Blog Penyejukan & Penyamanan Udara SPM

Dari Guru Untuk Guru & Pelajar

Teknik Mudah Servis Penyaman Udara

Unit penyaman udara mestilah diselenggara mengikut jadual oleh juruteknik mahir. Walaupun unit masih berfungsi dengan baik, penyenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan ketahanan unit dan kebolehupayaan unit memberi kesejukan mengikut kapasiti awal. Ia juga untuk memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara itu sendiri.

Terdapat dua penyenggaran berjadual yang perlu dilakukan iaitu:

  1. Penyenggaran harian atau mingguan – dilakukan sendiri oleh pengguna.
  2. Penyenggaraan tetap – dilakukan oleh juruteknik mahir.

Dalam bahagian ini saya akan menunjukkan penyenggaraan harian atau mingguan yang boleh dilakukan sendiri oleh pengguna. Ia sangat mudah tetapi memberi kesan besar kepada operasi unit penyaman udara. Penyenggaran harian atau mingguan yang boleh dilakukan oleh pengguna ialah membersih penapis udara dan mengelap badan unit dalam dengan kain lembap. Langkah keselamatan sebelum anda melakukan penyenggaran ini ialah OFF kan unit penyaman udara dan cabut plug 3 pin dari soket.

  • Membuka penutup hadapan.
  • Mengeluarkan penapis udara.
  • Membersihkan penapis udara dengan air.
  • Mengeringkan penapis udara.
  • Memasukkan semula penapis udara ke dalam slot.
  • Menutup semula penutup hadapan.
  • Mengelap bahagian badan unit dengan kain lembap.

 

Membuka penutup hadapan & Mengeluarkan penapis udara

 

Membersihkan penapis udara dengan air & mengeringkannya

 

Memasukkan semula  penapis udara ke dalam slot & Mengelap bahagian badan unit dengan kain

Penyenggaraan tetap pula meliputi kerja – kerja seperti memeriksa kuantiti gas, mencuci penyejat dan pemeluwap dengan bahan kimia, memeriksa salur air, memeriksa saluran pemaipan kuprum untuk mengesan kebocoran dan memeriksa sambungan wayar antara komponen.

Adalah agak sukar untuk diterangkan di sini kerana ia melibat kerja – kerja praktikal dan memerlukan peralatan spesifik. Oleh itu pengguna disarankan mengambil juruteknik mahir untuk melakukan kerja penyenggaraan sekurang – kurangnya setahun sekali. Namun jika ada masalah pada unit, penyenggaraan perlulah dibuat segera.

Maklumbalas: info@cikgunas.net

17 thoughts on “Teknik Mudah Servis Penyaman Udara

  • suhaimi bin mohd khalid says:

    ingin tahu

  • Norlia Bt Mohamad says:

    salam cikgu.sy berminat tgk blog cikgu ni.sy nk ty,cikgu ade ilmu lanjut x ttg preventive maintenance.modul equipment modification.sy perlukn nota2 b,kaitan dgnnya.sy hrp sgt ptlgn dr ssma kt ni coz nk buat persediaan u ngajar budak kolej vokasional ni u sem6,7 n 8 nt.klu blh tlg,cikgu bgtaula ye.mg Allah mrhmati mu sntiasa.aamiin…

    • cikgunas says:

      Wassalam cikpuan. Agak tinggi level tajuk yang cikpuan nak itu. Apa yang saya ada semua telah saya upload dalam blog. Mungkin cikpuan boleh dapatkan dari link HVAC yang saya kongsikan di blog (sidebar). Terima kasih..:)

  • salleh says:

    cikgu saya nk tanya kalau kita buka paip gas ac,ada kah gas dlm tabungnya semua hilang..?

    • cikgunas says:

      Ya jika tanpa prosedur yang betul sistem akan kehilangan gas. Jika untuk tujuan baikpulih/servis tuan perlu buat pump down dahulu untuk mengelakkan kehilangan gas.

      • salleh says:

        boleh cikgu bagi penerangan pump down tu sikit,ada kah ia sejenis alat..?
        saya nk pindah rumah dan saya nk buka ac sendiri mcmna saya x nk bagi gas dlm tabung ac hilang banyak..?

        • cikgunas says:

          Pump Down adalah satu prosedur mengumpulkan gas kedalam pemampat menggunakan tolok pancarongga. Apabila semua gas telah masuk ke dalam pemampat, maka unit boleh dicabut dengan selamat tanpa membuang gas. Saya ada huraikan penerangan ini dalam Nota Prosedur PPU yang berharga RM10. Sekian

  • salleh says:

    cikgu mcm na nk bagi gas dlm tabung ac x keluar,jika kita buka sendiri untuk nk pindah rumah?

  • Syazana Jaafar says:

    assalamualaikum cikgu boleh tak bg nota lokasi pemasangan unit outdoor yang betul dan bekalan kuasa yang digunakan terhadap hp tertentu.

    • cikgunas says:

      Wssalam. Nota lengkap pemasangan outdoor dan indoor ini ada dalam CD Interaktif di bawah tajuk Pemasangan Unit Penyaman Udara – Unit Pisah. Cikpuan boleh layari website ini untuk maklumat lanjut.

      Sebagai alternatif cikpuan juga boleh dapatkan buku dalam page modul-pembelajaran-modul-pentaksiran website ini.

  • zaini says:

    Assalamualaikum…apabila kite buat vekum kan….nk tahu sama ada kbocoran @ x pada paip mcm mana….bacaan meter pada tolok pcarongga menunjuk perubhan mcm mana???

    • cikgunas says:

      Tuan boleh tutup injap tekanan rendah pada tolok dan perhatikan jarum meter pada tolok. Jika naik walaupun sedikit bermakna ada kebocoran.

  • mohd norman says:

    asalamualaikum tuan…nak tnya masalah aircond…saya juruteknik aircond juga tapi blum pernah jumpa masalah ni…unit aircond running mcm biasa tapi tidak sejuk…bila buat troubleshoot…unit kompressor running dan tekanan gas pada low side melebihi 100psig dan bacaan amp jatuh hingga hingga 2.5amp…unit aircond ni split 1.5hp jenama york…tolong bagi pencerahan masalah ni tuan…terima kasih

    • cikgunas says:

      Salam.
      Besar kemungkinan tiub kapilari tersumbat. Jadi tuan buang semua gas, buat proses vakum dan isi gas semula.

      Jika masih bermasalah, tukar tiub kapilari yang baru mengikut HP unit penyaman udara tersebut, vakum dan isi gas semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>