Apa yang diajar orang kaya kepada anak – anak mereka tentang wang yang tidak diajar oleh orang miskin dan golongan pertengahan. Robert T. Kiyosaki dalam bukunya Rich Dad Poor Dad:
- Menyangkal hakikat bahawa anda perlu berpendapatan tinggi untuk menjadi kaya.
- Mencabar hakikat bahawa rumah adalah satu aset.
- Membuktikan kepada ibu bapa mengapa mereka tidak boleh bergantung pada sekolah untuk mengajar anak mereka tentang wang.
- Menjelaskan dengan sebenarnya apa itu aset dan liabiliti.
- Memberitahu anda apa yang perlu diajar kepada anak-anak tentang wang demi kejayaan mereka.
Pengurusan kewangan sangat penting dan ia perlulah dipupuk kepada anak – anak sejak sekolah lagi. Tindakan hari ini ke atas anak – anak akan memberi kesan kepada kewangan mereka 20 tahun akan datang. Oleh itu dalam bahagian ini saya akan kemaskini dari semasa ke semasa untuk bacaan pembaca dan anak – anak saya khususnya.