Perkembangan teknologi penyaman udara tidaklah sehebat perkembangan dunia komputer, telefon mudahalih, gadget IT ataupun peralatan elektrik dan elektronik. Semenjak pemasangan pertama untuk kediaman oleh Willis  Carier pada 1927 di Mineapolis, Minnesota prinsip asas dan operasi penyaman udara tetap mengunakan 4 komponen utama iaitu pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat.

Dari aspek rekabentuk fizikal, perubahan dapat dilihat dengan bentuk yang lebih menarik, mudah diselenggara dan saiz unit yang lebih kecil bagi mengurangkan penggunaan ruang (space) untuk pemasangan. Dan pada hari ini hampir semua unit penyaman udara dilengkapi dengan alat kawalan jauh(remote control) yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi.

Antara rekabentuk unit dalam (indoor):

 

Pada 2009, teknologi inverter mula dipasang pada unit penyaman udara untuk menjimatkan tenaga elektrik. Teknologi ini dipasang pada unit luar di mana ia dapat mengawal kelajuan motor pemampat, kelajuan motor kipas dan kawalan suhu. Dengan cara ini, arus maksima atau arus permulaan dapat di kurangkan.

Teknologi plasmakluster juga diguna pada penapis udara yang dapat menghasilkan ion hidrogen positif dan ion hidrogen negatif. Ion – ion ini dapat menyahaktifkan alergan, habuk dan bakteria dalam udara. Dengan cara ini udara dalam sebuah bilik menjadi lebih bersih.

 

Pada 2012, Teknologi Inovasi Solar Sdn Bhd mula memperkenalkan teknologi hybrid pada unit penyaman udara pisah berkuasa 1.5HP, 2.0HP dan 2.5HP. Teknologi ini menggunakan cahaya matahari dalam proses kitaran dan operasi penyaman udara. Dengan penggunaan tenaga dari cahaya matahari ini, kecekapan tenaga unit boleh ditingkatkan sehingga 40%.

Teknologi Jet Cool diperkenalkan untuk memberi udara sejuk lebih pantas. Oleh itu kesan penyejukan dapat dirasai dengan lebih cepat.

 

Teknologi Auto Cleaning membantu mengeringkan penukar haba (penyejat) secara automatik. Ini dapat mencegah pembiakan bakteria dan mengurangkan bau yang kurang menyenangkan.

Teknologi Gold Fin adalah satu lapisan anti karat yang dipasang pada permukaan pemeluwap. Ini untuk memastikan permukaan lebih tahan pada kakisan, meningkatkan ketahanan dan kelihatan baru untuk tempoh yang lebih lama.

Teknologi i – see sensor dipasang pada pada unit dalam untuk model Mitsubishi. Teknologi ini dapat mengesan suhu lantai dari sisi ke sisi pada sudut sehingga 150° ,berbanding unit konvensional yang lain yang hanya mengesan suhu udara pada bahagian atas bilik. Dengan cara ini, sistem dapat beroperasi pada tahap yang lebih optimum untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

 
Print Friendly, PDF & Email

325 comments on “Teknologi Penyaman Udara

    • Salam. Mungkin tn set suhu tinggi atau compressor panas. Set suhu lbh rendah, mode cool dan pilih fan manual. Masalah compressor panas blh rujuk catatan ini.

  1. salam cikgu, saya berhajat untuk memasang aircond inverter 2hp di ruang tamu. Sekarang saya mempunyai satu aircond york biasa 1hp di master bedroom.adakah elektrik rumah saya mencukupi sekiranya ia hanya single-phase?boleh beri pendapat atau apa2 aircond yg sesuai.

  2. SLM , boleh sy tnye , aircond KT rumah sy slalu mati sndri pstu menyala lampu timer ,, sedangkn sy dh off timer ,, boleh tuan beri pndapat

  3. Salam cikgu nas, kalau aircon Yg menggunakan gas R22 di tukar pada gas R410a boleh ke. Mohon pencerahan terima kasih.

    • Salam. Tn kena ada pencerahan apa beza gas R22 dengan R410a. Fahamkan sifat kedua-dua gas ini dan komponen yang terlibat untuk gas ini beroperasi, baru boleh cerita apa faedah tukar gas.

  4. Salam sy nak tanya saya servis aircond brend media sy dah setkan tekanan pada 70 psi bila sy of kan aircon dn on semula tekanan jadi 80/90 mohon pencerahan sikit. Terima kasih.

  5. Salam.saya nak tanya kalau IC aircon saya rosak berapakah harga untuk tukar..?aircon saya jenis samsung AS09RLN.kalau tuan ada.jual mintak bgtau harga.

    Terima kasih

    • Salam. Saya tidak jual komponen tersebut. Jika tn perlukan anggaran harga boleh download ebook alat ganti di laman utama blog ini.

  6. salam. saya baru mengunakan aircond midea 1.0hp. kadang2 dlm sejam berfungsi, aircond off sendiri dgn lampu berkelip ada menunjukkan lampu EC. apa masalah sebenarnya? kena off suis baru boleh guna semula

    • Salam cikpuan. Masalah seperti ini banyak diutarakan kepada saya. Saya ada huraikan sebab – sebabnya dalam catatan lepas saya. Biasanya adalah berkait dengan kebocoran (leaking) atau masalah sensor. Jadi perlu periksa tekanan gas dahulu dan tukar pressure sensor jika masih masalah.

  7. Salam… Saya pasang air cond 2.5 hp tapi pendawaian guna wayar 2.5mm.. Akan ada masalah ke nnti?

  8. York j.control 1hp r410
    msa off remote indoor stop tp compressor msih run dan kna tutup suis utama untuk matikan, bila on smula suis utama tanpa on remote outdoor unit run dan pipe jd ais..apa sebabnya?

  9. Salam…saya pakai daikin eco king 1.0hp…kenape lepas saya on xsampai sejam..tetiba mati,dan lampu kelip2 macam mood standby je…kluar angin je..adussshhhhh…baru pasang 2bulan..

    • Salam. Kalau tak silap ini model inverter…jadi langkah pertama ialah cek error code dan mulakan troubleshoot.

  10. hi.. tumpang tanya sy ade aircond mitsubishi 2.5hp inverter.. i on aircond, first lampu aircond ok, after 2 minit, lampu blingking, outdoor xjalan.. try tukar sensor still blingking, sebab ape ye??

    • Hi, sebelum tukar sensor dah cek error code apa yang dapat? Untuk inverter troubleshoot bermula dari code error dan rujuk pada manual.

      • dh try dh.. code pc board indoor dan pc board outdoor perlu check.. tpi bile troubleshoot indoor pc board ngan outdoor pc board,l semua oo tapi still xjalan juga.. dan dah try panggil specialist dorng pun xboleh buat..

  11. Assalamulaikum cikgu..
    saya nak bertanya pasal unit LG 3HP indor dia bila on blingking light dalam 10sec lepas tu mati..indor dan outdor sy baru service,PCB saya baru repair sebab diode meletup.outdor pula tukar relay..punca blingking dan indor mati dari pada mana.saya kerja sebagai maintenance puas saya fikir.terima kasih cikgu

  12. Hi…says pakai aircond Samsung..masalahnya…bila on letrik..dia on…tapi dlm 5saat off balik..automatic Tanpa tutup letrik..pastu bila nak on balik tak boleh..hanya bunyi beep..Dan tida response…saya Cuba lagi dlm setengah jam…boleh on tapi dlm 5minit off balik

  13. hi.. saya nak tanya, perbezaan air conditioning system lama( split unit) dengan system split unit baru dimana saya difahamkan semuanya menggunakan dua refrigerant line tetapi pada system lama, satu line tidak dipasangkan insulation sedangkan pada system baru kedua-duanya perlukan insulation. Apakah system lama menyalurkan udara panas pada satu refrigerant tube? terima kasih.

  14. salam, adakah penggunaan mode dry sebagai inisiatif less bill menyebabkan penghawa dingin outdoor dan indoor akan rosak? agak sejuk juga mode dry…

  15. Saya guna aircond Daikin 1.0hp. Baru sebulan pasang. Saya nak tanya kenapa bila on dalam sejam, aircond hanya keluar angin saja. Compressor outdoor tak berfungsi. Keadaan ini biasanya berlaku ketika suhu aircond disetkan kepada 30 darjah celcius. Apabila disetkan semula kepada 29 darjah, baru lah compressor berfungsi semula. Saya tidak guna on timer. Hrp tuan dpt beri sedikit penjelasan. Terima kasih.

    • Compressor atau kipas outdoor akan off bila dah sampai suhu yang kita set dan kembali berfungsi apabila suhu bilik naik dari suhu yang kita setkan.

  16. salam,adakah penggunaan mode dry sebagai inisiatif less bill menyebabkan penghawa dingin rosak?agak sejuk juga mode dry….

    • Salam. Musim panas tidak sesuai untuk dry mode. Dry mode tidak menghembuskan udara sejuk sepertimana Cool Mode, ia merendahkan suhu bilik dengan menurunkan lembapan dalam bilik (dehumidifier). Pemampat akan cut off sekitar 25?C walaupun kita set suhu lebih rendah.

  17. assalamualaikum cikgu..sy mempunyai aircond jenis inverter keluar mmc (mr slim)..masalah sekarang selepas melakukan service saya dapati unit luar kipasnya sentiasa berpusing…walahal sebelum ni berhenti2…tetapi bila saya set suhu 31c baru kipas berhenti…..apakah kerosakan dia ye

    • Salam. Cek samaada lampu timer blinking(berkelip-kelip) atau tak. Jika blinking bermaksud ada masalah dan cek error code.

  18. Saya ada beli remote baru untuk aircond,tapi tak boleh guna. Adakah remote baru perlu di seting apa yg patut. Kalau camne nak setting ye

    • Kalau remote universal cikpuan perlu setting signal dulu. Ikut arahan pada pembalut remote atau manual.

  19. Saya guna aircond samsung 1.5hp.. dah switch off guna remote.. aircond masih keluar aircond/angin/sejuk walaupun blower tutup rapat… last sekali offkan di dinding suiz, baru off semua.. masalah apa ek?

  20. salam..saya guna aircond jenama daikin..baru pasang lbh kurg 4 bln..masalah nye sekarang..bila sy off aircond lampu timer akn mnyala..bile off suis bru dy padam..knp ye?.
    tq..

  21. Assalamualaikum..
    Mcm mana ye,remote aircond sy hilang.puas cari dah..saya pakai hitachi….suhu last 25c….skang ni sy on aircod manual,masalahnya tak tahu nak ubah suhu dr 25c tu ke suhu lain.sebab ada on of sahaja..yg lain2 xde…ada solution tak.dah giveup da cari remote time pns2 ni ehehehehe..terima kasih.

    • Salam pn. Nampak gayanya itulah pilihan yang ada bila remote hilang. Sebagai alternatif blh guna remote universal yang jual di kedai atau lebih baik hubungi pusat service hitachi.

      • Assalamualaikum…blh tanye tuan.saya baru beli ac jenama mitsubishi slim 1.5hp.masalahnye kurang sejuk suhu dtukar kpd 16c pun tetap sama mcam 25c…dah panggil mitsubishi tech yg datang rumah..dia cakap memang standard mcm tu…saya duduk apartment n aircon install dlm bilik master..technician dia ckap x cukup hp…mohon pencerahan..pasal aircon ni lambat sejuk n sejuknye macam biasa2 je…trima kasih tuan..

        • Salam. Tn perlukan pastikan unit telah diservis dengan sempurna dengan melakukan chemical service secara berkala. Selepas servicing unit perlu dibuat testing and commissioning. Rujuk ebook ini untuk mendapatkan gambaran apa yang perlu di cek selepas unit diservis.

          Jika semua langkah telah diambil dan tuan rasa masih tidak cukup sejuk jadi elok pasang lagi satu atau tukar unit dengan BTU yang lebih tinggi:)

  22. Assalam tuan,nak tanya kenapa outdoor unit sya sentiasa hidup walaupun indoor unit dah di matikan.Nak offkan outdoor unit kena off suis plug.Aircond sejuk dan xde masalah lain,cume masalah outdoor sje yg sentiasa hidup.Aircond jenama MIDEA.

  23. Salam tuan..sy tgh semak kepala..mula2 aircond leaking keluar air yg indoor..lepas tu kami matikan la aircond tu..sebab tak pndai nak servos sendiri, panggil la cina aircond servis..abis dia togelkan unit indoor tu..cuci2 dan buang habuk..lepas tu yg ourdoor tu dia tembak2 air je..xde turunkan sebab berat kot..sbb sy punya 2hp..so selepas abis babak2 servis ni..pasang la aircond tu mmg dh xda leaking…tukang servis tu dh balik..dan perasan aircond dh kurang sejuk dan rs mcm angin je.hadoiii…org lain lepas servis, aircond jadi lagi sejuk..sy punya terbalik..sebelum ni mmg sejuk kaw tp hnya sebab leaking, terpaksa servis dan last2 jadi tak sejuk..

    Ape sebenarnya masalah yg terjadi ye..sbb org servis tu ckp pakai dulu 2 hari tgk mcmna..dh tak sejuk, takkan nak tggu 2 hari baru nak sejuk..takkan sebab dia dh bogelkan aircond tu dh rosak sensor..entah la..apa yg tak function..gas kurang ke..

    harap dapat bantuan kat sini

    • Salam. Saya faham masalah tuan. Kita telah membayar upah untuk mendapat keselesaan tetapi sebaliknya pula berlaku. Jadi memang rasa sakit hati ditambah pula dengan musim panas begini..:)

      Pertama sekali bertenang. Semua masalah boleh selesai. Dalam kes ini saya yakin unit telah di bawa turun dan dibuat chemical/overhaul service. Antara kemungkinan ialah:

      i) Berlaku kebocoron kecil hingga gas kurang.
      ii) Situasi diatas boleh menyebabkan compressor cut off.
      iii) Periksa kipas luar pusing atau tidak. Jika tidak pusing tukar kapasitor kipas.

      • Terima kasih kerana memberi pandangan..tadi org servos aircond tu dtg balik utk tgk masala yg sperti sy nyatakan..dia tambah gas lagi sbb dia cakap kapasiti gas tak sama utk setiap jenama..sy punya aircond brand elektrolux..brand yg pada org aircond tu cap ayam..sakit hati jgk dgr..sblm ni xda plak masalah aircond tu..bila time tak sejuk, senang je dia ayam ayamkan aircond sy..

        So..sejuk la sikit aircond ni dr semalam..tp masih tak sama mcam sblm diservis ni..takpe lah..dugaan Allah nak beri..tp dia ada mention kalau masih lagi kurang sejik, maybe circuit board kat indoor unit tu problem..tp yg sy perasan aircond ni, kipas compresor luar brentinya lama dari berpusing..so mcm haba dalam tak dapat ditarik keluar..kompresor cut off tu terlalu cepat.apa selalunya kerosakan yg dapat relate dgn masalah cut off nieh..

        • Antara sebab compressor cut off:
          i) bilik telah mencapai suhu yang di ‘set’kan.
          ii) gas kurang atau terlebih.
          iii) pressure sensor rosak.
          iv) overload protector (OLP) terlalu sensitif.
          v) kipas outdoor pusing perlahan (haba tidak dibebaskan dengan sempurna).
          vi) compressor tu sendiri dah hilang tebatan/nak rosak.

          • As salam, apa mslh bila off a/c tp outdoor unit masih run dan kena matikan dgn tutup suis utama, kemudian bila on suis tanpa on remote, outdoor run dan pipe smbung ke compressor jd ais, boleh terangkan tak?

          • Salam. Inilah tanda-tanda aircond tersebut telah di bypass. Biasanya masalah pd IC Board dan penyelesaian mudah ialah dengan membuat bypass.

  24. As salam tuan,sy baru beli air cond dan setelah instalation oleh pihak kedai sy dapati terdapat sedikit wayar terbuka di unit outdoor.wayar ya g disarungkan sarung hitam.bahaya kah?sy takut bahaya apabila hujan.

    • Salam. Tidak bahaya. Wayar 3-core biasanya dah berpenebat. Tetapi tiada masalah jika tn tutup/balut dengan wiring tape.

  25. Assalamualaikum tuan,

    Saya baru pasang air cond jenama hisense 1.0 hp. Masalah saya, bila saya on suhu pada remote 18°c tak sampai 5 minit suhu tu turun sendiri ke 30°c. Dan bila saya set 31°c suhu tu akan naik sendiri secara peringkat2. Apa yang perlu saya buat?

    • Salam. Banyak model dan jenama di pasaran sekarang. Biasa jika kes baru pasang ini, rujuk semula pada juruteknik tersebut. Nyatakan masalah dan hak sebagai pengguna kerana ia dalam tempoh jaminan.

  26. Betul ke penggunaan mod dry lebih menjimatkan eletrik berbanding mod cool.kalu mod dry berapa celcius nak tekan?

    • Secara teknikal dry mode dapat memberi penjimatan kerana pemampat akan cut off. Namun tidak praktikal digunakan pada musim panas ini kerana fungsi dry mode ialah menyerap lembapan/wap air dalam udara. Dengan serapan ini suhu bilik dapat diturunkan tetapi tidak sama dengan cool mode. Boleh rujuk catatan di page saya untuk rujukan.

  27. Salam. Aircon saya jenama Panasonic 1.5hp. Aircon akan off selepas 1/2 jam digunakan dan lampu timer berbelip2. Pcb indoor unit baru ditukar tapi masaalahnya tetap sama. Tekanan gas pula ok. Apa masaalah yang sebenar tuan.

    • Salam. Adakah PCB indoor ditukar sekali dengan indoor sensor. Harap ia ditukar bersama. Selain itu pastikan juga pusingan kipas outdoor dan indoor normal, tiada halangan dan pemeluwap/penyejat bersih. Semua perkara ini jika tidak normal boleh membawa kepada masaalah diatas.

  28. Salam tuan, saya baru pasang aircond 1HP. Technician guna wayar 1.0mm dan MCB 20 dan wayar jadi panas.lepas itu dia tukar MCB 32 dan wayar tidak menjadi panas. Ok ke tuan guna wayar 1.0mm?

    • Salam. Wayar saiz tak betul. Litar lampu pun dah guna 1.5mm2 dan litar kuasa sekurang-kurangnya 2.5mm2 ke atas. Jika kurang wayar tak mampu untuk menanggung arus yang dibawa dan menjadi panas. Sepatutnya untuk penyaman udara mesti menggunakan MCB 16A/20A dengan satu soket alir keluar 15A. Saiz wayar ialah 4mm2.

      Bukan sahaja saiz wayar, cara penyambungan dan ketulenan wayar juga perlu diberi perhatian. Rujuk catatan lepas saya bertajuk Panduan Pendawaian Elektrik Rumah. Ia sangat bahaya jika tidak mengikut spesifikasi.

  29. Salam cikgu mohon pencerahan sy ada satu unit aircond York kenapa lepas 1 jam out door berhenti dan lampu indor warna oren berkelip2 dan tidak sejuk.

    • Salam. Perkara yang perlu diperiksa terlebih dahulu ialah pressure sensor dan tekanan gas.

  30. salam tuan nak tanya macam mana nak set semula remote aircond casset unit jenama york..sy rasa remote setting sudah lari

  31. Askm..
    Aircond sy ada prob.
    On dlm 10saat ja..pastu terpadam seolah2 kita ttup plug…bila off plug on blk sma juga..knp ye.
    Samsung inverter…

    • Salam. Besar kemungkinan ada masalah pada indoor. Utk menghalang kerosakan, signal telah dihantar utk off sistem. Untuk inverter langkah pertama cikpuan perlu cek error code. Kemudian baru boleh buat troubleshoot.

  32. Hi.. kenapa aircond saya bila on kuar signal timer berkelip- kelip. Bila off aircond, signal timer masih lagi berkelip-kelip.. mohon pencerahan.. terima kasih..

  33. salam..sy nk mntk pnjlasan,,sy bru je servis aircond sndri..tpi aircond just than 30mnit n lmpu brklip2 dn trpdam..bacaan meter gas pown tdk mnjukkan bacaan yg btoi..sy dh tuka compressor luar..tpi ttp jdi.

  34. Salam, knpa aircond sy berfungsi skjap2 je. Byk kali sy psang byk kali gak dia pdam. Lampu dia plak bkelip2 apabila dia pdam. Mohon penjelasan.

    • Salam. Saya perlu tahu samaada model inverter atau non inverter supaya boleh jawab dengan tepat.

  35. hi…sy ada aircond brand panasonic yg b’inverter…malam td aircond tiba-tiba sj off dan kuar signal timer…pastu sy nak on blk aircond,tapi gagal…apa masalah dgn aircond sy?tq..

    • Hi, Untuk inverter pertama sekali jika ada masalah perlu cek error code. Itu adalah langkah pertama trobleshooting. Rujuk rajah ini untuk mendapakan error code.

  36. dekat alat kawalan saya set 23°c ada rasa sejuk….bila saya turunkan pada 16°c kurang rasa sejuk….1.5 hp …kenapa apa masaalah

  37. Salam. Untuk air cond inverter 1hp/1.5hp/2hp/2.5hp &3hp, berapakah tekanan gas r410a yang sesuai dalam bacaan psi.

  38. Assalammualaikum.. saya mempunyai aircond 1hp Electrolux.. blower tak mahu jalan kena kita pusingkan baru dia jalan.. saya rasa kapasitor blower masalah.. di manakah kedudukan kapasitor untuk blower tu.Adakah mudah untuk menukarnya?

  39. boleh x indoor pakai 1.5 hp dan outdoor 1.0 hp…apa akan berlaku dan apa kesan jangka panjang..

    • Sesuatu yang tidak diuji oleh pengeluar pasti ada risiko. Pandangan saya jangan cari masalah.

  40. Saya nk tanya saya guna aircond samsung ..anak saya main remonte.. selepas tu aircond saya jdi tak berfungsi..keluar 3 lampu berkelip.. nk tekan ape smua tak boleh.. da on off pn same jugak.. tlg saye..

  41. salam tuan,
    saya nak tanya..knp aircond saya apabila sejuk n di pasang lbh krg 1-2 jam, ada bunyi meletup² di dlm indoor?…tq

    • Salam. Agak jarang masalah seperti ini. Elok tn/pn lakukan pemeriksaan atau servis oleh juruteknik bertauliah.

  42. Salam tuan..
    Sy nak tanya
    Sy guna aorcond 1hp jenis national(brand lama)
    Nak minta pencerahan dari tuan..kipas outdoor sentiasa berfungsi..
    Tiada auto off n on
    1 lg..mcm mana nk guna remote utk guna off timer n on timer
    Sy dah cuba tekan sleep juga tapi mcm tiada fungsi
    Masaalah sy skarang outdoor ac sy kipasnya sentiasa berpusing
    Sy pun jd runsing

    • Salam. Usah runsing tuan, asalkan bilik tersebut sejuk. Ia mungkin bilik tersebut belum mencapai suhu yang tuan setkan atau pun pintu bilik kerap dibuka. Dan jika tn rasa telah mengambil tindakan sewajarnya, kemungkinan room sensor telah rosak.

      Berkaitan remote, button timer dan mode sleep adalah berbeza.

  43. salam , nak tnya skitt, sya pkai akon jnama smsung .. mslah dlu , asal on jer tdak smpai lima mnit mati sndri .. n biarkhan sejam hdupkn smula n mati lagi sndri skrng tdak mau hdup lagi ..

  44. salam. saya ada masalah dengan aircond 1hp. aircond saya reinstalled dr ruang tamu ke bilik saya. and dah service dah. saya jarang2 pakai aircond.tp kenapa aircond saya sekejap2 sejuk and sekejap2 angin sahaja. saya perasan compressor berpusing and berhenti then sambung berpusing balik. apa masalah aircond saya? apa saya perlu buat. tq.

    • Salam. Kes seperti ini biasanya saya akan periksa tekanan gas dahulu dan periksa jika ada kebocoran pada sistem. Bila gas kurang pressure sensor akan hantar signal ke outdoor utk cut off compressor. Harap dapat membantu pn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *