Pengenalan PAV

Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional yang merangkumi lima strategi utama, lima inisiatif serta 11 tindakan bagi meningkatkan nilai pasaran kerja pelajar dan melonjakkan pendidikan vokasional agar setaraf dengan negara maju dilancarkan hari ini.

Melalui pelan transformasi tersebut, pendidikan vokasional di negara ini tidak lagi dianggap sebagai kelas kedua, sebaliknya ia menuju ke arah konsep pendidikan untuk semua dengan berasaskan program bercorak pekerjaan sebagaimana dilaksana negara maju.

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, pendidikan vokasional di Malaysia perlu melalui perubahan besar dengan segera kerana jika tidak dilakukan, negara dibimbangi menjadi tidak kompetitif di peringkat global serta akan terus ketinggalan.

“Kejayaan pendidikan di Malaysia perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik semata-mata, tetapi perlu ada definisi baru kepada kejayaan tersebut iaitu melalui bidang teknikal serta vokasional.

“Ini kerana kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) adalah 44 peratus berbanding hanya 10 peratus di Malaysia.

Di bawah Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional, Pendidikan Asas Vokasional (PAV) diperkenalkan di bawah inisiatif 1.

5 Inisiatif & 11 Tindakan Pelan Transformasi Vokasional

Matlamat

Menyediakan murid lepasan UPSR untuk menjadi insan berkemahiran, bersedia untuk bekerja dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.  Sasarannya ialah murid yang kurang cemerlang dalam bidang akademik. Mereka diberi peluang kedua untuk dilentur dan digilap potensi serta keupayaan melalui pendekatan  Pembelajaran dan Pengajaran (PDP) berfokus kepada aspek psikomotor (hands-on), dan dilaksanakan dalam persekitaran vokasional.

PAV akan dilaksanakan di sekolah untuk menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang akan dimansuhkan secara berperingkat mulai 2013. Sebanyak 15 buah sekolah di Malaysia telah dipilih dalam program rintis.

Objektif

  • Menghasilkan remaja berkompetensi vokasional dengan kelayakan SKM1 dan SKM 2.
  • Menghasilkan remaja berkompetensi keusahawanan.
  • Menghasilkan remaja yang bersedia untuk meneruskan pengajian ke peringkat pendidikan dan latihan yang lebih tinggi.

Struktur Kurikulum PAV

Konsep Kurikulum

Contoh Jadual Waktu PAV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*