Hebahan Taklimat PPT Di Pejabat JPK Wilayah Timur.

Dimaklumkan pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Timur akan mengadakan Taklimat PPT (Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu) sekali sebulan iaitu pada hari Selasa pertama setiap bulan bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Wilayah Timur. Taklimat ini memberi pendedahan berkenaan prosedur memperolehi SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) bagi pekerja yang berpengalaman tanpa menjalani latihan formal di Pusat Bertauliah/Institusi Latihan.

Bagi yang berminat, boleh muaturun borang permohonan yang perlu dilengkapisi di bawah:

Butiran Taklimat
Tarikh Taklimat

Muaturun : SURAT JEMPUTAN TAKLIMAT PPT

SHARP Commercial Air-Conditioner Training 2016.

Pada hari Ahad yang lepas saya berkesempatan menghadiri satu latihan yang dianjurkan oleh pihak SHARP ROXY SALES & SERVICES bertempat di Vistana Hotel Kuantan. Sebelum ini saya biasa mengikuti latihan yang di anjurkan oleh Panasanic Malaysia. Secara umumnya kandungan latihan adalah sama dan masa sememangnya sangat terhad untuk memahami keseluruhan latihan.

SHARP Training_Vistana Hotel
SHARP Commercial Air-Conditioner Training 2016-Vistana Hotel Kuantan.

Antara yang menarik kali ini ialah pengenalan penapis udara SHARP (Air Purifier Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher) yang pernah saya catat dalam blog ini, pengenalan R32 untuk menggantikan R410a bermula tahun 2017 dan pengendalian bahan pendingin R410a dalam sistem inverter.

Penapis Udara SHARP (Air Purifier Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher). >>>> rujuk catatan ini.

Pengenalan R32.

R32_new refrigerant
Bahan pendingin ini mula digunakan pada tahun hadapan bagi menggantikan R410a kerana mempunyai sifat yang lebih baik dan lebih mesra alam. Selaras dengan itu pihak Jabatan Alam Sekitar telah mula menganjurkan seminar kepada jurutenik penyaman udara seperti dalam catatan lepas saya. R32 memiliki potensi pemanasan global 3 kali lebih rendah dibanding R410A, dianggap baik untuk alam sekitar dan telah digunakan di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Bahan pendingin ini menggunakan minyak yang sama dengan R410a iaitu dari jenis minyak sintetik. Oleh itu bahan pendingin R32 boleh digunakan 100% dalam penyaman udara yang menggunakan R410a sebelum ini. Pengendalian juga lebih mudah kerana ia bukan campuran seperti R410a.

perbezaan R32,R410a&R22
Perbezaan R32, R410a dan R22.

Pengendalian Bahan Pendingin R410a Dalam Sistem Inverter.
Bahan pendingin yang gunakan pada masa kini samaada dalam sistem inverter atau non inverter. Pengendaliannya berbeza dengan R22, mempunyai tekanan 2 kali lebih tinggi dan menggunakan minyak sintetik. Oleh kerana tekanannya lebih tinggi berbanding R22, ketebalan tiub kuprum juga perlu lebih tinggi iaitu 0.61mm berbanding 0.51mm untuk R22. R410a adalah campuran gas R32 dan R125 dan prosedur masuk gas mestilah dalam dalam keadaan liquid.

Prosedur Pemasangan, Servis & Baikpulih SHARP Inverter.
Satu topik yang panjang dan memerlukan masa dan latihan untuk lebih faham. Pemasangan dan servis sama seperti jenama lain tetapi untuk mengesan error code dan baikpulih berbeza. Tuan puan pembaca boleh muaturun nota yang berkaitan di bawah.

Begitulah serba sedikit perkongsian dari latihan yang telah saya hadiri. Seperti yang saya catat di atas, masa terlalu singkat untuk memahami keseluruhan latihan. Namun jika ada kemusykilan saya sedia membantu. Komen dan pandangan anda amat dihargai.

sijil penyertaan
Sijil Penyertaan
cenderahati
Cenderahati dari pihak SHARP.

Muaturun:

‘Roadshow’ Latihan Juruteknik & Pengurusan Refrigeran R32.

training R32Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menganjurkan ‘Roadshow Technician Training On R32 Refrigerant Management’ yang merupakan salah satu aktiviti di bawah Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan mengenai pengurusan bahan refrigeran, R32 kepada juruteknik yang telah ditauliahkan, kontraktor, industri serta pusat latihan yang mengendalikan kursus penyejukbekuan dan penyamanan udara (RACs). Program ini akan dijalankan sepanjang bulan Ogos 2016 di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti di seluruh Malaysia.

Bengkel ini adalah PERCUMA. Segala perbelanjaan makan dan minum sepanjang bengkel dibawah tanggungan pihak JAS. Jadual dan lokasi program adalah seperti berikut:

  • 2ND AUGUST 2016, SUNGAI PETANI, (PARK AVENUE HOTEL)
  • 4TH AUGUST 2016, IPOH, (KINTA RIVER FRONT HOTEL &  SUITE)
  • 8TH AUGUST 2016, KLANG VALLEY, (SAUJANA RESORT HOTEL)
  • 10TH AUGUST 2016, JOHOR BAHRU, (GRAND BLUE WAVE HOTEL JOHOR BAHRU)
  • 16TH AUGUST 2016, KUCHING, (MERDEKA PALACE HOTEL)
  • 18TH AUGUST 2016, KOTA KINABALU, (PROMENADE HOTEL)

Untuk menyertai pembaca boleh muaturun borang di bawah dan emel semula ke urusetia program seperti butiran di bawah:

Borang penyertaan: Roadshow series enrolment form

Tentatif program: Tentative program roadshow R32 2016_ IPOH

Urusetia program:

Maklumbalas kehadiran hendaklah sampai ke pegawai berkenaan sebelum atau pada 5 OGOS 2016.

Bagaimana Menentukan Pemampat Telah Rosak?

Pemampat adalah komponen utama dalam satu unit penyaman udara. Kerosakan kepada pemampat menyebabkan kegagalan dalam kitar penyejukan. Bukan itu sahaja, kos menukar atau mengganti pemampat baru juga sangat tinggi. Ini kerana ia bukan melibatkan penggantian pemampat sahaja tetapi aksesori lain seperti tiub kapilari dan juga pengisian gas bahan pendingin. Kos bagi satu unit pemampat 1HP sahaja adalah sekitar RM420. (Rujuk ebook Alat Ganti Penyaman Udara : Senarai Komponen & Harga untuk mendapatkan senarai harga.

Bagaimana pemampat boleh rosak? Bagaimana menentukan pemampat telah rosak?

Apa sahaja peralatan boleh rosak. Tiada yang boleh digunakan selama-lamanya. Begitu juga pemampat. Apa yang ingin saya terangkan di sini ialah cara atau kaedah menentukan pemampat tersebut telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Pemeriksaan pada pemampat perlu dilakukan terlebih dahulu. Jika pemampat tersebut berdengung (humming) , terlampau bising ataupun terlampau panas, maka langkah baikpulih perlu dimulakan. Jika berdengung dan tidak beroperasi , ia menunjukkan ada masalah untuk Starting. Jika terlampau bising mungkin ia di sebabkan oleh kurang minyak atau rubber mounting telah keras. Jika pemampat terlampau panas maka kaedah baikpulih perlu dibuat mengikut sebab-sebab yang saya huraikan dalam catatan sebelum ini.

Biasanya apabila pemampat tidak berfungsi, komponen yang boleh ditukar ialah kapasitor pemampat dan geganti beban lampau. Jika kedua – dua komponen ini telah ditukar tetapi pemampat masih tidak beroperasi maka ujian rintangan dan ujian tebatan perlu dibuat bagi menentukan pemampat masih elok atau telah rosak.

Antara petunjuk pemampat bermasalah ialah berlaku trip dalam rumah. Selepas penyaman udara dihidupkan dalam 3-5 minit berlaku trip. Ini mungkin disebabkan oleh pemampat kerana unit luar akan mula beroperasi selepas 3-5 minit penyaman udara dihidupkan. Ia salah satu kemungkinan sahaja. Kita perlu periksa terlebih dahulu.

Dalam kes ini cuba hidupkan unit dalam dan unit luar secara berasingan. Hidupkan unit dalam atau luar terus dari soket tetapi secara berasingan dimana tiada penyambungan wayar dari unit dalam ke unit luar. Jadi kita boleh tahu masalah berpunca dari unit dalam atau unit luar. Jika unit luar, maka mulakan langkah pemeriksaan pada unit luar. Jika unit dalam bermaksud trip tadi berpunca dari unit dalam.

main switch
Trip berlaku apabila MCCB off atau ELCB& Suis Utama OFF

Ujian Rintangan.

Ujian ini dilakukan dengan menggunakan meter pelbagai. Uji setiap rintangan terminal pemampat. Jika tiada bacaan atau bacaan sama sahaja bermaksud pemampat telah rosak. Setiap terminal mewakili punca tertentu dan ada bacaan rintangan yang berbeza. Bacaan paling tinggi ialah punca permulaan (Starting), paling rendah punca sepunya (Common) dan punca sederhana adalah larian (Running).

ujian rintangan

Selain itu kita juga boleh uji pemampat jika ia mengalami litar pintas (short circuit). Dengan menggunakan meter pelbagai sentuh probe merah ke terminal pemampat dan probe hitam ke body pemampat atau mana-mana bahagian outdoor. Jika ada bacaan rintangan bermaksud pemampat telah mengalami litar pintas/rosak.

Ujian Tebatan.

Ujian ini dilakukan dengan menggunakan meter tebatan atau Magger Meter. Kita boleh tahu tebatan pemampat masih elok atau tidak berdasarkan nilai tebatan yang diperolehi.

ujian tebatan

Jika bacaan tebatan antara 0MegaOhm  – 0.5 MegaOhm bermaksud tebatan tidak elok. Jika bacaan tebatan 0.5MegaOhm – infinity bermaksud tebatan elok. Rujuk skala MegaOhm (M?) dalam rajah di bawah.

skala meter tebatan
Skala MegaOhm iaitu ukuran untuk tebatan.

Berdasarkan kedua-dua ujian ini, kita akan dapat buat kesimpulan yang betul-betul meyakinkan bahawa pemampat telah rosak. Selain itu kerosakan terminal pemampat juga ada berlaku. Dalam kes ini pemampat juga perlu ditukar baru.

terminal pemampat rosak

Rujukan:

  • https://beesengaircon.wordpress.com/category/air-cond-tips/page/2/
  • https://www.facebook.com/Repairing-Air-conditioner-and-service-As-cool-ent-539894309499934/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...