4 komponen utama dalam sistem penyamanan udara ialah pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat. Tanpa salah satu komponen ini unit penyaman udara tidak dapat berfungsi dan tidak memenuhi kriteria asal rekabentuk penyaman udara.
Pemampat adalah nadi dalam operasi sebuah penyaman udara. Pemampat berfungsi memampatkan gas bahan pendingin dan mengalirkannya ke pemeluwap. Kerosakan pada pemampat menyebabkan keseluruhan operasi unit penyaman udara tergendala. Gas yang bersuhu dan tekanan tinggi dari pemampat ini akan dialirkan ke pemeluwap. Di pemeluwap haba disingkirkan dengan bantuan kipas dan sirip pemeluwap. Gas bahan pendingin berubah kepada cecair bahan pendingin. Cecair bahan pendingin akan masuk ke penyejat melalui peranti pemeteran. Rekabentuk peranti pemeteran yang berdiameter dalam yang sangat kecil (0.5mm – 2.28mm) menyebabkan halaju dan tekanan cecair bahan pendingin jatuh.
Di penyejat cecair bahan pendingin akan menyerap haba dalam bilik. Proses penyejatan berlaku dan cecair bahan pendingin bertukar semula kepada gas bahan pendingin. Gas ini akan masuk semula ke dalam pemampat dan kitaran di atas berulang lagi.

Selain 4 komponen utama terdapat lagi komponen – komponen lain bagi membolehkan penyaman udara berfungsi dengan berkesan. Antaranya ialah kipas, motor kipas, penapis pengering, pemuat kipas dan pemuat larian. Semua komponen ini berada di unit luar (outdoor). Antara komponen yang berada dalam unit dalam (indoor) ialah kipas penghembus, motor kipas penghembus, penapis udara dan sistem perpaipan.
salam cikgu,macam mane saye nk acces nota inverter cikgu?
Salam.
Whatsapp saya:
http://www.wasap.my/60179835964
Nak tnya .tanpa tiup rerambut boleh kah sistem berfungsi dngn sejuk cg ?
tak boleh. itu komponen utama sistem penyejukan.
assalamualaikum, tuan, saya keliru dengan keadaan bahan pendingin melalui kitaran penyaman udara ini. seperti yang saya belajar sebelum ini, kitaran akan bermula daripada penyejat, jadi keadaan bahan pendingin (gas) akan dimampatkan dalam compressor lalu terhasillah bahan pendingin yang berkeadaan (cecair)..yg mna satu yg patut saya fahamkan.
Salam. Kitaran penyejukan bermula dari pemampat. Pemampat memampatkan bahan pendingin dalam bentuk gas dan mengalirkannya ke pemeluwap melalui saluran nyahcas. Bahan pendingin dalam bentuk gas bersuhu dan tekanan tinggi ini masuk ke pemeluwap.
Dipemeluwap haba dibebaskan dengan bantuan kipas. Bahan pendingin berubah kepada cecair. Suhu dan tekanan akan jatuh selepas melalui pemeluwap.
Rujuk nota berkaitan kitaran penyejukan.
Chuakkkk!!!
dimanakah letaknya presure sensor ??ke presure sensor sama je dengan overload protector???
bolehkah cikgu terangkan sedikit fungsinya???adakah semua jenis aircond split inverter / non inveter terdapatnya alat ini???
Rujuk ebook alat ganti penyaman udara utk mengenali komponen tersebut.
asalam cik mcm mana sya nk download wim untuk me-020-2:2012..bleh inform saya tak..nie no sya 012-5546338
salam sejahtera cikgu, nak tanya cikgu ada tak modul untuk latihan amali brazzing?
Salam. Boleh rujuk buku rujukan di catatan saya di sini atau download bahan kursus disini.
Beri latihan dalam penjara kepada penghuni Penjara bidang pnyejukan & penyaman udara )–
saya merupakan pesara jabatan penjara memohon bantuan cikgu nas untuk menyediakan kertas cadangan seperti diatas untuk disampaikan kepada pengarah bahagian Vokasional &industri Penjara -Setelah dipersetujui di atas perbincangan saya mengenai latihan tersebut, saya perlu kemukakan kertas cadangan sebagai kesanggupan syarikat
betul betul bersedia merealisasikannya –
untuk pengetahuan cikgu ,selepas bersara saya tubuhkan perniagaan agensi pekerjaan semata-mata untuk membantu banduan mendapatkan kerja tetapi gagal membantu -( Tahu sajalah bekas banduan dengar pun orang takut) -,Sekarang saya beralih pula kepada beri latihan vokasional kepada mereka, supaya mereka bebas dan boleh berdikari dengan berniaga ( pengalaman dah ada )-
penjara,tidak bertangungjawab menyediakan semua peralatan kursus – ,Sewa,bengkel ,utiliti ,gaji pengajar ditanggung oleh syarikat cuma bengkel ada disediakan -,terpulanglah kepada syarikat tersebut bagaimana untuk mendapatkan khidmat jpk ,kklw,mbm,ekasih,jtr atau mana-mana yang boleh –
Saya berharap bukan setakat ini sahaja maklumat disampaikan , masih banyak lagi maklumat yg perlu dibincangkan nanti -Apa-apa pun, saya tunggu jawapan cikgu dulu-
Cikgu jangan risau , kertas cadangan siap saya bayar-
Talian saya -0134313851 Pjb -044215803-
alamat :-
Lot S35,ting 2,kompleks SP Plaza,
Jln Ibrahim ,
S/Petani Kedah-
assalamulaikum cikgunas..
nak tnya cket ape nme tajuk ebook tu ye…
terima kasih atas nota2 dan e-book percuma.. moga cikgu murah rezki.. amin
Sama2. Semoga cikpuan beroleh manafaat. Jika ada pertanyaan, amat dialu-alukan. Amin.
ASSALAMUALAIKUM CIKGU……..SAYE NAK TANYEE DARI MANEE DATANGNYE GASS TUU….MACAM MANE BOLEH TERJADIINYEE GASS TUU? 😛
saya memerlukan kesemua jenis penyaman udara berserta fungsi dan cara selenggara yang selalu digunakan di malaysia .. mohon bantuan utk projek akhri .. terima kasih tuan ….
Cikpuan boleh rujuk nota-nota penyaman udara yang disediakan dalam blog ini atau terus download ebook PERCUMA yang disediakan.
Juga cikpuan boleh memiliki bahan – bahan PdP untuk penerangan lebih komprehensif.
Salam tuan..
Saya kurang faham dan ingin tahu apakah fungsi Motor dalam unit penyaman udara? harap penjelasan..
Terima kasih..
Motor indoor untuk memusingkan blower manakala motor outdoor untuk memusingkan kipas.
Terima kasih tuan..