Permohonan Kad Hijau CIDB.

Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak bina. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.

Semua pemegang kad hijau akan mendapat manfaat antaranya seperti berikut:

  • Perlindungan Takaful selama tempoh kad hijau hidup, pada bila-bila masa di mana jua kita berada. Untuk bayaran RM 50.00, kad hijau akan hidup selama 2 tahun. Ini bermakna CIDB memberikan perlindungan takaful kepada anda dengan bayaran hanya RM 25.00 setahun!!
  • Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.
  • Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia. Contoh: Jika anda sebagai pemegang kad hijau CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancung di Australia, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.kelebihan kad cidb
  • Pemegang kad hijau juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB.
  • Pemegang kad hijau rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.

Syarat-syarat tuntutan manfaat perlindungan:

  • Tuntutan dibuat oleh Pemilik/Penama yang sah menggunakan Borang UPPT-1 dengan lengkap.
  • Tuntutan hendaklah dibuat selewat – lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.

Pemohon akan mengikuti Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Personel Binaan selama satu hari samaada yang dikendalikan oleh CIDB atau pusat bertauliah.

Permohonan Online : http://smb.cidb.gov.my/

Kursus Induksi:

http://smb.cidb.gov.my/personnel/application/senaraikursus

Borang tuntutan insurans: Takaful

sijil induksi cidb

Sijil Kursus Induksi CIDB

kad cidb

Contoh Kad Hijau CIDB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Berita Semasa, Keselamatan, Pengurusan Bengkel Tagged with: , ,
5 comments on “Permohonan Kad Hijau CIDB.
  1. lachumanan s/o muniandy says:

    Heavy machine

  2. Mohd Afizan Alang says:

    Salam..
    Adakah pegawai kerajaan yang terlibat dengan industri pembinaan seperti golongan Kejuruteraan (Skim J) perlu mendaftar kad Hijau?

  3. johan says:

    boleh tak saya memohon kad hijau tanpa krusus dengan mengunakan kad niosh safety passport

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*