Bagaimana Menentukan Pemampat Telah Rosak?

Pemampat adalah komponen utama dalam satu unit penyaman udara. Kerosakan kepada pemampat menyebabkan kegagalan dalam kitar penyejukan. Bukan itu sahaja, kos menukar atau mengganti pemampat baru juga sangat tinggi. Ini kerana ia bukan melibatkan penggantian pemampat sahaja tetapi aksesori lain seperti tiub kapilari dan juga pengisian gas bahan pendingin. Kos bagi satu unit pemampat 1HP sahaja adalah sekitar RM420. (Rujuk ebook Alat Ganti Penyaman Udara : Senarai Komponen & Harga untuk mendapatkan senarai harga.

Bagaimana pemampat boleh rosak? Bagaimana menentukan pemampat telah rosak?

Apa sahaja peralatan boleh rosak. Tiada yang boleh digunakan selama-lamanya. Begitu juga pemampat. Apa yang ingin saya terangkan di sini ialah cara atau kaedah menentukan pemampat tersebut telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Pemeriksaan pada pemampat perlu dilakukan terlebih dahulu. Jika pemampat tersebut berdengung (humming) , terlampau bising ataupun terlampau panas, maka langkah baikpulih perlu dimulakan. Jika berdengung dan tidak beroperasi , ia menunjukkan ada masalah untuk Starting. Jika terlampau bising mungkin ia di sebabkan oleh kurang minyak atau rubber mounting telah keras. Jika pemampat terlampau panas maka kaedah baikpulih perlu dibuat mengikut sebab-sebab yang saya huraikan dalam catatan sebelum ini.

Biasanya apabila pemampat tidak berfungsi, komponen yang boleh ditukar ialah kapasitor pemampat dan geganti beban lampau. Jika kedua – dua komponen ini telah ditukar tetapi pemampat masih tidak beroperasi maka ujian rintangan dan ujian tebatan perlu dibuat bagi menentukan pemampat masih elok atau telah rosak.

Antara petunjuk pemampat bermasalah ialah berlaku trip dalam rumah. Selepas penyaman udara dihidupkan dalam 3-5 minit berlaku trip. Ini mungkin disebabkan oleh pemampat kerana unit luar akan mula beroperasi selepas 3-5 minit penyaman udara dihidupkan. Ia salah satu kemungkinan sahaja. Kita perlu periksa terlebih dahulu.

Dalam kes ini cuba hidupkan unit dalam dan unit luar secara berasingan. Hidupkan unit dalam atau luar terus dari soket tetapi secara berasingan dimana tiada penyambungan wayar dari unit dalam ke unit luar. Jadi kita boleh tahu masalah berpunca dari unit dalam atau unit luar. Jika unit luar, maka mulakan langkah pemeriksaan pada unit luar. Jika unit dalam bermaksud trip tadi berpunca dari unit dalam.

main switch
Trip berlaku apabila MCCB off atau ELCB& Suis Utama OFF

Ujian Rintangan.

Ujian ini dilakukan dengan menggunakan meter pelbagai. Uji setiap rintangan terminal pemampat. Jika tiada bacaan atau bacaan sama sahaja bermaksud pemampat telah rosak. Setiap terminal mewakili punca tertentu dan ada bacaan rintangan yang berbeza. Bacaan paling tinggi ialah punca permulaan (Starting), paling rendah punca sepunya (Common) dan punca sederhana adalah larian (Running).

ujian rintangan

Selain itu kita juga boleh uji pemampat jika ia mengalami litar pintas (short circuit). Dengan menggunakan meter pelbagai sentuh probe merah ke terminal pemampat dan probe hitam ke body pemampat atau mana-mana bahagian outdoor. Jika ada bacaan rintangan bermaksud pemampat telah mengalami litar pintas/rosak.

Ujian Tebatan.

Ujian ini dilakukan dengan menggunakan meter tebatan atau Magger Meter. Kita boleh tahu tebatan pemampat masih elok atau tidak berdasarkan nilai tebatan yang diperolehi.

ujian tebatan

Jika bacaan tebatan antara 0MegaOhm  – 0.5 MegaOhm bermaksud tebatan tidak elok. Jika bacaan tebatan 0.5MegaOhm – infinity bermaksud tebatan elok. Rujuk skala MegaOhm (M?) dalam rajah di bawah.

skala meter tebatan
Skala MegaOhm iaitu ukuran untuk tebatan.

Berdasarkan kedua-dua ujian ini, kita akan dapat buat kesimpulan yang betul-betul meyakinkan bahawa pemampat telah rosak. Selain itu kerosakan terminal pemampat juga ada berlaku. Dalam kes ini pemampat juga perlu ditukar baru.

terminal pemampat rosak

Rujukan:

  • https://beesengaircon.wordpress.com/category/air-cond-tips/page/2/
  • https://www.facebook.com/Repairing-Air-conditioner-and-service-As-cool-ent-539894309499934/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email

17 comments on “Bagaimana Menentukan Pemampat Telah Rosak?

  1. compressor saya sekejap start sekejap cut off dan compressor bila pegang panas..saya dah tukar kapasitor dengan overload compressor pun perkara sama juga berlaku…dah buat ujian penebayan antara body dgn terminal C,R dan S..takde short..Penebatan antara terminal compressor CS,CR dan RS pun bacaan macam cikgu ajar ok..saya test compressor direct supply ke indoor
    Tapi bila buat flushing pada tempat sambung gas R22 pipe memang takde keluar apa..minyak ke,angin ke….

    Boleh cikgu bantu saya apa perlu saya buat…mintak tolong sangat sangat…ini email saya mohamadridwan8347@gmail.com

    Bantuan cikgu amat saya hargai sangat sangat

  2. nak tanya aircon saya chigo 2.5hp masalah selalu cut of kalau in lama lama sampai 4 jam baru sejuk, lepas tu cut of balik, baru on nak sejuk dalam 38 second cut of semula, ambil masa lah kalau nak sejuk

  3. Aslmkm cikgunas saya din nk berithu masalah air cond jenis beko 2hp masa buat pemindahan dan tukar cooper pipe baru air cond terus x fungsi panas, tetapi sebelum tu ada buka hp dan lp pipe terus buang gas x tutup valve. Apa masalahnya dah 2 Kali top up gas running sehari je sejuk lepas tu panas balik

    • Salam. Sudah tentu tuan. Selepas pemasangan biarkan unit beroperasi selama 20 minit. Cek parameter tekanan gas, arus larian dan perbezaan suhu intake dan suhu udara keluar. Cek aliran air kondensasi dan pemerhatian visual pada keseluruhan unit.

      Tn blh rujuk ebook prosedur menservis berkaitan perkara ini.

  4. Salam… sy bukan nk komen tpi nk bertanya…
    Sy buat pemasangan sendiri, lepas test ada kebocoran dkt cooper low dan ada cecair terkeluar tapi aircond ttp sejuk..
    Bila saya gantikan sambungan copper, aircon tak sejuk, ais kelihatan pada cooper high dan cooper low tidak sejuk…
    Apa masalahnya dan apa perlu sy buat..
    Mohon bantuan nasihat teknikal dan terima kasih…

Leave a Reply to Azreen Jafaar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *