Mengira Kapasiti Pendinginan Bilik Guru SMK Bera.

Tugasan ini adalah untuk memberi cadangan bilangan unit penyaman udara yang diperlukan dan kuasa unit penyaman udara tersebut berdasarkan anggaran beban haba yang telah dibuat. Dengan cadangan ini, bilangan unit penyaman udara dengan kuasa yang sesuai dapat dipasang dan memberi keselesaan kepada guru – guru untuk bekerja.

Anggaran Beban Haba

  • Panjang X Lebar X Tinggi = 30m (100ft) X 7.2m (24ft)  X 3m (10ft)
  • Bilangan lampu = 20 (40 Watt/unit)
  • Bilangan kipas = 10 (175Watt/unit)
  • Bilangan orang = 50 orang.

Pengiraan Horse Power (HP)

Saya telah menggunakan perisian di laman web yang dinyatakan berikut untuk membuat pengiraan Horse Power (HP):

Rujukan: https://papamy.panasonic.com.my/support/Horse_Power_Simple.asp

Horse Power yang diperlukan = 19.64HP

1HP = 9000 BTU/jam

19.64HP = 176760 BTU/jam = 180000 BTU/jam (nilai terhampir)

Oleh itu kapasiti pendinginan yang diperlukan ialah 180000 BTU/jam

plan lantai bilik guru
Pelan Lantai Bilik Guru SMK Bera.

Cadangan alat penyaman udara berdasarkan kapasiti pendinginan (jenis/bilangan/kuasa)

Cadangan 1

Jenama : Samsung/Acson/York.

Jenis : Siling (ceiling mounted).

Bilangan: 8 unit.

Kuasa: 24 000 BTU/jam setiap unit atau  2.5HP setiap unit.

V/Ph/Hz: 220V – 240V/single phase/50Hz.

Cadangan 2

Jenama : Samsung/Acson/York.

Jenis : Siling (ceiling mounted).

Bilangan: 5 unit.

Kuasa: 35 000 BTU/jam setiap unit atau  3.5HP setiap unit.

V/Ph/Hz: 220V – 240V/single phase/50Hz.

***cadangan ini tidak termasuk 4 bilik Ketua Bidang. Bagi bilik Ketua Bidang cadangan berikut diberi:

Jenama : Samsung/Acson/York.

Jenis : Lekapan dinding (wall mounted).

Bilangan: 4 unit.

Kuasa: 9000 BTU/jam setiap unit atau  1HP setiap unit.

V/Ph/Hz: 220V – 240V/single phase/50Hz.

acsn ceiling mounted
ACSON Ceiling Mounted
BTU

Lampiran

  • Lampiran A : Plan Lantai Bilik Guru SMK Bera.
  • Lampiran B : Lokasi Pemasangan Unit Penyaman Udara (Cadangan 1)
  • Lampiran C : Lokasi Pemasangan Unit Penyaman Udara (Cadangan 2)
  • ACSON Ceiling Mounted

Rujuk ruangan Muaturun untuk mendapatkan plan pemasangan unit penyaman  udara yang lebih jelas.

Amali Menservis Kipas Pengudaraan (Ventilation Fan)

Kipas pengudaraan memainkan peranan yang penting dalam kitaran pengudaraan dan penyejukan rumah. Fungsi kipas pengudaraan ialah :

  • Menyahkan bau dari dalam rumah seterusnya meningkatkan kualiti udara di dalam rumah.
  • Mengurang / mengelak lembapan yang boleh merosakkan peralatan dalam rumah melalui pertumbuhan kulat.
  • Mengeluarkan haba panas yang dihasilkan oleh peralatan elektrik atau haba panas dari sinaran cahaya matahari yang terperangkap di dalam rumah.
  • Menyedut udara panas dan bau dari masakan keluar rumah.

Terdapat 3 jenis pemasangan kipas pengudaraan:

  1. Pemasangan di dinding (Wall mount)
  2. Pemasangan di tingkap (Window mount)
  3. Pemasangan di siling (Celling mount)
product_27_1-horz
Jenis – Jenis pemasangan kipas pengudaraan.

Aktiviti memasang, menservis dan membaikpulih kipas pengudaraan adalah sebahagian dari competency unit bagi kursus HVAC Level 2. Dalam amali ini, pelajar melakukan aktiviti menservis kipas pengudaraan yang telah dipasang pada siling.

Spesifikasi Kipas Pengudaraan :

  • Jenama /Model : KDK/25TGQ7
  • Saiz : 10 in / 25cm
  • Kuasa : 29Watt

Langkah – Langkah Menservis:

  • OFF bekalan kuasa ke kipas pengudaraan.
  • Tarik louver dan tahan untuk membuka skru yang terdapat di setiap penjuru kipas pengudaraan.
  • Tanggalkan wayar bekalan kuasa pada kipas pengudaraan dan turunkan keseluruhan unit untuk diservis.
  • Buka louver dengan menekan kekunci spring di kedua – dua belah louver.
  • Tanggalkan bilah kipas dengan memusingkan spinner mengikut arah yang sesuai.
  • Mengeluarkan motor kipas dari rangka badan (frame body).
  • Bersihkan semua komponen yang telah ditanggalkan dengan air kecuali motor dan wayar bekalan kuasa.
  • Keringkan setiap komponen dengan kain yang bersih.
  • Pasang semula komponen tersebut mengikut aturan.

Penerangan bergambar :

buka skru
Membuka 4 skru di pepenjuru kipas pengudaraan.
buka penutup hadapan
Menanggal louver dari rangka badan kipas dengan menekan tempat kekunci spring.
buka bilah kipas
Memusingkan spinner untuk mengeluarkan bilah kipas.
buka motor
Mengeluarkan motor kipas dari rangka badan (frame body).
page
Membersih & mencuci setiap komponen kipas pengudaraan.
bahagian2 kipas
Bahagian – Bahagian Kipas Pengudaraan. 1) Rangka Badan Kipas 2) Bilah Kipas 3) Motor dan Wayar bekalan Kuasa 4) Louver

Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) – PIND & PAJAR

Direktori ini merupakan satu kumpulan data yang terdiri daripada Pakar Industri dan Pakar Pengajar. Ia bertujuan mendaftar dan memperakukan individu (personel) yang berpengalaman luas dan berkemahiran dalam sektor industri mengikut kriteria tertentu. Pakar Industri Negara terbahagi kepada 2 iaitu Pakar Industri atau PIND yang bermaksud pekerja industri yang mahir, berpengalaman dan pengamal (practioner) dalam industri berkaitan. Pakar Pengajar (PAJAR) pula adalah pengajar mahir yang berpengalaman dalam sesuatu program kemahiran. Kriteria umum kedua – dua pakar ini ialah Warganegara Malaysia / PR Malaysia dan pengalaman kerja/mengajar minima 10 tahun.

Direktori Pakar Industri Negara

Bagi kategori PAJAR kriteria / syarat tambahan adalah seperti rajah berikut.

Untuk lebih memahami Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) ini pembaca boleh download slide powerpoint di laman web CIAST. Saya ada menghantar borang permohonan sebagai PAJAR kira – kira 2 minggu lepas. Maklumat awal yang saya perolehi berkaitan keputusan permohonan ini adalah dalam tempoh sebulan dan makluman secara bertulis akan diberi samaada berjaya atau tidak.

Contoh Borang Permohonan PAJAR

Langkah – langkah permohonan:

  • Download borang permohonan. manual_form_dpinv3
  • Lengkapkan semua maklumat beserta salinan sijil berkaitan yang disahkan.
  • Hantar borang permohonan ke:

Unit Pentauliahan Personel & Pakar (UPPP)

Program Kelayakan Kekompetenan (PKK)

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Peti Surat 7012 ,

Jalan Petani 19/1, Seksyen 19,

40900, Shah Alam,Selangor .

Tel : 03-5543 8200

Permohonan saya telah pun berjaya dan menerima Surat Perakuan Pakar Pengajar (PAJAR) seperti di bawah.

daftar PAJAR

Malaysian Air – Conditioning & Refrigeration Association (MACRA).

macra

objektif MACRA
Objektif MACRA

MACRA (Malaysian Air – Conditioning & Refrigeration Association) atau Persatuan Penyejukan dan Penyaman Udara Malaysia merupakan satu organisasi yang ditubuhkan atas beberapa objektif seperti di atas. Kategori ahli MACRA terbahagi kepada 2 iaitu Corporate Members & Individual Member. Untuk menjadi ahli MACRA ikuti langkah – langkah berikut :

  • Muaturun MACRA MEMBERSHIP FORM (2014)
  • Isi dan penuhkan ruangan berkenaan dan emel ke enquiry@macra.org.my (up : Ms Ann Lo)
  • Bayaran dikenakan sebanyak RM100 iaitu untuk yuran penyertaan (RM50) dan yuran tahunan (RM50).
  • Bayaran dibuat selepas pengesahan keahlian dan anda akan menerima invoice untuk tujuan pembayaran.
invoice
Contoh Invoice

Anda akan mendapat sijil keahlian MACRA selepas pengesahan pembayaran. Sijil akan dipos ke alamat yang diberi dalam masa seminggu.

Saya baru sahaja menerima sijil keahlian sebagai Individual Member.

MACRA Certificate
Sijil Keahlian MACRA

Kelebihan menjadi Ahli MACRA.

Buat masa ini saya ada menerima jemputan menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pihak MACRA. Tempat adalah terhad dan kelebihan kepada ahli kerana mendapat maklumat lebih cepat. Lain – lain kelebihan akan saya kemaskini dari semasa ke semasa.

Menservis Unit Pisah Jenis Siling.

Sekitar aktiviti menservis unit pisah jenis siling yang dilakukan oleh pelajar 2PAV. Antara kerja yang dilakukan dalam aktiviti ini ialah:

  • Membersih dan mencuci penapis udara.
  • Membersih blower unit dalam.
  • Mencuci pemeluwap dan penyejat menggunakan chemical.
  • Membuat pump down untuk menurunkan unit.
  • Memeriksa dan menambah bahan pendingin.
  • Mendapatkan bacaan arus dan suhu unit.

 Berikut sebahagian aktiviti dan penerangan bergambar:

habuk pada penapis udara
Penapis Udara yang dipenuhi habuk.

 

unit(sebelum servis)
Keadaan unit dalam sebelum diservis.

 

Keadaan selongsong blower & penyejat yang kotor.

 

bersih penapis udara
Membersih penapis udara dengan air.
bersih blower
Mencuci blower dengan air.
???????????????????????????????
Menyembur penyejat dengan bahan kimia.
Keadaan unit dalam selepas dibersih.

 

Menyembur sirip pemeluwap dengan bahan kimia.

water pump outdoor
Mencuci pemeluwap dengan water jet.

Untuk gambar pelajar bagi aktiviti ini rujuk ALBUM 2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...