Amali Menservis Kipas Pengudaraan (Ventilation Fan)

Kipas pengudaraan memainkan peranan yang penting dalam kitaran pengudaraan dan penyejukan rumah. Fungsi kipas pengudaraan ialah :

  • Menyahkan bau dari dalam rumah seterusnya meningkatkan kualiti udara di dalam rumah.
  • Mengurang / mengelak lembapan yang boleh merosakkan peralatan dalam rumah melalui pertumbuhan kulat.
  • Mengeluarkan haba panas yang dihasilkan oleh peralatan elektrik atau haba panas dari sinaran cahaya matahari yang terperangkap di dalam rumah.
  • Menyedut udara panas dan bau dari masakan keluar rumah.

Terdapat 3 jenis pemasangan kipas pengudaraan:

  1. Pemasangan di dinding (Wall mount)
  2. Pemasangan di tingkap (Window mount)
  3. Pemasangan di siling (Celling mount)
product_27_1-horz
Jenis – Jenis pemasangan kipas pengudaraan.

Aktiviti memasang, menservis dan membaikpulih kipas pengudaraan adalah sebahagian dari competency unit bagi kursus HVAC Level 2. Dalam amali ini, pelajar melakukan aktiviti menservis kipas pengudaraan yang telah dipasang pada siling.

Spesifikasi Kipas Pengudaraan :

  • Jenama /Model : KDK/25TGQ7
  • Saiz : 10 in / 25cm
  • Kuasa : 29Watt

Langkah – Langkah Menservis:

  • OFF bekalan kuasa ke kipas pengudaraan.
  • Tarik louver dan tahan untuk membuka skru yang terdapat di setiap penjuru kipas pengudaraan.
  • Tanggalkan wayar bekalan kuasa pada kipas pengudaraan dan turunkan keseluruhan unit untuk diservis.
  • Buka louver dengan menekan kekunci spring di kedua – dua belah louver.
  • Tanggalkan bilah kipas dengan memusingkan spinner mengikut arah yang sesuai.
  • Mengeluarkan motor kipas dari rangka badan (frame body).
  • Bersihkan semua komponen yang telah ditanggalkan dengan air kecuali motor dan wayar bekalan kuasa.
  • Keringkan setiap komponen dengan kain yang bersih.
  • Pasang semula komponen tersebut mengikut aturan.

Penerangan bergambar :

buka skru
Membuka 4 skru di pepenjuru kipas pengudaraan.
buka penutup hadapan
Menanggal louver dari rangka badan kipas dengan menekan tempat kekunci spring.
buka bilah kipas
Memusingkan spinner untuk mengeluarkan bilah kipas.
buka motor
Mengeluarkan motor kipas dari rangka badan (frame body).
page
Membersih & mencuci setiap komponen kipas pengudaraan.
bahagian2 kipas
Bahagian – Bahagian Kipas Pengudaraan. 1) Rangka Badan Kipas 2) Bilah Kipas 3) Motor dan Wayar bekalan Kuasa 4) Louver
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email

10 comments on “Amali Menservis Kipas Pengudaraan (Ventilation Fan)

Leave a Reply to mohamad noor haiqal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *