Kursus Pembangunan Portfolio Vocational Training Officer (VTO) Bil 4/2014

Kursus yang agak panjang ini berlangsung di Felda Residence Kuala Terengganu dari 17 Ogos 2014 hingga 23 Ogos 2014. Kursus ini adalah salah satu syarat untuk menjadi Pegawai Penilai (PP) di sekolah nanti. Saya akan mengemaskini post ini dari semasa ke semasa hasil dari kursus ini. Bahan kursus juga boleh di perolehi di ruangan muaturun.

Felda Regency, Kuala Terangganu
Felda Residence Kuala Terengganu

Hari Pertama (17/8/2014)

Perjalanan, pendaftaran & taklimat urusetia.

Nota Kursus
Nota Kursus

Hari Kedua (18/8/2014)

Membangunkan fail SKM dan fail VTO. Slot ceramah dan bimbingan disampaikan oleh En Bizaisham Bin Bidin dari CIAST. Beliau juga adalah rakan semaktab saya semasa di MRSM Kuantan dahulu (1995 – 1996). Dalam pembangunan fail ini beliau telah menerangkan cara – cara mengisi borang, menyusun kandungan fail dan membuat maping. Bukan itu sahaja, beliau juga menerangkan  perkara berkaitan NOSS, bentuk NOSS versi DACUM dan DESCUM, Job Profile Chart, Competency Unit, CoCu (Curiculum of Competency Unit) dan juga CBT (Competency Based Training).

Saya hanya perlu membangunkan fail VTO sahaja kerana telah memperolehi SKM. Untuk mendapatkan panduan lengkap membangunkan fail SKM, pembaca boleh rujuk di SINI.

Hari Ketiga (19/8/2014)

Saya ada terbaca dalam satu blog berkaitan Kursus VTO ini. Kos kursus ini ialah RM2500 selama 6 bulan jika dibuat secara part time (Sabtu & Ahad). Alangkah bertuahnya saya dapat mengikuti kursus ini secara fast track dan single – tier dan kos ditanggung oleh BPTV sepenuhnya.

Berbalik kepada pengisian kursus pada hari ini. Sesi pagi diisi dengan slot ceramah oleh En Bizaisham Bin Bidin. Tajuk slot oleh beliau ialah Latihan Berasaskan Kemahiran, Pembangunan NOSS dan Pembangunan Manual Latihan. Sesi petang lebih kepada praktikal yang dibimbing oleh Pn Asma Bt Muda dari IPG Teknik, Nilai.

Latihan Berasaskan Kemahiran (LBK)

LBK adalah satu pendekatan kepada Latihan Vokasional yang memberi penekanan kepada apa yang individu boleh lakukan di tempat kerja hasil daripada pendidikan dan latihan yang diperolehi. LBK berpusat kepada pelajar berbanding kaedah konvensional yang berpusat kepada pelajar. Penilaian prestasi pelajar berbentuk trampil atau tidak trampil. Pelajar dikatakan trampil apabila memenuhi penilaian dari segi pengetahuan, psikomotor dan attitude.

Bahan kursus untuk slot ini boleh di perolehi di ruangan muaturun.

Pembangunan NOSS

NOSS
NOSS

Penerangan berkaitan NOSS boleh rujuk di SINI. NOSS lama menggunakan sistem DACUM yang berasaskan Job Profile Chart manakala NOSS baru menggunakan sistem DESCUM. Dalam sistem DESCUM, Competency Profile Chart (CPC) dan Competency Unit (CU) di gunakan.

Contoh NOSS:

RB – 052 – 2 : DACUM

RB – 052 – 2 : 2012 : DESCUM

Dalam Pembangunan Manual Latihan saya telah menggunakan NOSS lama yang menggunakan sistem DACUM.

Pembangunan Manual Latihan

Pembangunan Manual Latihan ini melibatkan 5 proses utama iaitu Kelompok (clustering), Pemurnian (review & refine), Turutan (sequencing), Pembentukan Laluan Latihan (training pathway) dan Pembentukan Matrik NOSS (NOSS Matrix).

manual latihan

Hari Keempat Hingga Hari Keenam (20/8/2014 – 22/8/2014)

Dalam tempoh ini banyak masa dihabiskan untuk membangunkan COS dan WIM. Yang agak membingungkan ialah penggunaan NOSS lama semasa membuat COS sedangkan NOSS baru agak mudah seperti yang digunakan di sekolah. NOSS baru tidak lagi menggunakan duty & task seperti NOSS lama. Namun untuk bukti ketrampilan bagi Pembangunan Porfolio VTO ini, ia tetap di laksanakan.

COS

Apakah yang di maksudkan dengan COS dan WIM?. COS adalah Course Of Study iaitu Susunan Pengajaran yang mengandungi Nama Program, Tajuk Modul, Sinopsis & Objektif Modul, Kandungan Modul (senarai task), Steps, Knowlegde & Perfomance (diambil dari Task Profile), Bahan Rujukan dan TEM (Tools, Equipment & Materials). Masa yang banyak untuk menganalisi Steps yang sama untuk mengelak pembelajaran berulang. Jika sama Steps tersebut boleh lah digabungkan.

Setiap Steps perlulah di analisis kaedah penyampaian dan tempoh penyampaian. Steps ini juga perlulah di tulis cara pengukuran dari segi pengetahuan, psikomotor dan attitude.

Dokumen COS yang lengkap mengandungi Muka Hadapan, Sinopsis COS, AJK Pembanguna COS, Pengenalan, Tujuan, Carta Profil Pekerjaan (Job Profile Chart), Laluan Latihan (Training Pathway), NOSS Matrix & Senarai Modul dan juga WIM.

ahlikumpulan
Ahli kumpulan PPU sibuk menyiapkan tugas masing – masing.
Dokumen COS
Dokumen COS yang telah siap

Hari Ketujuh (23/8/2014)

Majlis penutup dan penyampaian sijil. Majlis ini disampaikan oleh En Mohd Noh & En Marzuki dari Unit Pembangunan Kejurulatihan, BPTV.

Ucapan En Mohd Noh
Ucapan En Mohd Noh
Ucapan En Marzuki
Ucapan En Marzuki
sijil penyertaan
Sijil Penyertaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...