Adakah anda pernah mengalami situasi seperti ini? Mengikut komen yang di utarakan kepada saya dalam ruangan Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara, lebih 60% mengemukakan masalah ini. Selepas setengah jam atau satu jam pemampat berhenti beroperasi dan bilik tidak lagi sejuk. Hanya angin saja yang terasa di dalam bilik!!…Jangan keliru dengan situasi pemampat berhenti seketika apabila telah mencapai suhu yang di ‘set’kan. Ia adalah normal dan pemampat akan kembali beroperasi apabila suhu bilik naik.
Situasi yang akan saya terangkan ini ialah pemampat berhenti dan mengambil masa yang lama untuk beroperasi semula atau terus tak beroperasi. Kesannya memang bilik tak akan sejuk dan anda mulalah berasa tidak selesa. Samaada kipas luar berfungsi atau tidak kesannya tetap sama kerana apabila pemampat berhenti beroperasi kitar penyejukan tidak lagi berlaku.
Apakah punca kepada masalah ini?
Pemampat berhenti beroperasi apabila ia panas dan suhu unit luar mencecah 112ºC. Apabila panas geganti beban lampau atau overload protector akan memutuskan litar dan menghalang pemampat dari terus beroperasi. Ia sebenarnya melindungi pemampat daripada rosak, dan akan kembali beroperasi apabila pemampat sejuk.
Berikut adalah 7 sebab pemampat berhenti beroperasi apabila panas. Anda akan dapati lampu timer pada unit dalam berkelip – kelip (blinking).
1) Gas kurang.
Gas kurang menjadi beban kepada pemampat untuk beroperasi. Dalam suatu kitar penyejukan kuantiti gas yang diperlukan telah ditetapkan seperti dalam manual. Apabila pemasangan unit luar jauh (melebihi 15m) kuantiti gas perlu di tambah supaya gas yang masuk untuk di mampatkan cukup bagi menjalankan kitar penyejukan. Apabila kurang bermakna pemampat bekerja dalam situasi terbeban . Ambil contoh tayar sebuah kereta yang bergerak dengan angin yang kurang. Kereta tetap akan bergerak tetapi beban yang ditampung oleh tayar yang kurang angin tersebut lebih berbanding tayar yang lain. Lama – kelamaan ketahanan tayar tersebut juga akan berkurang atau dalam erti kata lain rosak. Begitu juga dengan pemampat tadi.
Gas kurang juga mungkin berpunca dari bocor. Jadi pemeriksaan kebocoran juga perlu dilakukan sebelum menambah gas. Walaupun kecil ia tetap akan memberi kesan kepada kuantiti gas dalam sistem.
2. Gas lebih.
Situasi ini juga boleh menyebabkan pemampat berhenti beroperasi. Apabila gas lebih bermakna pemampat beroperasi memampatkan gas lebih dari kemampuan. Setiap pemampat mempunyai motor pemampat dengan kemampuan tertentu untuk memampat dan mengalirkan gas. Apabila gas lebih pemampat akan beroperasi lebih dari kemampuan dan dalam situasi ini menggunakan lebih arus elektrik untuk bekerja. Lama – kelamaan akan menjadi panas dan berhenti beroperasi.
Dalam kedua – dua kes di atas seorang juruteknik akan memeriksa tekanan gas dan arus larian (running ampere) unit bagi memastikan unit cukup bahan pendingin.
3. Kipas luar perlahan.
Kipas luar berfungsi membantu membebaskan haba keluar. Haba dari dalam bilik dan proses kondensasi yang berlaku pada gas bahan pendingin. Apabila kipas tidak berfungsi atau perlahan , ia memberi kesan kepada kadar pembebasan haba. Jika suhu terlalu tinggi sehingga mencapai 112ºC pemampat akan berhenti beroperasi. Kepanasan yang tinggi menyebabkan pemampat berfungsi dalam keadaan high amp (arus tinggi).
Pusingan kipas luar juga kena betul. Angin perlu dihembuskan keluar dan bukan ke dalam. Sila pastikan sudut bilah kipas adalah betul bagi mengelakkan ia terbalik. Pastikan juga tiada halangan pada unit luar. Angin yang dihembuskan keluar oleh kipas perlu dibebaskan sejauhnya. Jika ada halangan di hadapan unit luar , angin panas akan berkumpul dan ini akan memberi kesan pemanasan kepada pemampat.
4. Indoor sensor rosak.
Indoor sensor terbahagi kepada 2 iaitu room sensor dan pressure sensor. Room sensor digunakan untuk mengesan suhu bilik dan pressure sensor mengesan tekanan gas. Kedua – dua sensor ini berada pada unit dalam yang akan menghantar signal kepada pemampat untuk berhenti (cut off). Pressure sensor akan menghantar signal kepada pemampat untuk berhenti apabila tekanan gas kurang atau lebih. Jika sensor ini rosak pemampat tidak dapat berhenti pada mulanya tetapi akhirnya akan berhenti di sebabkan panas.
Kedua – dua sensor ini boleh diuji dengan menggunakan meter pelbagai. Julat bacaan yang elok bagi kedua – dua sensor adalah seperti dalam rajah di bawah.
5. Pemeluwap kotor
Apabila pemeluwap kotor, haba dari proses kondensasi juga akan terhalang daripada di bebaskan. Habuk yang penuh pada sirip – sirip pemeluwap menyebabkan haba tidak dapat dibebaskan dan suhu unit luar akan meningkat. Pemampat akan jadi panas dan sampai satu tahap akan berhenti beroperasi.
6. Geganti beban lampau terlalu sensitif.
Komponen ini berfungsi seperti yang diterangkan di atas . Apabila ia terlalu sensitif, litar akan kerap terputus dan pemampat akan berhenti beroperasi. Komponen ini boleh diuji menggunakan meter pelbagai atau ditukar terus kerana harganya tidaklah mahal.
7. Pendawaian.
Satu aspek yang sangat penting tetapi selalu diambil mudah. Pendawaian mesti mengikut spesifikasi dan aturan seperti dalam manual. Ada kes sambungan dari indoor ke outdoor menggunakan connector dan wiring tape. Ini adalah cara sambungan yang tidak selamat. Keadaan ini boleh menyebabkan wayar panas dan memaksa pemampat bekerja dalam arus tinggi (high amp) . Begitu juga bekalan yang di ambil dari penyambungan soket ke soket. Ia adalah tidak dibenarkan. Pemampat yang bekerja dalam high amp akan menjadi panas dan akan berhenti beroperasi.
>>>>>Panduan Pendawaian Elektrik Rumah<<<<<<
Sekian catatan untuk kali ini. Pandangan dan perkongsian pendapat amat dialukan. Anggaran harga bagi komponen tertentu boleh di rujuk dalam ebook alat ganti.
Sumber gambar :
- Google Image.
- WhatsApp Pic.
- Manual YORK.
- FB Megaqualityenterprise
Apakah masalah pemampat tidak running ,lampu led blinking di indoor unit .Daikin inverter 410a
Tn dapatkan error code dahulu. Boleh rujuk dalam manual.
Salam cikgu sy nk Tanya aircon rumah sy compressor dia tk cut off walau pun kita buat 27 °C apa punca dia yea…. Capacitor rosak atau sensor pada compressor atau sebalinya tq
Wassalam. Bukan masalah kapasitor. Mungkin bilik belum mencapai suhu yang di set pada remote ataupun masalah pada room sensor.
Assalamualaikum tuan,,Saya pakai aircond jenis daikin 1hp..masalah kipas terhenti dan angin je yg rasa..apa punca dan berapa kos untuk diperbaiki…Terima kasih..
Waalaikumussalam. Cek semua perkara dalam catatan diatas. Banyak kemungkinannya.
Salam Cikgu,
Nak tanya kemuskilan tentang compressor. Conpressor cuma running 2-3 saat, lepas tu berhenti. Tunggu 2-3 minit, lepas tu conpressor running semula tapi masih 2-3 saat sahaja. Tukar running capacitor..masih jadi jugak. Ada kebarangkalian compressor rosak? Nak cek tekanan gas pun x dapat sebab compressor tak jalan lama.
Wassalam. Boleh uji tebatan compressor tersebut. Rujuk CATATAN DISINI.
Askm..nk tny knp time on aircond índor jln tpi xhntr api kt outdoor..ap yg rosak ya
sya juga mengalami masalah yg sama..da test guna test pen,unit outdoor xde current..apa masalah ye..sbb indoor ok..xde masalah…
Cek pendawaian indoor ke outdoor. Boleh juga cuba hidupkan outdoor sahaja direct dari soket 15A. Lihat samaada kipas dan pemampat berfungsi atau tidak. Jika elok masalah ini berpunca dari pendawaian indoor ke outdoor ataupun IC Board rosak.
Salam tuan, mohon pandangan ye.. sblm ni aircond saya jd kurang sejuk.. bula tecnician dtg katanya gas kurang.. so dia topup.. selang 2 hari tgh run aircond tiba2 mati tp lampu run hidup dan lampu timer berkelip.. bila on balik guna remote run mcm biasa.. dlm 1 jam stop balik.dan begitu la seterusnya.. agak2 apa punca?
Technician dah buat major servis, topup gas, tukar kapasitor kompressor, tukar sensor..
Waalaikumussalam. Mungkin masalah compressor. Cuba uji tebatan compressor. Rujuk CATATAN INI.
Assalamualaikum tuan,york 1.5 hp,dh servis semua,tp compressor kdg hidup kdg jalan,
1. Apakah punca nya ya
2. Jikalau panggil org utk tgk kan,apa yg perlu kita katakan,adakah ckp perlu check wiring atau apakah yg sesuai utk kita beritahu?
Terima kasih tuan
Waalaikumussalam. Mungkin compressor dah tak berapa elok. Boleh uji tebatan compressor tersebut. Rujuk SINI.
Waalaikumussalam. Mungkin compressor dah tak berapa elok. Boleh uji tebatan compressor tersebut. Rujuk SINI.
Assalammualaikum tuan.. sy nak tanya beberapa soalan pada tuan.. sy baru beli aircond jenama gree. Lepas pasang 2,3 hari aircond sejuk dan ok. Lepas tu sy off kan sehari aircond di sebabkan sy dan family sy bercuti ke kampung. Balik dari bercuti sy on kan aircond. Tapi x sejuk. Pipe copper liquid berais.. apa punca masalah air sy yer tuan.. adakah ada leaking dan kekurangan gas sudah.?
Waalaikumussalam. Ya boleh jadi masalah tu. Mungkin ada bocor kecil dan gas semakin kurang. Kena cek tekanna gas dahulu.
Salam tuan…saya ada pertanyaan
aircond baru dipasang jenama haier 1.5hp dipasang di ruang tamu
saya set kan suhu 16…tapi kurang rasa sejuknya
cek ampere and gas pressure normal…compressor dan kipas semua running normal
apa lagi yang saya bole check ya
Waalaikumussalam. Berapa keluasan ruang tamu tersebut?
assalamualaikum tuan…
sy baru saja pasang aircond brand panasonic..bila on aircond dalam sejam kipas outdoor akan berhenti..dan aircond akan rasa angin sahaja…boleh tahu ape sebabnya?
Salam..saya nk tanya kenapa outdoor unit (compressor) tidak berhenti walaupun indoor telah dimatikan (Remote OFF). Saya terpaksa matikan suis utama untuk stop outdoor. Apabila suis dihidupkan outdoor terus beroperasi walaupun indoor masih belum dihidupkan. Sebelum ini saya boleh mematikan keseluruhan aircond hanya dengan menggunakan remote tetapi sejak akhir2 ini hanya indoor sahaja yang dapat dimatikan menggunakan remote..untuk outdoor perlu menggunakan suis utama. Mohon pencerahan.. terima kasih..
Waalaikumussalam. Besar kemungkinan unit telah dibypass. Bekalan kuasa terus ke outdoor.
Salam cikgu kes sy sama dgn dia mcm mana boleh jadi by pass sedangkn kita tk der panggil technical lagi.. Apakah punca kerosakkn tuu tq
Sy pakai aircon daikin 1.5 biasa.. mula on aircon sejuk..lepas stengah jam aircon jadi panas.cek outdoor compressor tidak hidup cuma kipas je pusing slow..adakah itu dsebabkan capasitor..
Kena buat pemeriksaan. Mungkin tu salah satu punca juga dan semua perkara dalam catatan di atas kena chenck juga.
Salam cikgu, aircond bilik saya sejuk tiada masalah. On pada 25 darjah celcius, masalahnya compresor outdoor tak berhenti2 / tak cut off. Saya guna mitsubihi 1hp
Wassalam. Compressor tak berhenti sebab belum capai suhu yang disetkan. Jika berterusan juga mungkin unit telah di bypass.
Assalamualaikum.Cikgu,unit indoor off sendiri bila on dalam 15 minit ke 30 minit.Tekan button reset on semula jalan seperti biasa,kemudia masalah yang sama berulang.
Apa masalahnya?Technician pening nak sattle masalah ni.
Terima kasih.
Waalaikumussalam. Adakah semua perkara di atas telah diperiksa?
assalam tuan..aircond saya..sejuk je..tapi saya tengah tido..tiba2 blower tukar kepada blow yg lebih tggi gear nya…saya cuba off kan aircond..tp blower tros jalan..saya terpaksa mati kan suiz utama..bru la blower dia off..apa masalah nya tu..1st time kena
Wassalam. Mungkin tn setting remote ke mode auto?
Assalammualaikum..nak tanya, klu wiring aircond kt rumah dh siap utk 3pcs wire, tapi beli aircond inverter perlukan 4pcs wire tmbhan utk inverter wire..jadi klu wire earth indoor kita connect indoor, yg indoor to outdoor kita tapping kt copper, boleh ke?sebab nk tambah wire kena bukak ceiling and some hacking..thanks
Waalaikumussalam. Boleh tapi itu bukan cara yang betul.
Aircond saya compressor akan on off waktu malam aje…saya cek ohm pada room sensor dan cooper sensor..bacaan pada cooper sensor hanya 14300ohm …..adakah masalah tersebut kerana cooper sensor tersebut..room sensor bacaannya mmg ok..masih didalam julat
Nak tanya aircond saya LG 1hp. Malam malam setiap 30min dia akan off sendiri. Kena on balik. 2-3 kali juga jadi setiap malam, biasa kali ke 4 akan ok sampai pagi on. Tapi kalau siang takde masalah off sendiri ni. Apa masalah aircond ni. Terima kasih.
OFF sendiri mcm mana. Semua indoor dan outdoor OFF atau outdoor saja OFF. Masalah pelik2 ni cuba tn buat full service indoor dan outdoor. Buat juga testing and commissioning pada unit.
assalamualaikum cikguNas.. saya bru pasang aircond sharp 1hp baru bulan lps. sesekali aircond ada masalah, kurang sejuk, dan tidak mencapai pada tahap yg sepatutnye.. apabila berlaku masalah trsebut, kompresor akan mengeluarkn bunyi getaran yg bole dengar dari dalam..
untk masalah ini saya akn off aircond lebih kurang 15min dan hidupkan semula baru lah aircond beroperasi seperti biasa.. getaran hilang, bilik pon kembali sejuk..
masalah nie sudah bnyk kali berulang.. apabila sy panggil technician masalah trsebut tidak menunjukn apa2 gejala.. dan meraka kata aircond tiada masalah..
dlm isu ini ape masalah dan ape prlu sy lakukan ye cikgu.. adakah aircond ada mengalami tanda2 kerosakan @ kesilapan pemasangan…
##aircond sy set mood cool & suhu 16c*
Wassalam. Panggil yang pasang cek kebocoran dan tekanan gas. Kalau ikut pengalaman aircond baru suhu 25°C pun dah ok sejuk.
Saya pun terkena mcm ni jugak . Ape problem ya
Assalamualaikum cikgu….nak tanya,outdoor unit berlubang dibelakang jenama LG apakah kesannya terhadap untit tersebut….
Wassalam. Banyak komponen outdoor. Saya tak jelas komponen apa yang berlubang.
salam.. tumpang tnya.. outdoor jalan tapii bahagian indoor tak sejuk rasa dingin .. pipe cooper suam tk sejuk.. check gas masih ada
Wassalam. Mungkin :
a) blower slow sbb motor dah lemah.
b) blower kotor.
c) cooling coil kotor.
Salam….nk tnya aircong bila on angin kluar kjp shj dlm 4-5 second lps tu off.bila mita off aircond dan on balik, aircond xhidup.lampu huhau tu pn xnyala.keesokankan pn bila kita on dia kluar angin kjp trs mati.kenapa yer
Assalamualaikum..aircond saya kompressor akan on off pada waktu malam sahaja..ia akan off walau belum dapat sejuk yg dikehendaki..dalam beberapa minit on semula..begitu seterusnya..oada waktu siang..ia beroperasi sepwrti biasa…saya sudah cek ohm pada intake sensor dan cooper sensor…saya dapat 14700ohm pada cooper..manakala room sensor masih dalam julat..adakah kerana cooper sensor tersebut
Wassalam tn. Benda ni mudah dah capai suhu yang di setkan compressor cut off. Itu sahaja. Kalau tak nak compressor OFF set suhu 16C atau boleh panggil juruteknik untuk cek.
Saya faham konsep aircond ni tuan dan saya juga pernah bekerja membaiki aircond…saya tahu cara masukkan gas,tahu cara nak tgk kapasiti gas,tahu cara pasang aircond yg baru…cuma saya tidak merasa pakar dalam bab air cond ni.masih banyak yg perlu saya belajar….berkenaan masalah aircond saya ni..bila set pada suhu 16 pun..tetap akan on off kompressornyA sedangkan belum sejuk..sebelum ni tidak pula begitu..untuk makluman tuab,saya dah beli sensor…dan baru je tukar…belum tahu ok ke tak..setakay ni ok jelah ..nak tunggu malam plak nak tengok camana….apa pun terima kasih banyak² pada tuan kerana sudi jawab soalan ni
Salam sy nk tnya tentang aircond 5 hp. Compressor dia jd panas. Pastu dah isi gas tp mcm x jalan gas dia. Abg ada diagram tak pendawai outdoor jenos acson
Assalamualaikum cikgu.. tumpang tanya, ac jnis inverter jnama LG 2hp, bru lg.. tpi msalah dia outdoor pndai mati sendiri.. msa amp dia tgh naik blum smpai amp yg sptut nya, dia brenti ttiba.. slalu kna msalah cmni.. mohon pncerahan cikgu.. dari mana nak mula cek..
Assalamualaikum cikgunas. Aircond 5hp r22 on compressor dalam 10 cut sebab overheat. paip liquid dan suction rasa suam je. Apa punca2 dia ye cikgu ? Filter dryer dah tukar, amp compressor okay
Salam cikgu . Kenapa lepas service aircond . Coil indoor sejuk di bahagian atas sahaja . Bawah tak sejuk .. kenapa ya . Saya dh vaccum semua tapi masih tak sejuk bhgian bawah coil indoor . Maksud saya sejuk dibahagian atas sahaja
Sy pon hadapi Masalah yg sama…masih mencari jawapan
Motor Compressor 1.5 murah2 ada jual
Whatsapp sy 0163445965
salam cikgu.. nk tanye ape masalah kipas n compressor outdoor xbfungsi n arus elektrik tiada.. ttp blower indoor hidup… mohon pencerahan
Wassalam. Tuan cuba buat direct dari soket ke outdoor. Jika kipas dan compressor jalan bermakna masalah pada indoor. Pada indoor ni biasanya masalah IC Board tapi perlu cek dahulu. Kenalpasti dahulu masalah tu pada indoor atau indoor.
Ade tak apa2 kesan buruk utk jangka masa lama atau pendek sekiranya kita menggunakan indoor unit 1.5hp dan outdoor unit 1hp. Kedua2nya Noninverter r410a .trm ksh tuan.
Hi sifu, aircond Saya coil paip macam sumbat, coil rasa sejuk sebelah saja. Ada bunyi gas shhhh bila compressor pump gas. Tak sejuk. Selalu lampu bekelip. Kadang kadang beku ais. Compressor behenti. Sudah panggil technical check.. service, Tak boleh selesai juga.
Hi. Masalah ni kena buat flushing dengan nitrogen indoor dan outdoor. Kalau sumbat di tiub kapilari perlu tukar baru untuk selesaikan masalah.
Salam, kipas out door masih x berjalan walaupun dah tukar motornya, apakah langkah2 pemeriksaan yang kena buat, terima kasih
Wassalam. Cuba tukar kapasitor kipas.
Kompressor aircond rumah 5hp casset menggunakan contactor tidak berfungsi,contactor tidak contack apa masalah ya tuan,
Cuba reset contactor tersebut.
Salam.
Aircond bilik x sejuk bila on guna remote tapi bila off main switch then on balik pastu on guna remote baru sejuk.kenapa ya?
Kompresor tak berhenti ape puncanya ye.
Off remote ok tapi compressor x off..Bila off master suis mcm ada error dkt led temp..
Salam. Air cond saya belum sejuk tahap saya set lagi compressor dah off. Saya baru lepas cuci semua. Tapi still sama juga. Kenapa ye?
Salam..nk ty..compressor ac tak jalan..br kapasitor..kipas jalan tp com tak jalan..daikin
ASSALAM TUAN..AIR COND BILIK SAYA..LEBIH KURANG 40 M MCM TU BERHENTI..BILA ON BALIK LAMPU TIMER BERKELIP2..40 M LPS TU MATI SMULA..ADAKAH IA ADA CIRI2 YG DI SEBUT DI ATS?
aircond jenis haier tiba2 tidak hidup. Plug ada current.
Salam tuan, minta tolong pendapat tuan tentang suis aircond yg terasa panas hingga tak boleh dipegang bila aircond di hidupkan. Aircond samsung non inverter 1.5hp. Dan jika kena tukar wayar baru, perlu guna wayar berapa mm ya tuan. Anggaran kos berapa ya kalau kena tukar wiring dari suis ke aircond panjang dalam 10 kaki. Terima kasih tuan
Salam bang..aircond umah saya outdoor dalam purata 1 minit baru berfungsi…apa maslahnya ya? Lagi 1 bunyi outdoor gegar kuat sangat, sampai sy sendal ngan getah tiub motor baru senyap sikit…dia punya gegar sampai bole dengar umah jiran umah flat…
1.aircond dah off pakai remote control tapi outdoor unit masih berjalan
2.aircond dah sejuk tapi tak cutoff
Saya penah kene mcm ni.. wayar dekat air cond indoor tak disambung dengan betul..
Salam…sy pun sama masalah mcm nie….pening kpala pkir…
kenapa aircond overload?
on sekejap fius utk soket aircond putus?
adakan kipas outdoor problem?
atau kompressor problem?
Daikin inverter 1.5hp dekat pcb board ada led hijau blinking… Apa masalahnya.
salam nk tanya, outdoor kipas tak berfungsi. slpas tuka kapasitor pun msih x function. agaknya apa masalah? terima kasih
Wassalam. Mungkin motor kipas yang rosak.
Aslmkum..apa masalah klu air cond baru on…dlm 5 ke 10 minit macam tu outdoor unit tiba2 mati?..sya check ampere & gas ok pula..??..
Assalam tuan.. Blower indoor tak berpusing.. apa masalahnya tuan ?.. outdoor OK. mohon pencerahan. TQ
Wassalam. Mungkin kapasitor blower atau motor blower yg bermasalah.
Assalam tuan, apa sebab aircond saya kadang² bila on dia sejuk, kadang² hanya rasa kipas saja..
Salam cikgu,nk tanya aircond di rumah saya angin yg dikeluarkan di indoor unit itu sejuk tp still kt dalam bilik x rasa sejuk sebab selalunya aircond sejuk klau pijak kaki kt lantai pon boleh rasa sejuk tp aircond di bilik saya x rasa sejuk .apa pandangan tuan dan masalah yg dihadapi oleh aircond rumah saya?harap cikgu dpt membantu.
Wassalam. Jika masalah begitu mungkin filter atau blower atau condesor sudah kotor. Ia tidak dapat memberi kapasiti yg diperlukan sebab halangan tersebut. Cara mengatasinya ialah buat servis berkala.
Assalamualaikum… Masalah sy adalah pemampat hanya berfungsi selama lbh kurang setgh jam… Pastu berhenti dan tidak berfungsi walaupun aircond da kurang sejuk… Terpaksa off dan on kan switch utk pastikan pemampat berfungsi dan aircond kembali sejuk…
Wassalam. Tuan rujuk post sy diatas. Masalah ni banyak kemungkinan.
Salam.cikgu
Aircond saya mati tiba2 leas hidupkan balik dalam 1 minit dia mati lagi, walaupun saya dah bersihkan dalamnye..apa masalahnye ye cikgu?
Salam.. Apa masalah kalau kompressor aircond rumah tidak bekerja dengan kuat walaupun suhu sudah set 16c. Untuk pengetahuan sirip indor dan outdoor dah service malah dah ganti juga kapasitor yg baru dan gas cukup tp kompressor hanya bekerja 3amp sepatutnya 6 amp. Terima kasih kerana sudi membantu.
Wassalam. Bilik tu sejuk ke tidak? Kalau dah sejuk selesa oklah. Amp rendah jimat letrik.
Saya pakai aircornd haeir 1hp….Tiba2 tak dapat di on…kat soket plug n kat indoor ada api…pakai remort . manual pun sama tak hidup….boleh bantu saya….wasap saya 0174300713
Salam, mohon bantuan tuan.. walaupun
baru je on air cond tersebut.. compressor hanya jalan 2 ke 3 saat dan mati semula.. dlm 1 minit akan jalan semula 2 hingga 3 saat… Camtu lah seterusnya… mohon khidmat nasihat tuan
Wassalam.. Nasihatnya mudah, buat pemeriksaan komponen2 outdoor dan buat servis utk tau bacaan tekanan gas/ampere unit.
slm. pomen tukar out door 2.5hp sedang kn indoor 2.0 hp.nnti akan ada kesan sampingan tak? tq cikgu
Assalamualaikum cikgu. Air cond jemis sharp 1.5 hp. Masalahnya sensor lampu hijau tidak menyala . Bila on mula hanya bertahan 1 jam dan cutt off dan selanjut setiap 7 ke 8 minit cutt off selama 3 selang 3 minit.. mohon perjelasan. Terima kasih.
Salam cikgu.. sy pakai aircond jenis dc inverter 2hp. Bila on switch compressor running tp xfull ram.. amp plak rendah je.. sdangkn bilik belum sejuk lgi.. apa msalah ya..
Wassalam. Permulaan memang mcm tu untuk inveter. Kalau berterusan tentu ada masalah lain.
Salam cikgu.. sy pakai aircond jenis dc inverter 2hp bila on switch paip high pressure akan ada iceing dlm 5 minit icesing hilang.. adakah itu normal atau gas kurang.. fan kipas outdoor slow dan sirip blkang panas..
Wassalam. Kalau unit disevis mengikut jadual dan bilik sejuk takda masalah. Elok buat servis dan cek semua parameter untuk selamat.
Tp sejuk kurang sebab amp rendah je jd xfully ram..
Assalamualaikum cikgu..tumpang tanya, apa masalah jika api tak keluar pun dr indoor unit ke outdoor..mnyebabkan compressor x gerak tu..tu masalah di pcb ke?..atau di compressor?..sy cek wire merah dan biru compressor ada continuity..tp sy xpasti mana yg short tu..mcm mana ya nk cek.. mohon bantuan cikgu
Salam.. ingin bertanya.. outdoor arus ampere terlalu tinggi hingga memutuskan suis utama pd indoor.. sebab apa yer.. aircond 1hp ampere bacaan outdoor hampir 12 ampere..