Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Persijilan ini menawarkan 5 tahap iaitu :

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh diperolehi melalui 3 kaedah seperti berikut :

  • Melalui latihan di institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran mengikut bidang dan kemahiran yang ditauliahkan.
  • Melalui latihan berorientasikan industri iaitu Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di institusi latihan kemahiran.
  • Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). Kaedah ini adalah melalui pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan NOSS dan akan disahkan oleh Pegawai Pengesah Luaran.

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

  • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Carta Profil Pekerjaan (Occupational Profile Chart) bagi personel dalam bidang Heating Ventilation Air Conditioning (HVAC) & Refrigeration.

Carta Profil Pekerjaan HVAC

Occupational Profile Chart Personel HVAC

Occupational Area Analysis bagi personel dalam bidang Heating Ventilation Air Conditioning (HVAC) & Refrigeration.

Occupational Area Analysis

Occupational Area Analysis Personel HVAC

Print Friendly, PDF & Email
45 comments on “Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  1. Hafiz says:

    Assalamualaikum cikgu.. Saya da ada tahap 3.saya nk sambung blaja sambil bekerja. Dekat mna je ada tempat untuk saya sambung?

  2. walto judak says:

    kalau nak sambung skm3…bagi penyejuk bekuan..macam mana cara nya..

    • cikgunas says:

      Boleh sambung di pusat bertauliah yang menawarkan kursus tersebut atau secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

    • LIM PEI SAN says:

      Berminat dalam bidang Automotive Engineering?

      Kami di Top Speed College menawarkan Kursus untuk pengambilan Apr 2018:-

      2)AUTOMOTIF -SERVIS SELEPAS JUALAN (TAHAP 2 & 3)

      3) Diploma in Light Vehicle Maintenance & Repair Principles

      Sijil bagi level 2 & 3 akan dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) & Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

      Syarat Kemasukan:-

      1) Berumur 16-40 Tahun

      2) Lelaki & Perempuan

      3) Lepasan Sekolah/Tidak Tamat Sekolah Menengah

      Pinjaman Latihan Kemahiran Disediakan Untuk Generasi Belia Melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di bawah kementerian Sumber Manusia.

      Untuk mendaftar atau sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian whatapps/call

      018-909 2811 ( Ms Lim)

  3. SHAH says:

    SALAM CIKGU,SAYA HENDAK BERTANYA..SAYA SUDAH ADA SIJIL SKM 2 DAN 3 SERTA SIJIL VTO,TAPI SAYA HENDAK MENGAMBIL DIPLOMA PULA..TAPI SAYA HENDAK BEKERJA SAMBIL BELAJAR.BOLEH CIKGU BARI CARA ATAU TEMPAT YANG MEMBOLEHKAN SAYA UNTUK SAYA BEKERJA SAMBIL BELAJAR??????..

  4. RAIHAN says:

    NAMA SAYA RAIHAN.SAYA SUDAH BEKERJA SELAMA 4 TAHUN DALAM BIDANG AUTOMOTIVE COMPANY.SAYA MEMPUNYAI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 DALAM BIDANG ELEKTRONIK TETAPI BEKERJA SEBAGAI JURUTERA MEKANIKAL.SAYA BERHASRAT INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN SEPARUH MASA KE TAHAP SETERUSNYA TETAPI BOLEHKAH SAYA MENUKAR BIDANG SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA SAYA?

    • cikgunas says:

      Boleh tiada masalah. Begitulah hasrat kerajaan untuk melahirkan pekerja multiskill.

      update 24/3/2018.
      Bidang yg lain kena mula dari SKM tahap 1 atau 2.

  5. mohd yusran ibrahim says:

    Assalam cikgu saya berminat untuk menjadi tenaga pengajar dlm bidang aircond, saya sedang berkhidmat di politeknik sebagai juruteknik hampir 10 tahun menyelia, membaiki kerja2 aircond disini, bagaimana caranya untuk mendapatkan skm, dengan pengalaman ini, tahap mana skm yang boleh saya perolehi dan bagaimana nak mula..tk

    • cikgunas says:

      Salam tn. Tuan blh mendapat SKM secara ppt iaitu pengiktirafan pencapaian terdahulu. Tn juga blh mendaftar dalam DPIN berdasarkan pengalaman tersebut. Maklumat lanjut blh rujuk di cawangan JPK terdekat.

      Catatan lepas saya berkaitan perkara ini.

      i) Permohonan SKM.
      ii) DPIN.

  6. Mohamad hairul bin johari says:

    Asalamualaikum.cikgu saya bekas TLDM berhidmat selama 10 tahun 5 bulan dan diserap masuk ke Agensi penguatkuasaan maritim malaysi sehingga sekarang saya dan berhidmat selama 11 tahun. Saya berhasrat nak mengambil skm tahap 4 terus dalam pertahanan dan pengurusan operasi sekuriti. Boleh tak cikgu berdasarkan pengalaman terdalulu saya nak daftar skm tahap 4.

    • cikgunas says:

      Salam tn. Boleh buat tahap 4 secara ppt jika ada tahap 3 + pengalaman kerja. Kena cari PP-PPT bidang berkaitan. Tn boleh hubungi pejabat JPK terdekat. Mereka juga ada buat taklimat SKM secara PPT ni setiap bulan. Harap membantu tuan.

  7. Nurul huda zubir says:

    Assalamua’laikum cikgu..sy nak minta pendapat..adik sy ditawarkn sijil kemahiran tahap 3 selama 8bln di inpens tp kosnye mahal..adik sy nak cuba mohon giat..boleh cikgu bagi nasihat x?

    • cikgunas says:

      Waalaikumussalam. Mana2 pusat bertauliah boleh. Ikut kemampuan dan umur. SKM guna NOSS dari JPK, jadi mana2 pusat bertauliah akan ajar benda yang sama dan pengiktirafan yang sama dari JPK. Selain Giat Mara, boleh juga dengan IKBN/ILP/Pusat kemahiran di bawah yayasan negeri. Jika dengan swasta tentu kosnya lebih tinggi.

      • Mohamad Syafizi Alif B. Mat Said says:

        Assalamualaikum tuan.. Sy bekas PP dan PPD a/c tahap 2 dan 3..Ada x kekosongan utk pengajar a/c? Sekarang sy mencari tempat mengajar area Bangi. 011-23226676 Syafizi

  8. Sukri says:

    Assalam cgu,sy sgt berminat utk jd tnga pngajar di mna2 kolej kemahiran..bagaimna cara atau saluran yg boleh saya folow?pglman hmpir 5tahun engineer di kilang freezer,sy ada master edu teknik&vokasional.mohon pendapat cikgu.t.kasih.

    • cikgunas says:

      Salam tn. Jika pusat kemahiran swasta perlu ada sijil VTO sebagai lesen mengajar. Boleh rujuk di mana2 pusat bertauliah yg menawarkan kursus VTO atau di CIAST Shah Alam. Jika sektor kerajaan boleh rujuk bahagian sumber manusia yang berkenaan. Contohnya untuk KPM rujuk BPTV.

  9. Norman Bin Norul says:

    Assalammualaikum cikgu..saya baru menghabiskan latihan di giatmara dlm kursus teknologi penyejukbekuan & penyaman udara utk skm tahap 1 & 2..jd saya berminat nak jd tenaga pengajar utk bidang tersebut..jd dimana saya boleh lanjutkan latihan utk skm tahap 3 serta ambil vto di Sarawak? Bolehkah cikgu bagi langkah2 yg perlu saya buat terlebih dahulu sebelum jd tenaga pengajar..?

    • cikgunas says:

      Salam tuan. Tahniah atas pencapaian tuan dan berminat untuk menjadi tenaga pengajar kemahiran. Memang VTO adalah syarat/lesen untuk mengajar dimana institusi kemahiran. Untuk latihan secara formal tuan boleh rujuk ILP Miri atau ADTECH Bintulu.

  10. Nora says:

    Assalamualaikum tuan.. Sy bekas PP dan PPD a/c tahap 2 dan 3..Ada x kekosongan utk pengajar a/c?

  11. Amal says:

    As,salam..saya nak tanya, bagaimana saya boleh dapatkan sijil tertentu? Contohnya,sijil dlm aircond ke? Saya xde pengalaman atau ilmu dlm bidang ni tetapi berminat nak ke kursus ini dan dptkan sijil atau pengiktirafan. Saya sekarang sedang bekerja dan ingin mencari kursus pada hari sabtu atau jumaat

    • cikgunas says:

      Salam. Kursus sepenuh masa atau separuh masa boleh rujuk dengan mana2 pusat bertauliah. Jika tn perlukan sijil secara ppt, perlu ada pengalaman dalam bidang berkaitan, sekurang2nya setahun.

  12. asyraf says:

    Assalamualaikum cikgunas
    Saya baru lepas skm tahap3 jadi saya nak sambung tahap 4 ni kolej mana yg ada kos penyejuk bekuan dan penyamanan udara

    • cikgunas says:

      Salam. Rujuk pada kolej anda belajar sebelum ini atau CIAST Shah Alam.

      • Fauzikamal says:

        Salam cikgu… Saya bekas pegawai penilai penyaman udara level 2/3 berhenti sebab tamat kontrak… Ade tak peluang kosong kolej2 yg memerlukan pp air cond

  13. Rozie Ishak / Mohamad says:

    Assalamualaikum… Syarikat kami sedang mencari Technician dalam bidang Air-conditioner di sekitar Lembah Klang. Keutamaan untuk yang tinggal di sekitar kajang, bangi dan yang berhampiran. Berpengalaman atau tidak. Gaji boleh dirundingkan. Sila hubungi 03-33920961 (Pejabat) atau 012-3813404 (En. Mohamad) atau 017-3314540 (Pn. Rozie). Pelajar dlm bidang berkaitan juga dialu-alukan untuk urusan praktikal (ada elaun praktikal).

  14. Muhammad aiman bin abd hamid says:

    Salam.. Tuan.. Saya aiman bekas pelajar giatmara bidang aircond .pegang sijil tahap 2. Macam mana cara untuk saya lanjutkan ke diploma ya

    • cikgunas says:

      Salam. Boleh sambung tahap 3, 4(diploma) di institusi kemahiran seperti IKBN, ILP atau mana2 Pusat Bertauliah (PB). Tn juga boleh mendapatkan pengiktirafan secara PPT. Rujuk catatan lepas saya.

  15. Hafiza says:

    Assalam… saya sedang mencari Aircond Technician utk bekerja di sebuah syarikat di Shah Alam. Mestilah mmpunyai 3-4 thn pengalaman bekerja handling industrial air cond system. Jika ada kenalan, harap boleh email ke saya.

  16. irsaad says:

    Salam cikgu.saya nak Tanya berkenaan Ppt..sy lihat blog cikgu ada ambil SKM 2&3 melalui kaedah ppt..saya bekerja di sebuah syarikat swasta Aircond. Bukti2 yang perlu sy cari?

  17. Syafiq says:

    Assalamualaikum , cikgunas tumpang tanye , bagaimana saya hendak sambung skm tahap 2 penyejukan dan penyaman udara ye ? Mana kolej saya boleh masuk ?

    • cikgunas says:

      Salam. Boleh rujuk di Institut Latihan Perindustrian /IKBN/Kolej Vokasional yang berdekatan atau pusat bertauliah swasta yang berhampiran.

      • walto judak says:

        cikgu…kalau yang mahu mengambil skm3 bagi penyejuk bekuan macam mana cara agar kita dapat melanjutkan skm3…

  18. dakbisk says:

    salam cikgu,sye nk tanye skit..begini anak sedara sye baru habis belajar penyejukkan dan penyaman udara tahap 3 di sekolah vokay.dia baru berusia 18thn,memandang kan dia ade masalah buah pinggang tinggal satu,jadi sukar untuk mendapatkan pekerjaan…pada cikgu perlu ke dia lanjutkan pelajaran dlm bidang nie ke tahap 4 atau dia tukar khusus lain..

    • cikgunas says:

      Salam. Berkait dengan kesihatan ini elok rujuk pada doktor. Kerja apa yang boleh atau tidak boleh buat.

Leave a Reply to Muhammad aiman bin abd hamid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*