dn outdoor ok berfungsi tp bila kt remote setting d naikan 19°c keatas indoor akan berhenti..blower tk jalan..

  36. salam cikgunas,

    saya ada masalah berkaitan air con brand york 1.5 hos. last 10 months saya pindahkan air con dr ruang tamu ke bilik saya dan air con tu berusia < 7 tahun. before ni ok jer n smlm air con tiba2 bhenti x berfungsi pd time hujan kilat lebat jugak smlm. tmpt lain ok jer berfungsi. saya nk tahu dahulu punca masalah ny before pggl technician nanti. tlg comment yer cikgunas.
    thanks..

  37. assalam..aircond fujitsu 1.5 inverter..bila on akan running 2kali(running n stop bila sampai suhu,dalm 5minit akan running pastu stop terus). dan lampu pada timer bkelip 9x.lampu pada economy bkelip tnpa henti.apa masalah yg blaku.

  38. salam cikgunas,
    tumpang tanya cikgu,aircond saya (model samsung triangle non inverter) mula2 ada masalah running non-stop dan suhu yang dipaparkan cuma 25 celsius (suhu saya setkan ialah 24celsius).kemudian masalah lain pula timbul yg mana,aircond saya akan running untuk masa 1-2 jam kemudian akan mati pada pada suhu kadang2 26c, kadang2 25c dan pernah cut off pada suhu 27c.kemudian setelah hampir 10 minit, aircond saya akan hidup semula dan running cuma selama 10 minit dan akan mati semula.kitaran ini akan berulang2 sampai lah ke pagi.apakah yang mungkin jadi penyebabnya dan apa yang boleh saya buat untuk troubleshoot? masalah ini bermula bila saya gunakan semburan pencuci aircond pada fan coil indoor unit.mohon bantuan dan maklum balas cikgu, terima kasih.

      • Saya hanya guna penyembur pencuci aircond biasa shj cikgu, yg dibeli dari kedai DIY jenama waxco..ikut,label just sembur dan tunggu 5 minit terus on aircond selama sejam.penyembur ni katanya tak perlu dibilas(rinse).

  39. salam tuan, aircond sy brand Daikin 1.5hp, masa awal dulu aircond ok, tak bunyi, sekarang ni 2-3 minggu ni kerap berbunyi. saya baru pakai 4-5 bulan. apa masalahnya?

    • Salam. Bagi detail tn. Berbunyi kat mana? Berbunyi yang biasa atau luarbiasa? Bunyi yg sekejap2 atau berterusan?

      • Bunyi dari mula on sampailah off, bunyi di dalam, pasang di bilik tidur, bunyi tu menggangu tidur jugaklah, sebelum ni ok, senyap je

        • Perlu buka indoor dan buat pemeriksaan dari mana bunyi tersebut. Mungkin ada yang longgar, tercabut dan macam2 kemungkinan lain.

  40. Salam cikgu

    Knpa aircond rumah sy sangat sejuk dan tak dapat nak adjust. sejuknya sampai keluar ais. aircond tu baru je diservis dan masalah sama tetap berlaku.

  41. Salam cikgu saya nak tanya pasal aircond saya panasonic 1.5hp , berlaku satu satu letupan seperti mercun ktika menggunakannya , tetapi bila diperiksa nampak seprti tiada masalh . Tetapi setelah dibuka semula aircond jadi tidak sejuk langsung dan bunyi kompressor on sudah tiada
    Hanya kipas sahaja yang berpusing mohon bantuan ..

    • Salam. Sudah perikasa outdoor ke?. Compressor tak jalan muungkin kapasitor compressor meletup.

Leave a Reply to Mohd Roslan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *