Pengendalian Bahan Pendingin : Bahagian 1.

Dalam bahagian pertama ini, saya akan menulis dan berkongsi berkaitan silinder penyimpanan (recovery cylinder) di bawah tajuk pengendalian bahan pendingin. Silinder penyimpanan atau recovery cylinder juga dikenali dengan nama lain sebagai tangki penyimpanan (recovery tank) atau tangki penerima (receiver tank). Terdapat pelbagai jenama pembuat untuk recovery cylinder seperti Robinair, Mastercool, Manchester dan lain – lain. Recovery cylinder dapat dikenali dengan warna kuning pada bahagian atas silinder dan kelabu pada badan silinder manakala saiznya ditentukan oleh berat maksimum bahan pendingin yang boleh ditampung oleh silinder. Walaubagaimanapun berat sebenar bahan pendingin perlu ditentukan secara pengiraan yang akan ditunjukkan di bawah.

Pelbagai saiz recovery cylinder di pasaran.

a) Tujuan recovery cylinder.

Silinder ini digunakan untuk menyimpan bahan pendingin bagi tujuan digunakan semula. Ini membolehkan kerja-kerja baikpulih dilakukan tanpa membebaskan bahan pendingin ke udara. Langkah ini adalah satu good practice dalam pengendalian bahan pendingin yang di syaratkan oleh Jabatan Alam Sekitar kerana bahan pendingin mempunyai kesan kepada Ozone Depletion Potential (ODP) dan Global Warming Potential (GWP).

b) Bahagian – bahagian utama recovery cylinder.

4 bahagian utama bagi recovery cylinder.

Bahagian utama luaran recovery cylinder ditunjukkan dalam rajah di atas. Manakala bahagian dalam recovery cylinder mengandungi ruang untuk liquid (bawah) dan vapour (atas).

Bahagian liquid dan vapour dalam recovery cylinder.
Safety auto float device & dip tube for liquid transfer.

c) Label pada name plate recovery cylinder.

Bagi setiap recovery cylinder terdapat name plate yang mengandungi maklumat penting silinder tersebut. Ia sangat penting untuk di fahami dan memberi maksud tertentu kepada cara penggunaan dan keselamatan silinder tersebut.

Berikut adalah huraian pada setiap label dalam rajah di atas.

d) Jenis – jenis tekanan silinder dan kaedah pengiraan.

Terdapat 5 jenis tekanan yang perlu difahami berkaitan recovery cylinder ini iaitu:

  • Tekanan servis
  • Tekanan maksimum
  • Tekanan pengujian
  • Tekanan pelepasan (relief pressure)
  • Tekanan pelegaan

Tekanan servis diperolehi dari name plate recovery cylinder. Dalam kes ini saya ambil 400 psig berdasarkan bahagian c di atas. Tekanan servis merujuk kepada tekanan standard pengendalian bahan pendinginan semasa kerja – kerja recovery.

Tekanan maksimum ialah tekanan maksimum bahan pendingin dalam silinder yang dibenarkan. Tekanan pengujian adalah tekanan yang di buat keatas silinder di pusat uji. Ia lebih tinggi dari tekanan maksimum bagi menjamin keselamatan semasa penggunaan. Tekanan pelepasan ialah tekanan minima di mana gas akan dilepaskan untuk mengelak silinder dari meletup. Ia adalah 75% dari tekanan pengujian.

Tekanan pelegaan pula adalah perbezaan antara tekanan servis dan tekanan maksimum.

Pengiraan tekanan – tekanan di atas:

  • Tekanan servis = 400 psig.
  • Tekanan maksimum = Tekanan servis  X 5/4 = 500 psig.
  • Tekanan pengujian = Tekanan servis X 2 = 800 psig.
  • Tekanan pelepasan (relief pressure) = 75% X Tekanan pengujian = 0.75 X 800 = 600 psig.
  • Tekanan pelegaan = Tekanan maksimum – Tekanan servis = 500 – 400 = 100 psig.

Saya ringkaskan dalam carta di bawah:

e) Pengiraan berat silinder.

Dari name plate recovery cylinder (bahagian c) di atas maklumat berikut diperolehi:

WC = 47.6 LBS , TW = 27.5 LBS;

Berat maksimum bahan pendingin yang dibenarkan ialah 47.6 LBS. Walaubagaimanapun tahap selamat kapasiti bahan pendingin ialah 80% daripada WC. Shut Off switch akan menghalang bahan pendingin daripada masuk dengan menghantar isyarat untuk memberhentikan proses recover ke recovery machine apabila kapasiti silinder mencapai 80%.

Oleh itu berat bahan pendingin yang dibenarkan ialah 80% X 47.6 = 38.08 LBS.

Berat kasar = Berat tangki + Berat bahan pendingin  = 27.5 + 38.08 = 65.58 LBS.

f) Langkah – langkah keselamatan berkaitan recovery cylinder.

  • Elakkan silinder dari terjatuh.
  • Simpan di tempat yang kering, elakkan dari pancaran cahaya matahari secara terus.
  • Silinder hendaklah di hantar ke pusat uji semula setiap 5 tahun untuk ujian kebocoran dan kakisan.
  • Jangan campur bahan pendingin untuk mengelakkan bahan pendingin contaminated (tercemar). Satu silinder untuk satu bahan pendingin sahaja.
  • Silinder bertekanan 400 psig adalah wajib bagi bahan pendingin R-410A.
  • Pastikan penutup injap sentiasa di pasang bagi mengelak berlakunya kebocoran.
  • Sentiasa memastikan penggunaan silinder tidak melebihi berat maksimum dibenarkan dan tekanan maksimum yang dibenarkan.
  • Simpan silinder dalam kedudukan tegak dan ke atas.

g) Latihan RSS

Latihan di bawah disertakan untuk mengukuhkan pemahaman pembaca berkaitan catatan ini.

h) Bahan berkaitan.

i) Rujukan.

  • The National CFC – Phase Out Plan RSS Operation Manual                      

j) Klik pada image untuk paparan lebih jelas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email

One comment on “Pengendalian Bahan Pendingin : Bahagian 1.

  1. Terangkan cara hendak keluarkan udara dari dlm recovery tank tanpa mengeluarkan gas sedikit pn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *