Dokumen Lengkap Guru 2015.

fail-persediaan 2015Perkongsian daripada beberapa orang guru yang saya anggap terbaik untuk tahun 2015. Sumber telah dinyatakan dengan sedikit editing berkaitan maklumat peribadi. Bagi guru – guru Pendidikan Asas Vokasional, boleh rujuk catatan lepas saya di bawah untuk muaturun dokumen berkaitan.

Untuk Guru PAV:  https://cikgunas.net/fail-persediaan-mengajar/

Dokumen Lengkap Guru 2015:

 

 

Taklimat Orientasi Kurikulum Standard PAV Tingkatan 3 : 2015.

Taklimat ini telah diadakan di Hotel Permai, Kuala Terenganu dari 19/10/2014 – 21/10/2014.  Ia adalah berkaitan Panduan Pelaksanaan PAV, Standard Kurikulum PAV, Bengkel Penulisan Rancangan Sesi Latihan dan Rancangan Pengajaran.

taklimat pav 2014

Bahan taklimat ini akan dimuatnaik dari semasa ke semasa. Sila rujuk ruangan muaturun untuk mendapatkan bahan berkaitan.

Amali Menservis Kipas Pengudaraan (Ventilation Fan)

Kipas pengudaraan memainkan peranan yang penting dalam kitaran pengudaraan dan penyejukan rumah. Fungsi kipas pengudaraan ialah :

  • Menyahkan bau dari dalam rumah seterusnya meningkatkan kualiti udara di dalam rumah.
  • Mengurang / mengelak lembapan yang boleh merosakkan peralatan dalam rumah melalui pertumbuhan kulat.
  • Mengeluarkan haba panas yang dihasilkan oleh peralatan elektrik atau haba panas dari sinaran cahaya matahari yang terperangkap di dalam rumah.
  • Menyedut udara panas dan bau dari masakan keluar rumah.

Terdapat 3 jenis pemasangan kipas pengudaraan:

  1. Pemasangan di dinding (Wall mount)
  2. Pemasangan di tingkap (Window mount)
  3. Pemasangan di siling (Celling mount)
product_27_1-horz
Jenis – Jenis pemasangan kipas pengudaraan.

Aktiviti memasang, menservis dan membaikpulih kipas pengudaraan adalah sebahagian dari competency unit bagi kursus HVAC Level 2. Dalam amali ini, pelajar melakukan aktiviti menservis kipas pengudaraan yang telah dipasang pada siling.

Spesifikasi Kipas Pengudaraan :

  • Jenama /Model : KDK/25TGQ7
  • Saiz : 10 in / 25cm
  • Kuasa : 29Watt

Langkah – Langkah Menservis:

  • OFF bekalan kuasa ke kipas pengudaraan.
  • Tarik louver dan tahan untuk membuka skru yang terdapat di setiap penjuru kipas pengudaraan.
  • Tanggalkan wayar bekalan kuasa pada kipas pengudaraan dan turunkan keseluruhan unit untuk diservis.
  • Buka louver dengan menekan kekunci spring di kedua – dua belah louver.
  • Tanggalkan bilah kipas dengan memusingkan spinner mengikut arah yang sesuai.
  • Mengeluarkan motor kipas dari rangka badan (frame body).
  • Bersihkan semua komponen yang telah ditanggalkan dengan air kecuali motor dan wayar bekalan kuasa.
  • Keringkan setiap komponen dengan kain yang bersih.
  • Pasang semula komponen tersebut mengikut aturan.

Penerangan bergambar :

buka skru
Membuka 4 skru di pepenjuru kipas pengudaraan.
buka penutup hadapan
Menanggal louver dari rangka badan kipas dengan menekan tempat kekunci spring.
buka bilah kipas
Memusingkan spinner untuk mengeluarkan bilah kipas.
buka motor
Mengeluarkan motor kipas dari rangka badan (frame body).
page
Membersih & mencuci setiap komponen kipas pengudaraan.
bahagian2 kipas
Bahagian – Bahagian Kipas Pengudaraan. 1) Rangka Badan Kipas 2) Bilah Kipas 3) Motor dan Wayar bekalan Kuasa 4) Louver

Bahan Pengajaran Bertulis (WIM)

Bahan Pengajaran Bertulis atau Written Instructional Material  adalah dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pelatih bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

wim
Written Instructional Material

WIM mengandungi 3 jenis kertas iaitu :

  • Kertas Penerangan – Helaian maklumat yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran semasa penyampaian teori.
  • Kertas Kerja – Helaian kerja yang menunjukkan arahan langkah demi langkah yang digunakan untuk membimbing dan memandu pelatih menguasai kemahiran yang ditetapkan.
  • Kertas Tugasan – Helaian tugasan yang mengandungi soalan – soalan latihan untuk pelatih merangsang, menguji kefahaman dan mengaplikasikan pengetahuan berdasarkan prinsip – prinsip teori yang telah dipelajari.

Dokumen Standard Kurikulum

Dokumen Standard Kurikulum

Dokumen Standard Kurikulum (DSK) diperkenalkan bagi menggantikan Sukatan Pelajaran (SP) & Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). DSK mengandungi Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Kriteria Pencapaian (KP). Huraian lanjut berkaitan 3 komponen tersebut adalah seperti berikut:

  • Standard Kandungan – Merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
  • Standard Pembelajaran – Ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
  • Kriteria Pencapaian – Adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan.

Contoh DSK boleh rujuk di ruangan muaturun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...