Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,647 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. Salm Cik gu, nk Tanya sikit, sy hari tu on accon tiba2 berhenti sendri, lampu apa pun x metals, sy off on blik, sama jugk, sy amik tes pen life ada Karen nuetral x dk apa2 Karen, bila off ja suis, nuetaral ada Karen, Kira life Dan nutral ada karen bila sy off suis,, sbb apa yg

  2. Assalam Cikgu.
    Aircond saya langsung tidak menyala apabila suis atau remote ditekan. Saya suspect disebabkan oleh pcb rosak. Pcb yng rosak ini pun baru 3 bulan ditukar oleh technician dgn pcb universal.

    Saya cuba untuk tukar sendiri utk kali kedua pcb universal ni. Pcb location sempit sbb dekat dengan dinding. Jadi Saya perlukan turun indoor unit. Saya nk tnya, klu saya buka indoor unit, paip gas yang ke unit outdoor perlu ditutup ke utk elak gas keluar. Macammana nk tutup paip indoor unit? Terima kasih.

    • Wassalam tn. Tn perlu buat proses pump down jika perlu turunkan unit. Caranya ON unit sehingga pemampat dan kipas luar berpusing. Tutup saluran nyahcas (HS) sehingga habis dan jarum pada tolok akan turun. Semasa jarum menunjukkan bacaan sifar, tutup saluran sedutan (LS) sehingga habis. Kemudian OFF unit dengan segera.

  3. Assalam cikgu. Kalau air cond inverter daikin1.5hp kena panah petir apakah pcb board indoor sahaja rosak atau outdoor juga rosak.sebab saya tengok curent ada. Cuma indoor xleh on

  4. Salam tuan, kalau outdoor kipas jalan compresser tak jalan, ape yg problem, ini jenis inverter dc, untuk compresser ade pkai kapasitor ke?

  5. Assalam

    Apa akan terjadi jika gas asal r22 yg tinggal separuh n juruteknik telah menambah gas r410? Bagaimana nak kesan kerosakan yg akan terjadi?

    Lepas seminggu juruteknik tu servis perasan minyak kat copper di outdoor aircond… adakah salah tukar gas atau ada perkara lain terjadi?

    Tq

    • Gas yang sudah ditetapkan r22 mestilah menggunakan gas r22 juga kalau guna gas selain dari r22 akan berlaku kerosakan pada sistem ac

  6. salam tuan,
    klau compressor ada menitik air adakah ianya normal?
    mitsubishi electric 2.5hp baru pasang sebulan..

  7. Assalamua’laikum.maaf tuan nk tanya..knapa kompressor aircond di luar bunyi terlalu kuat tp aircond still sejuk?

  8. Tolong tanya. Aircond unit dalam tiba-tiba bunyi bising dan kemudian padam dan kemudian indikator single user berkelip-kelip. Unit luar terhenti terlebih dahulu.

  9. Salam tuan, aircond saya masalah dia macam ade bunyi benda beguiling, macam ade skru jatuh dlm indoor punya tmpat, aircond baru lagi, York 1.5 hp inverter,ape masalah tuan..

  10. Aircond saya jenis panasonic 1.5hp, selalu off sendiri selepas 1 kurang dari 1 jam di onkan. Selepas itu akan ada lampu kuning berkelip2. Jika di onkan semula kelipan lampu kuning itu masih ada dan aircond akan off sendiri lagi kurang dari 1jam on juga. Keadaan aircond kurang sejuk. Minta bantuan tuan untuk datang membaiki. Terima kasih.

  11. Salam Cikgu..selain kapasitor rosak apa penyebab lain kipas blower (indoor) tidak berpusing.Terima kasih

  12. Salam cikgu..saya baru membeli aircond 1.5hp jenama daikin..baru 3 hari pasang, saya mendapati outdoor saya tidak berpusing dan bilik tidak sejuk. Apabila saya off dan on suis balik, baru outdoor tu berpusing dan bilik sejuk kembail. Tapi selepas 2-3 jam, outdoor itu kembali tidak berpusing dan bilik tidak menjadi sejuk kembali. Apa masalahnya tu?

  13. Salam Cik Gu.Saya pakai York. Biasa saya on dalam 1 jam ia mati sendiri dan lampu menjadi berkelip-kelip. Saya kena off dulu dalam 2 minit, baru boleh on balik. Lepas 1 jam mati sendiri balik dan berkelip-kelip dan kena off dalam 2 minit baru boleh on balik, begitulah seterusnya pusingannya.Apakah masakahnya cikgu.

  14. ada buat proses vakum. kalau dibiarkan ada kesan buruk tak? sebab saya yakin bunyi dari dalam copper pipe.mcm benda tu bergerak bersama gas bunyi sekejap pastu senyap.berbunyi ketika benda tu lalu dkt coil(condenser coil dan cooling coil).. dua tempat ini dia berbunyi berselang seli skjap dekat indoor skjap dkt outdoor. mcm mana nak selesaikan ya. apakah kemungkinan benda itu?

  15. assalamualaikum cikgu nas baru2 ini saya tukar outdoor unit(brand lain sama hp) selepas pasang semua berjalan dengan baik cuma ada bunyi sesuatu dalam paip/ cooper semasa on. bunyi seakan air yg keluar dari hos yang dipicit(creeet). aircond sejuk mcm biasa compressor pn tiada bunyi abnormal. kalau ada sesuatu dalam paip cooper apakah kesannya. macam mustahil kalau benda pepejal berada dalam paip kan?sebab mesti compressor dh rosak/tak jalan. apa penyebabnya ya

  16. Salam, aircond bilik tiba2 berbunyi mcm bom nak meletup. Jadi saya tutup cepat2 sbb takut apa2 jadi. Aircond bilik ni mmg selalu pasang sbb panas.

  17. Assalamualaikum tuan. Nak tanya kalau ac kita ni tiba2 mati sendir dalam beberapa minit biasanya masalahnya apa tuan?

  18. salam tuan. saya mgunakn portable aircond hisense 1.0. dan beberapa hari yg lalu aircond tak boleh on. hari sblmnya boleh guna dan on,sejuk mcm biasa. apa masalah nya ye. sye sudha cek fuse dan fuse masih ok. ada power melalui test pen yg sye. cuma takbboleh on langsng. mohon beri tnjk ajar ape perlu sye buat. terima kasih

  19. Assalam… Saya ada 2 biji aircond… 1 jenama sharp(install 2014)… Satu jenama daikin(install2017)… Masalahnya saya telah cabut aircond dan pasang dirumah baru, aircond sharp saya setelah pasang kurang sejuk, air menitik belah dalam, bila dlm tidak menitik, belah luar menitik… Begitulah seterusnya sampai 1 masa, bunyi luar biasa dlm bilik dan slps tu terus aircond x sejuk, apa masalah? Satu lg aircong daikin, bila dh sejuk automatik dia mati dan lampu berkelip di tmpt nyalaan sleep(lampu oren) kompressor x berpusing… Apa masah dia dan harap dpt bantuan

    • Wassalam. Masalah ini banyak berkait mcm mana tuan ikut prosedur pemasangan. Dari mula lokasi, pemasangan braket, piping, vacuum, testing & commissioning.

  20. Kipas luar masa baru on dia berpusing.kemudian dalam kurang 1minit dia berhenti…aircond di dalam tidak sejuk malah satu angin pun tiada…

    • Kipas luar akan hidup dlm seminit ke bawah..lps tu berhenti…kemudian pusing smula..lps tu berhenti..

      • Cek semua komponen outdoor, cek tekanan gas, cek compressor jalan ke tidak, cek rintangan compressor.

  21. Salam tuan..aircond saya langsung tak bole on pakai remote dan reset button kat indoor unit..check current ada..boleh tau apa masalah tak?ada kemungkinan board?aircond jenama panasonic econavi non inverter…baru pakai 3 tahun..

Leave a Reply to Adie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *