Technical Hands On Training with Panasonic Malaysia.

Panasonic Malaysia dengan kerjasama MACRA menganjurkan siri latihan atau hand on training untuk sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri ini. Rebut peluang ini untuk menambah ilmu, pengalaman dan menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak.

aircond training

Antara kandungan latihan:

  • Basic Air Conditioner Installation Methods (Heat Load Calculation, Pipping & Wiring)
  • Flaring and Tightening Torque Methods
  • Gas Leak Testing
  • R22 to R410A, Refrigerant conversion pump down method
  • Revisiting Panasonic Air Conditioner Error Codes
  • Defect Confirmation Check Sheet

Latihan ini selama satu hari sahaja bermula 930AM – 1230 PM untuk sesi teori dan praktikal pada 130PM – 430PM dengan yuran penyertaan sebanyak RM150. Tarikh latihan dan tempat kursus adalah seperti berikut:

tarikh 1

tarikh 2

Bagaimana untuk menyertai?

i) Muaturun borang permohonan.

ii) Lengkapkan borang dan buat bayaran kepada pihak MACRA.

iii)) Emel semula borang tersebut dan bukti pembayaran kepada pihak MACRA.

  • maklumat akaun dan emel ada dalam borang permohonan
  • Sijil kehadiran disertakan
  • Door Gift, T-shirt dan KFC voucher untuk setiap peserta
  • maklumat lanjut sila muaturun borang permohonan diatas

 

PERCUMA : 7 Hari Kursus Asas Penyaman Udara

Terra Firma Asia Sdn Bhd menawarkan Kursus Asas Penyaman Udara secara percuma untuk ahli MACRA dan berdaftar dengan Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF). Kumpulan sasaran adalah untuk pekerja atau bakal pekerja di syarikat swasta yang berdaftar dengan (HRDF). Permohonan adalah melalui majikan yang berdaftar dengan Tabung Pembangunan Sumber Manusia di bawah grant Skim Latihan Pekerja.

kursus asas penyaman udara
air conditioning your home ebook page 19

Kerajaan menawarkan insentif kepada majikan untuk pekerja bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan industri. Melalui skim ini majikan yang berdaftar boleh memohon bantuan kewangan untuk menyediakan latihan dalaman (in house training) bagi pekerja atau latihan umum (public training) yang bertujuan untuk diserap sebagai pekerja mahir selepas tamat latihan. Prosedur permohonan untuk majikan boleh rujuk melalui pekeliling berikut:

EMPLOYERS CIRCULAR NO 4/2014 : HRDF_Employers_Circular_4_2014__FWT_

Kandungan kursus penyaman udara : Jadual Kursus Terra_Firma

Untuk maklumat lanjut pembaca boleh hubungi pegawai berikut:

Ms Ann : 03-79801780 (MACRA Office)

Mr Chine : 012-2328252 (MACRA Office)

Untuk aktiviti terkini MACRA yang lain boleh rujuk catatan lepas saya di sini.

Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC

Baru – baru ini saya ada menerima emel dari pihak MACRA berkaitan Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar. Antara pelan ini ialah larangan bagi membuat, memasang dan mengimport peralatan penyaman udara menggunakan HCFC yang berkapasiti 2.5 horse power (HP) dan ke bawah mulai Julai 2015. Strategi ini juga merupakan salah satu langkah bagi mengurangkan penggunaan HCFC 22 terutamanya untuk perkhidmatan penyelenggaraan memandangkan jumlah unit penyaman udara HCFC yang berkuasa 2.5 HP dan ke bawah yang digunakan di Malaysia adalah besar dan dijangka bertambah jika tiada kawalan.

Pembangunan bahan pendingin baharu berteknologi hijau dan semulajadi seperti Refrigeran Hidrokarbon (HC) juga sedang dibuat seperti yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan HVAC, ILP Kepala Batas November Lepas. Lampiran yang berkaitan adalah seperti berikut:

a) Surat Jabatan Alam Sekitar

b) Surat MACRA

HCFC
Contoh kandungan bahan pendingin.

Malaysian Air – Conditioning & Refrigeration Association (MACRA).

macra

objektif MACRA
Objektif MACRA

MACRA (Malaysian Air – Conditioning & Refrigeration Association) atau Persatuan Penyejukan dan Penyaman Udara Malaysia merupakan satu organisasi yang ditubuhkan atas beberapa objektif seperti di atas. Kategori ahli MACRA terbahagi kepada 2 iaitu Corporate Members & Individual Member. Untuk menjadi ahli MACRA ikuti langkah – langkah berikut :

  • Muaturun MACRA MEMBERSHIP FORM (2014)
  • Isi dan penuhkan ruangan berkenaan dan emel ke enquiry@macra.org.my (up : Ms Ann Lo)
  • Bayaran dikenakan sebanyak RM100 iaitu untuk yuran penyertaan (RM50) dan yuran tahunan (RM50).
  • Bayaran dibuat selepas pengesahan keahlian dan anda akan menerima invoice untuk tujuan pembayaran.
invoice
Contoh Invoice

Anda akan mendapat sijil keahlian MACRA selepas pengesahan pembayaran. Sijil akan dipos ke alamat yang diberi dalam masa seminggu.

Saya baru sahaja menerima sijil keahlian sebagai Individual Member.

MACRA Certificate
Sijil Keahlian MACRA

Kelebihan menjadi Ahli MACRA.

Buat masa ini saya ada menerima jemputan menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pihak MACRA. Tempat adalah terhad dan kelebihan kepada ahli kerana mendapat maklumat lebih cepat. Lain – lain kelebihan akan saya kemaskini dari semasa ke semasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...