TUTORIAL

2 platform utama untuk membina website atau blog ialah blogger.com dan wordpress.com. Kedua – dua platform ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Namun trend terkini para blogger, platform wordpress menjadi pilihan kerana lebih mesra SEO.

Kedua-dua platform di atas adalah percuma. Anda bebas memilih domain sendiri selagi tidak digunakan oleh orang lain dan mula membina blog anda mengikut langkah-langkah yang disediakan. Walaubagaimanapun anda terikat dengan terms yang ditetapkan oleh mereka.

Blog ini dibangunkan menggunakan platform wordpress dengan domain dan hosting berbayar dari NetKL Hosting. Kenapa pilih berbayar?? Ini kerana data yang disimpan lebih terjamin, lebih professional dan saya tidak terikat dengan terms yang mungkin boleh menyebabkan data saya hilang. Anda boleh dapatkan servis hosting dari NetKL. Klik pada banner di bawah untuk maklumat seterusnya.

Dalam bahagian tutorial ini saya akan berkongsi rujukan – rujukan yang telah dibuat untuk membangunkan blog ini. Ia mungkin membantu anda suatu hari nanti kerana ia adalah asas penting untuk membuat blog. Selain rujukan yang diberi, maklumat dari google juga amat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*