1) Ebook Celik Wang
Buku terbitan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ini WAJIB dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda untuk belajar pengurusan wang secara bijak. Matlamat Celik Wang adalah untuk mengajar cara mengurus wang dengan bijaksana supaya anda boleh berbelanja mengikut kemampuan dan seterusnya mencapai matlamat kewangan anda dengan mudah.
Buku ini juga menekankan agar anda sentiasa dapat mengawal prestasi kewangan anda. Di samping itu, Celik Wang memperlihatkan betapa pentingnya anda perlu sentiasa bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi sebarang cabaran hidup, kerana wang yang anda belanjakan hari ini boleh menjejas gaya kehidupan anda pada hari esok.
Download Link : https://app.box.com/s/wfptoestfmgopdqho1i5
2) Panduan Menguruskan Wang Anda
Panduan Menguruskan Wang anda ini mengandungi 8 Bab meliputi:
- Perancangan kewangan
- Simpanan
- Melabur wang anda
- Mendapatkan produk kewangan
- Pinjaman dan kad kredit
- Melindungi wang anda
- Mendapatkan bantuan berkaitan perihal kewangan
- Butiran organisasi berkaitan
Download link https://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/mengurus_wang_anda.pdf
3) Bijak Wang Bersama PIDM
Kisah perjalanan kehidupan empat sekawan – Azman, Vijay, Su Lin and Dayang – terutamanya memupuk tabiat menabung dan memahami peranan insurans deposit dalam melindungi simpanan mereka di bank.
Download link: https://www.pidm.gov.my/downloads/comic_web.pdf
4) Panduan CashFlow
Rujuk: https://panduancashflow.com
mohon ebook percuma…terima kasih
Ebook yang mana. Jika berkaitan aircond boleh rujuk di muka depan blog ini.
E book kewangan percuma
terima kasih atas perkongsian ini 🙂