Pembangunan Portfolio HVAC Tahap 2 & 3

Bahagian ini menerangkan bagaimana anda akan membangunkan portfolio iaitu satu dokumen berbentuk hardcopy atau softcopy bagi menyimpan dan mengumpul bukti-bukti keterampilan berdasarkan kepada pengalaman terdahulu serta kemahiran dalam bidang yang anda miliki. Portfolio ini hendaklah disediakan oleh calon mengikut tahap yang dipohon dengan bimbingan PP-PPT berdasarkan keperluan NOSS. Jika anda memohon tahap 2 dan tahap 3 serentak iaitu secara single – tier bermakna anda perlu menyediakan 2 portfolio iaitu satu untuk Tahap 2 dan satu untuk Tahap 3.

Dokumen ini di simpan dalam satu fail putih (ring file saiz 50mm) seperti di bawah.

Contoh fail yang digunakan sebagai Portfolio Calon.

Kandungan & Susun Atur Portfolio.

Apakah dokumen yang terkandung dalam portfolio tersebut. Untuk memudahkan anda memahaminya dan seterusnya membangunkannya, mari kita lihat susunan berikut:

  1. Borang Permohonan Pensijilan [(JPK/PPT/6/6-2014)] 2 Salinan – kertas pink
  2. Salinan Kad Pengenalan (dipalang Untuk Kegunaan JPK dan di sahkan)
  3. Notis Pendaftaran Calon dan Penugasan PP-PPT
  4. Surat Akuan Pengesahan Calon
  5. Salinan SKM tertinggi yang dimilliki (jika ada dan berkaitan)
  6. Surat Perakuan Tempoh Pengalaman Kerja (dalam bidang berkaitan) – pengesahan majikan/surat akuan sumpah bagi bekerja sendiri atau syarikat milikan tunggal)
  7. Carta organisasi tempat kerja
  8. Carta Profil Pekerjaan (JPC) / Carta Profil Kompetensi (CPC) (mukasurat 1-12 sahaja)
  9. Laporan Penilaian Keterampilan Calon melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) – [(JPK/PPT/2/6-2014)]
  10. Bukti-bukti keterampilan

>>>>> Kaedah Penyusunan Portfolio(cikgunas.net)<<<<<

Salinan softcopy

Untuk Tahap 3:

Print Friendly, PDF & Email