Kipas pengudaraan memainkan peranan yang penting dalam kitaran pengudaraan dan penyejukan rumah. Fungsi kipas pengudaraan ialah :
- Menyahkan bau dari dalam rumah seterusnya meningkatkan kualiti udara di dalam rumah.
- Mengurang / mengelak lembapan yang boleh merosakkan peralatan dalam rumah melalui pertumbuhan kulat.
- Mengeluarkan haba panas yang dihasilkan oleh peralatan elektrik atau haba panas dari sinaran cahaya matahari yang terperangkap di dalam rumah.
- Menyedut udara panas dan bau dari masakan keluar rumah.
Terdapat 3 jenis pemasangan kipas pengudaraan:
- Pemasangan di dinding (Wall mount)
- Pemasangan di tingkap (Window mount)
- Pemasangan di siling (Celling mount)

Aktiviti memasang, menservis dan membaikpulih kipas pengudaraan adalah sebahagian dari competency unit bagi kursus HVAC Level 2. Dalam amali ini, pelajar melakukan aktiviti menservis kipas pengudaraan yang telah dipasang pada siling.
Spesifikasi Kipas Pengudaraan :
- Jenama /Model : KDK/25TGQ7
- Saiz : 10 in / 25cm
- Kuasa : 29Watt
Langkah – Langkah Menservis:
- OFF bekalan kuasa ke kipas pengudaraan.
- Tarik louver dan tahan untuk membuka skru yang terdapat di setiap penjuru kipas pengudaraan.
- Tanggalkan wayar bekalan kuasa pada kipas pengudaraan dan turunkan keseluruhan unit untuk diservis.
- Buka louver dengan menekan kekunci spring di kedua – dua belah louver.
- Tanggalkan bilah kipas dengan memusingkan spinner mengikut arah yang sesuai.
- Mengeluarkan motor kipas dari rangka badan (frame body).
- Bersihkan semua komponen yang telah ditanggalkan dengan air kecuali motor dan wayar bekalan kuasa.
- Keringkan setiap komponen dengan kain yang bersih.
- Pasang semula komponen tersebut mengikut aturan.
Penerangan bergambar :







Langkah mudah untuk memasang kipas pengudaraan
kerosakan yang biasa berlaku pada kipas pengudaraan?
Jarang rosak cuma perlu kerap diservis terutama jika di pasang didapur.
Cara cara pemasangan kipas udara hvac mcm mna ye.. Bg tiga pun ok
rujuk manual.
Clear
langkah memasang kipas pengudaraan ada x
Semua ada.
boleh bagi litar kipas pengudaraan tuh x ?
Boleh rujuk gambar dibawah:
