Prosedur Chemical Service atau Overhaul Service Unit Penyaman Udara

Catatan ini adalah lanjutan daripada siri nota penyaman udara bertajuk 7 Sebab Mengapa Penyaman Udara Perlu Di Servis. Ini adalah satu prosedur membuat chemical service atau overhaul service oleh juruteknik penyaman udara. Prosedur ini perlu dilakukan oleh juruteknik bertauliah dan mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan. Ia mungkin agak sukar untuk dilakukan sendiri dan jika tidak mahir patut dielakkan untuk mengelak kerosakan pada unit yang mengundang kos baikpulih lebih tinggi.

Saya kerap menerima pertanyaan bilakah penyaman udara perlu diservis?. Ada yang mengadu bil elektrik tinggi dan mula mengsyaki ia berpunca daripada pengunaan penyaman udara. Ada juga yang mengadu bila kipas tidak pusing, unit tidak sejuk dan unit tidak boleh ‘ON’ barulah memanggil juruteknik untuk servis. Soalan ini sebenarnya berbalik kepada kekerapan penggunaan penyaman udara itu sendiri, keadaan cuaca dan persekitaran, jangkahayat unit serta kekerapan anda membersih penapis udara. Tiada tempoh standard untuk menetapkan tarikh servis ini. Saya mencadangkan dalam tempoh setahun ia perlu dilakukan chemical service sekali dengan anggapan digunakan setiap hari minima 8 jam.

Dalam bahagian ini saya fokus kepada tajuk di atas supaya membaca mendapat gambaran servis yang akan dilakukan oleh juruteknik nanti. Penyaman udara adalah alat yang perlu diselenggara dengan baik, cermat, berhati hati dan penyelenggaraan serta penggunaan yang betul memberi kesan kepada bil bulanan elektrik anda dan jangkahayat unit itu sendiri. Prosedur pertama adalah membuat proses pump down dan menurunkan unit indoor & unit outdoor ke tempat lapang. Sebelum proses servis, tutup bahagian komponen elektrik dengan plastik, tutup saluran tiub kuprum dengan wiring tape, dan komponen telah dibuka dengan berhati – hati.

Aktiviti 1

  • Membuka penutup hadapan dan keluarkan penapis udara.
  • Menanggal komponen dari kerangka dengan berhati – hati.
  • Membersih komponen plastik dengan semburan air.
  • Membersih indoor fan.
  • Mengelap atau mengeringkan semua komponen menggunakan kain lembut/penghembus angin/dijemur.
1.buka penutup hadapan
Membuka penutup hadapan unit dan kelurkan penapis udara
2a.keadaan penyejat sebelum servis
Kotoran pada penyejat sebelum servis (a)
2b.keadaan penyejat sebelum servis
Kotoran pada penyejat sebelum servis (b)
3.keadaan indoor fan sebelum bersihkan
Kotoran pada indoor fan yang perlu dibersihkan
4a. menanggal komponen indoor
Menanggal komponen indoor
4b.menanggal indoor fan & motor
Menanggal indoor fan & motor dari kerangka
4c. komponen indoor yang telah ditanggalkan
Komponen indoor yang telah ditanggalkan
5. penyejat yang telah dikeluarkan
Komponen indoor yang telah ditanggalkan termasuk penyejat
6. membersih dengan semburan air water jet
Membersih komponen indoor dengan semburan air dari water pressure
7. mencuci indoor fan
Membersih indoor fan dengan semburan air

Aktiviti 2

  • Menyembur larutan kimia pada cooling coil atau evaporator atau lebih dikenali sebagai penyejat.
  • Biarkan beberapa ketika untuk bahan kimia tersebut bertindakbalas dengan kotoran.
  • Lakukan bilasan atau semburan air bersih dengan water pressure pada sirip penyejat. Lakukan dengan berhati – hati untuk mengelak sirip terbengkok.
  • Pastikan bahagian pendawaian atau komponen elektrik ditutup dengan plastik. (PENTING!!)
8. menyembur larutan kimia ke penyejat
Menyembur larutan kimia ke penyejat
9. buih kotoran hasil tindakbalas
Buih kotoran hasil tindakbalas larutan kimia dan kotoran degil.
10. membilas dengan semburan air
Membilas dengan semburan air dari water pressure
11. komponen elektrik ditutup plastik
Membilas dengan semburan air dari water pressure. Pastikan komponen elektrik ditutup plastik
12 komponen indoor yang telah dibersihkan dan dikeringkan
Komponen indoor telah dibersihkan dan dijemur untuk dikeringkan
13. indoor fan selepas dibersihkan
Keadaan indoor fan selepas dibersihkan

Aktiviti 3

  • Membersihkan sirip pemeluwap dengan semburan air dari water pressure.
  • Jika perlu menggunakan larutan kimia, ikut langkah yang sama semasa mencuci penyejat.
14 semburan air pada unit luar
Semburan air pada outdoor dengan water pressure
15 semburan air outdoor atas
Semburan air pada belakang outdoor jika unit tidak diturunkan

Demikianlah secara ringkas cara – cara chemical service atau overhaul service unit penyaman udara di lakukan. Anggaran kos servis ini antara RM120 – RM150 bergantung pada lokasi, horse power (HP) dan kesukaran. Panduan yang lebih lengkap dan jelas akan saya masukkan dalam ebook terbaru saya nanti. Pandangan dan cadangan dari pembaca amatlah dia alu – alukan sebagai perkongsian ilmu.

Rujukan Gambar : https://www.facebook.com/Aircondshop

Download ebook ini percuma:

https://cikgunas.net/download/panduan-kelengkapan-menservis-unit-penyaman-udara-domesik/

cropped-logo1.png

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email

18 comments on “Prosedur Chemical Service atau Overhaul Service Unit Penyaman Udara

    • Wassalam. Mungkin motor dah tak berapa elok dan mungkin juga kapasitor kipas tak berapa elok.

  1. Salam.. Acond sy pd awalnya x sejuk, jd sy pgl org yg biasa servis utk servis.. Masa servis tu rasanya dialrg buat overhauled coz indoor & outdoor unit semua diturunkan, dan agak lama jg diorg bekerja.. Tp lps servis, acond x sejuk spt biasa malah cut off sendiri (sblm tu ada kelip2 kat indoor unit – timer)
    Bila on semula pun hidup kejap je pas tu mati..

    Soalan 2
    Kali kedua sy cari tukang servis lain, dia ganti kapasitor, tp benda yg sama juga berlaku tp kali ni pelik, aircond blh hidup mcm biasa, sejuk, tp lepas seminggu, dia buat perangai meroyan dia.. Technician suspek sensor coil, tp sy dah serik!! Beratus dah spend x sampai sebulan ???

    Apa perlu sy buat? Apa masalah sebenar acond Panasonic non inverter 2hp sy yg sy pki d bilik tidur utama ni?

    • Wassalam. Kadang2 masalah ni sebabnya tak ikut jadual servis yang sepatutnya. Dah guna bertahun bila tak sejuk baru panggil juruteknik untuk servis. Jadi kos meningkat sebab ada komponen yang rosak. Sepatutnya rujuk semula juruteknik yang buat chemical service tu. Bila dah siap cuci, unit mestilah beroperasi semula dan sejuk. Mesti tau dia dah cek tekanan gas atau tidak. Kalau juruteknik kedua tu cek gas kurang mesti ada bocor padan unit dan mesti dibaiki. Kalau tak masalah tak selesai.

    • Perkara yg sama terjadi pada aircond split unit 1HP kat opis. Org service aircond yg selalu dtg tu maklumkan ada kebocoran gas berlaku pyebabkan aircond auto off sdiri lps tu blinking lampu merah..udara yg keluar mmg x sejuk..bila paksa buka/on..dah beberapa lama aircond akn off sdiri…so techinical aircond ckp bila ada kebocoran gas..split unit akn bg arahan utk aircond off sdiri supaya tak terjadi perkara yg x elok berlaku…kompressor rosak jgk membuat gas cpt hbs dgn bocor..solutionnya ialah kena tukar kompressor/Outdoor unit tu yg baru..br aircond akn kembali ok.

  2. Kenapa aircond saya kompressor jalan sekejap je, kapasitor baru, cooper dan temp sensor baru, gas 60 ke 70 psi. Adakah kerana wayar yg 3 dari compressor

    • Cek jugalah kondisi wayar terminal, overload, kipas luar slow/laju, running ampere dan juga rintangan/tebatan pemampat tu sendiri. Mungkin ia telah sampai masa. Boleh rujuk CATATAN INI untuk menguji pemampat.

  3. 1-salam cikgu…ape nama chemical yang digunakan utk proses di atas…harga setong/sebotol camner yer
    2-kenapa pd paip cooper di outdoor berminyak dan mcmn nak atasi keadaan tu?.

    tq, cikgu

    • Salam.
      1) Namanya coil cleaner.
      2) Berminyak mungkin sebab bocor. Jika banyak minyak yang hilang perlu tambah baru.

  4. Salam..Nak tanya cikgunas aircond sy ni (indoor unit) dia keluar angin sebelah kiri shj..kenapa ye?tq..

  5. Slm cgu. Semasa overhaul indoor dan outdoor unit, bagaimana cara menutup gas supaya tidak keluar tanpa menggunakan tabung gas?

  6. salam cikgu sy nak tanya tempoh masa untuk mencuci penghawa dingin berapa lama? adakah ia rumit jika diselenggara seorang tenaga kerja sahaja?

    • Salam. Normal service cikpuan boleh buat sendiri iaitu membersihkan penapis udara. Chemical service boleh 8 bulan sekali jika unit kerap digunakan dan dilakukan oleh juruteknik bertauliah.

  7. asssalammualaikum cikgu nak tanye kenapa amp compressor rendah walaupun gas cukup n cross fan semua model sama ke

    • Salam. Bacaan amp sebenar memang berbeza daripada yang dilabel pada badan outdoor..sbb tu adalah bacaan purata semasa r&d.

Leave a Reply to cikgunas Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *