Perkembangan teknologi penyaman udara tidaklah sehebat perkembangan dunia komputer, telefon mudahalih, gadget IT ataupun peralatan elektrik dan elektronik. Semenjak pemasangan pertama untuk kediaman oleh Willis  Carier pada 1927 di Mineapolis, Minnesota prinsip asas dan operasi penyaman udara tetap mengunakan 4 komponen utama iaitu pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat.

Dari aspek rekabentuk fizikal, perubahan dapat dilihat dengan bentuk yang lebih menarik, mudah diselenggara dan saiz unit yang lebih kecil bagi mengurangkan penggunaan ruang (space) untuk pemasangan. Dan pada hari ini hampir semua unit penyaman udara dilengkapi dengan alat kawalan jauh(remote control) yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi.

Antara rekabentuk unit dalam (indoor):

 

Pada 2009, teknologi inverter mula dipasang pada unit penyaman udara untuk menjimatkan tenaga elektrik. Teknologi ini dipasang pada unit luar di mana ia dapat mengawal kelajuan motor pemampat, kelajuan motor kipas dan kawalan suhu. Dengan cara ini, arus maksima atau arus permulaan dapat di kurangkan.

Teknologi plasmakluster juga diguna pada penapis udara yang dapat menghasilkan ion hidrogen positif dan ion hidrogen negatif. Ion – ion ini dapat menyahaktifkan alergan, habuk dan bakteria dalam udara. Dengan cara ini udara dalam sebuah bilik menjadi lebih bersih.

 

Pada 2012, Teknologi Inovasi Solar Sdn Bhd mula memperkenalkan teknologi hybrid pada unit penyaman udara pisah berkuasa 1.5HP, 2.0HP dan 2.5HP. Teknologi ini menggunakan cahaya matahari dalam proses kitaran dan operasi penyaman udara. Dengan penggunaan tenaga dari cahaya matahari ini, kecekapan tenaga unit boleh ditingkatkan sehingga 40%.

Teknologi Jet Cool diperkenalkan untuk memberi udara sejuk lebih pantas. Oleh itu kesan penyejukan dapat dirasai dengan lebih cepat.

 

Teknologi Auto Cleaning membantu mengeringkan penukar haba (penyejat) secara automatik. Ini dapat mencegah pembiakan bakteria dan mengurangkan bau yang kurang menyenangkan.

Teknologi Gold Fin adalah satu lapisan anti karat yang dipasang pada permukaan pemeluwap. Ini untuk memastikan permukaan lebih tahan pada kakisan, meningkatkan ketahanan dan kelihatan baru untuk tempoh yang lebih lama.

Teknologi i – see sensor dipasang pada pada unit dalam untuk model Mitsubishi. Teknologi ini dapat mengesan suhu lantai dari sisi ke sisi pada sudut sehingga 150° ,berbanding unit konvensional yang lain yang hanya mengesan suhu udara pada bahagian atas bilik. Dengan cara ini, sistem dapat beroperasi pada tahap yang lebih optimum untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

 
Print Friendly, PDF & Email

325 comments on “Teknologi Penyaman Udara

  1. Assalam tuan.saya nak bertanya. Aircond say brand acon 1.0hp. Pasang pada bulan nov 2015..masalah yg saya alami sekarang, bila saya on aircond, lame selepas itu, lampu timer akan blinking…walaupon dah off kan timer pada control. Minta bantuan dari piha tuan..terima kasih..

    • Salam. Timer blinking bermaksud ada error pada sistem. Mungkin ada kebocoran pada sistem menyebabkan gas kurang.

  2. Salam tuan..sy nk tny knp acond sy asyik on timer je..salu jgk jd..kdang sy kne ttup suis n biarkn slma 7 8 jam..n on blik bru ok..kdang dh biar 7 8 jam pn still tk ok lg..tp skrg ni dh 2 ari ble on suis ttp jgk on timer..sy tk thu nk buat mcm mna..sbb sy bli acond ni second so remote yg asl tkde..skrg gne remote yg jual kt psaraya..dn tkde button utk nk set timer..sy gne acnd rmh brand fujitsu..hrp tuan dpt mbntu

  3. Salam tuan. Nak tanya pengunaan tenaga letrik jalan tak kalo pemasangan pendawaian letrik trus ke fius utama. Aircond tu takda plugin or suiz untk on off. Org yg pasang tu wat penyambungan terus ke fius utama. So guna remote ja kalo nak off on

  4. assalamualaikum sya nk tahu sama ada jika outdoor 1.5hp dalam 2 hp boleh ataw tidak function nya berfungsi dn apa resiko akan dtg jika boleh?

  5. Salam tuan, bertany ttg panasonic inverter, on utk mula2 akan sejuk, selepas hanya angin sahaja, kedengaran kompressor spt perlahan sekejap laju sekejap..

    Aircond york 1 hp.. Kurang sejuk, selepas beberapa minit pemampat off, dan lmpu yg lmbg timer warna oren berkelip.. Apa mslhnya tuan..

  6. apa pandangan tuan tentang aircond jenama ELECTROLUX?barang baru tp utk permulaan sejuk sgt hingga selepas 3-4 bulan ia x sejuk lg.mgkinkah icon “I FEEL” di remote perlu switch on baru dpt sejuk?

  7. Salam tuan nak tanya macm mana nak set kan a/c terus hidup selepas on suis tanpa on remote?

    • Salam. Off aircond pada suis sahaja tak perlu guna remote. Begitu juga masa ON aircond.

  8. Salam.saya cuma nak tahu fungsi fungsi lambang dekat remort control.cthnya macam bunga,air menitik,kipas dan macam macam lagi.apa maksud dan fungsinya.main tekan je.

    • Salam. Tn boleh rujuk dalam manual. Sukar untuk dihuraikan disini. Jika ada kesempatan nanti saya cuba buat penerangan bergambar dalam post catatan terkini.

  9. Salam..tuan..saya ada masalah aircond selalu trip..selepas 5 minit on kan main fius dia akan trip kembali…jadi apakah masalah nye tuam..tq…aircond model midea 1hp

  10. Salam sy nk Tanya smlm sy cuci aircond Dan bukak penghadang SBB byk habuk sy cuci dgn air kmudian Padang semula tp x boleh on SBB lampu berkelip2 button on/off sleep timer mcmana nk Buat yer

  11. Slm. Sy nk tnye..sy baru servis aircond 2 bulan lepas. Tp skrg aircond lgsg tidak sejuk walau pd suhu 16.. apa prob nye? Sy cuti sebulan, balik semula dah tak sejuk lg. Hrp dpt bantu

    • Salam. Kes ini pertama sekali kena cek tekanan gas. Kemungkinan berlaku kebocoran kecil yg menyebabkan gas keluar secara perlahan dan akhirnya kurang atau langsung habis.

    • Salam tn. Setakat ini tiada lagi untuk inverter. Untuk alat ganti yg lain tuan boleh rujuk ebook di muka depan blog ini.

  12. Salam tuan..sy dlm proses nk beli 3 biji aircond..mnta tlg tuan cadangkan model yg tahan lama dan jimat letrik..sy tgk kt komen ni byk jenama york mcm problems.harap tuan dpt membantu..

    • Salam. Minta maaf lambat reply. Bagi saya jenama ni nasib saja. Yg terkenal pun blh rosak. Berbalik kepada kapasiti pendinginan yg sesuai dengan ruang, cara penggunaan dan bagaimana ia diselenggara. Ini 3 faktor yg lebih penting bagi saya.

  13. Salam tn…sya nak tanya,kenapa penghawa dingin sya bila on tdak sampai 5saat indoor off sendiri dan lampu hijau pun off sekali..tetapi outdoor tetap on…model samsung as09RLN..mohon penjelasan..tq tn

    • Salam. Aircond ini mungkin menerima power supply ke outdoor dahulu dan masuk ke indoor. Oleh kerana masalah pada indoor kemungkinan masalah pada Indoor PCB.

  14. Assallamualaikum tuan… nak minta tuan ajarkan saya sikit mcm mana saya nak buat bila switch on switch kat dinding aircond terus on, tanpa menggunakan remote . Tuan kedai ni dia nak switch on terus aircond jalan. Diharap tuan dpt menolong dan membantu saya yg kurang ilmu ini. Tmkasih tuan .. assalamualaikum.

  15. Terima kasih atas penjelasan tuan diatas penjalasan seperti diatas. Betul kipas x jalan.. sy akan panggil technition utk cek kuantiti gas semula.

  16. Salam tn, sy ada masalah dgn aircond york 1hp. Buat masa skrg ada dua lampu hijau dan kuning dan selepas lebih kurang 20 minit lampu hijau akan hilang cuma tinggal lampu kuning akan berkelip2 dan aircond cuma mengeluarkan angin yg tidak sejuk.. Sy dah off timer dan sebainya tetapi masalh yg sama akan kembali. Sekiranya ini berlaku sy kene on off power suis utama dan on kan semula baru lampu hijau tu akan kelihatan dan aircond sejuk semula. Harap tn dapat memberi pencerahan kpd sy.. Terima kasih

    • Salam. Semasa lampu kuning berkelip2 adakah kipas luar/outdoor berfungsi. Saya rasa compressor dah stop masa lampu berkelip2 tersebut. Kes ini banyak diutarakan dalam komen bahagian ini. Cek tekanan gas dan pressure sensor.

  17. Assalam..saya ada masalah aircond 1hp.Masalah bila saya on aircond hanya tahan 30 minit saja.lepas tu outdoor kepas dan compressor berhenti.indoor hanya angin saja.lampu pada indoor berkelip-kelip.Saya dah cuci semua outdoor dan indoor .Boleh tak bantu saya .Saya ou dah tukar sensor indoor.masih sama juga.Sekian terima kasih.

    • Salam. Antara kemungkinan gas kurang, ada kebocoran pada piping dan timer ON. Jika semua kemungkinan ini di atasi dan masalah masih berulang, pcb indoor rosak. Saya tidak pasti tuan tukar sensor sahaja atau keseluruhan pcb indoor.

      Jika pcb indoor juga telah ditukar dan masih bermasalah, saya berpendapat compressor dah nak rosak.

    • Salam ,nak tnye kenapa outdoor sya bila masuk api/letrik jee terus trip .sy sudh semak komponen nya dlm keadaan baik tpi kompreses terlaupau panas ,ad penjelasn tak kenapa trip dngn tiba2 ?

  18. Salam tuan, nak minta tolong sikit. Saya baru je pasang aircond 2ndhand york 1hp. Mula2 takde mslh tapi tiba2 air keluar ikut depan menitik2 . Sy matikan terus sbb panik. Bila on balik, kipas x berfungsi langsung. Compressor blkg hidup mcm biasa dan screen pun hidup cuma angin lgsung x keluar. Susah hati skrg ni tuan… Mohon bantuan penjelasan. Terima kasih

    • Salam tn. Berkaitan air menitis boleh rujuk komen saya dalam masalah sahabat kita di atas. Manakala kes kipas tidak berpusing antara kemungkinan:
      i) gas kurang-bila gas kurang..fros terbentuk..memblock blower daripada berpusing
      ii ) motor kipas rosak
      iii) kapasitor kipas rosak

      Harap dapat membantu tn..:)

  19. Sekiranya aircond d indoor unit..tidak ada sensor..adakah punca aircond rmah sy x berfungsi..

    • Mungkin ya mungkin tidak. Ada sesetengah aircond YORK IC Board menggunakan perintang pada terminal sensor.

  20. Aircond jenis Mitsubishi slim…..bila on on DLM 2 jam aircon akan off serta suis utama akan mati, bila on blik DLM 10min Akan off blik suis utama, dah servis Kotor guna chemical Tp masih mcm tu juga…apa masalah Aircond sy?

    • Punca masalah ini ialah Ampere tinggi selepas beberapa tempoh masa unit beroperasi. Antara sebab Ampere meningkat ialah:
      i) unit terlebih cas (overcharged)
      ii) pemeluwap kotor
      iii) tiub rerambut tersumbat
      iv) pemampat panas.

      Bagi kes pemampat panas, punca – puncanya ada saya terangkan di atas. Masalah yang kerap ditanya dalam ruangan ini.

  21. Sy ingin memasang aircond 2.0 hp non inverter pada ruang livingvroom yang bersaiz 22 x 36 kaki persegi adakah ia cukup dan sesuai utk hp 2.0? Benakah hp yg tinggi penggunaan elektrik semakin kurang? Sy gemar memasang aircond dan juga kipas serentak.adakah ini membuatkan aircond sy berkerja lebih keras dan menggunakan letrik dgn lebih bnyk? T. Kasih.

  22. Aircond Fujiaire 1hp, x boleh on keluar F2, boleh selesai sendiri or nk kena panggil orang servis..

    • Boleh rujuk dalam manual kod error untuk F2, mungkin saya dapat bantu. Jika sukar panggil saja juruteknik bertauliah.

    • saya pun hadapi masalah sama. pn ashikin dah selesaikan masalah tu ke? boleh kongsi? saya check error code. indoor heat sensor,..

  23. Saya ada aircond samsung 1.5 bila saya on dia padam lampu hijau klik di smart.apakah msalahnya motor indor ke atau sensor

  24. Sy nk tye aircond mitsubishi outdor hdup 30saat pas tu indor kelip lampu hjau..apakah kerosakan?

  25. As salam…sy mgunakan model york 1hp…masalah sy ialah air cond akan off sendiri dan on balik dlm 3 minit pastu off…ada xcara untuk sy default semula semua setting yg telah saya set kan?terima kasih tuan….

  26. Salam,

    Aircond York inverter akan off sendiri selepas beberapa ketika ON.
    Masa tak tentu OFF, kekadang selepas 10 minit ada selepas 1 sejam.
    Lampu kat aircond akan berkelip2

  27. Kenapa aircond saya tiba2 off…bila nk on x boleh..dah switch off n on x boleh juga..tekan guna remote pun x boleh

    • Periksa punca bekalan kuasa dari MCB ke soket, ke indoor dan dari indoor ke outdoor. Termasuk juga suis dan plug. Jika semua ok, mungkin masalah IC Board.

  28. As Salam tuan, saya menggunakan aircond inverter york 1hp. Kenapa airvond akan auto off selepas 2 jam digunaka. Saya perlu switch off aircond selepas itu guna remote untuk on, barulh aicond boleh digunakan semula

  29. Saya ingin bertanya, kenapa penghawa dingin saya akan off secara automatik dalam masa 10 saat bila saya ON Penghawa dingin saya (tanpa saya set off) . Kemudian lampu timer akan menyala berkelip-kelip. saya cuba menggunakan remote control tetapi ia tidak berfungsi. apakah penyebabnya? Adakah ia masalah dari penghawa dingin atau elektrik yang tidak mengcukupi? Mohon penjelasan…

    • Salam. Pertama tn perlu pastikan sama ada indoor/outdoor/pendawaian indoor ke outdoor yg menyebabkan trip. Besar kemungkinan pada outdoor. Tn perlu periksa komponen seperti kapasitor kipas dan kapasitor pemampat, pemampat, motor kipas dan pendawaian pd outdoor.

      • sy juga mengalami masalah yg sama.blower aircond kena pusingkan secara manual.selepas beberapa minit aircond mati sendiri.kne off plug baru boleh tekan on dekat remote kalau x remote xboleh tekan.lampu blinking byk kali.apa saya harus tukar atau repair tuan?saya pakai non inverter midea 1.0hp

        • Boleh cuba tukar kapasitor blower dulu. Jika masalah berulang, mungkin motor blower sudah mau rosak.

  30. Assalam….bagaimana cara nak bypass bg aircond jenis converter kerana control card outdoor rosak?

    • Salam. Tn boleh rujuk KAEDAH BYPASS yang saya sediakan ini. Untuk aircond inverter ada 2 pcb di outdoor iaitu untuk motor kipas dan compressor. Untuk compressor yang menggunakan AC sahaja boleh bypass.

  31. Salam tuan. Apa sebab aircon x sejuk. Indoor blow angin jer. Compressor on. Dah try tukar capacitor. Gas bocor ke?

    • Salam. Banyak sebab aircond tak sejuk. Antaranya penapis udara kotor, cooling coil kotor, blower kotor, condensor kotor, ataupun gas kurang. Semua sebab ini dapat diatasi jika tuan melakukan servis berkala yang sepatutnya.

  32. salam tuan..boleh sy tw teknik baru dan lama(servis) pada sistem water chiller dan cooling tower utk menjimatkan elektrik

    • salam cikpuan. saya tiada maklumat berkaitan teknik tersebut kerana tidak terlibat dengan sistem water chiller.

  33. kenape aircond saye skejap hidup sekejap mati dengan sendirinya tanpa menekan ape2 butang control?

  34. Bole tuan terangkan aircond saya 1.5 hp panasonic keluar air kat depan. saya tekan mode dry (kering) guna remote tapi tetap jg keluar air. remote rosak ka tue tuan.

    • Saya berpendapat unit tersebut perlu diservis dan diperiksa saluran air, bukan masalah remote.

  35. Bole tuan terangkan ape itu OFF TIMER ngn ON TIMER…mcmane nk guna dlm remote..tak bape fhmla

    • Terima kasih. ON TIMER bermaksud tuan ingin unit penyaman udara tersebut beroperasi dalam tempoh tertentu. Contohnya 7 jam, jadi tuan ON Timer dan set masa selama 7 jam. Selepas 7 jam, unit penyaman udara tersebut akan OFF secara automatik.

      OFF Timer bermaksud unit penyaman udara beroperasi seperti biasa. Unit akan OFF bila tn OFF unit dengan remote.

  36. bos. ape sbb lampu timer hidup je. dan ape sbb blinking?? dan mcm mn nk taw sensor suhu yg hitam tu rosak?

    • Kalau hidup saja tuan OFF TIMER. Blinking sebab outdoor belum jalan.
      Ada prosedur mengesan sensor suhu menggunakan meter pelbagai. Saya telah masukkan dalam CD Interaktif di bawah tajuk Sistem Kawalan.

  37. rmh sy pakai 2 ekon smsung..tp keduanya x blh nk on..mgkin kerana sy tidak slalu brada dirumah..mulanya hidup lps tu off balik.skrg ni dh x leh on lg..apa msalahnya tuan..

    • Tuan periksa bekalan elektrik ke aircond tersebut. Mungkin fius utama di papan suis tendang (OFF). Jika semuanya OK, ON aircond menggunakan remote.

  38. salam tuan.

    Saya ingin bertanya, apakah jenis motor yang biasa digunakan pada unit penmyaman udara di rumah?

    terima kasih

  39. Salam dan Selamat pagi,
    Saya ada masalah aircond inverter brand fujiaire 1 hp, kalau onkan sistem unit tidak hidup hanya menampakan F6 pada indoor unit… tq

    • Wassalam tuan. Saya kurang pasti kod F6 tersebut. Tuan boleh rujuk pada manual (selalu dibahagian belakang) aircond tersebut untuk mengenalpasti punca masalah dan saya boleh cadangkan cara mengatasinya.

  40. aircond jenis samsung bila on pakai remote or manual die mati sendiri dan blinking warna merah.. samsung model AS09XLN.. bole ke buat bypass tanpa mengunakan ic board.. thanks

      • salam cikgu…sy jamel dari perak,sy da masalah aircond national 1hp buzzle bunyi,sy dah cuba macam2 tetap sama..sy nk tahu mcmana sy settle kan mslh ni….kalau boleh cikgu wsp 0195470184

      • salam tuan nak tanya 1 soalan…jika saya bypass compressor dari indoor kabel L live saya looping ke kabel 1 ke outdoor untuk jangka masa panjang apakh kesan pada air cond tersebut….

        • Salam. Bypass sementara utk tujuan testing sahaja. Tidak baik utk jangkamasa panjang. Keselamatan lebih UTAMA.

  41. bole saya bertanya.. kenapa aircond rumah saya unit luar jalan sekejap pastu berenti.. jalan sekejap dan berhenti… rasa xsejuk walaupun dh set kat remote 16C.. mengharap pertolongan..sekian terima kasih..

    • Unit luar merujuk kepada kipas unit luar akan berhenti apabila mencapai suhu yang kita ‘set’kan. Ini perkara biasa sebagai langkah penjimatan tenaga elektrik. Namun jika di lihat pada masalah tuan, ia telah menjadi satu masalah kerana bilik tidak sejuk. Antara kemungkinan yang saya jangka ialah masalah pada kapasitor kipas,kapasitor pemampat, beban lampau (overload) atau pemampat itu sendiri. Semua komponen ini perlu di periksa.

      Tindakan seterusnya ialah servis unit itu sendiri termasuk menambah bahan pendingin. Ini kerana unit akan berhenti beroperasi jika gas kurang untuk mengelakkan kerosakan pada pemampat.

      • assalamualaikum.. saya pelajar mekanikal penyejukbekuan dan penyamanan udara. saya di tugaskan untuk mencari maklumat tentang alat kawalan automatik. jika tidak keberatan. boleh bantu saya?

      • Boleh sye tahu sy punye jenis inverter mitsubishi dlm dia unit blinking lepas tuh outdoor dia run sekejap je compressor and kipas luar x jalan

        • Puncanya ada banyak. Lakukan pemeriksaan pada outdoor seperti tekanan gas, kapasitor kipas dan kapasitor pemampat. Untuk inverter, cari error code terlebih dahulu baru boleh bertindak.

  42. Boleh saya tanya apakah fungsi “room sensor” di dalam unit penyaman udara jenis pisah, sekian terima kasih.

      • Asalamualaikum sy ingin bertanya blehkah indor york 2.5 hp dkahwinkan dengan 2hp outdoor panasonic .. Adakah efek pada akon tersebut .. Harap sifu2 dpat memberi tunjuk ajar Terima kasih

        • Salam. Boleh buat cuma perkara ini tidak dikaji dan diuji. Tiada jaminan keselamatan jika berlaku apa2.

          • Terima kasih.. Alhamdulilah sejuk juga acond tersebut dengan jayanya setelah dimodifide bahagian piping tp x sesejuk 2 1/2 hp?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *