7 Sebab Pemampat Berhenti Beroperasi Dan Bilik Tidak Sejuk.

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti ini? Mengikut komen yang di utarakan kepada saya dalam ruangan Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara, lebih 60% mengemukakan masalah ini. Selepas setengah jam atau satu jam pemampat berhenti beroperasi dan bilik tidak lagi sejuk. Hanya angin saja yang terasa di dalam bilik!!…Jangan keliru dengan situasi pemampat berhenti seketika apabila telah mencapai suhu yang di ‘set’kan. Ia adalah normal dan pemampat akan kembali beroperasi apabila suhu bilik naik.

Situasi yang akan saya terangkan ini ialah pemampat berhenti dan mengambil masa yang lama untuk beroperasi semula atau terus tak beroperasi. Kesannya memang bilik tak akan sejuk dan anda mulalah berasa tidak selesa. Samaada kipas luar berfungsi atau tidak kesannya tetap sama kerana apabila pemampat berhenti beroperasi kitar penyejukan tidak lagi berlaku.

contoh outdoor
Unit luar (outdoor) yang menempatkan pemampat & kipas.
pemampat
Pemampat.

Apakah punca kepada masalah ini?

Pemampat berhenti beroperasi apabila ia panas dan suhu unit luar mencecah 112ºC.  Apabila panas geganti beban lampau atau overload protector akan memutuskan litar dan menghalang pemampat dari terus beroperasi. Ia sebenarnya melindungi pemampat daripada rosak, dan akan kembali beroperasi apabila pemampat sejuk.

geganti beban lampau
Geganti Beban Lampau/Overload Protector.

Berikut adalah 7 sebab pemampat berhenti beroperasi apabila panas. Anda akan dapati lampu timer pada unit dalam berkelip – kelip (blinking).

timer indoor blinking
Lampu timer akan berkelip-kelip apabila unit luar berhenti beroperasi.

1) Gas kurang.

Gas kurang menjadi beban kepada pemampat untuk beroperasi. Dalam suatu kitar penyejukan kuantiti gas yang diperlukan telah ditetapkan seperti dalam manual. Apabila pemasangan unit luar jauh (melebihi 15m) kuantiti gas perlu di tambah supaya gas yang masuk untuk di mampatkan cukup bagi menjalankan  kitar penyejukan. Apabila kurang bermakna pemampat bekerja dalam situasi terbeban . Ambil contoh tayar sebuah kereta yang bergerak dengan angin yang kurang. Kereta tetap akan bergerak tetapi beban yang ditampung oleh tayar yang kurang angin tersebut lebih berbanding tayar yang lain. Lama – kelamaan ketahanan tayar tersebut juga akan berkurang atau dalam erti kata lain rosak. Begitu juga dengan pemampat tadi.

Gas kurang juga mungkin berpunca dari bocor. Jadi pemeriksaan kebocoran juga perlu dilakukan sebelum menambah gas. Walaupun kecil ia tetap akan memberi kesan kepada kuantiti gas dalam sistem.

2. Gas lebih.

Situasi ini juga boleh menyebabkan pemampat berhenti beroperasi. Apabila gas lebih bermakna pemampat beroperasi memampatkan gas lebih dari kemampuan. Setiap pemampat mempunyai motor pemampat dengan kemampuan tertentu untuk memampat dan mengalirkan gas. Apabila gas lebih pemampat akan beroperasi lebih dari kemampuan dan dalam situasi ini menggunakan lebih arus elektrik untuk bekerja. Lama – kelamaan akan menjadi panas dan berhenti beroperasi.

Dalam kedua – dua kes di atas seorang juruteknik akan memeriksa tekanan gas dan arus larian (running ampere) unit bagi memastikan unit cukup bahan pendingin.

ujilari tekanan dan arus
Pemeriksaan tekanan gas dan arus larian atau ujilari sistem.

3. Kipas luar perlahan.

Kipas luar berfungsi membantu membebaskan haba keluar. Haba dari dalam bilik dan proses kondensasi yang berlaku pada gas bahan pendingin.  Apabila kipas tidak berfungsi atau perlahan , ia memberi kesan kepada kadar pembebasan haba. Jika suhu terlalu tinggi sehingga mencapai 112ºC pemampat akan berhenti beroperasi. Kepanasan yang tinggi menyebabkan pemampat berfungsi dalam keadaan high amp (arus tinggi).

sudut bilah kipas
Pastikan arah hembusan angin kipas keluar.


Pusingan kipas luar juga kena betul. Angin perlu dihembuskan keluar dan bukan ke dalam. Sila pastikan sudut bilah kipas adalah betul bagi mengelakkan ia terbalik. Pastikan juga tiada halangan pada unit luar. Angin yang dihembuskan keluar oleh kipas perlu dibebaskan sejauhnya. Jika ada halangan di hadapan unit luar , angin panas akan berkumpul dan ini akan memberi kesan pemanasan kepada pemampat.

outdoor blokage
Halangan kepada pembebasan haba yang boleh meningkatkan suhu outdoor.

4. Indoor sensor rosak.

Indoor sensor terbahagi kepada 2 iaitu room sensor dan pressure sensor. Room sensor digunakan untuk mengesan suhu bilik dan pressure sensor mengesan tekanan gas. Kedua – dua sensor ini berada pada unit dalam yang akan menghantar signal kepada pemampat untuk berhenti (cut off). Pressure sensor akan menghantar signal kepada pemampat untuk berhenti apabila tekanan gas kurang atau lebih. Jika sensor ini rosak pemampat tidak dapat berhenti pada mulanya tetapi akhirnya akan berhenti di sebabkan panas.

room sensor

pressure sensorKedua – dua sensor ini boleh diuji dengan menggunakan meter pelbagai. Julat bacaan yang elok bagi kedua – dua sensor adalah seperti dalam rajah di bawah.

bacaan indoor sensor
Bacaan rintangan sepatutnya bagi indoor sensor.

5. Pemeluwap kotor

Apabila pemeluwap kotor, haba dari proses kondensasi juga akan terhalang daripada di bebaskan. Habuk yang penuh pada sirip – sirip pemeluwap menyebabkan haba tidak dapat dibebaskan dan suhu unit luar akan meningkat. Pemampat akan jadi panas dan sampai satu tahap akan berhenti beroperasi.

sirip pemeluwap kotor
Habuk yang melekat pada sirip pemeluwap.

6. Geganti beban lampau terlalu sensitif.

Komponen ini berfungsi seperti yang diterangkan di atas . Apabila ia terlalu sensitif, litar akan kerap terputus dan pemampat akan berhenti beroperasi. Komponen ini boleh diuji menggunakan meter pelbagai atau ditukar terus kerana harganya tidaklah mahal.

7. Pendawaian.

Satu aspek yang sangat penting tetapi selalu diambil mudah. Pendawaian mesti mengikut spesifikasi dan aturan seperti dalam manual. Ada kes sambungan dari indoor ke outdoor menggunakan connector dan wiring tape. Ini adalah cara sambungan yang tidak selamat. Keadaan ini boleh menyebabkan wayar panas dan memaksa pemampat bekerja dalam arus tinggi (high amp) . Begitu juga bekalan yang di ambil dari penyambungan soket ke soket. Ia adalah tidak dibenarkan. Pemampat yang bekerja dalam high amp akan menjadi panas dan akan berhenti beroperasi.

connector1

connector over heating

beban lebih
Punca bekalan yang tidak mengikut spesifikasi.

>>>>>Panduan Pendawaian Elektrik Rumah<<<<<<

Sekian catatan untuk kali ini. Pandangan dan perkongsian pendapat amat dialukan. Anggaran harga bagi komponen tertentu boleh di rujuk dalam ebook alat ganti.

Sumber gambar :

  • Google Image.
  • WhatsApp Pic.
  • Manual YORK.
  • FB Megaqualityenterprise
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email

226 comments on “7 Sebab Pemampat Berhenti Beroperasi Dan Bilik Tidak Sejuk.

  1. Halangan pada pembebasan haba tu ada terjadi di bangunan saya jaga sebab ada 5 unit outdoor dalam ruang sempit 4 x 7 kaki bahagian hadapan bangunan rumah kedai bahagian atas.. Walau ada sisik angin tapi udara panas tetap tak dapat keluar. Sisik angin tu dipasang juga jaring sebab burung layang-layang banyak. Mataharii pagi pun direct ke tempat yang menempatkan outdoor unit tu pada pagi hingga tengahari. Tak tahu nak guna solution apa untuk alirkan udara panas ke luar.

  2. Saya nak tanya..kalau outdoor tu dibaringkan,boleh mendatangkan masalah tak kepada outdoor unit? Sebab masa pindah rumah,orang lori tu baringkan outdoor unit..

    • Lebih selamat dalam keadaan tegak. Jika dah berlaku elok tegakkan unit sementara waktu sebelum pasang supaya minyak compressor kembali ke dalam compressor.

  3. Salam tuan, boleh ke compressor aircond tu berdekatan dgn kipas dipasang agar tak panas diluar? Thanks

    • Wassalam. Saya kurang jelas soalan ini. Luar memang panas takda masalah. Bila luar panas bermakna haba dalam bilik telah diserap dan dibebaskan. Bilik akan sejuk

  4. sy guna aircond daikin 1.5 hp..kipas outdoor berfungsi dlm 10 ke 15 minit.stop walhalnsusu bilik belom mencapai suhu yg ditetapkn..kadng2 dah stop,,n kipas outdoor x berfungsi..kene offkan dlu..on balik baru ok..knp ye tuan.mohon bantuan

  5. Salam. Nak tanya. Ekon gree suhu 16 baru kompressor on. Itu pun dlm 5 minit berhenti. Lama baru hidup balik. Mula mula error F1. Technician dtg ganti sensor. Masalah baru pula…

  6. Salam Cikgu…

    Air Cond saya panasonic inverter dan didapati kurang sejuk. Bila check error didapati H99. Banya langkah telah dibuat termasuk service indoor dan besihkan pin di outdor. Mohon pandangan cikgu.

    Terima kasih

  7. Salam tuan..nak tanya..bila on aircon sejuk mcm biasa..tp kompressor bunyi bising dan kipas outdoor x jalan..dlm 1-2 minit kompressor dh x bunyi dan indoor unit pun tak sejuk..cuma blower je..bole tau sebab apa yer?

    • Waalaikumussalam. Kena check komponen pada outdoor. Contohnya kapasitor kipas, kapasitor pemampat dan motor kipas.

Leave a Reply to Amri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *