1) Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Melayu

Rich Dad Poor Dad

Buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat Race. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini.

Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita:

  • Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh
  • Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang
  • Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja
  • Menjadikan wang bekerja untuk kita

Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.” –– Robert T. Kiyosaki

2) Lebuhraya Baru Kebebasan Kewangan: Jutawan Daripada Beban Hutang

Lebuhraya Baru Kebebasan Kewangan

Perancangan kewangan adalah suatu ilmu yang bernilai dan terpenting dalam kehidupan seharian selain mempersiapkan diri menempuh zaman persaraan. Kebiasaannya di Malaysia, kita dimaklumkan mengenai pembiayaan korporat tetapi tidak dengan pembiayaan individu. Mungkin kebanyakan kita tahu mengenai pembiayaan peribadi tatapi kita masih kurang arif mengenai kewangan perseorangan. Perancangan kewangan sebenarnya aalah satu bentuk personal corporate finance yang meliputi segala bentuk kewangan yang melibatkan individu. Huraian buku ini akan menjelaskan mengenai tujuh aspek utama dalam perancangan kewangan.

Buku ini diterbitkan untuk memberi pendedahan dan maklumat tentang pentingnya perancangan kewangan. Ia bukanlah sebagai nasihat kewangan mahupun saranan terhadap sebarang pelaburan ataupun langkah-langkah perniagaan. Bagaimana merancang kewangan dengan cara meminjam wang dan menggunakannya dengan bijak serta memberi pulangan yang maksimum.

3) Didik Anak Urus Wang

Didik Anak Urus WangApakah yang perlu dilakukan apabila pertama kali memberi wang kepada anak? Bagaimana mendidik anak mengurus dan mengendali wang mereka? Bilakah masa yang sesuai untuk memberi kepercayaan kepada anak memegang dan membuat keputusan terhadap wang sendiri?.Buku ini menerangkan bagaimana memperkenal wang kepada kanak-kanak, merekod sistem elaun, dan belanjawan serta menerangkan konsep pelaburan kepada kanak-kanak. Cara didalam buku ini sesuai di adaptasi oleh semua tahap pendapatan keluarga. Menjadi keluarga yang bijak mengurus wang bagi kanak-kanak adalah permulaaan yang membanggakan dan pelaburan yang menguntungkan. Pendidikan sememangnya bermula dari rumah.

4) Why ‘A’ Students Work for ‘C’ Students

Robert

Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *