Teknologi Penyaman Udara

Perkembangan teknologi penyaman udara tidaklah sehebat perkembangan dunia komputer, telefon mudahalih, gadget IT ataupun peralatan elektrik dan elektronik. Semenjak pemasangan pertama untuk kediaman oleh Willis  Carier pada 1927 di Mineapolis, Minnesota prinsip asas dan operasi penyaman udara tetap mengunakan 4 komponen utama iaitu pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat.

Dari aspek rekabentuk fizikal, perubahan dapat dilihat dengan bentuk yang lebih menarik, mudah diselenggara dan saiz unit yang lebih kecil bagi mengurangkan penggunaan ruang (space) untuk pemasangan. Dan pada hari ini hampir semua unit penyaman udara dilengkapi dengan alat kawalan jauh(remote control) yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi.

Antara rekabentuk unit dalam (indoor):

 

Pada 2009, teknologi inverter mula dipasang pada unit penyaman udara untuk menjimatkan tenaga elektrik. Teknologi ini dipasang pada unit luar di mana ia dapat mengawal kelajuan motor pemampat, kelajuan motor kipas dan kawalan suhu. Dengan cara ini, arus maksima atau arus permulaan dapat di kurangkan.

Teknologi plasmakluster juga diguna pada penapis udara yang dapat menghasilkan ion hidrogen positif dan ion hidrogen negatif. Ion – ion ini dapat menyahaktifkan alergan, habuk dan bakteria dalam udara. Dengan cara ini udara dalam sebuah bilik menjadi lebih bersih.

 

Pada 2012, Teknologi Inovasi Solar Sdn Bhd mula memperkenalkan teknologi hybrid pada unit penyaman udara pisah berkuasa 1.5HP, 2.0HP dan 2.5HP. Teknologi ini menggunakan cahaya matahari dalam proses kitaran dan operasi penyaman udara. Dengan penggunaan tenaga dari cahaya matahari ini, kecekapan tenaga unit boleh ditingkatkan sehingga 40%.

Teknologi Jet Cool diperkenalkan untuk memberi udara sejuk lebih pantas. Oleh itu kesan penyejukan dapat dirasai dengan lebih cepat.

 

Teknologi Auto Cleaning membantu mengeringkan penukar haba (penyejat) secara automatik. Ini dapat mencegah pembiakan bakteria dan mengurangkan bau yang kurang menyenangkan.

Teknologi Gold Fin adalah satu lapisan anti karat yang dipasang pada permukaan pemeluwap. Ini untuk memastikan permukaan lebih tahan pada kakisan, meningkatkan ketahanan dan kelihatan baru untuk tempoh yang lebih lama.

Teknologi i – see sensor dipasang pada pada unit dalam untuk model Mitsubishi. Teknologi ini dapat mengesan suhu lantai dari sisi ke sisi pada sudut sehingga 150° ,berbanding unit konvensional yang lain yang hanya mengesan suhu udara pada bahagian atas bilik. Dengan cara ini, sistem dapat beroperasi pada tahap yang lebih optimum untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

 
Print Friendly, PDF & Email
310 comments on “Teknologi Penyaman Udara
  1. Malik says:

    Asaalam saya nk tnye klaw sya menggunakan aircond dlm jangka masa yg panjang lebih dri 13 jam sehari… Ade efeect ape2 x kat aircond sya… Brand singer

  2. Azizahomar says:

    Assalammualaikum, kalau aircond tak tutup dua bulan langsung dia akan rosak ka ? Bolehkah aircond running dalam dua bulan tanpa tutup ?

    • cikgunas says:

      Salam tn. Saya tidak pasti pihak RnD ada test berapa lama unit tersebut di kilang mereka. Sebagaimana enjin kereta, bolehkah ia beroperasi dari Johor ke Perlis tanpa henti. Begitu juga aircond, dimana komponen utama iaitu pemampat beroperasi 2 bulan tanpa henti. Jadi saya rasa tuan boleh fikir life span atau jangka hayat unit tersebut.

  3. franky says:

    SALAM CIKGU…sy baru pasang icon kat umh sy sendiri. sebelum ni icon tu pasang kat berek. lepas pasang kat umh, icon tu boleh on sekejap lepas tu of sendiri. padam suis utama dan lepas tu on balik boleh on..dan x smpai 1 minit off sendiri..berulang sy buat mcm tu juga..tiba2 off sendiri..icon jenama samsung..boleh bgtau kenapa jadi cam tu..

    • cikgunas says:

      Salam. Banyak kemungkinannya. Apakah keputusan testing & commissioning yang tuan telah buat selepas pemasangan?

      • Fairul says:

        Slm,sy pun mengalami masalah air cond terpadam afer few hours..then ad masa ia akan elok..blh on smpai berjam2 tp lps off n on blk ia akan on only for few hours..knp ya tuan?

        • cikgunas says:

          Salam. Banyak masalah seperti ini dan biasanya pemampat panas. Untuk baikpulih, bergantung pada punca pemampat jadi panas. Tn boleh rujuk CATATAN SAYA DISINI untuk kenalpasti masalah tersebut.

  4. chris j says:

    Sya ada aircond york.. semua berfunsi.. tapi bru baru ni keluar kod e4.. apa masalah yer.. terima kasih

  5. Erma says:

    ??????????? ?????????? ?????????? ????? ????????? ???? tuan, nak tanya knp aircond sy tak boleh control pakai remote?? Remote oke je., ade 2 lg,.

    • cikgunas says:

      Mungkin masalah pada receiver. Cuba cabut receiver dan pasang semula. Yang kedua mungkin unit telah di bypass. Guna remote hanya dapat ON dan OFF aircond sahaja. Suhu tak boleh di kawal.

  6. faridatul nadia says:

    Salam tuan sy baru pasang midea 1hp dlm 3 bulan..kebelakangan ni sllu off sndiri dan kluar prktaan EC..aircond pun wlupon bukak 17° tp x rs sejuk lg..kipas lg rs dari aircond..agaknya knp ye

    • cikgunas says:

      Salam. Tak rasa sejuk tu sbb compressor tak jalan dan kipas luar pun tak jalan. Jadi akan keluar EC pada indoor. Jadi perkara pertama kena cek ialah tekanan gas ( cukup atau tak), pressure sensor ( cabut dan pasang semula), dan wayar signal ( tukar dan pasang semula).

      Kapasitor kipas dan compressor pun perlu di cek. Itulah perkara awal yg perlu di periksa.

  7. Neozkawa says:

    Tuan,nak tanya, aircond rumah saya tiba2 tak hidup. Tapi bila tekan remote masih bunyi, tapi tiada angin keluar..apa sebabnye ye?

  8. Rafiqa edora says:

    Salam tuan, saya dalam dilemma ingin membeli air conditioner brand apa, yang saya tengah pilih ada hisense. Adakah ia nya saru jenama yang bagus untuk jangka masa panjang ? jenama apa yang terbaik dalam pemilihan aircond untuk bilik tidur ? Minta tuan bagi cadangan & pendapat. Dalam list jenama sy nak york, panasonic, sharp or hisense.

    • cikgunas says:

      Salam cikpuan. Antara soalan yang dikerap ditanya dan saya tiada apa2 kepentingan untuk memberi jenama terbaik pada cikpuan, malah saya juga tidak menggunakan semua jenama aircond yang dinyatakan. Perkara ini yang paling utama ialah kapasiti pendinginan hendaklah sesuai dengan bilik tersebut dan unit hendaklah diselenggara secara berkala dengan betul. PANDUAN INI mungkin dapat membantu.

  9. Ahlong says:

    Assalamualaikum tuan,
    Saya nak tanya apa masalah Aircond klu on sejuk p lepas dalam 15minit compressor xjlan Aircond jad xsejuk p kipas condensor msh jalan.so kena off dlm setagah jam n on balik baru aircnd sejuk balik p pas 15minit balik lag masalah yg sama. Apa masalah tu tuan? Aircond jenis proteble Aircond singer r22

    • cikgunas says:

      Salam tuan. Kena buat pemeriksaan pada compressor dan cek tekanan gas dan arus semasa compressor berfungsi. Compressor mungkin panas dan banyak kemungkinan dan baikpulih bergantung pada puncanya. Rujuk CATATAN LEPAS saya untuk rujukan.

  10. fieza says:

    salam tuan,
    saya ingin bertanya.. BOLEHKAH remote control tu kita trick.. seperti suhunya diterbalikkan? lagi tinggi suhu lagi sejuk.. cth suhu 30 sama sejuk suhu 16.. saya ingin tahu adakah ini boleh dilakukan.. sebab saya rase aircond di rumah ini seperti diperdajalkan oleh seseorang.. sy letak suhu 16 jadi tak sejuk.. tetapi bila ditukar suhu ke 26 jadi sejuk pula..

    • cikgunas says:

      Salam. Saya pun tidak berapa pasti. Agak pelik masalahnya. Asalkan sejuk kira ok lah tu tuan/puan. Boleh cuba, keluarkan bateri. Selepas 5 minit pasang semula bateri dan ON remote. Pastikan suhu dalam unit Celcius.

  11. Zul says:

    Salam tuan..nak tanya pasal wayar pada suis panas apa masalah ye..pakai dlm 10 minit dah panas n bau hangus

  12. yusri says:

    Salam,,nk minta pendapat tuan sikit, aircond jenama Khind ok ke dari segi ketahanan penggunaannya?,,Khind ni jenama dari mana?

    • cikgunas says:

      Salam tn. Jika pendapat saya jenama apa pun ok. Asalkan cara penggunaan dan penyelenggaran adalah betul serta kapasiti pendinginan sesuai dengan bilik tersebut.

  13. hafez says:

    salam cikgu, mohon bantuan..aircond indoor saya sekejap sejuk sekejap tidak, saya perhatikan kipas compressor akan off selama 5 minit dan akan on semula untuk 1 minit, maknanya aircond akan sejuk sedikit 1 minit dan akan panas selama 5 minit, gas baru tambah, adakah masalah compressor rosak atau bagaimana?

    • cikgunas says:

      Salam. Sebelum uji compressor tersebut rosak atau tidak elok tuan cek dulu 7 perkara ini dalam catatan lepas saya. Ada tanda2 compressor panas dalam masalah tu dan mungkin juga sensor tidak. Rujuk catatan saya tersebut.

      Cek melalui ujian dengan meter dan pemerhatian visual.

  14. Eddie says:

    Salam tuan. Saya nak tanya. Saya baru buka aircond di rumah dan pasangnya di kampung. Masa mula2 pakai, keadaan ok. Tp sejak dua hari ni, aircond slalu off selepas setengah jam on. Dan lampu timer akan berkelip-kelip. Saya nak tahu apa mungkin masalah yang berlaku. Terima kasih.

    • cikgunas says:

      Salam. Banyak kemungkinannya kerana saya tidak tau samaada tn telah melakukan prosedur yg btl semasa menanggal dan memasang semula unit. Kemungkinannya yang pertama ialah cek dulu tekanan gas dan arus larian.

  15. liana says:

    salam nk tnya. saya ada aircond jenama panasonic kt kg tp share dua bilik.. berapa pelarasan suhu yg sesuai ye? dan mode nk letak dlm keadaan apa.. tq

    • cikgunas says:

      Salam. Suhu yang ideal 24°C- 25°C. Kalau rasa kurang sejuk, turunkan lagi suhu. Pilih mode COOL.

  16. Riveara says:

    Asalamualaikum tuan,
    Sy mohon pencerahan….
    Adakah elektrik akan terus berlanjutan sekiranya suis aircond masih berpasang tp sebenarnya remote kita belum tekan ON ,

    • cikgunas says:

      Salam tn. Ya jika suis tak tutup, ada arus elektrik di indoor. Boleh memberi kesan haba pada pcb. Sebaiknya tutup/OFF suis itu.

  17. Amri says:

    Salam tuan…
    Mohon pencerahan dari tuan..sy baru sahaja install 1hp aircond..masalahnya compressor kerap shut off selepas 1@2jam pada siang hari..apabila tutup suiz dan on balik..akan hidup balik…berlainan pula pada waktu malam..aircond hidup dengan baik dan compressor tidak pernah shut off…sy telah check arus elektrik dan tekanan gas pada outdoor…3.7amp dan 125psi(R410a)..

    • cikgunas says:

      Salam. Susah nak jawab. Saya nak tau apa troubleshoot yang telah tuan buat baru dapat kecilkan masalah ni. Cuba rasa pemampat tu, adakah ia terlalu panas. Jika ya bermakna pemampat dalam keadaan high amp.

      Banyak punca jika pemampat high amp. Rujuk catatan lepas saya.

  18. sappo says:

    salam tuan, sy nak brtanya….sy pakai aircond york 2.5 hp…. masalahnya bila sy on aircond x sampai dlm 30mint, aircond terus off & serta suis utama akan mati… bila on balik, akan jd mcm tu jg… apa puncanya tuan?

  19. Samsuri says:

    Assalamualaikum cikgu.
    Ketika ini, 2 unit pendingin hawa (1.0hp) di Bilik server pejabat saya berfungsi secara serentak selama 24jam setiap hari.
    Cadangan saya: Setiap unit berfungsi secara bergilir setiap hari (12 jam setiap unit)
    Sekiranya satu unit kerja, satu unit berhenti dan begitulah seterusnya.

    Apakah alat, panel atau cara yang saya boleh gunakan untuk setiap unit berfungsi selama 12 jam sahaja setiap hari?

    • cikgunas says:

      Salam. Tn blh set timer pada aircond tersebut. AC1 set on 8AM dan off 8PM manakala AC2 set on 8PM dan off 8AM.

  20. Ismet Ulam Raja says:

    Salam cikgu,kenapa aircon saya jenis Panasonic bila pasang suis terus melompat2 dan melarikan diri..balik2 saya terpaksa mengejar ke sana sini…kadang2 aircon saya pandai menghi!angkan diri selama beberapa hari..apa masalah aircon tersebut?

  21. yeen says:

    salam..saya nak tanya..cmne nak hidupkan ac tanpa remote..remote rosak..aircond jenis upson yk-f/06

    • cikgunas says:

      Salam. Buka penutup hadapan indoor. Ada manual button utk hidupkan aircond jika tiada remote. Rujuk manual jika ada masalah.

  22. Zulkefli says:

    Salam cikgu..
    Apa jadi aircon 1phase masuk 2 phase

  23. Salleh Ghazali says:

    Nak service air cond call saya.k.l & selangor only

    011 20777118

  24. Izzati says:

    Assalamualaikum, boleh tak huraikan pada saya tentang teknologi inverter yang digunakan di dalam sistem VRF?

  25. Mohd izat says:

    As salam..nak tanya..sy pakai aircond york 1 hp..masalahnya apabila pasang dia sejuk sekejap je..lepas lampu timer bernyala berkelip2,padahal sy x set timer d remote n x sejuk dh..apa masalahnya cikgu?

  26. ajay says:

    hi tuan.,,,sy nak tanya york 2.5hp r22 gas..indoor outdoor kipas berpusing dengan baik…masalah nya ialah..bila technician pasang manifold..meter psi cecah naik ke 100 psi lebih…apa masalah ini..blh tlh bantu sy tak?terima kasih

  27. Din says:

    Assalamualaikum

    Aircond jenama Fujiair 1.0 hp.
    Lepas on 5 ke 15 minit compressor dan indoor unit fan berhenti tetapi indicator pada indoor unit masi menyala.
    Lepas off guna remote baru baro padam.

    Tetapi bila on semula ia berfungsi selama lima ke 15 minit.

    Bolih beritahu masaalahnya?.

  28. ayed says:

    Assalamualaikum tuan..
    Nak tnya. Protable aircond fujiaire sy masalah sikit.. bila on xsmpai 1jam mati nthen keluar conde E4 bila tekan on dia jalan balik.. knp ye?

    • cikgunas says:

      Salam tn. Kemungkinan pemampat panas dan unit cut off. Sebab2 pemampat jadi panas ada banyak. Tn boleh rujuk catatan lepas saya.

      • hilmi. says:

        Salam..aircond elektrolux 1hp inverter.masalah lepas overhaul indoor on dlm tk sampai 1 minit dah cut off.tggu dlm 1 minit on balik lepas cut balik.sy cuba cabut supply ke outdoor pun masih masalah sama

        • cikgunas says:

          Salam. Saya perlu tau apa testing yang tn dah buat lepas service dan bagaimana testing tersebut dibuat??

  29. Arwandi says:

    Salam., sy ada problem dgn ac york 2.5hp.. indoor hidup, outdoor xhidup., dh try direct wire outdoor, dpt hidup.. check gas pky cara direct tu dpt bcaan 20psi.. pstu cuba isi gas, ikut low side ttap jga xmau hidup outdoor.. try pky high side pun xmau hidup.. dh try tukar pcb pun sma jga xmau hidup.. tukar sensor kat coil pun sma jgak xmau hidup… buntu dh.. haha adakah ia msalah gas? Cuba bukak o.l.p pastu direct pun xmau,.

    • cikgunas says:

      Salam. Bacaan gas 20psi tak tepat kerana indoor tak jalan. Cuba cek dan tukar kabel indoor ke outdoor, dan kabel pemampat.

  30. Shahril... says:

    Salam cekgu..sy nak tanya acond panasonic lapu timer berkelip berterusan acond hidup 2 minit terus mati kemudian lanpu timer jerr nyala..sensor coil sudah di tukar tapi tetap same..

  31. haziq says:

    Assalam, cikgunas kalau nk pasang aircond di ruang tamu pangsapuri atau flat brpe hp yg diperlukan yea..

  32. rosli kadir says:

    Deikin 2.0
    Mula2 dulu ok, sekarang lampu tengah (ada simbol jam ) pandai tiba2 berwarna oren berkelip dan waktu tu, udara menjadi tidak sejuk

    selepas off dan on, akan pulih seketika dan masalah akan berulang lagi

  33. Leh says:

    Salam ,kli pertma sy onkn outdorr hidup dngn baik, dn sy on kli kedua terus trip dngn tiba2 . sy dah semak pendaiwayaan serta komponen2 outdoor masih baik cuma kompreser terlanpau panas msa sy on kli pertma dngn masa 5/10minit.ad penjelasn tak

  34. Syaukk says:

    Salam…
    Sy bcadang nk bli ac Panasonic sky series 1hp inverter. Soalan sy..klau compressor Ac dpasang pd didalam bilik air back to back ok tak…didalam bilik air tu ada udara masuk ikut tingkap atas dan kipas blower exzos fan.

    • cikgunas says:

      Salam. Walaupun back to back jarak indoor ke outdoor sekurang2nya 10kaki. Tujuannya untuk mengelakkan gegaran pada outdoor dan return gas yang sempurna. Outdoor mesti dipasang dimana udara panas dapat dibebaskan keluar dengan baik. Jika ada gangguan pada udara panas tersebut, outdoor akan jadi overheat.

  35. Fatihah says:

    Aslm..tuan..nk tye aircond sy jenama York 1hp..sy set mode dry suhu 24..bile da lamaa sejuk…die mcm.berhenti sekejap motor die…lame tu die sejukkan balik bilik..mmg mcm tu ke cara die bekerja utk penjimatan elektrik???mohon pencerahan

  36. mohammad says:

    Assalam,aircond sy 1hp panasonic inverter,aircond akan off selepas 2jam(air cond sejuk),pastu timer blinking,sy da reset timer,check tekanan gas 160kpa,mula2 suspect gas berlebihan…da kurangkan gas kepada 140kpa,try ON semula…still OFF selepas 2jam (aircond xsejuk),boleh mohon penjelasan…aircond baru 2tahun…

  37. Radi says:

    AsSalam, minta nasihat tuan mengenai suis power aircond yg berlampu merah didinding, tak dapat ON walau ditekan On. Jadi aircond tak dpt ON juga. Mungkin short. Apa yg patut atau boleh saya lakukan sendiri tanpa meminta bantuan wireman aircond ? T. Kasih

  38. runsing says:

    assalammualaikum tuan,
    saya ingin bertanya…aircond dirumah saye jenama daikin, akan sentiasa padam kdg2 5 minit,….kdg2 1/2 jam….jd x sejuk..lampu oren akan menyala….on/off balik akn keluar lampu hijau (sejuk) n then lepas 1/2 jam @ 1-2 jam akan jd balik…boleh bantu x…tq

  39. lia says:

    salam,
    sy ingin btya sblm ni sy guna aircond mode cool 28c je tp nk try cuba mode dry 25c utk jimat bil mcm yg tersebar kat fb tu… soalan sy: betul ke dpt jimat sbb suhu diturunkn 28c ke 25c?bkn makin kecik suhu makin mahal ke?
    tqvm jika sudi jawab?

  40. saiful nizam aziz says:

    Asalamualaikum Cikgu,

    Saya menggunakan aircond Hisense 1.0HP selama 6 bulan tanpa sebarang masalah. sekarang masalah yang saya hadapi bila setting temp kepada 26c tapi suhu bilik menurun kepada 23c. Compressor sentiasa on tanpa berhenti2 seperti sebelumnya dan meningkatkan Bill elektrik. apa yang perlu saya lakukan.

    • cikgunas says:

      Salam tn,
      Saya tidak pasti masalah ini. Compressor akan cut off apabila mencapai suhu yang di setkan. Jika ia terus beroperasi bermakna belum mencapai suhu yang dikehendaki.

  41. faidhi zakwan says:

    salam tuan. mcm mana nk bypass tanpa guna remote utk on sbb board pcb remote rosak kena on manually.ada x cara yg on ja suis dinding air cond trus pasang.

    • cikgunas says:

      Salam. Selepas ON aircond guna manual button dan masa nak OFF aircond, guna suis utk OFF. Maksud saya OFF aircond guna suis. Nanti blh ON aircond pada suis sahaja tanpa perlu tekan manual button lg.

  42. anas says:

    as’kum tuan boleh saya tahu sekiranya saya tukar compressor yang menggunakan r410. tapi indoor unit masih menggunakan indoor r22, boleh ke tuan?

    • cikgunas says:

      Salam tn. Pandangan saya, condensor dan penyejat perlu buat flushing. Perlu ingat tekanan gas untuk R410a lebih tinggi dari R22. Terpulanglah pada tuan, saya tiada pengalaman dalam hal ini.

  43. ariffkamil says:

    nak tnya apa funtion ada -1 smpai -10 kt remote aircond

    • cikgunas says:

      Saya tidak pasti dengan nilai negatif tersebut. Setahu saya tiada nilai negatif pada penyaman udara.

  44. Reo says:

    tumpang tanya..adakah pengunaan mode dry pada setting AC lebih kurang penggunaan elektrik(dapat menjimatkan elektrik) berbanding menggunakan mode cool pada setting AC?

  45. Mohd Helmi says:

    Boleh saya tahu kenapa kita perlu membersihkan filter dalam indoor unit ? Tq

    • cikgunas says:

      Filter berfungsi menapis udara. Udara kita penuh dengan debu dan kotoran. Tak percaya tn tengok filter tersebut selepas sebulan. Atau nak lebih cantik tengok lepas 3/4 bulan. Agak2 apa yang patut buat dengan keadaan filter tersebut??

  46. hani says:

    Assalamualaikum tuan, sy pakai aircond topaire eco-friendly 1hp, sebelum ni..pakailah mode auto atau cool sekalipun, bila dah on, selepas beberapa tempoh tertentu..dia akan auto off dan beberapa ketika kemudian akan on semula..tokey kedai kata itu sensor dapat detect bilik da sejuk ke tak tu yg dia auto off…tapi..selepas diservis dan tambah gas r22, aircond on sahajaaaaa..takde dah auto off tu..saya mcm risau la sebab sy takut kipas n compressor bekerja tanpa henti..nanti aircond cepat rosak pulak..macam mana nak fix masalah ni tuan?

    • cikgunas says:

      Salam. Apa maksud tn auto off?. Jika compressor berhenti selepas mencapai suhu yg di ‘set’kan ia adalah normal dan kembali beroperasi apabila suhu bilik naik. Pemampat akan terus beroperasi sehingga mencapai suhu yang diingini.

      Begitulah kitaran operasi pemampat bg model non inverter. Jika ia terus beroperasi bermaksud suhu yg kita ‘set’kan belum dicapai.

  47. azura says:

    salam..saya nak tanya..aircond bilik saya sekjap on..sekejap off…automatik..saya dah cancel timer tapi tetap jugak mcm tu..ada masalah ke

    • cikgunas says:

      Salam. Jika bilik sejuk takda masalah. Bermaksud bilik telah mencapai suhu yang dikehendaki. Lebih baik buat pemeriksaan atau servis, jd masalah awal dpt dikenalpasti.

      ***tambahan: pastikan setting remote betul. pilih mode COOL dan kelajuan kipas pilih manual.

  48. Saiful says:

    Salam cikgu. Nak tanya, apa kesannya kalau pasang aircond tapi takde suis. On/off hanya guna remote. Sekarang ni wiring aircond direct ke MCB tanpa guna suis.

    • cikgunas says:

      Salam. Kesannya pc board sentiasa energise. Kalau pegang transformer akan rasa panas. Kesan kepada aircond dan bil elektrik.

  49. halima says:

    as salam cikgu..aicond sy baru diservis td..sjuk hanya 15 minit sj lpas tu hanya angin yg keluar..mula2 sj sejuk setiap kali d on slpas itu hanya angin sj yg keluar..

    • cikgunas says:

      Salam. Tak sejuk kerana compressor tak jalan. Jika baru di servis, hubungi semula juruteknik berkenaan. Ada byk kemungkinan masalah ini. Sepatutnya selepas servis juruteknik buat test run pada unit supaya ia mengikut spesifikasi asal dan anda pun berpuashati.

      • halima says:

        sda ok..tukang servis tu cakap sensor indoor rosak..kalau lampu oren menyala simbol bintang tu apa maksudnya ya cikgu

        • cikgunas says:

          tu bermaksud mode sleep aktif. tekan simbol bintang sekali lagi pada remote/tekan SLEEP utk nyahaktif.

  50. Irwan says:

    salam tuan,

    sy br sja psg acond jenama sharp 1.0..mslhya unit outdoor dia kdg2 bhnti lepas itu hdp balik dan bgtulah sterusnya..sy branggapan ianya slh 1 cara utk pnjimatan elektrik bl blik dh sejuk..tp sy xberapa pasti dn rsnya baik mnta penjelasan dr yg pakar..mohon penjelasan dr pihak tuan..terima kasih..

    • cikgunas says:

      Salam. Compressor akan cut off (berhenti) apabila bilik telah mencapai suhu yang di ‘set’kan. Ia adalah normal. Apabila suhu bilik naik, compressor akan beroperasi semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*