Pengenalan Kepada MRACS.

MRACS (Malaysia Refrigeration & Air Conditioning Specialist Organization) atau Pertubuhan Pakar Penyejukbekuan & Penyaman Udara Malaysia merupakan pertubuhan untuk mengumpul semua pengusaha, ahli akademik, usahawan, jurutera dan juruteknik yang berada dalam bidang penyaman udara di bawah satu komuniti dengan menyediakan agenda dan aktiviti yang bermanfaat kepada ahli yang berdaftar. Pertubuhan ini diharap dapat menjadi titik rujuk kepada semua pengusaha,pekerja,usahawan, jurutera dan juruteknik penyaman udara.

MRACS mempunyai Jawatankuasa di seluruh Malaysia mengikut Negeri, Daerah dan Cawangan. MRACS terdiri daripada 3 bahagian iaitu :

  • AKADEMIK -Terdiri daripada tenaga pengajar dan penyelidik dari Universiti Tempatan & Institusi Kemahiran yang mempunyai kepakaran dalam bidang HVACR.
  • INDUSTRI – Terdiri dari pengilang dan pembekal barangan dan peralatan yang berkaitan dengan HVACR.
  • USAHAWAN /PENGUSAHA / PEKERJA – Terdiri daripada penyedia perkhidmatan dan pekerjaan yang berkaitan dengan HVACR.

OBJEKTIF

MRACS merupakan sebuah pertubuhan yang mengumpulkan pakar-pakar Penyejukbekuan & Penyaman Udara dari pelbagai bidang iaitu akademik, industri dan pengusaha serta usahawan yang berkecimpung dalam bidang tersebut. MRACS juga bakal menyediakan satu platform mengikut bidang dan kepakaran setiap ahli dengan memberikan panduan serta rangkaian kerjasama diantara industri dan agensi-agensi kerajaan.

MISI

Menyatupadukan kepakaran dari pelbagai bidang melalui bantuan dan kerjasama rangkaian pertubuhan.

VISI

Memastikan semua ahli MRACS diiktiraf sebagai tenaga pakar dan mempunyai pensijilan yang bertauliah dan diiktiraf.

Objektif, Misi & Visi MRACS
Objektif, Misi & Visi MRACS
Matlamat MRACS
Matlamat MRACS

Bagaimana untuk menyertai MRACS?.

Keahlian terbuka kepada semua yang mempunyai kepakaran dan terlibat didalam bidang HVACR. Walaubagaimanapun bagi yang tidak dapat memenuhi syarat ahli biasa, boleh mendaftar sebagai ahli bersekutu.

  1. AHLI BERSEKUTU – Terbuka kepada mereka yang tidak dapat memenuhi kriteria ahli biasa.
  2. AHLI KEHORMAT – Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.
  3. AHLI SEUMUR HIDUP – Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
  4. AHLI REMAJA – Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.
Jenis - jenis keahlian MRACS
Jenis – jenis keahlian MRACS

Untuk memohon pembaca boleh muaturun borang permohonan di bawah. Seterusnya lengkapkan borang permohonan berserta gambar dan emel ke mracs.malaysia@gmail.com (u/p : En Fakhrolanwar Yunus)

“Menuju Agenda Nasional”

FB Rasmi :https://www.facebook.com/mracsofficial/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email

2 comments on “Pengenalan Kepada MRACS.

  1. as salam dan salam hormat.pertanyaan dari saya.
    1.bolehkah MRACS menurunkan dan menetapkan harga siling barang di kedai komponen hvac
    2.melantik kedai panel atau menubuhkan syarikat yang menjual komponen hvac dan harganya lebih rendah dari RACO.sekiranya boleh, lebih bagus kerana ahlinya seluruh malaysia dan kedainya juga terdapat di seluruh malaysia
    3.untuk daftar keahlian mengapa kosnya tinggi dan apakah benefit yg dapat dan lantikan ajknya serta agm bila?

    • Salam tn. No 1 dan 2 tu dalam agenda MRACS. Berikan masa kerana MRACS baru sahaja ditubuhkan. Untuk yuran keahlian tu, ia meliputi baju korporat, kad id NFC, stiker dan watikah perlantikan. Tn boleh daftar sahaja dahulu dan keahlian akan aktif selepas pembayaran dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *